[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, September 30, 2012

Terima Kasih Untuk Ini :)


 

 Assalamualaikum


Buat seorang teman, kawan aku yang paling aku sayang, ni entry khas untuk kau :)



Kau selalu tanyakan kau kenapa aku ni selalu sangat ucapkan "Thank you" dekat kau dan aku mesti akan cakap "Perlu ke sebab untuk ucapkan terima kasih?" dan kau pulak mesti macam bengang kan? HAHA :D Dan kali ini, kebengangan kau akan teruraii :)


Nak kata kita ni kawan satu sekolah, memang tak pernah pun satu sekolah. Kawan satu U? Lagilah tak pernah sebab kau kan budak hmm ~ budak laut mungkin? HAHA :D Okay okay jangan sekeh kepala aku! haha :D


Aku dengan dia kenal atas dasar kawan atas kawan je tapi hubungan aku dengan dia jadi rapat sejak aku dengan kawan aku tue macam dah jauh. Alih-alih aku dengan dia pulak yang duk berhubungan selalu, tak jumpa, msj. Tak msj, call. Tak call, chat. Haaaaa gituuu :) Tapi tak adalah selalu. dalam sebulan tu, sekali je kitorang berhubung


Tapi kalau dah contact dengan dia -___________- mau gegar kedai yang kitorang lepak sebab bising dengan mulut aku dengan dia :)


Okay okay ~ ni reason yang kenapa aku ucapkan terima kasih dekat kau :)



Masa aku break up dengan pakwe aku, kau call aku. Kau pujuk aku "jangan nangis Sara, jangan nangis" tapi aku tetap jugak menangis. Yelahhhhhh ~ sedih kot? Last-last kau cakap "kalau kau nangis, nanti dah tak comel dah" HAHA :D Pandai yer kau pujuk aku :')


Hujung minggu tu, masa aku tengah sedih-sedih lagi, kau sanggup turun Dungun dengan kawan-kawan kau sebab nak chill kan aku yang tengah sedih. Okay yang ni sumpah aku terharu tapi aku tak nak cakap je HAHA :D Terharu lah weyh sebab kau sanggup datang jumpa aku, nak gembirakan aku. Lepas tu kau sanggup tipu orang cakap kau ni sepupu aku sebab kau betul-betul nak lepak dengan aku. HAHA :D 


Lepas tu, kau keep on going texting and mesej aku, kasi kata-kata semangat :) Slowly aku dah pulih sebab kau ada untuk gembirakan aku dan lupakan cerita-cerita yang lama. 


This! Terima kasih untuk kehadiran kau yang sentiasa memberi aku semangat :)


Aku ingat lagi, hujung tahun lepas. Aku tengah syok syok tidur, kau pulak telefon aku ajak aku keluar makan McDonalds sebab masa tu kau baru sampai Dungun. Hadoiii! Dah lah malam sebelum tu aku dah overnite dekat McD dah. Tapi sebab aku fikir kau dah sampai Dungun, so fineeee lah ~ aku layankan je :)



Dan tak sangka pulak, kau belanja aku makan McD hari tue. HAHA :D Alhamdulillah ~ jimat duit aku :p Kita berborak lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa giler dekat McD tue. HAHA :D Macam-macam duk borakkan sampai aku rasa masa tu aku asyik gelak je. Kenapalah otak kita berdua ni sama hah? Apa yang aku fikir, kau punnnnnnnnnnnnnnn nak sekali dengan aku jugak HAHA :D



Dan yang paling tak boleh blah, masa aku geram dengan kau, aku pun baling tisu dekat kau TETAPI malangnya tisu tu terkena brother belakang kau. Bila brother tu berpaling ke belakang sebab nak tengok sape yang baling, aku pun dengan slumbernya bangun dari kerusi dan keluar dari McD HAHA :D


Tapi kauuuu. Kau dengan gentleman je cakap dengan brother tue "Maaf bang. Kawan saya baling tadi terkena dekat abang. Sorry eyh?" 


This! Terma kasih sebab back up kan untuk aku :)


Masa aku tengah dalam minggu nak final exam, kau mesti tahu tahu je aku tengah nak final exam dan akan wish good luck dekat aku :) Masa aku tengah stress study dan gigih buat nota last minute, kau call aku dan kasi aku gelak kuat giler sampaikan satu kolej boleh dengar aku cakap telefon -___-


Kau cakap kau baru topup tapi disebabkan kita on the phone lamaaaaaaaaaaaa sangat, tutttttttt ~ kredit kau habis


This! Terima kasih sebab habiskan topup kau untuk aku dan gembirakan aku


Ada one time tu, kita macam dah hanpir setahun dah tak berhubung dan tiba-tiba kau call dan mesej aku. Masa tu memang rancak giler berborak. Kau ajak lepak sebab kebetulan kau dekat Dungun tapi aku yang menolak sebab masa tu dah lewat malam dah. So kita just texting je sebab yelah ~ tak boleh nak jumpa kau kan? Huhu


Masa kau lepak tepi pantai Dungun, kau mesej aku dan tanya aku "Sara bilik kau menghadap pantai tak?" aku pun cakap "Takk ~ kenapa? Kau nak nyalakan api yang bertulis I MISS YOU ker? HAHAHAHA" dan kau cakap "Aah tapi dalam minda je lah ~ Tak mampu buat betul-betul"


This! Terima kasih sebab jujur menyatakan rindu kau kepada aku sebagai seorang kawan, ehemm masalahnya rindu ker??? HAHA :D


Nahhhhhhhhhhh ~ banyak lagi reason di mana aku perlu ucapkan terima kasih kepada kau tapi yang ini je yang mampu terlintas dalam kepala aku :) Terima kasih sebab ada di sisi aku bila aku sedih, suka, gembira dan macam-macam lagi lah! haha :D Asal lah dengan kau je mesti aku rasa nak gelak -___-


Hint ; 1779 :) HAHA :D Ingat aku lupa ker derrr?


p/s : Aku tak boleh nak upload gambar die sebab dia ni ramai peminat, kang teruk aku kena serbu dengan peminat-peminat dia :p HAHA :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, September 29, 2012

Final Exam for Final Semester :)


 Assalamualaikum


Ambui ~ makin nak dekat final ni, makin menjadi-jadi yer aku nak update blog bagai -__- Takpelah asalkan aku bahagia :)


Buat masa ni aku tengah try cari lagi mood study aku sebab macam dia dah menghilang entah kemana yang aku sendiri tak tahu. Sekarang ni depan mata aku ada buku Law tapi tangan aku duk rancak menulis dekat blog nie. Hehe :p


Okay ni adalah jadual final bagi semua budak-budak Batch aku. Aku dapat tahu je jadual final dah keluar, terus aku buat siap siap jadual ni dan postkan dalam group batch aku.

Yang asal

Tetapi memandangkan aku dah amik subjek DA dan IR masa aku buat intersession hari tu, maka sem ni aku hanya ada 4 paper sahaja lah dan bawah ni pulak adalah jadual final exam aku. Sebab aku dah mosaic kan yang subjek DA dan IR awal-awal dah :) Hehe :p
Yang Aku punya :) hehe
So inilah jadual untuk final aku. Aku ada 4 paper je sem ni tapiiiiiiiiiiiii disebabkan aku dah bazirkan study week aku, aku hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk study. Ni pun dah cuak giler dah nie :O


Mostly aku banyak lepak dalam bilik study je sebab aku tak boleh bohh nak study dalam bilik. Banyak dugaan! Dugaan katil, laptop, broadband, makanan HAHA :D So baik lepak dalam bilik study :) Hehe 

jadual study :)
Okay. Ni jadual aku study untuk final. Weyh! Aku akan buat jadual ini time nak dekat final je! haha :D Sebab aku tahu, kalau aku tak buat, aku tak kan study dan lepas tu aku tak kan pandai nak predict nak study apa. So baik buat benda ni, so aku kasi boleh nampak apa yang patut aku boleh study, berapa jam lagi aku tinggal dan sebagainya :)


Actually aku buat jadual ni since aku dari Part 1. Even sem ni aku dah last sem, aku tak kan pernah tinggal sebab dengan benda ni aku dapat study dengan konsisten. Kalau tak ada benda nie, hmm ~ konfem konfem lah aku merayap pergi situ sana sini. Bahaya aku nie. Pantang di ajak! Mesti on je! haha :D


Dan tadi Fie ajak pergi makan pizza, aku on je. 5hb ni after test Current Affairs! Mark that date! :D

wajib ada!
Dulu kannnnnnnnnnnnnn, aku paling tak suke guna highlight sebab entahlah ~ aku lebih suka guna pensel dan garis-garis je mana-mana point yang aku rasa penting. Tuu tuu ~ kalau tengok buku teks Sejarah aku, penuhh dengan garis-garis pensel! haha :D aku lah yang kejam sangat buat tu -___-


Tapi sejak dah masuk U nie, perghh ~ aku rasa WAJIB untuk aku ada highlight! Sebab bila aku tengok buku aku penuh dengan warna warni, aku rasa happy dan aku rasa aku dah study sebab yelah ~ aku mestilah akan highlight benda-benda yang penting kan? Kalau aku tengok buku aku kosong je, aku percaya aku tak study lagi dan akan buat aku rasa cuak -___-

waiting for the test :)
Aku dah last sem diploma dekat UiTM Dungun nie. Dah macam-macam aku pernah lalui dekat sini, kenal kawan satu kos, yang lain kos pun aku dah kenal. Dengan lecturer apatah lagi. Dengan akak-akak dan abang-abang dekat cafe, dekat Teluk Gadung tue. Tak masuk lagi dengan Pok Din dan geng-geng abang van kunyit. Ramai sangat aku dah kenal


