Jangan Pernah Kau Lupakan Nama Aku

By Mysara Newrie - Sunday, November 27, 2011


Assalamualaikum


Aku tak tahu nak cakap apa bila dapat tahu perkara sebenar. Perkara yang selama ini aku takutkan akhirnya terjadi jugak


Subhanallahh ~ Allah swt telah bagi aku petunjuk semua tu melalui mimpi dan cuma aku je yang tak ambik perhatian. Aku tahu lama dah semua tue. Semasa cuti sem lagi tapi aku senyapkan dulu dan ternyata, senyap aku tu ada maknanya


Semuanya dah terlambat. Aku tak tahu nak cakap apa lagi selain dari terus menyokong dan menasihati kau. Aku sungguh sedih dan terkilan apatah lagi kaulah orang yang aku terfikir adalah orang yang terakhir untuk lakukan semua itu


Apa yang aku cakapkan semua itu, aku fikir mungkin sebagai mainan syaitan sahaja. Tapi bilanya betul-betul terjadi, aku tak tahu nak cakap apa. Kata kau, kita masih ada ikatan yang kuat di antara satu sama lain walaupun pada hakikatnya semua itu sudah tak ada. Aku buntu


Aku tak tahu. Sejak berada di sini, di tempat yang aku lari jauh dari Dungun, aku sering teringat kan kauu. Telur separuh masak, kopitiam, Monica, tempat study kau dulu, kawan-kawan kau dulu dan semuanya ~ kerap bermain-main dalam fikiran aku. Aku cuba nak buang jauh tapi makin aku cuba, makin gagal aku rasakan


Semalam, entah kenapa, aku terfikir sesuatu. Aku takut, takut untuk semuanya berulang kembali lagi. Aku tak nak ~ Cukuplah ~ Tak sanggup aku nak biarkan kawan aku yang di peringkat adik itu, menangis. Cukuplah. Cukup pengalaman yang lepas


Aku rela kau pergi. Pergilah ~ Jalankan tanggungjawab kamu yang telah kau mulakan itu. Aku cuma mampu memerhati dari jauh dan mungkin suatu hari nanti mungkin aku akan terus hilang dari hidup kamu. Bukan takut, bukan sombong cuma aku rasa itu adalah lebih baik untuk semua orang


Menangis? Mestilah ~ Ada hikmahnya aku berada di sini, mengingati kisah-kisah yang lepas dan kauuu ~ akhirnya meluahkan semuanya. Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku dan hati aku sekarang nie. Aku sendiri buntu dan betul-betul tak tahu


"Kau ego Mai. Kau takut perkara yang lepas akan berulang balik kan?"
"Kau sayang dia Mai. Kau je yang tak mengaku"


Orang mampu nilai kita dari luar tapi apa yang kita rasa, aku sendiri tak tahu. Ya Allah ~ Berikanlah aku petunjuk


Dia, aku tahu mungkin kau akan baca apa yang aku tulis ini, cuma lambat atau cepat sahaja. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Jodoh dan pertemuan, itu semuanya takdir Allah swt. Andai kata satu hari nanti, kau akan pergi jauh dari aku, aku akan lepaskan kau pergi. Dan andai kata keadaan memerlukan aku untuk pergi, aku akan pergi. Akan aku hilang terus dari hidup kau dan berbahagialah kau dengan kehidupan baru kau tanpa aku


Maaf ~ Aku masih sayang dekat kau, mungkin? Aku masih mengharapkan kau, mungkin? Aku bencikan kau, mungkin? Semuanya aku sendiri tidak tahu jawapan yang tepatt


Cuma satu sahaja aku mohon kepada kauu. Walau aku tidak bersamamu, Jangan engkau lupakan diriku. Walau aku tiada di sisimu, Jangan engkau lupakan namaku. Kerana aku masih mengingatimu


Ya Allah ~ kuatkan hati aku Ya Allah :'(


  • Share:

You Might Also Like

10 comments