Esok Balik UiTM Dah!

Friday, November 18, 2011




Assalamualaikum


Tengok jam, pukul 7.25 pagi. Hmm ~ Bangun dari tidur dan tengok calender. Eh eh ~ hari ini dah 18hb lah ~ Maknanya esok aku dah kena balik UiTM dah ~


Cepatnya masa berlalu. Sumpah aku cakap. Kejap betul masa berlalu. Rasanya baru semalam aku dengan kawan-kawan aku tengah jawab paper final. Rasanya baru semalam aku dengan kawan-kawan aku duk kemas-kemas dewan lepas habis dinner. Rasanya baru semalam aku dengan kawan-kawan aku pergi merehatkan minda di Teluk Gadung dan rasanya baru semalam aku dengan kawan-kawan aku bertungkus-lumus study untuk subjek Law walhal otak dan jasad sebenarnya dah tak ada kat sini sebab duk melayang-layang kat rumah -.-


Cepatnya masa berlalu -.-


Esok aku masuk UiTM dah. Aku tak tahu siapa lagi yang balik 19hb sebab selalunya aku dengan Pekjah akan plan sama-sama untuk masuk UiTM sama-sama dan kemudian pergi Mesra Mall sama-sama. Tapi untuk semester ini, dah tak ada dah ~ Hmm ~ Jujur aku cakap, aku tak dapat bayangkan macam mana kehidupan aku kat U nanti tanpa dia


Kenapa aku masuk awal? Sebab aku tak suka lah macam esok start kelas, hari ini aku dah penat duk kemas-kemas barang. Sebab aku ni kalau bab-bab mengemas memang mengambil masa yang lama. Lagipun atleast 20hb tu aku boleh lah beronggeng-ronggeng dengan kawan-kawan aku yang lain sebab aku dah siap kemas barang. HAHA :D


Barang-barang semuanya aku tak berapa pasti dah kemas semua ke belum. Aku dah kemas dah semalam cuma aku rasa macam tak lengkap je. Aku tak tahu apa yang tak ada lagi dalam senarai barang-barang yang nak bawak ke UiTM tue -.-


Hari ini sambung packing lagi. Tapi maybe kejap lagi aku nak ajak mak aku pergi keluar kot sebab aku nak beli barang-barang sikit yang aku nak bawak balik. Aku ingat nak beli meja kecik satu. Alaaa ~ meja yang macam Jepun tu, yang kena duduk bersila tu sebab aku suka guna meja tue :)


Okay ~ got to go ~ Aku nak pergi download lagu. Ape sal lah sume lagu yang aku download semuanya lagu separuh-separuh je -.- Tak penuh macam yang aku dengar kat radio tue? Tensen aku -.-

You Might Also Like

7 comments