[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Saturday, June 30, 2012

Tandas Mangkuk VS Tandas Mencangkung ; Dan Pemenangnya Ialah...


 

 Assalamualaikum


Tadi jalan-jalan dekat fanpage Wujud. Kadang-kadang kalau bosan dekat FB dan twitter aku layankan je lah gambar-gambar dekat situ dan terjumpalahhhhhhhhhhhhh satu gambar nie terus ting! (bayangkan ada mentol atas kepala aku) ada idea nak update apa dekat blog nie hehe :)


Iklan petang nie :)

Tandas mangkuk VS Tandas mencangkung ; mana satu pilihan korang


Giler betul dah budak Mysara nie. Topik pasal tandas pun nak tulis dekat blog. 


Tapi bak kata Double A, Azwan Ali "hade aku kisah?"


Okaylah ~ since aku kecikkecik lagi kan, aku dah diajar oleh mak aku untuk gunakan tandas mencangkung esp masa guna tandas awam. Hello? Dah nama pun tandas awam, kau expect kau sorang je yang guna? Of courselah beribu-ribu orang guna yang mempunyai pelbagai jenis warna kulit dan jenis ragam dan etc (malas nak listkan)


Dan sampai sekarang pun kalau aku pergi tandas awam, mesti aku akan cari dulu tandas mencangkung dulu. Kalau ada orang guna pun, aku akan tunggu dan kalau tak ada, tandas mangkuk adalah last choice aku tapi purata aku guna tandas mangkuk adalah sangat tipis


Cuba kau bayangkan, ada certain orang kan, dia suka duduk atas tandas mangkuk tu. Macam mana kau panjat pun aku tak tahu lah dik oii ~ Tapi yang pasti memang ada dan kita-kita yang tak tahu ni pun, just slumber je duduk atas tempat tandas mangkuk tue. Yelah ~ dah tak tahan sangat lah tue -___-


Natijahnya? SPM bahasa melayu aku dapat A+, saje nak bagitau -________- Kotoran-kotoran dekat tapak kasut orang tu pun akan melekat dekat pelapik tandas mangkuk tu dan kita pulak pergi duduk. Haaaaaaa~ tak ke kuman-kuman pun bersuka ria untuk datang ke kulit kita dan membiak dan buat perkampuangan orang kuman dekat situ?


Lepas tu kita pulak akan rasa gatal-gatal dan tak senang duduk. Lepas dah gatal-gatal, mestilah kau akan garu kan? Dan orang yang tengok kau garu-garu tu mesti fikir "Ouh tak jaga kebersihan kot orang nie" HAHA :D Err actually tu lah tanggapan aku bila ada orang garu-garu depan aku -____-



See? Orang lain punya pasal, kita yang kena. Dan sebab itulah sampai sekarang aku akan cuba elakkan guna tandas mangkuk tu dan akan cari jugak tandas mencangkung. Sebab tandas mencangkung, kau just cangkung je lah. Aku rasa tak payahlah kot aku nak explain extra pasal tue HAHA :D



Cara yang betul menggunakan tandas mangkuk :)


Dan satu lagi, tolonglah ye jangan duduk atas mangkuk tandas tue? Sebab tu dah salah dari sisi undang-undang menggunakan tandas mangkuk tau? HAHA :D Sebab dah nama lain bagi tandas mangkuk pun tandas duduk, so haruslah kau duduk, bukannya mencangkung okayy :)


Ohh ada yang degil yer? Nak jugak yer duduk atas tandas mangkuk? Degil yer? Takpe takpe

NAH AMIK KAUU! 


Gambar atas ni aku terjumpa dekat Google masa aku cari-cari gambar pasal tandas nie. See? Ni lah akibatnya salah guna tandas mangkuk. Tandas mangkuk kenalah duduk cik akak dan cik adik, bukannya mencangkung. Kalau nak jugak mencangkung, gunalah tandas mencangkung, bukan tandas mangkuk nie. Kira berapa kali perkataan mencangkung dalam perenggan nie -__-


Daripada gambar dekat atas nie, aku rasa maybe dia mencangkung kot atas tandas mangkuk tu dan seperti yang kita tahu, tandas mangkuk maybe tak adalah kuat sangat kan. So maybe masa dia mencangkung atas tandas mangkuk, tandas tu pun pecah dan terkena dekat badan dia. Ya Allah ~ sisih 44 malaikat! :O


Dan sebab itu lah pilihan aku adalah tandas mencangkung! :D Even kalau aku terpaksa guna jugak tandas mangkuk, aku akan pastikan pelapik tu aku jirus dengan air dulu dan kemudian laplap dengan tisu then baru aku guna :) Jaga kebersihan baii! :D


So korang macamana? Habislah nanti tandas awam nanti tak ada siapa nak guna tandas mangkuk HAHA :D

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

My Favourite All Time Korean Series :)


 Assalamualaikum


aku tahu mesti ramai giler yang suka tengok Korea sekarang nie kan? Bukan yang perempuan sahaja, yang lelaki pun sama tau takk! Tak percaya? Tanyalah kawan-kawan aku tu. Kaki Korea belaka tueeeee HAHA :D


So bila dah macam tu, aku pun tersuka tersuka tengok Korea jugak :) Semuanya bermula bila aku roomate dengan Liya lah masa part 3! HAHA :D Dia ni sumpahhhhh kaki Korea dan sanggup weyh pergi tengok konsert Korea! Barang-barang dia pun ada unsur-unsur Korea. Asal lah semakin lama bahasa melayu aku dekat blog ni semakin canggih nie? -___-


So lepas tu, macam ada jugak lah aku curi-curi tengok cerita Korea HAHA :D Disebabkan Liya, aku tengok Korea, disebabkan dia aku makan sushi, disebabkan dia aku pun layan jugak video-video klip Korea, disebabkan dia aku baru tahu ada jugak Super Junior, Big Bang, Girls Generation, disebabkan dia aku tahu jugak pasal Running Man sikit-sikit HAHA :D


Liya, kau memang mempengaruhi hidup aku Liya!

From left : Liya, Aku, Nina dan Pkah. Roomate masa sem 3 :)

So masa aku pinjam hard disk dia (yang obviously penuh dengan cerita Korea) aku pun copy cerita nie

Sassy Girl Chun Hyang :)

Act aku dah tengok cerita ni masa disiarkan dekat TV lagi. Masa tu aku masih duduk dekat Besut lagi, tak silap aku masa tu aku Form 2. So kalau congak-congak balik, masa tu tahun 2006 lah :) Masa tu aku tengok dekat 8TV rasanya :)


Memandangkan cerita ni main waktu Maghrib, tak adalah aku dapat tengok dengan full sebab bila iklan, kena pergi sembahyang dulu. So lepas aku dah dapat copy cerita nie, memang aku tengok lah :)



Seriously, even aku dah tengok Full House, My Princess dan latest nie City Hunter, aku rasa Sassy Girl Chun Hyang lah yang paling berkesan dalam hati aku :) Aku tak tahu kenapa aku suke cerita nie


Maybe sebab hero dia yang kelakar-kelakar bengong tu tapi dalam masa yang sweet? Maybe sebab perempuan tu comel? Maybe sebab aku dapat rasa apa yang pelakon tu rasa? Rasa kena tinggalkan, rasa kena tipu, rasa kecewa. Maybe sebab tu kot yang aku suka tengok cerita nie :)


Tapi most of the all, aku palinggggggggggg suke dengan OST dia! Weyh dalam banyak-banyak lagu Korea kan, aku palinggggggg suka OST cerita nie! Aku siap cari lirik dan translatenya sekali okay sebab aku nak hayati apa yang penyanyi tu cakap HAHA :D






Haaaaaaaaaaaaaaa ni lah lagunya! :D Sumpah aku suka giler lagu nie! HAHA :D Bila aku dengar lagu nie, terus aku rasa macam feeling feeling sedih gituuuuuuu ~ sebab dalam cerita Sassy Girl nie, lagu ni dimainkan masa part part sedih je. Tu yang kena feeling sedih tue HAHA :D



Dan ini adalah terjemahannya, english translation :)


You turn your head and crying
I hate you being like this, that’s why I’m crying too
I’m missing you, missing you so much that I’m hurt
Hope you’ll be happy with my love even if I’m dead
Haaa…..
Turn your head if you’re tired, I’ll be there
Because I left your tears behind
I left you first because I don’t want to see you alone…
Since now I can’t love you anymore
I’m missing you so much that I’m hurt
I hope you’ll be happy with my love even if I’m dead
I Hope you’ll be happy….hope you’ll be happy



Weyh jangan cop cop aku ni macam giler Korea pulak! Aku just layan gitu gitu je, tak adalah hard core fan sangat :) Even Running Man pun aku tak tengok sebab aku takut teraddict. Kang susah kang kalau dah teraddict sebab aku dah tengok dah kesan dia dekat kawan-kawan aku. Ngeri aku HAHA :D



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, June 29, 2012

Meeting Part 1 dan Part 5 DPA :)


 Assalamualaikum


huahuahua. akhirnya ada jugak masa aku nak menaip dekat blog nie. Bukan apa, aku macam malas sangat nak update blog lantaran, ambui hebat tau guna perkataan lantaran dalam blog okay sambung sebab aku tension yang teramat-amat sangat.


Ini cerita minggu lepas. Dari aku duk pendam dan perap je dan tak ada benda aku nak update, baik aku cerita pasal nie. Minggu lepas after modul, malam tu kitorang ada perjumpaan dengan part 1 sebab nak kenal-kenal. So semua part 1 terlibat dengan kebenaran lecturer kitorang

Part 1 perempuan

Pindah tempattttt

Antara yang hadir pada malam tue :)

Peace :)

Terima kasihlah kepada sesiapa yang amik gambar aku tengah berucap nie HAHA :D
So kitorang just bagi taklimat sikit pasal apa itu ASCAPS. Just a short talk je. Lepas tu kitorang bahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan dapatlah dapat 4 orang senior untuk kenal dengan lebih dekat dan ice breaking sikit


Masa dorang ice breaking aku tak join pun sebab aku just sibuk meronda-ronda dari tu satu kelas ke satu kelas. Memang best sebab aku rasa semua seniors aka budak batch aku turun untuk memeriahkan majlis tue :) Tambah-tambah pulak Cemoi bertindak jadi jurugambar kitorang malam tue, memang banyak lah gambar yang diambil tapi aku tak sempat lagi nak amik.


Anak buah Pokcik 5B

Anak buah Achoy
Lepas tu kitorang kumpulkan mereka balik dan persembahkan apa yang mereka dapat dari seniors masa dorang dibahagikan kumpulan tue. Macam perkenalkan nama induk dan persembahan ker, macam tu lah :)


Harris handle masa nie

Antara yang hadir :)

persembahannnn! :D


Chicken dance! :D
HAHA :D Hamik kauuuuuu ~ dengan Chicken Dance sekali budak-budak part 1 ni duk buat persembahan. HAHA :D Aku pulak kerjanya asyik gelakkkkkkkk je memanjang malam tu sebab tengok gelagat dorang. Memang sumpah aku banyak giler gelak malam tue


So dalam pukul berapa entah, kitorang bersurai dan masing-masing balik ke kolej masing-masing :) Overall memang best lah sebab budak part 1 semuanya sporting dan aku rasa meman boleh masuk air lah dengan kitorang nie :)

Oh btw ~ punyalah kecik kan dunia nie? Aku jumpa balik kawan aku masa aku sekolah Darjah 6. WEYH DARJAH 6 TUUUUUUUU! Kawan aku tu nama dia Fuad, dia yang panggil aku. Mula-mula aku tak cam tau tapi bila dah ingat balik, sumpah aku rasa macam terkejut giler! HAHA :D Hai Fuad (kalau kau bacalah blog aku nie -___-


Budak part 1 DPA UiTM Dungun, jaga diri elok-elok, jaga diri. Ada masalah, boleh luahkan dekat kitorang nie. Kalau tension pasal study, jumpa lecturer terus dan mintak tolong dari dorang. Lecturer semuanya akan tolong kalau kita ada masalah :)


So adiossssssss! :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, June 28, 2012

Paling Sakit Di Antara Semua Kesakitan

 

 Assalamualaikum


awak hari ini kan, saya rasa sedih sangat-sangat. sebab saya rasa macam saya tak diperlukan oleh orang-orang dekat sini. saya pergi sini, orang buat muka. saya pergi sana, orang cakap-cakap belakang saya. 


saya tahu awak, saya tak sempurna, saya selalu jahat, saya outspoken, saya cakap apa yang saya rasa. saya tahu awak saya memang jahat, bukan kawan yang baik. salah saya awak




disebabkan itulah saya tak berani nak bagitau awak pasal perasaan saya dekat awak. saya selalu je simpan sorang-sorang. sebab saya tak nak awak malu ada perempuan macam saya yang suka dekat awak. awak tahu tak, saya sebenarnya dah letih dengan semua ini, dah penat sangat-sangat. kenapa orang macam tu awak? awak pun nak jadi macam tu jugak ker?


awak tahu tak, tiap-tiap malam saya menangis sebab teringat dekat awak. kalau saya berselubung dalam selimut dan dengar lagu, maknanya saya menangis lah tue. saya tak tahu awak. saya rasa sedih sangat


bila saya rasa sedih, saya harap sangat awak akan datang dekat sana, bawak saya pergi jauh dari sini dan tenangkan hati saya. awak akan bagi kata-kata semangat dekat saya dan bagi senyuman manis awak tu dekat saya. biar saya sorang je yang dapat senyuman hitam manis awak tue. 



lepas tu awak akan kasi saya tisu sebab saya tak kan benarkan awak sentuh saya tanpa ikatan yang sah. saya nak awak hulurkan tisu je, biar saya yang lap air mata saya sendiri. lepas tu awak buat lawak awak tu ke, kasi saya gelak je supaya saya rasa dah tak sedih


tapi 


macamana awak nak buat sedangkan awak tak tahu yang awak yang saya maksudkan ini adalah awak? macamana awak nak tahu sebab saya tak pernah nak bagitau awak? macamana saya nak awak tahu sedangkan saya simpan semua ini sorang-sorang?


kalaulah awak tahu, mesti awak terkejut. kalaulah awak tahu, mesti awak tak nak kawan dengan saya. kalaulah awak tahu, mesti awak tak nak bercakap dengan saya. kalaulah awak tahu, mesti awak akan jauhkan diri dari saya




dan itu sebenarnya adalah paling sakit di antara semua kesakitan ; 
the people we know had become the people we knew.

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, June 25, 2012

[Topik] Nama FB Lagi Mudah Diingati ; Betul Atau Tidak?


Assalamualaikum


Nama FB kawan-kawan korang lagi korang ingat dari nama sebenar dorang ; betul atau tidak?


TETTTTT! Masa dah time. HAHA :D 



Pada zaman era globalisasi nie eh eh asal pendahuluan aku macam karangan UPSR pulak dah nie -___- Aku rasa semuaaaaaaaaaaaaaaaa orang dah ada FB kan? Kita, adik kita, abang akak kita, malah mak ayah kita pun dah ada! Wah wah ~ hebat betul kan? HAHA :D Kalau masa zaman Friendster Myspace dulu, ada tak mak ayah kita nak buat acc jugak? Tak adakan? :p


So apa yang aku nak cakap nie, FB ni macam dah hampir semua orang ada. Macam aku, aku dah guna FB ni since aku Form 5 lagi. Dan sejak daripada tu timbullah nama komersial (kau sape doeee nak ada nama komersial bagai -___-) Mysara Newrie


FYI Newrie tu nama ayah aku tauu? Ayah aku yang suggestkan aku guna nama Newrie tu tauu. Hehe :) So lepas daripada tu, hampir semua orang kenal aku dengan nama Mysara Newrie. Nak-nak masa dekat UiTM nie. Kalau aku pergi cafe ker, pergi pasar malam ker, mesti ada jeee kawan aku panggil aku "Mysara Newrie!" HAHA :D


See? Aku dah cakap dah. Nama FB kita ni lagi orang ingat dari nama sebenar kita. Macam aku, aku pun sebenarnya tak ingat nama penuh atau nama sebenar kawan-kawan aku. So aku just panggil nama FB dorang je. HAHA :D


Contoh ; nama penuh Angie Siti Nurul Ain tapi nama FB dia Ain Jasmine Dahlia. Asal weyhhhhh kau pilih nama nie?! HAHA :D So aku pun asyik duk ingat nama FB dia tu nama penuh dia. Sampaikan kadang-kadang kalau ada orang tanya aku "Nama penuh Angie apa?" aku pulak tersasul cakap nama FB dia -.-


Satu lagi kes ; nama kawan aku Wan Mohammad Faris tapi nama FB dia pulak, Joyah Mentimun. Weyh boleh bayangkan tak macamana perasaan aku masa aku tengok aku ada kawan nama Joyah nie?! Sape pulak mak cik yang aku approve nie? (padahal nak cakap yang ramai orang add aku pfft -.-)


Bila aku cek-cek balik, rupanya FB si Faris nie hah. Sampai sekarang melekat dah nama Joyah tu dengan dia. Even dalam HP aku pun aku save nama dia Joyah. HAHA :D Tambah-tambah lagi, dahlah ada dua orang nama Faris dalam batch aku nie, so nak bezakan dorang ; sorang Faris Joyah dan sorang lagi Faris YDP


Lepas tu, korang pernah tak mengalami situasi di mana korang nak kenalkan kawan korang dekat kawan kau yang sorang lagi tapi malangnya kawan kau tu tak kenal. Lantas korang pun akan cakap "Alaaa nama FB dia Qatrun Ineles tue, tak kan tak kenal kottt!" Lepas tu kawan korang yang satu lagi pun cakap "Oh dia tu ker? Kenal lah weyhh"


See? Nampak tak betapa pengaruh besarrrrrrrrrrrrnya nama FB ni dalam kehidupan korang. Nama FB ni lah yang sebenarnya menfemeskan korang secara tidak langsung. HAHA :D


Haaaaa ~ hari tu masa hari Jumaat baru-baru ni, lepas modul dekat Dewan Aspirasi, aku ada HAI HAI dengan sorang budak lelaki ni tau sebab aku ingatkan dia tu kawan aku padahal tak. So aku pun macam cakap dengan Hani "Weyh macam pernah kenal dia tue tapi sape eyh?" lalu dengan pantas Hani pun cakap "Alaaaaa nama FB dia Asyraf KhairulRozee" dan aku pun cakap "Oh diaaa, kenal kenal sebab dia frens dengan aku dekat FB" HAHA :D 


Aku bet ramai jugak yang mengalami situasi macam aku kan? Dimana korang lebih ingat dan lebih kenal nama FB kawan-kawan korang dari nama dorang yang sebenar. Betul tak? HAHA :D Tolonglah jangan nak menipu dengan aku sebab korang pun ada FB jugak kan? :p


Tapi aku ada baca dekat FB tadi, ada orang update status cakap "Kalau orang tu tak guna nama dia sendiri dalam FB tu maknanya dia tak bangga dengan nama yang diberi" So apa pendapat korang tentang hal nie?


So kalau korang nak orang ingat nama korang, letak nama FB yang baik-baik dan mudah dihafal. Janganlah letak nama Tengkoraxx Hidup. Tak ada sape nak kenal dengan kau -__- Kang tak pasal-pasal satu UiTM kenal kau dengan nama Tengkoraxx Hidup. 



Aku tak tahu kenapa, aku rasa macam happy sangat-sangat kalau cikgu atau lecturer ingat nama aku HAHA :D "Awak Mysara kan?" "Aah sayalah tu Madam" :) Dan kalau lecturer tu tak ingat, aku akan pastikan dia akan ingat jugak nama aku HAHA :D Dah jadi habit kotttt sejak sekolah dulu untuk memastikan semua cikgu dan lecturer ingat nama aku HAHA :D


Eh eh ~ korang pun ada jugak tak pengalaman macam aku nie? Meh lah share! :D


p/s : Hai Madam Hidayah! Saya tahu Madam baca blog saya! HAHA :D Inilah cerita yang saya cakap dengan Madam yang saya nak tulis tue :p


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, June 24, 2012

Perangkap


 Assalamualaikum


Aku selalu susah nak luahkan apa yang aku rasa dalam hati. Sebab aku takut, once aku dah luahkan, nanti orang akan pertikaikan apa yang aku rasa dan aku takut jugak, apa yang aku rasa nanti, akan menjadi pemutus hubungan kepada persahabatan


So lebih baik aku pendam dan simpan. Same goes to love. 


Jujur aku cakap, sekarang ni aku rasa macam terperangkap dengan perasaan aku sendiri. Sini, cakap lain. Situ, kata lain. Sana, lain pulak rasanya. See? Berbeza betul. Aku sendiri tak faham dengan apa yang aku rasa sebab kadang-kadang aku pun macam keliru dan blurr


Tapi setiap perasaan yang datang tu, aku tak pernah nak halau dia jauh-jauh. Malah aku jadi suka je. Walaupun aku tak berapa nak tunjuk sangat, but still aku happy sebenarnya dalam hati :)




Tak ada sesiapa pun yang tahu so aku rasa bangga lah sebab mampu simpan benda ni sorang-sorang. Kalau aku rindu pun, aku just berdoa je kepada Allah swt supaya sabarkan hati aku nie. Ada orang cakap, kalau kita nak berkenalan dengan seseorang tu tapi tak tahu macamana caranya, berdoa sahaja kepada Allah, insyallah dipermudahkan lah jalannya :)


Berapa lama dah? Since when? Entah. Its just came naturally to me dan alih-alih, dah ada dah. So watlek je lah. Rasa macam dalam penjara pun ada sebab dia dah kurung aku, mata aku asyik nak tengok je mana kelibat dia 


Dah lah ~ apa yang aku mengarut nie? Ei rasa nak tumbuk diri sendiri sebab jiwang sorang diri padahal tak ada sape pun nak dekat kau Sara! Sedar diri sikit yang gigi kau tu jongang.


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Aku Tak Update Blog Sebab...

 

 Assalamualaikum

One of the reasons why I'm not updating my blog besides I'm busy with classes

Sebahagian dari ASCAPS Committee :)

Hujung minggu ni memang aku busy dengan modul Part 5, modul kewarganegaraan dan malamnya pulak aku busy dengan perjumpaan bersama part 1 dan jugak Annual Grand Meeting (AGM) Ascaps. 


Ya Allah sumpah best giler spend time dengan budak-budak part 1 yang sumpah sporting dan kelakar dan yang selalu panggil-panggil aku "Kak Mai! Kak Mai!" sebab dorang dah baca blog aku sebelum nie dan ada jugak yang tanya "Kak Mai, Kak Mai ada blog kan?" HAHA :D Akhirnya jumpa jugak dengan mereka-mereka yang setia membaca blog aku, terima kasih adik-adik semua! :D


Tapi mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak entertain korang dengan lebih lama sebab sumpah busy giler nak handle majlis-majlis nie. Insyallah di lain hari dan di lain episod, kita berjumpa lagi :) 


Kepada seniors esp batch aku, terima kasih sangat-sangat sebab sanggup turun padang dan tolong kitorang organize perjumpaan dan AGM nie. Tanpa korang, rasanya tak adalah sampai macam ni kot hasilnya. Terima kasih sangat-sangat. Aku hargai sangat dengan kehadiran korang walaupun korang just datang 10 minit je. Terima kasih sangat-sangat :)


Dah dah ~ Aku nak rehat. Second week for last semester ; BUSY EXHAUSTED but ENJOY! :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, June 21, 2012

Second Week Pun Dah Rasa Weak


Assalamualaikum


Alhamdulillah ~ Akhirnya dapat jugak jarijari aku menari di atas keyboard lappy aku untuk terus menaip untuk blog aku nie. Kesian yer sebab kena tinggalkan aku yer? HAHA :D


Seriously, aku memang busy sangat-sangat. Bukan busy dengan assignment atau apa. Busy dengan aktiviti itu ini, meeting itu ini, nak kena cari notes dan berkejar-kejar ke kedai fotostat untuk mengambil notes, bayar peralatan elektrik dan tambah-tambah pulak kelas semuanya lewat petang


Bayangkan, sejak hari Ahad hari tu, tiap-tiap malam mesti aku chow pergi keluar dari bilik sebab ada kelas, then ada dialog bersama Rektor dan kemudian meeting. Cuma ada satu malam tu je aku pergi tidur rumah sewa kawan aku sebab nak berubah angin sikit :)


Aku memang macam nie, kalau aku rasakan aku dah mula rasa tension, aku akan pergi jauhkan sikit dari situasi tension tu dan pergi amik angin dan kemudian, kembali dengan semangat baru. Hoyeah! :D


Aku memang tak ada masa betul nak update blog. Maaflah ~ Kalau dulu aktif dengan twitter, sekarang tidak lagi sebab aku rasa macam tak masa aku nak update tweet aku tue. Haih -.- Kadang-kadang penat sangat-sangat, tambah-tambah lagi kelas selalu habis lewat petang


Tapi alhamdulillah ~ Setakat ini semuanya macam udner control lagi. Sekarang dah habis second week untuk this semester. Jujur aku cakap, aku masih terapung-apung dan masih berada dalam awang-awangan lagi dalam kelas even though lecturer dah start mengajar dah. Kenapa lah aku tak boleh fokus nie?! :O

Patutlah tak fokussss -___-

Dan sepanjang minggu ini, aku memang tak boleh nak tidur malam. Tak tahu lah kenapa :( Kadang-kadang pukul 5 pagi aku baru masuk nak tidur. Tu pun belum tentu aku akan tidur terus. Mau dekat sejam dua jam aku duk bergolek-golek atas katil


Hmm lepas tu apa lagi eyh? Oh yer :) Sekarang ni hutang aku dengan Allah swt dah hampir langsai dah. Syukur alhamdulillah aku dapat langsaikan hutang aku dalam masa 4 hari untuk minggu ini sahaja :) Bukan aku sahaja, roomate-roomate aku pun sama jugak so tak adalah rasa macam sedih sangat. Hehe :)


Hutang apa? Ganti puasa maaaaaaaaaaaaaaaa :) Korang yang perempuan tu, dah ganti puasa ke belum? Sekarang ni dah masuk bulan Syaaban dah tau! :D


Dah masuk Syaaban dah. Means, ada lagi 30 hari untuk kita bertemu Ramadhan. Ya Allah :') Tak sabar-sabat nak tunggu bulan puasa

Raksasa 2 ekor ini akan kejutkan aku bangun sahur nanti HAHA :D

             

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, June 16, 2012

It's A Spontaneous Reaction Towards Them


 

Assalamualaikum


Okay ~ entry kali ini merujuk kepada kelemahan aku. Setiap orang ada kelemahan kan?


Aku takut dengan cerita hantu. HAHA :D Ye ye -.- Gelak lah puaspuas eh lepas tu pandang belakang korang dan tetiba ada hantu cekik leher kau sebab bajet macam berani je gelakkan dekat aku yang teraniaya nie. EH BOLEH PULAK KAN?



Okay seriuslah eyh? Dah cukup cukuplah tue gelakkan aku -.-


Aku memang takut dengan cerita hantu. Kau bagilah cerita apa pun, mesti aku akan menjerit, takpun akan ada bantal/beg/kain yang aku guna untuk tutup mata aku -.- Lepas tu aku pulak yang macam nak mati sebab tak boleh nak bernafas -.- Yelah walaupun tu cerita hantu tapi aku tetap nak feel extra macam tue sekali


Ada sekali tu aku tengok wayang cerita Khurafat dengan kawan-kawan aku, semua perempuan. Masa tu aku rasa satu wayang dengar aku sorang je yang menjerit padahal kawan-kawan aku yang lagi 9 orang lagi tu rilex je -.-


Ada one time tu, tengok cerita Karak dengan Gman, Harris, Khalis and Shira. Masa yang part awal-awal cerita tu, memang puaslah aku menjerit dan rasa macam tak boleh bernafas dalam wayang tue. Okay gelak sekarang


Aku menjerit puas-puas hati sampaikan Harris yang duduk sebelah aku cakap "Sakit telinga aku duduk sebelah Mai" So bayangkan lah aku menjerit -.- Lepas tu si Gman pulak yang duk sedapsedap makan popcorn sekali hulurkan popcorn dekat aku sambil cakap "Nah amik ni ~ Buat tenangkan hati tue" HAHA :D Bila ingat-ingat balik, rasa macam kelakar pun ada :)


Masa Part 1 tengok cerita hantu ramai-ramai dekat Kuantan, cerita apa entah. Aku ni macam biasalah ~ menjerit sakan. Azreen aka Adi aka Ayen pulak duk gelak sebelah aku sambil cakap "Mai tak ada pape Mai" Hampehh ~



Kawan-kawan aku yang satu kelas memang dah sedia maklum dah yang aku ni memang takut sikit tengok cerita hantu. Eh bukan takut SIKIT, takut BANYAKKKK! Kadang-kadang kalau weekend kan, kitorang suka tengok movie ramai-ramai dalam bilik dan amazingly dorang semua memang SUKA tengok cerita hantu dan TIDAK bagi aku -.- So bila dah 9 orang lawan 1 of courselah dah tahu sape menangkan? -.-


Tengok movie hantu pulak, bajet nak kena tutup lampu bagai. Haish ~ tak suka aku. HAHA :D Lepas tu aku pulak yang duduk depan sekali depan lappy sebab mata aku rabun sikit -.- Tapi bila hantu nak keluar, aku dah awal-awal tutup mata dengan selimut. Lepas tu sibuk tanya "Weyh apa jadi weyh?! Weyh apa jadi?!" Sumpah agak bengang jugak kawan-kawan aku dengan aku ni yer? HAHA :D


Dan bertambah kagum aku lagi, kawan-kawan aku yang tengok cerita hantu mesti cakap "Alaaa tak adalah seram sangat cerita nie" WHAT? -.-




Faezah lagi kurang ajar dengan aku. HAHA :D Dia cakap "Aku rasa kan Mai, kalau kau duduk sebelah pengarah filem cerita hantu, mesti dia rasa terharu sebab atleast ada jugak lah penonton yang takut tengok cerita dia" HAHA :D Hampeh punya Pekjahh


Ada one time tue, Pekjah dengan Lisda baru nak tengok cerita apa entah. Act cerita tu aku dah tengok dah. Cerita hantu lah ~ Aku just duduk belakang Lisda dengan Pekjah sambil aku pun tengok cerita tu. Masa hantu tu keluar, aku menjerit kuat giler dalam bilik study sampaikan Lisda dengan Pekjah terangkat-angkat bahu sebab terkejut HAHA :D


Lepas tu kitorang gelak-gelak lah ~ Lisda cakap "Aku tak terkejut pun tengok hantu ni keluar tapi yang aku terkejut sebab Mai menjerit tiba-tiba" HAHA :D Sorry weyhhh :D


Tahun lepas rasanya, masa aku lepak dekat Kemaman, rumah Fatin Liyana dorang beli cerita Paranormal Activity 3. Memang aku dah ngeleng-ngeleng kepala dah. Mula-mula tengok aku boleh tahan lagi tapi lama-lama aku tak tahan sangat, aku pasang mp3 dekat telinga



Kau tahu apa aku buat? Aku tak tengok cerita tu pun tapi aku tengok reaksi muka kawan-kawan aku yang tengok ceriat PA 3 tue -.- Bila dorang macam terkejut ke, aku baru lah sibuk tanya "Weyh kenapa weyh?" tapi harammmmmmmmmmmmm sorang nak jawab pertanyaan aku. HAHA :D


Itulah Mysara Newrie yang korang kenal nie


Habis bab cerita/movie. Yang satu lagi yang aku tak gemar ialah jenis kawan-kawan aku yang khianat dekat aku, menghantar link-link bodoh lepas tu suruh aku klik. Aku yang tak syak pape pun bukalah link tu sekali hamik kauuuuuu ~ hantu tersengih depan lappy kau, siap dengan sound effect dia menjerit lagi -.-


Ya Allah ~ time tu memang aku kurus semangat betul lah. Aku dapat rasakan jantung aku berdegup dengan kencang. Sumpah weyh ~ Ada sekali tu, kawan aku kasi FB hantu dekat aku. Memang nak kena dengan aku -.- Kebetulan aku online atas katil.



Punyalah terkejut, boleh pulak aku lemparkan lappy aku dan menjerit sorangsorang diri. Dah lah pukul 3 pagi masa tu weyh! Roomate aku semuanya dah tidur. Dah satu hal pulak, nak tutup ke link tu ya allah memang seksaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku dibuatnya!


Baru-baru nie, masa intersession lah ~ Kiranya yang tu paling latest aku kena prank hantu bodoh dengan kawan aku -.- Dia suruh aku bukak link dan kebetulan aku tengah lagu dekat lappy sebab mp4 aku habis battery. So aku pun bukaklah ~ masa tu dah pukul 1 lebih dah. Aku dengan sorang je roomate aku duk berjaga. Dua orang lagi dah tidur


Sekali amik kauuuuuuuuuuuu ~ Hantu tu tak sempat keluar pun sebab aku tak bukak link tu, just biarkan dia loading je cuma yang aku menyampahnya, dia menjerit tiba-tiba dekat telinga aku! Terkejut aku sampaikan aku pun menjerit kuat giler! Lepas tu boleh pulak aku lari-lari dalam bilik macam orang giler -.- HAHA :D


Lepas tu roomate aku pulak yang tengah tidur semuanya terjaga dan roomate aku yang duduk sebelah aku tanya "Mai kenapa Mai?" Aku pulak menjerit "AGHHHHHHHHHHH! Hantu weyh! Hantu weyh!" Sumpah aku menjerit kuat giler lah masa tue


Oh gelak yer?


Punyalah terkejut kan, terus menggigil badan aku lepas tue. Weyhhh ~ tak baik tauu prank hantu macam tu dekat aku? Kang aku mati awal kan, sape nak update blog nie? HAHA :D


Keesokkan harinya, budak sebelah bilik aku datang dekat aku dan tanya "Mai kenapa menjerit semalam? Ingatkan Mai kena histeria. Dah lah Mai menjerit ada hantu, ada hantu. Kakak dalam bilik kitorang pun dah ready nak bukak pintu, nak pergi bilik Mai sebab nak tengok Mai. Kitorang pun jadi takut sebab Mai kan selalu study tepi tingkap. Ingatkan ada hantu tepi tingkap so kitorang pun terus tutup tingkap lepas Mai menjerit macam tue"


Hamik kauuuuuuuuuuu ~ Inilah kesannya yer wahai Fariq Azahar? Terima kasih


Actually, aku bukannya takut ke apa cuma aku terkejut dan macam terus menjerit sebab dah terkejut. Kiranya macam spontaneous reaction lah ~ Macam dah set dalam minda "Jumpa hantu kena kena menjerit" So kenalah tukar. Jadi "Jumpa hantu gelakkan dia sebab muka hodoh" Ambuii ~ macam lah muka kau lawa sangat kan? -.-


So itulah aku. Eh korang pun macam aku jugak ker? Ke tak? Ah tidakk #malusorangsorang




p/s : Tapi tidak dapat menandingi ketakutanku kepada Allah swt :)



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts