[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Friday, February 26, 2016

Appreciation Entry I Guess?

Assalamualaikum

Hai semua. Tak tahu nak update apa sebenarnya tapi tetap nak tulis jugak :) 


Pasal results exam. Alhamdulillah. Walaupun ada kurenggggggggggg sikit tapi CGPA aku tinggi lah jugak sebenarnya. Ada jugak A hihihi Memang down tapi end up aku jadi malas nak fikir sangat. Yang lepas tu mari kita lupakan dan jadikan pengajaran. Apa yang penting, kita kena fikir masa depan, apa nak buat pada masa sekarang ni untuk dapat apa yang kita nak. Fuhh ~ semangat kate kauu ~ 


Satu benda yang aku berani cakap ; tak kisah lah apa jadi, keluarga kau adalah orang yang paling akan bangga dengan kau dan akan tetap berada di belakang kau walau jatuh bangun kau. Kau cuma kena tengok dengan mata hati dan fikir adakah kau berada di sini hanya kerna usaha kau semata-mata atauuuu Allah swt yang telah memperkenankan doa-doa mereka yang mendoakan kita dalam diam? Fikir


Terima kasih semuaa kaum keluargaaa kuuuuuuuuuuuuu yang tak pernah berhenti bagi support dari mula sampai habis, yang terus percaya dengan diri aku, yang whatsapp penuh nasihat dan kata-kata semangat, yang terus buat lawak dalam group whatsapp dan teruss mendoakan yang terbaik untuk aku. Wuaa nak nangis boleh? :')


Terima kasih jugak dekat kawan-kawan esp ChaYaNunAlifBa geng dan Benchmark geng. Mereka ni lah tempat aku meluahkan perasaan dan sentiasa bagi support dan kata-kata semangat yang Subhanallah, tak pernah putus-putus. Haih tak tahu nak cakap macam mana tapi reading all your whatsapp, our late night phone calls really made me chin up wah gitu hahhaa

Sepetang bersama Echa
Dua petang bersama Anas and Iman 
Tiga petang bersama mereka semua tapi tak cukup member lagi ni
Makan malam bersama Anas and Aten di Night Circle
Kitorang makan banyak giler malam tu! HAHAHAHA
Complete ChaYaNunAlifBa for second semester :)
OMG RINDUU!
BILA DAPAT JUMPA SEMUA ORANG NIE?!

Next week dah start sem baru. To be honest, aku tak tahu nak expect apa tapi aku pasti hidup aku mesti sibuk dengan kerja. Yelah ~ dissertation, dengan kelas lagi dan project assignment lagi. Biasalah kan? So sabar je lah :)


And you know what, this is my final semester at UITM! Insha Allah! Ya Allah dari tahun 2010 sampai tahun 2016 aku dengan UITM! Fuhh #UITMDiHatiku sangat! Hahahaha nevermind tapi yang pasti, aku akan cuba buat yang terbaik untuk final semester aku ni sebelum aku melangkah ke luar untuk kerja 


Yes, cakap pasal kerja kann, aku sebenarnya adalah beberapa plan nak buat cuma tak tahu. Kadang-kadang aku risau jugak fikir apa yang aku akan buat lepas nie. Kawan-kawan aku yang lain semua dah prepare nak buat itu ini tapi aku masih tak nampak lagi bayang. Aku harap sangat Allah swt perkenankan doa aku untuk aku terus berjaya. 


Bukan apa, aku nak kerja elok-elok, setimpal dengan apa yang aku dah belajar selama 6 tahun ni. Aku tahu expectation aku tinggi tapi who cares? This is my dream and I'm gonna run for it. Lantaklah apa orang nak cakap. Takpe, Insha Allah adalah tu rezeki aku dekat luar sana :) hihihihi Semoga Mysara Newrie dapat apa yang dia impikan, aminn 


Oh ya. Aku kembali berbisness macam biasa. Sejak final exam, aku macam stop kejap sebab nak fokus pada final exam. Kali ini, kami ada jual #MiracleMH sabun dan serum macam biasa . Yang paling best, sabun baru ni ada kelulusan KKM so memang selamat okay. Serum pun selamat :) 



Kalau ada apa-apa boleh follow IG dan Tweet @serumforyou. Ini memang khas untuk business aku sahaja ;) Dekat situ boleh borak dan tengok feedback customers kitorang pasal serum dan sabun ni. Lelaki perempuan boleh pakai. 



Oh, aku ada bagitau tak sekarang ni aku ada buat sales? Hihihihi

MiracleMH Soap 
Clarez Serum -  untuk merawat masalah kulit muka korang
Erganiz Serum - untuk mencantikkan kulit muka korang

Ya Allah, aku tau di mana salah aku, di mana kurang aku dan dengan apa yang dah jadi sebelum ni mungkin teguran dari Dia untuk aku. Aku terima dan redha. Takpelah ~ tak guna cakap benda yang lepas sebab benda dah berlaku kan? Takpelah, aku anggap ni semua ujian buat aku :) Sekarang ni, aku akan slowly cuba capai apa yang aku nak. Memang susah nak bangun semula tapi heyy ~ setiap kegagalan tu bermakna akan ada kejayaan pada esok hari kan?


Chin up bebeh 


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, February 07, 2016

Mysara & Overthinkingnya

Assalamualaikum


I cant sleep and thats why aku tulis entry nie. Tak tahu nak buat apa. 


Let be honest, aku asyik fikir pasal masa depan aku. HAHAHAH Yeahh, sampai kadang-kadang rasa macam moody pun ada sebab macam serba tak kena je dengan apa yang aku buat sekarang nie


Banyak benda yang duk bermain dalam kotak fikiran aku. Nak pergi satu persatu tak? Yeah meh meh sini


  • Results exam

Tak tahu bila keluar sebenarnya tapi macam hmm hmm risaunya. Aku sangat cuak bila fikir pasal nie. Harapharap lah lulus semua paper T.T Syarat lulus untuk UITM pulak kena B+ ke atas. Tu yang buat aku lagi cuak sebab ada satu paper tu aku macam hmm hmm tak boleh nak jawab. Risaunya hanya Allah swt je yang tahu

  • Thesis

Sem depan aku kena siapkan dua chapter thesis aku. Tapi before aku balik for cuti sem, aku ada jumpa SV aku untuk consult and nampaknya ada major perubahan yang aku kena buat sebenarnya. Bila aku fikir-fikir balik, macam kena buat balik pun ada sigh Dan aku tak buat pape lagi sekarang ni sebab yelaaaaaaaaaaa dah duduk rumah kan? So haruslah macam bersenang-lenang depan lappy sambil tengok movies online hihihih

  • Kerja

Aku selalu fikir bila dah habis belajar ni aku nak buat apa. Nak sambung PHD ke? Nak kerja ke? Tapi nak kerja apa? Majikan sekarnag ni pulak semuanya nak the best among the best kan? Layak ke aku nak sit dalam category tue? Ada ke peluang untuk aku masuk dalam dunia pekerjaan sekarang nie? Even sekarang pun ada je kawan-kawan aku yang tengah struggle dengna life masing-masing. Bila bayangkan life aku di tempat diorang, aku tak tahu macam mana nanti.

  • Life partner

Okay. Memang mengada sikit bunyinya tapi aku rasa aku dah kena fikir. Sebab aku dah 24 tahun dan aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang dah berkahwin dan bertunang hahah Even kawan baik aku pun dah bertunang so haruslah fikir :) Rasa happy tengok kawan-kawan dah jumpa jodoh mereka tapi tak happy bila sedar yang aku tak berpunya lagi hahhaha jap jap ~ bukan sounds desperate ke apa cuma yelah ~ kadang-kadang rasa macam terganggu jugak bila orang keep on asking pasal someone dalam hidup kita sedangkan kita tak ada lagi. Tambah-tambah pulak, semua orang macma berlumba-lumba nak kahwin hahahha hoi korang berjanji ke apa nie? So, sedikit sebanyak benda ni kacau aku jugak

  • Mati

Yes. Aku selalu fikir pasal ni. Kalau aku tak ada nanti, macam mana dengan parents aku and adik aku? Macam mana dengan life aku dekat sana sedangkan life aku sekarang ni pun masih terumbang-ambing lagi. Macam mana dengan amalan dan bekalan aku untuk ke sana nanti? Ada ke tempat untuk aku di sisi Dia? Insha Allah


Ramai orang cakap dengan aku, benda yang terbaik selalu datang lambat. Let be honest, adakah ayat tu dikatakan kepada aku hanya untuk sedapkan hati aku? Kadang-kadang rasa macam ya, kadang-kadang rasa macam tak. Hahah takbaiknya aku nie -.- Takpelah, mungkin Allah tahu kita tak bersedia lagi :) 


Kebetulan, aku tengah baca buku Remember Me by Sophie Kinsella. Bayangkan, dia baru baik dari accident dan life dia macam fast forward 3 years and she got everything what every girls would die for. Badan hot, muka cantik, gigi tersusun elok, director dalam company dia, dikelilingi kawan-kawan yang superhot, kaya-raya dan paling best dapat pulak husband yang handsome dan sayangkan dia sangat-sangat. Well ~ ini memang life yang semua orang nak kan? Best jugak sebenarnya :) Dan novel ni lah yang buat aku banyak duk fikir-fikir benda yang aku cakap before this sigh


Jap jap ~ ini semuanyaa dinamakan overthinking ke? Oh no, mysara buat hal lagi. Mysara dan overthinking berpisah tiada -.-


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, February 03, 2016

Mari Usha Perempuan Cantik

Assalamualaikum


Semuanya bermula masa aku tengah study week masa Part 5 Degree. Masa tu waktu lepas Subuh, aku dengan roomates aku duk layan YouTube macam mana nak hias bilik. Yelah ~ masa tu dah ada cita-cita tinggi nak hias bilik sebab lepas final exam kan cuti semmmmmmmmmmmmmm! Biasalah, exam tak habis lagi tapi otak dah mula fikir nak buat apa lepas habis exam pfft ~


Sekali duk tekan-tekan, terjumpalah satu YouTuba Channel, Belinda Selene. Dari cara dia hias bilik, perghh ~ memang cantik dan memang girly habis lah! Omg ~ lepas tu terus macam admire dia giler-giler siap save nama dia dan follow channel dia


Since that day, yeahhh ~ aku terus follow IG dia, blog dia dan youtube channel dia. Dia sangat-sangatlah berbakat weyh Y.Y Nak menangis tengok cara dia hias bilik sebab cantik sangat! Benda yang simple je tapi dia DIY sendiri dan benda tu memang nampak macam mudah sangat!

Bilik diaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Open closet diaaaaaaaaaaaaaaaaa
Bilik dia lagiiiiiiiiiiiiiiiii

Selain dari dia duk hias bilik, dia pun jenis seorang yang planner addict tau. Before aku jumpa youtube channel dia lagi aku jenis yang memang suka tulis diari, since Darjah 5 kot. Paling berjaya tulis diary SETIAP HARI adalah masa Form 5 HAHAHAHA Sampai sekarang kot aku simpa diary tuuu! Tapi masa tu memang tulis je, tak ada pun nak hias-hias bagai


Tapi lepas jumpa Belinda Selene ni, terus aku punya semangat nak hias-hias planner aku jadi menjadi-jadi. Omgg, aku boleh jadi giler kot tengok dia hias planner dia sebab ianya SANGAT CANTIK! Weyh nak menangis sebab sangat cantik, teratur dan macam girly sangat. Okaylah aku bukannya girly sangat tapi yang penting, ianya sangat cantik okay? See, berapa banyak perkataan cantik dalam satu perenggan ni? -.-


Aku pun trylah buat macam diaaaaaaaaaaa tapi HAHHAHA tak cantik sangat pun macam dia. Macam biasa-biasa je tapi kira okaylah as a starting kan? Boleh baca dekat SINI hahhaa Tapi tahun lepas aku hangat-hangat tahi ayam je tulis diary :p


Dia selalu guna Erin Condren punya planner dan planner dia memang cantik giler dan boleh customize ikut kehendak kita dan yang paling best boleh send ke merata dunia! Wohoo! Tapi tu lah ~ semangat aku terus luntur bila tengok harganya, bila convert ke RM jadi lah RM 240. Kau mampu? Y.Y

Planner diaaaaaaaaaaaaaaaaa
Handmade by her. Cantikkk kan?!

Sekarang dia dah kahwin. Lepas dah kahwin ni, lagilaaaaaaaaaaaaa dah macam-macam dia buat. Now, dia sibuk dengan make up pulakk! Dia selalu upload video dia dengan make up dia dan cara-cara nak make up dengan betul. Nangis lagi sebab dia memang sangat cantik Y.Y Dah lah dia ada contract dengan Maybelline New York so haruslah dapat make up free je. Nangis lagi Y.Y


Make up table diaaaaaaaaaaaaaaa Y.Y Nangis lagi

Gigih betul letak studs dekat kuku dia hahahha

Bagi aku, dia memang inspire aku untuk menjadi lebih cantik dan kemas. Yelah ~ tak cantik luaran takpe asalkan dalaman mau kena cantik. Sebab dia memang seorang yang peramah dan memang tak lokek dengan ilmu bab-bab make up nie. Dia sangat kemas dan teliti orangnya bab-bab nak kemas bilik dan hias planner dia. Kalau aku ada free time je, mesti stalk IG dia atau bukak YouTube Channel dia. 


Haaa. P lah usha perempuan cantik yang aku cakapkan nie :) 


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts