Assalamualaikum
Sekarang, aku rasa aku baru ada peluang untuk bercerita dengan korang tentang apa yang bermain dalam hati aku sekarang nie :) Actually entry nie cerita pasal hati dan perasaan aku sekarang nie. Kalau tak nak baca pun takpe, aku tak kisah. Kalau nak baca, teruskan lah baca sehingga ke perenggan yang terakhir ye? :)
Aku sebenarnya tak tahu apa yang bermain dalam hati aku sekarang ni. Kejap yang itu, kejap yang ini. Biarlah aku kenalkan watak-watak mereka yang bermain dalam bermain dalam hati aku sekarang nie
Ada dua watak utama, yang sentiasa menceriakan aku bila mereka ada dengan aku. Watak pertama, aku kenalkan dia sebagai Double R lahh ~ Sebab dia ni garang nak mampussss macam harimauu -.- Kadang-kadang aku rasa macam bengang dan tumbuk-tumbuk die sebab asyik nak marah orang je -.-
Aku pernah lah kena marah dengan dia. Memang terasa hati betul lah ~ Kadang-kadang aku menangis pasal dia sebab kerja dia asyik nak marah orang je -.- Tapi tu lah ~ Lama manalah sangat kan kalau nak terasa hati? Setakat satu hari pun dah cukuplah :) Sebenarnya, aku tahu, dia marah ada sebab cuma cara dia tu, haishh ~ kadang-kadang tu ada jugak aku makan hati dengan dia
Tapi aku suka dia. Aah ~ Aku suka dia sebab dalam dia duk garang-garang dan marah tu, ada jugak perasaan baik hati dalam hati dia. Dalam garang dia, ada jugak sifat take care dia. Dalam garang-garang dia, ada jugak lawak dia. Mula-mula aku macam tak nampak tapi lama kelamaan, aku baru perasan semua tue :)
Watak utama yang kedua, aku kenalkan dia Single Z je lah sebab dia ni fanatik dengan satu cerita dekat TV. Aku dapat tahu pun sebab masa cuti sem ari tu, dia bagitahu aku. Aku cakaplah aku bosan, sekali dia pun sibuk duk promote cerita yang dia suka tengok tue -.-
Dan disebabkan dia, aku pun try lah tengok. Hehe ;) Best gak cerita tu sebenarnya. Tapi sejak aku dah check in UiTM Dungun, aku dah tak tengok langsung sebab malassssssssssss nak pergi cafe T___T Hanya menunggu sahaja kawan-kawan aku duk update cerita tue
Bagi aku, Single Z ni baik sangat orangnya. Dia selalu jugak tolong aku kalau aku ada masalah. Kalau aku ada terserempak dengan dia, dia yang akan tegur aku dulu. Tu pun dah cukup buat aku happy sebab aku tahu, atleast dia tak malu nak tegur aku dan dia masih ingat dekat aku :)
Tapi Single Z ni ramai peminat. Disebabkan dia ni baik sangat, ramailahhh perempuan nak dekat dia. Aku tahu ni pun sebab aku sendiri tengok macam mana dia dikelilingi perempuan. Huhu ~ Tapi yang buat aku suka dekat dia, dia tak pernah nak amik kesempatan atas apa yang dia dapat tue. Dan dia jugak seorang yang sangat alim. Aku tahu tue. Bukan aku sahaja yang nampak, kawan-kawan dia pun nampak
Double R dan Single Z ; sengaja aku kasi hint yang tak berapa nak hint. Mereka ini lah yang selalu bermain dalam hati aku dan mereka yang berjaya mencuri hati aku dalam diam. Tak ada siapa pun yang tahu. Betull ~ Tak ada siapa pun yang tahu. Hanya aku dan Allah swt sahaja yang tahu :')
Aku takut nak ceritakan kepada orang lain. Ada banyak reason kenapa aku lebih senang simpan dalam hati. Depan mereka, aku act macam biasa, aku act macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku layan mereka sama macam aku layan dengan kawan-kawan aku yang lain. Sebab aku taknak ada orang yang tangkap
Tapi kalau aku dapat jumpa dengan mereka berdua nie, aku rasa macam "ya allah ~ happynyaaa. Syukur dapat jumpaaa" Sebab aku rasa senang dengan kehadiran mereka. Aku rasa macam aku lebih kerap tersenyum bila mereka ada. Bila dorang mintak tolong, aku akan berusaha untuk cuba tolong mereka
Kemana-mana sahaja aku pergi, dalam hati aku, mesti aku harapkan mereka ada. Atleast untuk buat aku rasa macam senang. Entah lah ~ Susah nak cakap macam mana perasaan aku ketika itu. Tapi yang pasti, aku rasa happy, suka dan senang dengan mereka
Bila dorang senyum, aku lagi happy :) Apa sahaja yang mereka cakap, aku akan tumpukan perhatian. Aku akan dengar apa yang mereka cakap. Apa yang mereka buat, aku akan cuba amik tahu. Alhamdulillah ~ Kawan-kawan aku pulak semuanya macam kerap sahaja bercerita tentang mereka dan itu menyenangkan hati aku. Syukur kepadaMu Ya Allah :')
Dan yang pasti, bila aku tak dapat jumpa dengan mereka, aku rasa macam agak mencari-cari jugaklah di mana mereka. Korang pernah tak rasa bila korang tak dapat sesuatu yang korang nak sangat-sangat? Haa ~ macam tu lah yang aku rasa
Cuma apa yang aku nak sampaikan sekarang ini, aku tak pernah langsung berharap untuk bercouple dengan mereka berdua. Tak pernah langsung. Aku cuma suka dengan mereka. Aku cuma nak mereka tahu yang aku ada untuk mereka jika mereka perlukan pertolongan. Aku cuma nak mereka tahu yang aku senang dengan mereka
Aku tak kan bagitahu tentang perasaan aku ni sebab aku tak nak mereka jauh dari aku. Aku nak apa yang berlaku antara aku dan mereka sekarang ini, akan berkekalan sehingga ke waktu yang diizinkan oleh Allah swt. Andai kata satu hari nanti, mereka pergi, aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka
Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Sedih dan kadang-kadang aku menangis sebab mereka. Sebab sakit duk pendam perasaan ini. Sakit untuk menghadapi dan berhadapan dengan mereka yang sedang asyik bergurau senda dengan perempuan lain. Jealous? Aaah ~ Aku jealous
Aku sayang mereka berdua. Aku dapat rasa itu. Cuma aku takut dengan perasaan aku nie. Aku cuma mampu memerhatikan mereka dari jauh. Untuk lebih dekat daripada itu, aku takut, sangat-sangat takut. Sebab aku tahu, aku ini perempuan. Masih ada lagi batas-batas yang perlu aku jaga
Ya Allah ~ Aku rasa macam nak menangis ketika taip entry ini. Sebab tak ada siapa pun yang tahu tentang apa yang bermain dalam hati aku ini. Pernah tak rasa, suka dekat seseorang itu tapi simpan sorang-sorang? Itu lah yang aku rasa sekarang ini T___T
Aku harap sangat mereka tak pernah lupakan aku. Aku harap sangat, mereka akan terus berada di sisi aku ketika aku perlukan mereka. Aku harap sangat mereka tak pernah ada rasa malu bila berada dengan aku. Aku harap sangat mereka selesa dengan kehadiran aku dan yang paling aku harapkan, mereka takkan pernah lupakan nama aku
Its true right? We can admire and love anyone we want but we cannot make the people we admire and love to have the same and exact feeling like we did for them
Ya Allah ~ hanya kepadaMu aku berserahhh :')