Assalamualaikum
First week aku di UiTM Dungun pada semester 4 kali ini benar-benar mencabar aku sebagai seorang manusia, pelajar, anak dan kawan. Aku betul-betul bingung memikirkan semua ini
Aku mulakan dengan penuh perasaan happy sebab dapat masuk balik UiTM Dungun. Tapi baru beberapa jam sahaja aku di UiTM Dungun, satu persatu benda yang aku tak suka berlaku pada diri aku. Sejam pertama, ini yang terjadi. Sejam yang kedua, jadi macam itu. Dan jam-jam seterusnya, ada sahaja perkara yang tak elok terjadi
Fuhh ~ Mencabar sungguh kesabaran aku. Tapi aku cuma senyap dan pendam sahaja. Tapi siapalah aku? Aku pun manusia jugak. Yang ada terhadnya dalam perkara-perkara tertentu. Aku jadi susah hati dari hari ke hari
Minggu yang sepatutnya aku happy dengan kawan-kawan aku sebab bercerita tentang aktivit cuti sem menjadi minggu yang paling mencabar dan sedih bagi aku. Aku tahu ini bukan diri aku. Aku tahu aku tak sepatutnya jadi macam nie. Taip-tiap kali pergi ke tandas dan menangis seorang diri ; elok kah benda itu berlaku kepada aku? Tiap-tiap kali ingin tidur dan mata pasti berendam air mata ; baguskah perkara itu berlaku pada aku?
Aku tahu kemampuan diri aku di mana. Aku dah fikir semuanya sebelum masuk UiTM Dungun lagi tapi bila aku sendiri dah berada di situasi tersebut, aku sendiri tak larat, aku tak kuat dan aku tak gagah macam mereka. Aku jadi terpencil dan aku hanya senyap sahaja tanpa berkata apa-apa
Waktu tidur aku tak menentu. Tidur aku betul-betul terganggu. Aku cuba untuk tidur tapi aku rasa ini bukan tidur. Tidur sekejap, dua jam selepas itu terjaga. Tidur sekejap, sejam lepas itu terjaga. This happen for almost every night. Dan aku selalu bermimpikan perkara-perkara yang aku takutkan dan menyedihkan yang aku tak nak perkara itu berlaku. Kadang-kadang selepas terjaga dari tidur, aku menangis seorang diri ditemani embun pagi
Aku pun tak ada selera nak makan. Yup ~ Mula-mula memang lah aku lapar tapi selepas beberapa suap makanan, aku dah tak lalu nak makan. Banyak nasi yang ada dalam pinggan aku tu mampu aku tengok sahaja. Tapi aku cuba untuk habiskan jugak sebab aku tahu, membazir nasi tue. Menangis nasi tu nanti kalau aku tak habiskan. Aku betul-betul tak ada selera
Dalam masa yang sama, aku hanya senyap je. Bibir dan mulut aku seolah-olah terkunci rapat terus untuk bergelak ketawa, bercerita dan tersenyum dengan penuh riang dan ikhlas. Aku tak boleh nak buat semua tue. Dan jika ada pun, aku tahu itu sebenarnya tak sepenuhnya dari hati aku. Aku dapat rasakan itu
Sekarang, aku berada jauh dari Dungun. Selepas habis kelas semalam, aku bawak diri jauhh dari Dungun. Aku nak keluar sekejap bagi mencari sesuatu yang hilang. Aku nak cari Mysara Newrie yang selama ini penuh dengan semangat, tabah, kuat dan riang gembira. Aku tahu apa yang berlaku pada diri aku sekarang ini adalah bukan diri aku yang sebenarnya.
Tapi sejauh mana pun aku pergi, orang tetap akan mencari aku. HP aku tak berhenti-henti berbunyi dari malam semalam sampailah ke hari ini, yang mengusik aku, yang bertanya itu ini yang aku rasa soalan tu boleh sahaja kalau ditanyakan kepada orang lain, yang mengajak aku mesej itu ini, yang mengajak borak-borak. Please ~ I dont have that 'excitement to reply your text or calling' feeling right now.
To those who read this entry, please give me some time to rilex and chill up myself. I just need some time for me, myself and I. Just me. Please. Aku tengah cuba nak rebuild kan diri aku yang tengah hilang nie. Aku sedang muhasabah diri aku. Aku tahu korang pun tak suke tengok aku duk murung je tiap-tiap hari, so do I. So pleasee ~ pemergiaan aku ini adalah untuk cuba gembirakan hati aku supaya nanti masa aku balik Dungun nanti, korang tak payah tengok air mata aku duk mengalir je bila jumpa dengan korang
Kepada kawan-kawan aku yang sentiasa support aku, yang mendengar luahan hati aku, terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa ada dengan aku bila aku perlukan. Yang pinjamkan bahu mereka untuk aku menangis, yang pinjamkan tangan mereka untuk mengusap kepala aku, yang pinjamkan telinga mereka untuk mendengar masalah aku dan yang paling terharu, yang pinjamkan masa mereka khass untuk bersama aku semata-mata. Terima kasih banyak-banyak. Jasa dan pengorbanan korang semua, hanya Allah swt sahaja yang mampu balas
O Allah ~ Guide me facing all this. Inilah antara dugaan dan cabaran yang paling berat yang pernah aku pikul selama aku bernafas 19 tahun 11 bulan ini. Berilah aku sedikit kekuatan dan ketabahan dalam hati aku agar aku mampu menjadi hambaMu yang solehah. Sesungguhnya, aku tak mampu berdiri seorang diri pada ketika ini dan hanya padaMu aku berserah. Bantulah aku, berikan aku petunjuk agar aku mampu membuat keputusan yang betul. Berilah aku ketenangan hati supaya aku mampu mengukir senyuman seperti dahulu. Ya Allah ~ Kau perkenankanlah doaku ini. Hanya kepadaMu aku berserah segala-galanya. Aminn ~
5 comments