[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Monday, May 02, 2011

Shopping Adalah Terapi Terbaik Untuk Perempuan :D



Salam. Yeahhhhhhhhhh ! Apabila cuti sem dah bermula, macam-macam benda yang aku nak buat dan of course lah salah satunya aku memang nak shopping. Haha ;D


Psst ~ Bagi melaksanakan misi ini, aku dah save siap-siap duet PT aku. Berapa? RM 1000 bohh!! Haaaaaaaaaaa ~ Sanggup aku tahan nafsu nak borong baju dekat bundle kat pasar malam tu sebab nak simpan duit PT tawww walaupuan baju kat bundle tu lagi murah dan cantek-cantek. Haha :D


Ok ok lah ~ Petang semalam mama dan adik aku amik aku dekat UiTM Dungun. Huuuu ~ Penuh satu kereta mak aku yang kecik molek tue. Haha ;D Aku bawak balik semua barang-barang aku sebab aku nak post mortem barang-barang yang wajib, perlu dan tidak perlu untuk dibawa pada sem depan. Hehe :)


Then lepas tu bertolak lah ke Kuala Terengganu. Masa ini aku yang drive kereta sebab aku dah gian sangat-sangat dah lama tak bawak kereta. Haha :D Yang paling best bila aku dan mak aku berborak-borak dalam kereta. Alah ~ Biasalah daugher and mother stuff kan? Hehe ;p


Dari perbualan tu, terus mak aku suggest nak pergi kat Terengganu Trade Center aka TTC sebab ada jualan murah. Semuanya baju jenis berjenama macam Camel Active, Forest, Googles and Vior ada buat sale dengan harga yang gempakkk punya !


Mulanya aku malas ar nak pergi sebab aku nak rehat. Tapi bila tengok mak aku beria-ria sangat nak pergi sebab katanya nak beli baju untuk ayah aku, so aku ikutkan jugak lah :) Hehe. Lagipun aku kan baru je habis final exam so aku rasa aku kena bagi and rewardkan something kepada diri aku sebab sanggup woo study dari pukul 10 pagi sampai 4 pagi. Tak pernah aku buat macam nie. Hehe


Sampai-sampai je kat TTC, perghhhh ~ ramai giler orang. Masa tu tak silap aku dah petang dah. Kebetulan semalam kan Hari Pekerja so ramai lah orang yang datang bawak anak-anak, pakwe makwe dan suami isteri masing-masing.


Memang penuhlah orang masa tue. Parking kereta? Tak usah cakaplah ~ Memang susah nak dapat. Dah lah TTC ni dekat dengan Giant and Mydin Mall. So orang ramai pakat duk serbu belaka kat area Giant nie termasuklah TTC yang jadi mangsa -.-

Mula-mula aku masuk kat TTC tu aku dah ternampak gambar kat atas ini. Heyyy ~ Pandang kiri 70% pandang kanan 70% pandang depan 70% pandang kiri 70% . Tak ada dah 50% atau 30%. Tetiba aku jadi giler jap sebab tengok semuanya baju yang cantek-cantek dan murah pulak tue. ARGHHHHHHHHHHHH! XD


Pergi cari baju ayah aku. Ya Allah ~ Masa ini memang lama giler mak aku pilih baju warna apa untuk ayah aku. Aku dah lah tak dapat duduk diam sebab tengok lepas sorang-sorang duk buat bil nak beli baju. Weyh ~ Memang tak lah aku nak duduk diam kan? -.-"


Last-last aku cakap dengan mak aku yang aku nak pergi tengok-tengok dulu. Jenis aku ini, aku kena survey dulu semua yang ada then baru aku pilih mana yang aku nak. Hehe :D Atleast tak ada lah membazir kan? Hehe


Then aku dah decide nak beli apa. Aku amik baju kemeja berkolar satu, baju lengan panjang satu dan T-Shirt biasa satu. Haih ~ Ikutkan hati memang aku nak beli lagi banyak taww. Tapi mak aku suruh hold on dulu sebab maybe nak pergi Kuantan sebab nak kena buat surat proposal untuk Dinner sem depan -.-"

Ni haaaaaaaa ~ Bil baju yang aku nak beli. Baru RM36 kan? Padahal dah 2 helai aku amik. Huishh ~ Memang murah betul baju-baju semalam. Tak silap aku, GMS (singkatan untuk apa entah) buat sale ini kat TTC nie. So peluang yang ada ni, tak kan lah kau nak duduk tengok je kan? Memang tak lah ! :D


Lepas dah bayar semua, ada pulak cabutan bertuah. Kalau dalam satu resit yang berharga RM50 ke atas, layak untuk join cabutan bertuah. So kebetulan semalam resit aku dan mak aku berjumlah RM51 dan RM68. So aku pun joinlah cabutan bertuah. Hehe :D


Sebelum aku naik pentas untuk amik nombot tue, aku siap-siap berdoa dah dan aku sempat cakap dengan mak aku "Kalau dapat hamper tu pun takpe dah mama" Hehe :D


So dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim aku pun cabut nombor. Aku target atleast maybe dapat botol air je sebab kalau dapat nombor 13 dapat botol air je. Tup tup depan aku, tokey tu bukak nombor aku dan dapat nombor 13 dan nombor 8.


Ehh? Aku macam tersuka kejap. Haha ;D Nombor 8 dapat apa erk? Hehe ;D Sekali tokey tu bawak keluar sesuatu dari meja die. Heyyyyyyy ~ Haruslah aku suke kan? Haha :D

Hamperr !!!!


Haha ;D Syukur Alhamdulillah ~ Rezeki aku murah betul malam itu sebab dapat beli baju dan hamper. Hehe ;D Masin jugak mulut aku nie kan? Haha :D Once again, terima kasih Allah :)

Masa aku nak balik pergi ke kereta, semua orang pandang aku dan mak aku. Orang-orang yang berniaga dekat luar TTC semuanya pakat cakap "Bertuahlah awak hari ini dapat hamper" Hehe :D Malu I tawwww -.-"

Ni haaaaa ~ Baju-baju yang aku beli semalam. Baju ungu, kelabu dan warna merah menyala gituuuuu. Haha ;D Aku dah bosan betul dengan baju warna hitam sebab itu aku beli baju warna lain. Hehe ;D


Psstt ~ Rasa nak pergi beli lagi lah baju yang macam baju warna merah tu tapi nak beli warna peach and warna hijauuu T___T Nak beliiiiiiiiii !


Oh ya ~ Sesape yang duduk around Kuala Terengganu, boleh lah pergi TTC tue. Sale tu ada sampai 8 hb ni je taww ! :D promote kejap ;p


And betul lah orang cakap, terapi bagi seorang perempuan kalau dia tension dan penat ialah shopping ! :D


p/s ; Sape yang perasan? Baju aku warna kelabu tu sama je dengan baju yang ini? Haha :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts