[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, January 24, 2016

Pelajar UM & UKM ; anda diperlukan!

Assalamualaikum


Yeah. Seperti yang semua sudah maklum, aku sekarang ni tengah cuti sem kan hihihi Maksudnya apa tue? Yeahh ~ Marilah kita berdansa sesuka hati dan makan sehabis mana yang mampu masuk dalam perut sebab duduk rumah dan lenggang kaki sebab wifi rumah pun laju


Tapi yeah  ~ thats dream. Mimpi je semua tue


Sebab apa?



Sebab aku sekarang ni tengah hadap nak fikir pasal research aku. Yeah  ~ Dissertation, research, thesis ; haaaaa tu semua satu angkatan lah tue. Pokok pangkalnya, aku kena siapkan research aku. Tajuk dah ada cuma kena betulkan sikit Chapter 1 sampai 3 aku tue :)



Supervisor aku sangat baik orangnya! Setakat ni dah dua kali aku jumpa dia dan everything went well. Biasalah tu kalau ada salah dan silap kan, kita pun tengah belajar. So takpelah, slow slow kan?


Oh ya, siapa yang dari UM atau UKM ; boleh contact aku tak? Dekat twitter should be okay :) Tweet aku @mysaranewrie sebab aku tengah nak mencari someone dari universiti ini untuk tanyakan sesuatu pasal thesis :) Hopefully, siapa yang ada kenal kawan-kawan ke, memang belajar dekat situ ke, boleh sangat nak contact aku. Manalah tahu kannnnnnnn, boleh jadi kawan :)


Sebenarnya tak boleh tidur nie -.- Bosan sebab tak tau nak buat apa so tulislah blog :) 


Saya belanja gambar Seoul Garden boleh?

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, January 21, 2016

Bersemadilah Dengan Tenang Di Dalam Saluran Paip Itu

Assalamualaikum

Hai korang semua! Lamanyaaaaaa tak update blog kan! Hihihi


Hello, do you miss me?

So meh sini nak cerita something yang sangat sedih berlaku pada aku semasa final exam hari tue iaitu handphone aku hilang. 


Macam mana boleh hilang?


Handphone aku masuk dalam lubang jamban yang mencangkung tu HAHAHAHAHAH yeah funny. Everyone will laugh at me when I told the exact story and if you want to laugh, feel free to do that


but I think, this is not funny at all and I felt so sad bila ceritakan balik apa yang berlaku pasal handphone aku tue


Al kisahnya, aku baru balik jumpa dari lecturer aku. Biasalah, bila dah jumpa lecturer, malas nak bawak beg sebab kebetulan aku dengan kawan-kawan aku tengah study dekat Student Lounge so kitorang pun macam bawak benda-benda penting je macam beg duit, handphone and kunci-kunci semasa nak jumpa lecturer


So aku ni pun letaklah handphone dekat poket belakang. Yeah ~ youre right. Aku rasa korang dah boleh agak dah apa yang akan berlaku lepas tu kan? Balik dari jumpa lecturer, aku p tandas and yeahhh ~ that incident happened


Selalunya aku akan cek poket belakang before masuk tandas. Tapi hari tue tak cek pun cause aku tak teringat langsung aku ada simpan handphone dekat poket belakang *nangis* Dan yang paling ralat sekali, before nak masuk tandas mencangkung tu, hati aku tergerak sangat nak guna tandas mangkuk tu tapi aku malas nak masuk situ sebab kena cuci dulu tempat duduk dia. Ya, orang yang ada Obsessive Compulsory Disorder (OCD) memang macam ni -.-


Masih ternampak-nampak lagi bila handphone aku jatuh, elok je jatuh dan menggelongsor jatuh dalam lubang jamban. Sumpah aku tak sempat nak buat pape cause you didn’t expect it kan? Aku hanya mampu tengok dan terdiam campur terkejut. Aku macam back to reality bila kawan aku dari luar teka “Mai, handphone kau jatuh dalam lubang ke? Aku dengar bunyi dia kuat” Yeah you right Aten


Memang panik weyh masa mula-mula tu. Terus tak jadi nak teruskan hajat sebab hanya fikir nak selamatkan handphone je. Then aku macam try cool down kan dulu dan p Kaunter Hal Ehwal Akademik FSPPP dan mintak tolong tapi unfortunately diorang pun cakap tak boleh buat pape cause my case ni bukan the first case to be happened. Before this ada je orang jatuhkan handphone dan kunci tapi semuanya tak dapat diselamatkan


Then aku mintak tolong pakcik Indon yang tengah buat renovation dekat faculty aku. Dia try vacuum. Yeah  ~ you can imagine what is going out through the vacuum and how the smell. Tapi semuanya tak berjaya. Handphone aku tak dapat diselamatkan


Masa ni aku memang redha sehabis redha. Dan yang paling aku sedih, masa pakcik tu tengah cuci vacuum dia, dia cakap “Sabarlah nak. Allah swt dah aturkan semuanya. Pasti ada hikmah” Terus rasa nak nangis T.T Terus tak da mood nak belajar sebab masa tu lagi 2 hari lagi nak final exam Ethics


Aku cuba untuk act cool depan kawan-kawan aku. Ada yang gelak tapi aku nak buat macam mana hahhahahaha sebab bila fikir-fikir balik memang kelakar lah kan hahhahaha Well ~ I thought I will be okay kan? Until the time kau dah nak tidur and then you realize you got nothing to do. Yelah, selalunya before tidur kan mesti akan main dengan handphone dulu kan?


Dah lah masa tu aku dengan kawan-kawan aku tengah addict dengan game Piano Tiles 2. Bila tak dapat main handphone, rasa macam sedihnya. Aku macam terus lost contact dengan orang luar. Habis semua gambar-gambar aku sambut new year, gambar celebrate birthday aku dan semua jenis info, screen shots aku semua hilang macam tue je Y.Y


Masa ni aku baru rasa nak nangis and yeah, aku memang nangis betul-betul before tidur tue. Sedih bila teringat dekat handphone. Dah lah handphone tu ayah belikan before sambung Master. Samsung Galaxy Prime tapi aku sayang sangat-sangat. Nangis punya nangis, terus tertidur


Then bangun dari tidur, raba-raba tepi katil sebab nak tengok handphone jam pukul berapa. Then baru teringat “Handphone aku dalam jamban!” Eh eh sambung nangis pulak hahahhaha sedihnya masa tu. Siap termimpi-mimpi kot pasal handphone tu


I tell you eh. Life without handphone nowdays sangat-sangat lah tak best! Susah nak contact kawan-kawan kau. Hampir tiga hari aku hidup tanpa handphone (sebab nak fokus pada paper Ethics dulu) dan masa tu, penghubung aku dengan kawan-kawan aku hanyalah melalui Facebook dan Twitter. Masa tu baru rasa bergunanya FB and Tweet ni hahahhahha


Sekarang ni, aku guna num Maxis aku dulu. Num Celcom tu nanti aku nak p Celcom Centre dan buat simcard baru. Sayang number tu sebab guna sejak Form 5 hihihihi Lagipun tu number business aku so haruslah kena buat baru kan!

Tu tu, handphone Prime aku lah tue Y.Y


Prime, bersemadilah dengan tenang dalam lubang jamban. Terima kasih sebab selalu ada untuk kurangkan awkward aku depan orang ramai hihihih





 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts