Dilemma ; Stay For Diploma Atau Buat Fast Trex?

By Mysara Newrie - Wednesday, November 09, 2011


Assalamualaikum


Minggu depan dah nak masuk UiTM dah. Eh eh ~ Kejapnya masa dah berlalu kan? Dah masuk semester 4 dah. Lepas tu semester 5 dan gradeeeeeeeeeeeee! :D Lepas tu masuk degree pulak :)


Ok lah ~ Sekarang ni semua budak-budak batch aku semuanya pakat kalut dan bingung belaka sebab samada nak habiskan diploma atau nak buat fast trex


What? WHAT IS FAST TREX?! Tak perlulah nak CAPSLOCK kan tapi itu perlu sebab menandakan yang benda ni macam serius sangat-sangat dan perlukan perhatian ramai walhal sebenarnya tak punnn! -.- HAHA :D


Fast trex ni selalunya ditawarkan kepada student-student Part 3 atau semester 3 kalau CGPA korang melebihi 3 pointer. Fast trex ni kiranya korang akan masuk Degree Part 1 dan habiskan degree korang tue. Maknanya Semester 4 dan 5 korang di Diploma korang tak payah amik sebab korang buat fast trex. Faham tak?


Tapi kalau tak buat fast trex, korang akan lalui semester 4 dan 5 Diploma dan lepas tu masuk Semester 3 Degree. Sooo kiranya macam korang tak payah ar lalui semester 1 dan 2 Degree. Ada kawan-kawan aku cakap, Semester 1 dan 2 Degree adalah ganti kepada Semester 4 dan 5 Diploma


Well ~ Aku dapat tawaran untuk buat fast trex tue. Petang tu dapat msj dari UiTM tapi dekat nombor mak aku lahh


"Tengok ~ Mama masih muda lagi. Kalau tak kenapa UiTM hantar mesej, tawarkan mama buat degree? Hehe"
"Mama, tu mesej untuk Sara lah -.- Sebab Sara guna nombor mama untuk urusan rasmi UiTM"


Mak aku -.-


Actually dari awal semester lagi aku dengan budak-budak ni dah buat research pasal fast trex nie. Kitorang tanya PA kitorang, tanya Miss Fisha, tanya lecturer-lecturer, tanya senior-senior sebab kitorang nak tengok patut ke tak buat fast trex nie.


Aku dari awal lagi memang nak stay, nak habiskan Diploma. Sebab bagi aku, masa depan nanti majikan konfem punya akan cari orang yang ada lepasan Diploma sebab dorang akan gajikan kita dengan gaji yang sikit dulu dan lama-lama gaji kita akan naik. Tapi kalau tak ada Diploma, agak sukar sikit sebab nak cari majikan yang gaji permulaan dah RM3000 lebih, agak sukar jugak tu sebenarnya


Kalau aku stay untuk Diploma, atleast aku ada masa lagi untuk bagi sumbangan aku kepada UiTM Dungun tue. Hehe :) Tak kisah lah dari segi apa-apa pun cuma aku dah ada niat dah nak buat apa sem depan. Cuma aku harap Allah swt bantu aku dalam melaksanakan apa yang aku nak ni. Aminn :) Aku nak kutip pengalaman dulu dan sijil-sijil yang berkaitan supaya atleast aku ada bekalan untuk masa depan aku nanti


Kalau aku buat fast trex, aku takut aku tak mampu nak buat sebab kita mana tahu kan apa yang bakal terjadi pada masa depan. Kawan-kawan aku cakap, kalau buat fast trex nanti, kena struggle sebab kalau kecundang, habislahhh -.- Aku tak nak main-main dengan masa depan aku sebab aku dah ada plan nak buat apa dengan masa depan aku nanti dan aku harap Allah swt perkenankan doa aku nie


Kalau aku stay untuk Diploma, aku akan dapat 2 scroll iaitu satu scroll untuk Diploma dan satu lagi untuk Degree, Insyallah ~ So kiranya 2 kali lah mak ayah aku dapat tengok aku grad. Haha :D Tapi kalau aku buat fast trex, aku dapat satu scroll je. Eh betul ke? Kalau salah tolong betulkan ehh?


Kalau aku stay untuk Diploma, aku boleh kejar pointer aku supaya aku dapat CGPA Dekan dan masa Degree nanti aku akan boleh dapatkan scholarship. Yang ni kawan-kawan aku cakaplahh ~ So kiranya aku tak payah lah amik PTPTN dannn dah jimat dah kat situ sebab aku dah stop amik PTPTN. Kalau aku buat fast trex, aku tak tahu mana aku nak dapat duet. Haha :D


Kalau aku stay untuk Diploma, maybe bulan March 2013 aku akan masuk Degree. Aku mungkin akan grad hujung tahun depan ataupun hujung tahun 2013. Yang ni kawan-kawan aku cakaplahh ~ Mungkin dah boleh jimat masa sebab aku akan cuti kejap je lah kat rumah dan lepas tu aku akan masuk Degree


Lagipun jenis aku, aku tak boleh nak study yang menghadap buku 24 jam, no fun at all ~ Jenis aku, study aku adalah main-main. Maksudnya macam ni lah ~ Dalam aku duk study tu, aku akan buat jugak something yang giler-giler. Contohnya macam study week baru-baru ini, masa tengah tension duk study, aku dengan kawan-kawan aku main potong-potong rambut dengan main baling tepung. Atleast lepas dah penat study, aku akan buat something yang boleh cheer up kan aku

Kalau aku sambung Diploma, masa Degree nanti, aku akan ada 2 pilihan untuk buat Degree, Bachelor in Corporate Administration (BCA) dan Bachelor in Administrative Science (BAS). BCA stress in corporate management, international business, private sector and calculation. BAS more stress on manangement subject, a little bit about politics and calculation. Well ~ Actually dua-dua ni aku minat :) BTW kalau aku nak buat fast trex, aku akan dapat buat BAS sahaja sebab BCA tak ditawarkan untuk di fast trex kan. Haha :D


Aku pulak, jenis suka tak duduk diam. Ada jeee benda yang aku nak buat. Sebab tu aku kadang-kadang aku selalu je fikir nak pergi situ lah ~ nak pergi sini lah ~ Ni 1 Disember ni, Insyallah ~ Aku nak pergi Mesra Mall tengok wayang, cerita Ombak Rindu. HAHA :D Weyhhhhhhhhhh ~ Belum masuk semester 4 lagi, dah ada plannn baik punyer dengan member-member. Haha :D


Mak ayah aku pulak tak bagi aku apa-apa keputusan. Yang aku ingat mak ayah aku cakap "Terpulang pada awak lah ~ Ni masa depan awak. Fikir baik-baik. Fikir kemampuan diri awak. Ini jalan yang awak pilih. Mama ayah akan sokong je apa-apa keputusan yang awak amik" Alhamdulillah ~ Kalau bab-bab study, mak ayah aku tak pernah nak bangkang apa-apa keputusan dan kehendak aku :) Hehe


Entahlah ~ Aku masih dalam teka teki jugak ni sebenarnya samada nak buat fast trex atau sambung Diploma. Tapi semalam masa aku duk sibuk tanya kawan-kawan aku, aku agak terharu dengan mesej kawan aku


"Tapi kalau ikutkan, aku sayang dan rindu kan kauu. Aku tak nak kau pergi. Sunyilah aku kalau kau tak ada nanti"


Iskiskisk ~ tersentap hati mak nak baca mesej kawan aku tue. HAHA :D Ambuiiii ~ Siapalah agaknya ehh yang hantar mesej tue? HAHA :D


BTW aku masih lagi dalam dilema ni sebenarnya :) Eh kepada sesiapa yang boleh bagi pendapat ke cadangan ke, bagilah ~ tolong kawan mu ini!


Eh kalau kita isi borang tu dan dapat tawaran ke Degree tu tapiiiiiiii kita tak pergi, kena blacklist tak nama kita?



  • Share:

You Might Also Like

19 comments