Di kesempatan ni, aku nak mintak maaf dari semua yang kenal aku. Aku tahu aku ada buat salah dan dosa tanpa aku sedar, buat terasa hati. Tapi percayalah, aku benar-benar tak maksudkan apa yang aku buat tu. Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku pun dah maafkan kamu semua yang aku kenal, aku maafkan semua apa yang korang buat dekat aku


Aku cuma ingin korang yang baca entry aku ni untuk doakan aku berjaya di final exam last sem aku nie. Aku nak grad cepat-cepat dan sambung degree pulak :) Sebab aku ada plan untuk masa depan aku. Aku ada beberapa perancangan di mana aku nak buat sesuatu masa aku dah habis degree nanti. Insyallah jika dipermudahkan oleh Allah swt :)



GOOD LUCK KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN! :D



Doakan kejayaan saya di semester terakhir Diploma Pentadbiran Awam UiTM Dungun :')

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, September 24, 2012

Orang Lain Suka Ke Kalau Kita Bermegah Diri? :O

 

 Assalamualaikum




Yelahh ~ memang dalam gambar dekat atas cakap macam tu tapi perlu ke sampai membangga diri, menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan perhatian orang ramai?



Sometimes, kita dalam hidup ni, just be humble je ~ Tak payah nak berlagak bagai, nak memuji diri. Sebab maybe kita fikir "Oh orang tahu pasal aku, itu ini" tapi kita tak tahu apa fikiran orang lain yang mendengar


Kadang-kadang aku terkena dengan tempias dengan orangorang yang terlaluu suka memuji diri sendiri. Bila aku teringat balik, aku rasa nak gelak pun ada, menyampah pun ada. Tapi kadang-kadang aku ni jahat jugak sebab aku layankan je perasaan diorang tue. Biarlah ~ dia nak perasan sorang-sorang, kita layankan je lah, ye dok? HAHA :D


Contoh lah ~ "Aku cantik" so aku pun mengiyakan je lah ~ sebab aku fikir kadang-kadang kita kena menipu untuk gembirakan kawan-kawan. Huhu ~ jahat tak aku ni? Entah lah ~ kadang-kadang nak cakap benda buruk, tak sampai hati sangat-sangat nak kecewakan kawan-kawan, melainkan kawan yang dah rapat atau kawan kita tu tanya pendapat kita :)


Kawan aku lagi best. Dia cakap "Orang yang cantik, tak kan dia cakap tu cantik melainkan dia perasan cantik" Perghh ~ pedas giler ayat dia tue. Tapi bila fikir-fikir balik, betul jugak kan? So tak boleh nak cakap lah ~ 


Pendek kata, tak perlu untuk membangga diri, megah dengan apa yang kita ada. Just be humble, tu je :) Sebab tak kemana punnn kalau kita asyik dengan perasaan berlagak dan megah diri tue :) Kalau ada orang adore, minat, suka dsbgnya dengan kita, Alhamdulillah ~ ucap Syukur sebab Allah swt dah permudahkan kehidupan kita dengan orang di sekeliling kita yang senang dengan kita :)


Kalau tak, mungkin kita ada salah dan silap di mana-mana yang mungkin kita perlu baiki. Kita manusia, kita sendiri tak pernah nak sempurna. Kita ada kelemahan jugak. Memang kita tak boleh jadi sempurna tapi atleast keburukkan dan kelemahan yang kita ada, kita boleh baiki kan? :)


Sebenarnya, entry ini pun sebagai peringatan kepada diri sendiri jugak :) Sebab kita kadang-kadang tak sedar kesalahan kita sendiri. So kalau ada yang tak puas hati dengan aku, aku mintak maaf sangat-sangat :) 


Tak perlu untuk kita membangga diri, megah, mereka-reka cerita untuk mendapat pujian dari orang lain. Kalau orang lain nak puji kita, biarlah ~ Syukur orang tengok benda yang baik dan lawa yang ada pada kita. Jika tak, takpe :) Allah swt lebih suka kalau hambaNya merendah diri dan tidak berlagak sombong. 


Bagi aku, kecantikkan luar tu hanyalah perhiasan semata-mata, bila-bila masa sahaja boleh hilang, boleh padam macam tu je. Yang penting, kecantikkan dalaman. Hati mau baik, ikhlas, jujur :) Bila ada elemen-elemen ni dalam hidup kau, pasti hidup akan bahagia. Chewahh! Siapa setuju LIKE LIKE LIKE HAHA :D


Tapi kadang-kadang kalau dengan kawan-kawan yang rapat, aku peduli hapeeee. "Akulah paling cantik antara korang semua" dan kemudian semua kawan-kawan yang lain bersambung "Hoi mana ada! Aku lah yang paling cantik! Kau gigi besar!" dan perbalahan untuk siapa paling cantik bersambunggg..


p/s : tak tuju pada sesiapa, cuma terlintas di fikiran masa terjumpa gambar BE AWESOME TODAY tue dekat Tumblr :)

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, September 23, 2012

Berembun Pagi di Teluk Cempedak! :D


 Assalamualaikum


*Bear in your mind, cerita ni sangat panjang dan penuh dengan gambar. Dan oh ya, cerita ni sebenarnya dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah! Before puasa lagi tapi disebabkan aku sibuk, so sekarang baru sempat nak taip :)*



Okay lepas dah baca entry ini, korang boleh teruskan untuk baca entry yang ni pulak :)


Lepas je kitorang lepak dekat McD tu, keesokkan harinya kitorang bagitahu lah dekat budak-budak kelas kitorang. Mula-mula aku dengar macam tak jadi sebab ada program benda lain dan kebetulan minggu tu kan ada ada Y-Entrec dekat UiTM Dungun. So masing-masing macam refuse tak nak pergi lah ~


Tapi entah bagaimana lah, tup tup jadi pergi. Hoyeahh! Aku happy giler tapi masalahnyaaaa nak pergi Rabu malam. Kebetulan Rabu malam tu ada perasmian penutup Y-Entrec dekat UiTM Dungun dan aku pulak terlibat dengan Majlis Perasmian tu sebab aku jadi Exco Persembahan sekali dengan Hani dan Angie pulak pegang Exco Protokol


So aku cakap teruskan je program kita tu dan after event majlis perasmian penutup Y-Entrec, baru kita gerak. Opsss lupa nak bagitau. Apa yang kitorang plan? Kitorang plan nak pergi BBQ di Teluk Chempedak, Kuantan satu kelas. Hoyeahhhhhhhhhhh! :D Kononnya nak meraikan 2 tahun dah kami satu kelas bersama :') Dan kebetulan, ni kan last sem kitorang :)


Baru aku perasan, tiap-tiap kali sebelum start bulan puasa, mesti budak kelas aku nak buat BBQ. Tahun lepas pun, sama jugak! :D Alaaaaaaa yang kitorang perang mayonese dekat Teluk Bidara tue :)


Malam tu, aku jadilah Exco Persembahan macam biasa. Woot woot ~ actually aku berdebar jugak sebab aku kena uruskan persembahan pancaragam, Kesatria Negara, Bomba dan Palapes. Aku tak pernah pun ada pengalaman handle event besar macam nie. Event besarlah jugak sebab ada VVIP datang :)


Tapi lepas dah settle, aku rasa lega giler. Sementara tu, budak-budak kelas aku yang lain semuanya dah berkumpul dah. Kitorang sewa satu van dan dua buah kereta Viva. Hani dengan Angie tak dapat ikut sebab dorang punya tugas tak selesai lagi. So aku dengan keadaan yang rushing giler, balik bilik kejap, amik barang-barang dan berjalan laju giler ke Pos A dan kelihatan di situ, mereka sedang menunggu


Memandangkan ada satu van dan dua buah kereta Viva, kitorang dah susun sape naik Viva dan naik van. Aku naik Viva, satu kereta dengan Khalis, Pian, Liza dan Gman. Kereta Viva satu lagi Ashrool, Pokcik, Atyn, FLiyana dan Mimi. Yang selebihnya, naik vannnnnnnnnnnnnnnnnnnn :D


So dalam pukul 11 lebih kitorang pun bertolak. Ashrool bawak kereta sumpah laju giler nak mampus, meninggalkan kereta kitorang dan van. Okay ~ masa dalam perjalanan kitorang ke Kuantan, macam-macam terjadi okay? Bila teringat balik, aku boleh jadi gelak balik HAHA :D


Masa on the way, Gman pasang kuat giler babenggg radio dalam kereta. Dah lah Khalis bawak kereta laju. Pian pulak duk layan Korea dalam kereta. Aku pulak masa tu tengah penat dan lapar sebab duk uruskan Y-Entrec tu kan. Liza pulak lapar so aku dengan Liza memang rasa macam nak muntah je sebab angin naik. Aku nak tidur pun tak boleh -__-


Aku dengan Liza dah suruh lah Gman slowkan radio tapi dia tak nak. Geram aku masa tue. HAHA :D Khalis pulak bawak laju giler, tambah-tambah pulak dengan keadaan jalan raya yang macam tak berapa nak baik sangat kan? Aku dengan Liza dan Pian yang dekat belakang ni dah terhimpit-himpit dah -__- Masa ni, aku memang rasa nak muntah dah


Masa Gman dah tidur, aku suruh lah Khalis slowkan radio. Khalis pun slowkan radio. Aku dengan Liza pun rasa lega sikit lah ~ Tapi amendanya? Tak sampai 5 minit, Gman tersedar lepas tu dia bising "Hoi asal slowkan radio?" dan kemudian dia kuatkan radio tu balik -___- Finelah, aku dengan Liza pun berserah je pada takdir. Tu belum masuk lagi part bauu telur tembelang dalam kereta yang dilepaskan secara tiba-tiba oleh unknown yang sampai ke hari ni masing-masing tak nak mengaku. Bukan sekali, dua kali pulak tue. HAHA :D


Lepas tu berhenti kejaplah dekat stesen minyak sebab nak pergi toilet. Masa ni kitorang yang naik Viva dengan van je yang follow up sesama. Yang kereta Ashrool bawak dah tak tahu dah ke mana -___- Sebelum nak bertolak, Harris, Din, Khalis dengan Gman duk berbincanglah nak ikut jalan mana yang cepat nak pergi Kuantan. Ada yang kata ikut Balok, ada yang cakap tak payah lalu dekat Balok. Dah berbolok-bolok dah dekat situ -__-


So kitorang pun gerak lah ~ Masa ni aku nak try tidur tapi tak boleh sebab duk dengar lagu dekat radio kuat giler campur dengan Gman dengan Khalis duk bincang pasal jalan pintas nak cepat sampai ke Kuantan. Sumpah bising giler.


Khalis : Eh asal diorang berhenti tepi jalan nie? *merujuk kepada van lah sebab kitorang follow belakang van
Gman : Potong je. Kan tadi diorang cakap, nanti nak masuk simpang Balok, kita potong van


So Khalis pun potonglah van yang dipandu Harris sebab macam tu lah yang dorang deal masa dekat stesen minyak tadi dan Khalis pun pecutlah kereta sebab masa tu dah pukul 1 lebih dah. Tak ada kereta langsung okay?


Dalam duk tengah laju tu, HP Gman pun berbunyi. Telinga aku mendengar je apa yang dorang cakap. Habis cakap telefon, Gman cakap "Patah balik. Van dorang tak ada minyak dah" WHAT? HAHA :D So kenalah pusing balik dan cari stesen minyak. Patutlah dorang bagi signal ke kiri, rupanya minyak habis! Ingatkan sebab dah sampai dekat simpang ke Balok


Masa tu, kitorang terpaksa patah balik 9km -__________- Sumpah jauh kitorang dah tinggalkan dorang. HAHA :D Lepas tu nak mencari ke stesen minyak. Jauh pulak dah stesen minyak ni dan kalau yang ada pun, maybe dah tutup dah sebab masa tu dah dekat-dekat pukul 2 pagi dah

Mereka yang tersadai tepi jalan sebab van tak ada minyak. Hehe :p

Dah sampai stesen minyak, misi mencari botol bermula! Hoyeaahh! :D Aku ni, kalau ada budak-budak lelaki, aku tak kisah sangat tapi bayangkan kalau semua perempuan dan terjadi benda-benda yang macam nie, tak ke haru? -___-


Aku tolong cari dan jumpa sebotol. Pian dengan Khalis dapat jumpa sebotol dan sebotol lagi, botol air minuman dalam kereta yang Akma belikan. Sebelum buang air dalam botol tu, Gman suruh masing-masing minum air tue. HAHA :D


Ini cerita Pian dan Khalis tentang bagaimana dorang boleh jumpa botol air...


Pian ternampak seorang mamat Bangla sedang letak botol air minuman dia

Khalis : Pian, kau amik lah botol air tue
Pian : Kejap lah ~ *sambil melihat line clear


Tak sampai 4 minit, mamat Bangla tu blah dari tempat tu dan apalagiiiiiiiiii ~ Pian pun amik botol air tu dan buang air yang ada dalam botol tue HAHA :D Terbaik lah kawan-kawan aku nie :)


So isilah kami minyak dalam botol air tue dan terus pecut ke kawan-kawan kami yang setia menunggu. Bila dah sampai, terus isi minyak dan goyang-goyangkan van tu sebab nak kasi minyak cepat turun. Aku rasa van tu macam dah boleh jatuh tergolek kot sebab macam dah tak stabil dah aku tengok :/

Sessi mengoyang-goyangkan van supaya minyak cepat turun HAHA :D

Kemudian, kami teruskan perjalanan. Tapi masa ni kitorang yang gerak dulu sebab nak tengok mana-mana stesen minyak yang terdekat sebab risau lah kot kot minyak yang kitorang isi tadi tak cukup. So kitorang pun pergi ke stesen minyak Petronas dan menunggu dorang


Masa ni aku dah call dorang, suruh datang ke tempat yang kitorang tunggu ni. Sekali Ina cakap "Mai kitorang dah ada dekat stesen minyak dah nie!" dan terus aku meremang bulu roma sebab aku tengok dekat tempat kitorang tunggu tue, tak ada diorang pun! :O

Sempat lagi amik gambar -__-

Khalis, trying to call Azwan

Rupanya dorang isi dekat stesen minyak Balok -__- Haih bikin suspen je! So kitorang pun teruskan perjalanan melalui jalan mana entah dan diorang pulak ikut jalan Balok. Masa ni dah berpecah dah masing-masing


Masa dekat simpang empat mana entah, Gman bagi signal nak masuk kiri tapi si Khalis ni cakap dengan confidentnya cakap "Weyh masuk kanan lah! Kanan! Kanan lagi dekat!" So Gman (dengan pasrahnya) pun bertukar signal dan masuk kanannnn ~


Amendanya? Masa masuk ke simpang kanan tu, ada signboard ape entah tapi yang pasti macam bukan menuju ke destinasi kami lah ~


Gman : Weyh kau ni biar betul?
Khalis : Gman, kau nak tahu satu cerita lawak tak?
Gman : *sambil pandang muka Khalis* AKU DAH AGAK DAH!


HAHA :D Tau tak sebab apa? Sebab jalan yang Khalis suruh masuk tu salah! HAHA :D Masa ni aku nak gelak pun ada sebab aku tengok Gman sumpah mengamuk giler babeng dalam kereta tue tapi aku tengok Khalis macam rilekss je HAHA :D "Aku ni pun bodoh, pergi ikut cakap dia. Selama ni, tak pernah pun dengar cakap dia" - Gman. HAHA :D


So lepas menahan lapar beberapa jam, akhirrnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kitorang sampai pun di Teluk Chempedak pada pukul 3 pagi :) Masa nie, aku dapat rasa lah yang embun pagi sebab masa ni aku rasa sejuk sangat-sangat.

Hailoh ~ kecoh kecohhh -___-

Okay ~ Masa ni kan, kang yang satu kereta dengan Ashrool dah sampai lamaaaaaaaaaa dah dekat TC tapi masalahnya, dorang tak nyalakan pun bara api -________- Dah kena tunggu hampir setengah jam sebab nak buat bara api sebab nak bakar ayam

Hanya kami je yang ada dekat TC masa tue :)

Penantian sungguh menyeksakannn  -___-

"Asal bara api ni tak jadi nie?"
Proses nak buat bara api :)

Masa nak buat bara api nie, macam-macam karenah aku tengok. Pian dengan gaya dia yang macam Kpop, Akma sibuk duk praktikkan nasihat nenek dia. Lama-lama masing-masing pun jadi malas dan budak-budak lelaki pun decide nak turun ke gigi pantai. Eh betul ker? HAHA :D

Masih berusaha utk buat bara api -___- HAHA :D

Masa dorang nak pergi tu, Pian pun menjeritlah "Hoi lepas tangan!" sebab tak nak buat bara api sama-sama. Dan kau tahu tak apa yang kawan-kawan lelaki aku buat. Dorang pegang tangan ramai-ramai sambil cakap "Eh mana ada! Tak lepas tangan pun!" Subhanallah ~ aku apa lagi, gelak je lah


Tak lama lepas tu, bara api pun sudah menjadi dan kami pun membakar ayam! :D Nasib baik sekejap je bakar, kalau tidak -__- Aku dah lah lapar giler masa nie hehe :)

"Kami, para gadis ingin mengucapkan terima kasih kepada Pian Yank kerana berjaya membuat bara api" HAHA :D

Bakar-bakar ayamm :)

Makan pagi itu ; mee hoon gorang, ayam BBQ, sosej :)
Masa makan, semua senyappppppp je sebab masing-masing dah lapar giler. HAHA :D Lepas makan-makan kitorang rileks-rileks kejap lepas tu Ina pun bawak keluar cake. Yeayy! Cakeee! :D

Rehat perut dulu sebelum makan cake hehe :p

Cake yang Ina beli tu sumpah sedap giler. Bukan cake yang macam biasa kitorang beli yang penuh dengan krim yang memuakkan tu -___- tapi cake yang krim nya sangat sedap, rasa mocha tak silap aku. Tapi sumpah sedap! :D


For the 1st time ever, time kitorang makan cake, masing-masing betul-betul makan cake. Maksudnya tak ada yang nak main calit-calit cake macam kitorang buat masa Post Mortem Dinner dulu HAHA :D Semua makan dengan behave dan teratur. Siap bertambah pun ada lagi :) Hehe

Sabar menanti cake dipotong sebab kena dengar ucapan dulu -___-
Gman ; sibuk nak tiup lilin dan Pian ; sibuk dengan ucapannya -__-

Cake! :D
Makan makannnnnnnnnn :D
Tu dia ~ sibuk makan cake sampai menjilat-jilat jari haha :D
Saya rasa disayangi :')
Kenyang makan cake! :D
Puapp ~ sedapnya cake! :D
"Kami budak Group B yang tak cukup 2 tahun"

"Jadi, kami buat cake sendiri" HAHA :D

HAHA :D Okay Zul aka Pokcik, Kimi, Ashrool dan Din ni sebenarnya tak cukup dua tahun dalam kelas kitorang sebab diorang masuk dalam kelas kitorang masa Part 2. Part 1 diorang tak ada sebab study dekat tempat lain. Kimi pulak masa tu group lain.


So memandangkan tak cukup 2 tahun, diorang pun buat cake sendiri lepas tu siap nyalakan lilin dan Pokcik pulak buat ucapan. HAHA :D Sengal giler.


Lepas dah kemas-kemas kitorang pun rileks kejap. Kebetulan ada abang dekat TC tu dengan teleskop dia yang gedabak besar. Dia pun suruh kitorang tengok bintang-bintang yang dekat langit masa tue. Masalahnya bila aku tengok, tak ada menda pun -___-


Masa tu pulak kebetulan dah nak dekat bulan puasa, so budak-budak ni pun sibuklah suruh abang tu cari anak bulan. HAHA :D Abang tu pulak jenis kaki borak, memang layanlah budak-budak nie

Abang dan teleskopnyaaa

Rehat-rehat lagi :)

DAH KENAPA NI WEYH?
HAHA :D Si Kimi dengan Din pulak, aku tak faham lah apa yang jadi sebenarnya dekat diorang nie -__- Kebetulan dekat tepi abang teleskop tu ada lubang. Alaaa lubang tu pulak macam kaunter dekat hospital/klinik masa kita nak daftar atau amik ubat tue


So dorang pun duduk dekat kaunter tu sambil duk cakap "Cikk, kami nak beli nasiii" "Cikk oo cikk!" Aku tak fahamlah ~ -___- Siap suruh aku amik gambar lagi bila Kimi pergi seberang kaunter tue. HAHA :D Layan kan je lahh :)


Okay tibalah masa-masa yang ditunggu! HAHA :D Kitorang main kotak beracun! :D Hoyeahh ~ soalan semuaaaaaa tu aku yang buat. Alaaa aku buat tak banyak pun sebab aku tak cukup masa nak buat banyak-banyak. So macam main mana yang sempat je


Masa aku buat soalan nie, aku macam risau jugak takut dorang cakap mengarut ke, tak nak main ker tapi bila 1st mangsa kitorang, Kimi yang kena dan semua cakap "Layankan je soalan tue" so aku macam dah lega sikit :)

Kotak Beracun :)
Fuhh! Debor debor nak tau soalan apa kihkihkih :p

Dalam ramai-ramai yang kena kan, aku rasa turn Pokcik kenalah yang orang duk gelak sekali. HAHA :D Die kena menjerit "aku sayang korang" kuat-kuat sampai semuaaaaaaaaaaa orang puas hati. HAHA :D Mula-mula memang lambat lah Pokcik nak buat, macam-macam alasan dia bagi


Dia cakap "Bakpe aku kena yang kejam nie?" HAHA :D Lepas tu dia menjerit "akuuuuuuuuuuuuuuuu..." lepas tu terus senyap dan kitorang pun gelak. HAHA :D Masa dia susah sangat nak cakap macam tu, Azwan pulak cakap "Kau tak sayang kitorang ker Pokcik?" lagilah aku duk gelak masa tue :)


Last-last Pokcik pun jerit cakap "aku sayang korang" dan semua orang macam happy giler sampai tepuk-tepuk tangan. Hello? Masa dia cakap macam tu, ada 3 camera yang record dia cakap. HAHA :D Bila aku tengok video tu aku boleh gelak sorang-sorang HAHA :D
 
Menanti siapa yang kenaaaaaa :D

Dalam pukul 6.30 kitorang gerak dan pergi sembahyang Subuh dulu. Okay masa ni sebenarnya ingat nak stay dekat Kuantan sebab nak pergi ECM dulu ke kan? Tapi kebetulan si Liza ada test pukul 10. Lepas tu masing-masing pun macam penat so kitorang pun decide untuk balik :)


Okay! Masa ni sesiapa yang dah naik van, pergi naik Viva sekarang dan sapa yang dah naik viva, naik van sekarang! HAHA :D Main tukar-tukarlah ~ As for me, aku dah naik kan Viva masa tu so aku kenalah naik van bersama-sama Ashrool, Pokcik, Khalis, Atyn Shakirah, Gman, Mimi Jahya dan Fatin Liyana. Sebelum balik ke Dungun, kitorang singgah dulu kejap dekat surau yang berdekatan untuk sembahyang Subuh :)


Then kami pun balikkkkkkkkkkkkkk! :D Masa ni dua-dua Viva yang lain semuanya dah pergi meninggalkan kitorang. Kiranya kitorang yang naik van ni antara yang terakhir lah. Masa naik van ni kitorang memang berhati-hati lah sebab takut kang tersadai tepi jalan sebab tak ada minyak pulak! HAHA :D


Masa on the way balik, kitorang nak tidur pun rasa bersalah jugak sebab Ashrool yang bawak van. Tak kan kita nak tidur tapi dia yang penat duk drive kan? Last-last aku rasa satu van tak tidur. Kitorang duk gelak-gelak, duk dengar lagu. Tapi last-last tertidur jugak cuma tidur kejap je lah :p hehe

Kami semua naik van yang berangin-angin :D

Paling aku nak sukenya, Khalis ni tidur. Pokcik pulak macam tak sampai hati nak tidur sebab die kan duduk depan dengan Ashrool, tak kan nak tidur dan biarkan Ashrool drive sensorang kan? So bila Pokcik nampak Khalis tidur, die pun amik spanar yang kebetulan ada dalam dashboard van tu dan ketuk atas lutut Khalis. Khalis pun terjagalah dan Pokcik dengan slumbernya cakap "Kalau aku tak boleh tidur, kau pun tak boleh tidur" HAHA :D 


Nak dijadikan cerita, Khalis ni pun dah terjaga dari tidur dan masa lalu dekat depan tandas, dia pun adalah macam usik Pokcik ni. Pokcik pun macam tak puas hati dan cakaplah something dekat Ashrool. Oh btw masa dalam van tu, memang kena cakap kuat-kuatlah sebab kitorang bukak tingkap, angin kuat


Tiba-tiba Ashrool pun berhenti tepi jalan. Kitorang yang lain ni macam cuak lah, tak kan van dah habis minyak kot ~ Sekali, Pokcik pun berpaling ke belakang dan cakap dekat Khails "Kau turun sekarang" HAHAHAHA :D Muka Pokcik masa tu serius giler! Aku dengan yang lain-lain dah gelak macam apa dah HAHA :D


Dalam pukul 10 lebih tue, kitorang sampai dekat Kerteh dan Mimi belanja kitorang breakfast dekat McD! Yeahh! Murah rezeki :D So kitorang pun rehat-rehat lah dekat McD tu kejap sebelum meneruskan perjalanan ke Dungun :)


The boys :)

The girls :)
Lepas dah rehat rehat, kitorang pun bertolak balik ke Dungun :) Kitorang sampai Dungun dalam pukul 11 pagi. Ashrool drop aku dengan Gman and Khalis dulu sebelum Khalis follow sebab nak pergi hantar van dan hantar Atyn, Fatin dan Mimi dekat rumah sewa diorang


Masa Ashrool bawak van masuk dekat area Kolej Perhentian, Ashrool menjerit-jerit "Mari mari! Siapa nak pergi bandar!" HAHA :D Sebab kitorang budak UiTM Dungun ni kalau nak pergi bandar, naik van kunyit :) Hehe


Aku pulak sampai je dekat bilik, mandi-mandi dan bammmmmmmmmmmmmm terus tidur! Sedar tak sedar, dalam pukul 3 ke pukul 4 petang. Pergh lama giler aku tidur -___-


Dan malam itu, aku boleh lagi melepak dekat McDonalds Dungun dengan kawan-kawan aku -__- Memang tak reti penat dah aku nie


Overall, memang best dan happening giler BBQ dan Overnite kitorang kali ni dekat Teluk Cempedak :) Bila fikir-fikir balik, macam mengarut dan giler pun ada sebab pergi TC semata-mata nak pergi BBQ sedangkan boleh je kalau nak pergi BBQ dekat Teluk Bidara ke, dekat Teluk Gadung ke kan? Tapi nak jugak pergi ke Teluk Cempedak -___-


Papehal, this is one of the best memories in my life :) Thank you guys :')



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, September 21, 2012

[Review Novel] Kougar by Shaz Johar

 

 Assalamualaikum


Hoyeahh ~ Masa pergi Mesra Mall minggu lepas dengan mama, aku sempat rembat beli dua buah novel from Fixi Production. Seriously guys, best giler okay novel-novel dari terbitan diorang :) Tapi yelah, lain orang lain minatnya kan? So macam aku, aku suka dengan novel dari Fixi :)

Kougar by Shaz Johar

Okay sampai bilik je terus aku baca novel nie. 



Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.  Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari Datuk Emir untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti? KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!



Haaaaaaa ~ tu lah sinopsisnya  :) Bagi aku cerita ni best sebab Kisha ni seolah-olah wanita yang masih innocent walaupun dia dah buat macam-macam dah. Apa yang macam-macam tue? Heeeeeee baca lah sendiri yer? HAHA :D


Aku kadang-kadang kesian dekat si Kisha ni sebab tersepit dan dia tension dengan kehidupan dia tapi dalam masa yang sama aku menyampah dengan dia sebab apa yang dia buat tue macam tak patut, sangat-sangat lah tidak patut sebagai seorang isteri


Bagi aku, dia memang ada semuanya tapi dia macam tak boleh nak handle diri dia sendiri dan macam tak amik peduli dan macam amik certain things tu sebagai sesuatu yang biasa-biasa je. Contoh. after dia kena rogol, dia macam sedih sedih kemudian lepas tu macam everything is okay. Seriusly, tak pernah aku rasa menyampah/tak selesa dengan watak utama dalam novel. 


Tahniah dekat penulis dia yang boleh mengolahkan cerita ni sampaikan aku rasa menyampah dengan Kisha yang berlagak innocent tue. Seriously, berlagak innocent okay si Kisha nie. Buat aku rasa tak sabar-sabar nak tahu apa kesudahan kepada Kisha :)


Bagi pembaca novel yang inginkan kelainan dari asyik duk baca kisah pasal cinta sahaja, aku rasa this one is suit with you :) Go get it now! :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts