Tahniah Malaysia Menang Pingat Emas Sukan SEA ^.^

By Mysara Newrie - Tuesday, November 22, 2011



Assalamualaikum

TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!


Ya Allah Ya Tuhanku, aku rasa satu Malaysia, satu Indonesia, satu Asia Tenggara (kot?) tengok final bola antara Malaysia dan Indonesia bagi menentukan siapa yang bakal mendapatkan pingat emas bagi sukan bola sepak dalam Sukan SEA semalam :)


Aku sampai-sampai je kat cafe, cafe dah penuh dahh -..- Arhh sudah aku nak duduk mana. Sekali nasib baik lah ternampak budak-budak lelaki kos aku tengah duduk kat tempat yang baekk punya, betul-betul depan TV. HAHA :D Apa lagiiiiiiiiiiiiiiii ! Aku amik kerusi, duduk dengan dorang! HAHA :D


Masa Indon dapat jaringkan 1st gol tu kan, aku dah macam "aishh ~" Tapi aku rilex dulu sebab awal sangat dapat gol so Malaysia mesti konfem punya dapat jaringkan gol. Dan tengok lah sendiri ~ selepas 30 minit kemudian, kita dapat jaringkan gol :) HAHA :D


Gegak gempita lah satu cafe tu duk dengar kitorang bersorak. Semua jenis manusia ada, lelaki, perempuan. Even pak guard UiTM punnnnnnnnnnnnnnn join kitorang sekali tengok bola. HAHA :D

My friends :)

Apa yang aku nak cakap, game semalam memang sumpah suspen gilerrr ~ Kawan aku yang lelaki semua cakap, game semalam memang dah bikin dorang panas jeeee. Tengoklahh ~ banyak kali kan pemain Malaysia kita dapat attack tapi ada je yang penghalangnya


Masa dah habis masa yang 90 minit tu, kawan aku cakap, overall Malaysia memang ada harapan yang besar nak menang. Tengok pada 15 minit yang pertama dan kedua, keadaan dah jadi tak tentu hala dah kat cafe tue. HAHA :D


Perghh ~ Sumpah aku cakap, bising nak mampusssssssssssss ~ Dah lah cafe tu tertutup. HAHA :D Aku rasa kan, yang perempuan je yang menjerit lebih-lebih. Yang lelaki biasa je. HAHA :D Tapi jujurlah aku cakap, aku suke tengok bola dengan budak lelaki sebab atleast dorang tahu something dan dorang borak pasal bola tue and aku punn boleh lah tumpang sekaki mendengar dorang bercakap tue :)


Kawan lelaki aku yang ada dengan aku, dorang semua tak nak kita main sampaikan ke penalti. Sebab kalau boleh, jaringkanlah gol dekat masa tambahan tue. BTW, masa Indon dapat jaringkan gol dekat masa tambahan, memang aku dah down lah masa tu sebab aku ingatkan kita dah kalah dah tapi lepas penjaga garisan cakap dia dah offside, haha ~ apa lagi~ kitorang semua tepuk tangan ramai-ramai. HAHA :D

Tak senang duduk sekali aku tengok kawan-kawan aku nie. HAHA :D


Yang paling kelakarnya, masa Malaysia dapat jaringkan gol yang offside tu dekat masa tambahan, kitorang yang perempuan ni, manalah tahu pape kan? Kitorang bersorak bagai nak gilerrr tapi lepas tu kawan lelaki aku cakap lah ~ "Weyh tu offside lahh" Lepas tu aku dah malu sendiri sebab bersorak. HAHA :D Kawan lelaki aku cakap "Korang ni, asal bola masuk gol je, bersorak. Bukannya tengok dulu offside ke tidak" HAHA :D


Tapi masa penalti yang last tue, aku sumpah takuttttttttttttt giler. HAHA :D Aku dah siap peluk peluk dan dengan kawan aku, perempuan okay? -.- Sebab yelah ~ bola ni adalah something yang kita tak expect kan? Semuanya bergantung kepada tuah. Dan Alhamdulillah ~ kita menang :)


Masa kita dapat gol yang penentu kita menang tu, memang semua orang bersorak giler. Lelaki perempuan, semua bersorak. HAHA :D Siap ada yang bangun, peluk kawan, bertepuk tampar sesama sendiri. Pak Cik yang jaga Cafe kitorang pun gelak tengok kitorang. Haha :D Syukur Alhamdulilahh :')



Kepada Skuad Harimau Malaya, setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan. Terima kasih kerana masih mengekalkan pingat emas dalam genggaman kita. Dan yang paling penting, kamu semua, pemain Malaysia, telah menyelamatkan maruah negara kita :)


TEAM HARIMAU MUDA HEBAT! kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang GURU, dan yang penting TEAM MALAYSIA ada KHAIRUL FAHMI CHE MAT yang sentiasa cermat menangkap bola dan MALAYSIA juga ada BADDROL BAHTIAR yang sentiasa berikhtiar menjaringkan gol dari jarak jauh dan yang paling hebat sekali ialah MALAYSIA ada ONG (Ong Kim Swee) !!!! *ayat kopypaste*


TAHNIAH MALAYSIA! TAHNIAH HARIMAU MUDA! :D
Kamu telah membanggakan kami, rakyat Malaysia ^.^


AUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!

Terima kasih kepadamu wahai TV kerana dapat jugak tengok bola. HAHA :D


Gambar kopypaste dari Google dan Facebook

  • Share:

You Might Also Like

1 comments