Check In UiTM Dungun! :)

Saturday, November 19, 2011


Assalamualaikum



WELCOME BACK TO UITM DUNGUN BEBEHHH!



Ok fine. Tu lebih kepada nak menjerit kepada diri aku sebenarnya. HAHA :D Sebab aku dah selamat pun mendaftar kat UiTM Dungun nie. Malam tadi aku tak online sebab mengantuk sangat-sangat. Tak sempat pun nak tengok Maharaja Lawak Mega semalam sampai habis


Tapi aku frust kenapalah lagu Kisah Dongeng tak dapat masuk final Muzik-Muzik semalam? Haishh ~ Lagu tu best lahh


Okay straight to the point. Aku bertolak dari Kuala Terengganu ke Dungun pukul 10.45 pagi dan sampai pukul 11.30. Aku yang drive. Mueheheh ~ Laju tak? HAHA :D Laju lah ~ Mak aku macam biasa "Sara slow sikit kereta tue" "Ambuiii lajunyaaa"


Sampai Dungun, amik adik aku sebab aku nak mintak tolong die bawak kan barang-barang aku naik atas. Bilik aku, Duyung B 233. Hmm ~ Roomate-roomate aku semua tak masuk lagi sebab dorang datang esok. Malam ni tak tahu lah nak tidur dengan siapa -.-


Sedih jugak sem ni sebab Faezah tak ada. Geng-geng yang sekepala dengan aku semuanya dah tercampak jauh. Duk kolej jauh, duk luar kampus. Aku je yang dapat duk Duyung. Haishh -.- Tak syok gak macam nie


Eh eh ~ lupa nak cakap, aku rindu Kolej Perhentiaan yang menjadi rumah kedua aku dari Sem 2 sehingga ke Sem 3 T___T


Ni bilik aku. HAHA :D Aku nak duduk katil bawah tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ~ dah ada orang yang cop. So hmm takpelah ~ aku duk atas je lah :) Lagipun ni 1st time aku duk katil atas sebab dari part 1 sampai part 3 aku asyik duk bawah je. HAHA :D


Bapak lah lama aku mengemas tadi -.- Kemudian aku baru sedar yang aku dah bawak banyak giler baju -.- Haishh ~ Sabor je lah ~ Sampaikan senior Debat aku pun tegur sebab bawak banyak sangat baju. HAHA :D Bior lerrr


Tadi masa berpisah dengan mama, sedih gak rasanya sebab hmm ~ biasalah ~ Selalunya cuti sem, mama aku tak ada sebab ada kat Sabah dengan ayah aku. Kali ni, cuti sem dia ada kat sini sebab nak bagi semangat dekat adik aku yang amik SPM.


Sumpah sedih tadi masa nak berpisah. Mak aku peluk aku. HAHA :') Tapi kejap je aku sedih. Naik atas bilik, terus jadi senak otak sebab fikir nak kena kemas bilik dengan barang-barang -.-


Apo nak dikato lagi? Harapan aku pada semester 4 ni adalah semoga semester ini cemerlang bagi aku macam semester 3 dari semua segi dan aspek :) Insyallah ~ Jujur aku cakap, aku rindu semester 3 yang penuh dengan "tak cukup masa" "penat keterlaluan" tapi aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang menceriakan aku :)

BTW just nak bagitau, maybe aku akan kurang berblogwalking atas sebab-sebab tertentu. Huhu. Sorryyy ~


p/s : Motif aku buat 4 kat gambar di atas? Tu maknanya Semester 4 DPA di UiTM Dungun! :)

You Might Also Like

6 comments