[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, October 22, 2016

A Question That Made Me Realize Something

Assalamualaikum wbt


Hmm nak tulis something sebenarnya dekat blog tapi tak tahu nak tulis apa hahhaha


Semalam masa tengah lepak-lepak dekat office dengan colleagues aku, sambil-sambil dengar #Bajet2017, one of them asked me


"Mai, you suka lelaki yang macam mana?"
"He can commit with me, he can accept me"
"Thats too general lah Mai"


Then another colleagues asked me


"What criteria of a man that you're looking for?"


Weh weh weh ~ apa niiii? Aku terus macam blank and entah lah ~ Eh apa diaaa soalan susah nak jawab nie? Aku rasa soalan PAD 120 (Introduction to Political Science) aku masa Diploma dulu pun tak adalah sesusah macam nie weyh. Atleast bolehlah jawab sebab aku guna logik akal dan hafal point-point dia and lecturer aku luluskan aku masa final exam! Hihihi thank you Miss Fisha!


Okay berbalik kepada soalan kawan aku tadi, sumpah weyh aku macam "Eh apa dia eyh?" Eh entahlah! Aku sendiri tak tahu. Then another of my colleagues tanya aku "Takkan you tak ada ciri-ciri specific Mai?" Pergh ~ lagiilahhh aku blur blur dekat situ


The point is even myself dont know what I'm looking for. I dont know what to be expect. I dont know, I dont know and I dont know. Thats it. Hahahhaha



Susah sebenarnya nak jawab soalan yang macam nie, apatah lagi kalau ianya melibatkan benda yang kita sendiri tak pasti. Bukan tak mencari atau tak mencuba tapi entahlah ~ nak kata aku malas mencari, tak jugak. Nak cakap aku ni memang tak mencari langsung, langsung lah menipu hahhahah I think I'm okay with "Just with go with the flow" Tapi sampai bila noksss?


Marilah kita berdoa sahaja, mengharapkan yang terbaik dari Allah swt. Semoga Dia memperkenankan doa-doa dan bertolak ansur dengan segala permintaan kita. Sometimes, kita rasa kita rasa ianya terbaik untuk kita tapi ianya tak. Dan ada benda yang kita langsung tak nak atau tak terfikirkan langsung untuk dapatkannya tapi at the end of the day, Allah gave us that.


Bayangkan, kalau sekarang pun kita dah mampu sayang-sayang sangat dengan benda/orang yang salah ; apatah lagi kalau kita dah jumpa dengan benda/orang yang betul? Allahurabbi. 


So far aku memang happy dengan family, dengan kawan-kawan aku. Circle of my friends getting bigger lepas aku dah start kerja nie. Macam-macam perangai dan cerita yang aku jumpa dan dengar yang slow slow buat aku jadi lebih open. Yang penting, semua kawan-kawan aku ni memang masuk air hahhahahah


Nak layan youtube jap. bye. Happy weekend everyone!



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, October 16, 2016

Kenapa Kita Tak Boleh Buat Movie Based On True Story?

Assalamualaikum wbt


Hai. Petang Ahad ni macam penat sangat sebab baru balik dari kerja-kerja merapatkan sillaturahim dengan kaum keluarga so marilah kita rehatkan badan, gerakkan minda lol entah pape je aku nie


Al kisahnya last week aku tengok Deepwater Horizon and it was good! Recommended okay! Aku suka betul cerita-cerita yang based on true story (Suffragate), kisah-kisah perang (Black Hawk Down, Behind Enemy Lines), kisah-kisah biografi pasal orang terkenal ke (contoh macam E-pring, cerita Thailand), kisah-kisah pasal teka-teki (macam Inferno, Da Vincci Code), Just name a few jee sebab tak koserrr aku nak ingat semua hahahhaha

Inferno ; baru tengok semalam. Best tapi heavy jugaklah jalan ceritanya

So berbalik pada cerita Deepwater Horizon nie, kisahnya adalah pasal true story pasal kes tumpah minyak dekat Mexico pada tahun 2010. Disebabkan kes tumpah minyak ni, banyak kerugian yang dorang tanggung esp dari syarikat BP rasanya. 11 orang mati dalam kes ni and most of the survivors dari kes ni semuanya dah berhenti kerja dari oil and gas sebab trauma. Excuse meeeee, aku yang tengok movie ni pun rasa macam "Ya Allah takutnyaaaaaaa!", apatah lagi orang yang mengalami sendiri benda nie. No wonder lah orang yang kerja oil & gas ni banyak risknya. Baru aku tahuuuu. 


Kemudian, aku macam tetibaaa laa terfikir. Otak aku memang pejabat paling sibuk di dunia -.- Ada je benda nak fikir itu ini padahal benda-benda simple jee


Kenapa Malaysia tak boleh buat cerita-cerita yang macam nie? Maksud aku, cerita yang based on true story. Why?


Contohnya, Ola Bola. Its based on true story kan? Kita boleh tengok betapa ramainyaaaaaaaa yang serbu wayang semata-mata nak tengok cerita ni. Ada yang sampai tengok lebih dari dua kali, ada yang siap download, ada yang tepuk tangan dan menangis laaa lepas tengok. See? Sambutan terhadap cerita tue dah menunjukkan yang kitaaaa kita nii memang suka cerita-cerita pasal true story nie, dangg!


Cerita lain macam Hati Malaya 1957. Aku teringat lagi, kawan aku pernah cerita yang at first, diorang tak nak tengok cerita ni dekat wayang tapi end up terpaksa tengok sebab tu je cerita yang available. And you know what? At the end of the movie, my friends and his gang macam terus terdiam and menangis sebab tersentuh tengok cerita tu. See, dang! Psst ~ kawan aku ni lelaki tauu?


Haa cerita apa lagi eyh dekat Malaysia yang based on true story? Name it. Aku tak dapat nak ingat


Apa yang aku nak sampaikan adalah kita ni memang suka tengok kes-kes real story nie. Percayalah. Akulah salah seorang dari mereka. Aku memang suka tengok cerita based on true story ni sebab ianya buat aku terfikir "Ada jugak eh cerita macam ni dekat luar sana" and it makes me so bersyukur dengan apa yang ada. 



So aku harapkan sangatt ada orang dekat luar sana yang boleh come out dengan cerita yang real story macam nie. Sebab ianya boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain. Boleh dedahkan kepada anak muda (macam kitorang nie) tentang kehidupan sebenar yang tak ramai tahu. Banyak benda boleh kitorang belajar


Aku rasa dekat Malaysia nie banyakkkkkkkkkkkk kisah benar yang boleh dijadikan cerita. Macam kes runtuhnya Highland Tower ke, pasal Mona Fendi ke, kisah pasal banglo Seksyen 2 Shah Alam ke, pasal banjir besar di Kelantan etc. Banyak peristiwa yang boleh dijadikan cerita sebenarnya


TETAPI


aku tak rasa mentaliti masyarakat kita boleh terima dengan apa yang aku fikirkan nie. Sebab tak semua orang setuju dengan cerita sebenar mereka di angkat dan dijadikan cerita esp yang melibatkan keluarga dan kawan-kawan rapat orang yang terbabit tue. Yelah ~ ibarat macam orang jadikan mereka sebagai panduan dan keuntungan kan? Am I right? Tambah-tambah pulak, kita semua macam ada perangai atau macam stigma yang macam "takpayah ceritalah" See?


Dan tak semua orang akan sanggup nak bukak kisah sebenar mereka dan didedahkan kepada orang ramai. Tak ramai dan tak semua. Masing-masing masih dengan pegangan malu dan "simpan sahaja" . Dan ada juga yang akan fikir "buat apa nak buka pekung di dada?" Tak semua sanggup bekerjsama dan ceritakan kisah benar yang terjadi. See. Told ya! Tak payah pergi jauhlah, even pasal cerita Deepwater Horizon ni, aku ada baca  jugak ada kaum keluarga dan kawan-kawan mangsa yang terlibat tak berapa setuju untuk dibuat cerita pasal kes nie. 


Actually, bagi aku lah ~ tak salah nak bercerita dan tak salah jugak untuk menyimpan cerita itu. Terpulang pada penerimaan orang tersebut. Yang penting adalah orang yang membuat cerita tue iaitu pengarah dan krew-krew produksi tue. Alangkah bagusnya kalau mereka dapat buat research dulu tentang kes-kes tersebut, bertanyakan dengan orang yang terbabit, mencari info yang tepat dan cuba untuk terjemahkan kepada dalam satu bentuk cerita selama 120 minit TANPA mengubah keaslian cerita tersebut. Kita kena ingat, kita sedang bercakap dan bercerita tentang kehidupan orang lain, so kan bagus kalau dapat 'jaga' sebaik-baiknya amanat yang diberikan, ye dak?


Dan kang bagus, hasil dari filem tu ; diberikan sedekah kepada mereka-mereka yang terbabit macam keluarga rapat mangsa ke. Kan bagus, boleh kurangkan beban mereka sikit kan? Tak salah nak buat amal kebaikkan ni, antara nak dengan tak nak jeeee



Yelah yelah ~ cakap memang senang kan? Hahahhaa tapi kalau dah nak, apa salahnya nak bersusah payah kan? Pokok pangkalnya, bergantung kepada diri sendiri. Usaha yang ikhlas, kerja yang mantap pasti hasilkan sebuah masterpiece yang cemerlang, gitoh! 



Kenapa aku cakap macam nie?


Aku sebenarnya macam dah penat cerita-cerita cinta nie hahahhaha Sekali sekala boleh lah ~ tapi kalau dah kerap sangat, aku rasa macam aduyaii ~ tak berkembang pulak otak nie. Sekali sekala nak jugak otak rasa macam ada input yang boleh aku berfikir. Satu lagi, aku memang ada habit yang setiap kali habis tengok wayang, aku akan Google cerita tu dan baca balik semuanyaaaa esp kalau movie yang aku tengok tue adalah based on true story! Wowowoowowo! Adrenalin rush! Cuba bayangkan kalau aku tengok cerita cinta, lepas tu nak Google apa? Hahahhaha


Okay bye. Aku tak tahu kenapa petang ni otak aku boleh berfikir pasal benda-benda macam nie. Actually dari last week lagi terfikir nak tulis cuma baru hari ni ada peluang nak tulis dekat blog. Hihihihihihi


So ada yang nak bagi komen pasal idea aku nie? Ni cuma idea otak aku je. Aku malas nak taip panjang-panjang tapi korang faham kan apa yang aku cuba sampaikan kan? Korang tak suka, bagitau. Kot kot korang ada idea yang lebih bagus ke kann ~ Bye, aku nak makan aiskrim.



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, October 02, 2016

Pengalaman Aku Di UEM SLIM-YES Training September 2016 Intake

Assalamualaikum wbt


Bismillahirrahmanirrahim.


Hai semuaaaaaaaaa! Ya Allah finally hari yang aku tunggu-tunggu pun dah tibaa! Aku tak sabar betul nak ceritakan dekat korang pasal apa yang aku dah buat selama sebulan pada September baru-baru nie! :D


Sebenarnya aku ada update dekat SINI tapi tu intro baruuu hihihihihi

Yeayy! Graduation kali ke tiga aku!
Next graduation, next year! :D

Alaa tak nampak pulak huruf UE -.-

Kawasan depan ULC

Awal September, aku dah decide nak masuk Young Executive Scheme (SLIM-YES) Training dekat UEM. Hanyaaa kawan-kawan aku je yang tahu betapa kalutnya aku duk fikir nak masuk yang mana sebab aku dapat offer yang lain jugak tapiiii finally, aku decide nak masuk UEM and I would said that I'm not regret at all :)

Sebab setiap minit, ada je benda kelakar yang berlakuu.
Penat gelak jeee sebenarnyaa hahahha

Oh ya, kalau nak tahu, SLIM ni stand for Skim Latihan 1 Malaysia iaitu satu program yang menyediakan dan meningkatkan employability fresh graduates macam kita-kita ni haaaaa. Yelah, zaman belajar dan zaman kerja lain okayy so haruslah kita kena prepare awal-awal. Selalunyaa tempohnya minimum 6 bulan sampai setahun dan diberi elaun setiap bulan. Jumlah elaun tu depends on company apa yang korang dapat, gitoohh ~ Hahahaha


Awal pagi bulan September, kitorang kena pergi dekat UEM Learning Centre (ULC) di Petaling Jaya, dekat Jalan Off Templer tue. Mula-mula masuk je, kitorang di bahagikan mengikut company masing-masing. UEM ni ada beberapa jenis group companies dia iaitu Group, PLUS, CIMA, Edgenta, Sunrise, Builders. Macam aku, aku bawah Group so kena berkumpul di Bilik 4. Dekat sini kena serahkan beberapa documents dan sign perjanjian etc. Then diberi taklimat. 


Masa ni trainer kami, Emir banyak buat ice breaking dengan kitorang and buat kitorang sama-sama selesa dengan sesama sendiri walaupun baru 1st day. Best weyhhh dapat jumpa kawan baru! Maybe sebab kitorang ni dalam range umur yang sama so senang nak bergaul. Mostly umur 22 sampai 27 tahun so macam okay lah ~ 

Tapi perangai masing-masing tak macam 20-an punn hahahha
Semua masuk air!

Ada je yang nak photobomb hahha

Masuk minggu kedua sampai habis training, kitorang semuaaaaaa ditempatkan dalam satu bilik yang besar dan ada 18 meja yang mostly satu meja ada dalam lebih kurang 5 hingga 8 orang. Pergh ~ bilik besar ni lagi best (bagi aku lah) sebab kitorang mix around dengan kawan-kawan yang lain. Ya Allah ~ meriah weyh belajar dalam satu kelas besar macam tue :D Meriah dengan lawak-lawak kawan-kawan dan perangai masing-masing hahahha


Dalam training room

Dengan groupmates aku :)
Dengan groupmates lagi

Dalam kelas pun amik gambar lagi hihi

So apa yang kitorang belajar?

Macam-macam! Kalau korang ni budak UITM, training softskills sebulan ni ibarat macam Kemahiran Insaniah (KI) laa ~ Buat aktiviti dan present. Tapi ianya depends pada company jugak tau? Tak semua sama. Aku cuma cakap based on pengalaman aku di UEM je tau :)

Dalam training room kitorang :)
Sambil buat task, sambil selfie

Selfieee dulu hihihi

Salah satu kerja kami yang diapplykan mengikut
Six Thinking Hats
Sementara tunggu group lain siap diorang punya kerja, kitorang bergambar dulu hihihi
Ni kalau berkumpul semua nie, memang penat gelak jee sebenarnya hahahha
Fathi tengah present masa nie

Kitorang ada belajar pasal communication skills, having a difficult conversation and how to overcome it, presentation skills - macam mana nak look confident dan betapa pentingnyaaaaaa eye contacttt!. Kita belajar pasal business writing - macam mana nak look professional in writing, how to be more innovative and creative. Belajar pasal self-leadership dan macam mana nak kenal diri kita sendiri dengan lebih mendalam. To be honest, aku pun baru tahu yang aku macam ni dan macam nie, so its quite good laa sebab you can know yourself and how to make it better and improve it in the future

Our presenter, Ekmal and Syafiq :)

Salah satu projek innovate and creative kitorang, buat lipstick holder
guna hanger hihihihi

Masa dalam salah satu task yang diberi
Orang lain sibuk buat task, kitorang sibuk nak amik gambar sebab semua pakai
baju colour matching hahahhaha
Sengaja buat task cepat cepat sebab nak melaghaa dengan kawan-kawan hahaha

Belajar pasal English pun ada okayy! Emir, our coach had taught us on the other words that more professional like. Hahahaha bagus sangat kelas Emir dalam 3 hari tue sebab ianya bantu dari segi penguasaan English kita dan dalam masa yang sama, tingkatkan keyakinan diri kita untuk speaking.


Tapi sayanglahh ~ I dont have any picture with Emir. He's inspired me a lot, best dengar dia cakap and share pengalaman dia ;)

Paling sayangg

Macam banyak main je hahahha

Lepas tu, setiap kali benda baru yang kitorang belajar, mestiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada aktiviti di akhirnya untuk kita apply terus. Best weyh! Macam-macam kitorang buat. Group paling best, dapat hadiah! Hahahah group aku ada sekali je menanggg, dapat biskut dari Mona, our coach :)

Masa dalam group discussion 

Ini adalah projek kami yang buat kitorang menang number 2 hahahhaha
Berlakon sambil present

Masa last day kitorang, ada pop kuiz dari Ron, coach kitorang. Dia bagi soalan dan kitorang pun jawab. Group sape paling tinggi, dapat coklat dari Australia hahhahahah Group aku tak menang pun tapi dapat jugak coklatnya sebab Dato' bagi hahahhahaha Dato' ni kawan kitorang, nama Idris tapi saje-saje bagi gelaran Dato' dekat dia hahahhaha


Alaa lupa pulak nak amik gambar dengan Dato' -.-


Macam mana makan dan minum?

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa i tell youuu! Makanan dan minumam yang disediakan sangat sedap weyhh Y.Y Sebulan kau training dekat ULC memang idoklaaaaaaaaaaa nak diet bagai sebab makanan dia sangat sedap! Tak adanya cikai-cikai punya makanan hahaaha Asam pedas ikan pari, lala masak pedas, udang masak sambal Y.Y


Weh dah rindu nak makan dekat ULC hahahha Kakak yang jaga makanan dan minuman kitorang pun baik je. Staff-staff dekat ULC pun sangat baik dan sudi tolong kita kalau ada apa apa masalah

Masa ni duk ratah udang hahahhaha siap suruh member amik pinggan lebih
lagi sebab nak letak kulit udang hahahhaa

Makan 3 kali sehari tauu ~ Jam 10 pagi, 12 tengahari dan 3 petang so memang takkan ada satu detik pun kau akan lapar dekat ULC. Asyik kenyang je memanjang. Lepas tu dekat meja dalam training room pulak, selalu ada sweets yang tea lady topupkan. Memang heavenn ~

Dapat coklat freeeeeeeeeeeeeeeee

Tak termasuk lagi dengan kalau ada kawan-kawan korang yang jenis baik hati bawak makanan dan share ramai-ramai hahahahah Ada yang bawak tart nenas lah, bawak biskut rokok tu lah ~ Lepas tu makan ramai-ramai hahahha Kerjanyaa asyik mengunyah jeeee

Sengaja datang awal ke ULC sebab boleh breakfast sama-sama dekat depan tu haaa hihihi
1st time p breakfast dengan diorang nii :)

Skittles, Nips dan kek lapis Sarawak!

High on sugar! Hahahhaa
Gula-gula lagi -.-
Yang penting kerja siap hokkayy ~ hahhaha

Sebab tu ramai pergi meja kitorang sebab kitorang ada supplier gula-gula hahahhaha Pagi-pagi lagi dah high semacam sebab dapat makan gula-gula banyak hahahha


Macam mana nak pergi ULC ni?
Macam aku, aku naik dari LRT Setiawangsa then turun di LRT Taman Jaya. Kemudian naik teksi untuk sampai ke ULC. Kalau jalan kaki pun boleh, tapi jauh sikit lah ~ around 20 minutes, gitohhh ~ So total kos perjalanan pergi sahaja amik dalam RM 10 lah termasuk LRT dan teksi tue


Kawan-kawan?
They are friends for keep. Sebulan je weyhh bersama tapi mesranyaaa macam dah bertahun-tahun kenal! Macam-macam perangai aku jumpa tapi yang aku boleh buat kesimpulan adalah, diorang memang semuaaaaaa MASUK AIR! Hahhahahaha

Geng meja belakang yang selalu buat bising hahahha

Geng yang sambut birthday hahahhaha
Suruh applause, semua applause (padahal kadang-kadang tak tahu pun sebab apa kena applause, saje-saje suruh applause). Suruh menyanyi, semua nyanyi. Suruh menari, semua menari walaupun gerak-gerak tangan je hahhahahaha Suruh wooowowowoowow, semua akan wowoowowowoowow Sorang pun tak ada sombong ke apa ke. Semuanya okay dan ramah ~ Semuanya masuk air. Setiap minit, ada je benda yang nak di gelakkan, ada je pickup lines yang kena buat hahahha


Kadang-kadang aku rasa penat gelak je sebenarnya dengan diorang nie hahahhaha

HAHAHHAHAHA
Okay cerita ni macam nie. Groupmates aku ni suka bebenor gossip dan cerita pasal semua bendaaa hahhahaha Tapiiiiiiiiiii training room kitorang tu bising sangat sebab semua orang duk bercakap-cakap. So memang lah takkan dengar apa yang kawan kita cakap kann ~ 


So group aku dah temui jalan penyelesaiannya dengan gulung kertas macam ni dan halakan hujung dia dekat orang yang bercakap tue. I tell youuuuuuu  ~ its more clear and you can understand on what your friends talking about without having them to speak out loud. Hahahah berkesan weyh! 


Inilah yang dinamakan konsep innovative dan creative hahahha


Masa sessi nak bagi certificate masa last day kitorang, semua orang randomly amik certificate sesiapaaa dan kena cari tuan empunyaaaaaaaa certificate tue. Hahahha nasib baik aku dapat dengan orang yang aku kenal so terus "weh weh ni certificate kau kann?" terus tersenyum je orang tue hahahha

Lin got my certificate and she gave it to me hihihi
Yang Shahmi and Mull pulak photobomb dekat belakang tu hahahha

Sessi penyerahan certificate hahahhaha

Applauseeeeeeeee and everyonee will applausee! Hahahha

Masa last day kitorang, aku tak tipulah ~  aku ada jugak menangis masa nak berpisah dengan diorang semua esp dekat budak groupmates aku. Sedih kot sebab dalam sebulan ni, macam-macam kitorang share cerita esp bab-bab gossip mak jemah nie. Ada je benda nak cerita. Sanggup habiskan semua task cepat-cepat sebab nak gossip. Kadang-kadang sambil buat kerja, sambil nyanyi hahahhaa 


Bonding tu memang rasa cepat sangat dengan diorang. Macam dah kenal lama. Pantang ada masa terluang sikit, ada je benda nak share dan ceritakan pasal diri sendiri. Benda-benda ni lah yang buat kitorang macam cepat mesra. Susah senang bersama tak kisah pasal apa pun

Tengok Syaza nangis, dengan aku aku pun nangis -.- hahahahha
Diorang berdua ni geng makan aku. Sambil makan, sambil pot pet pot pet hahaha

Sessi ambik-ambik gambar
#FriendsForKeep

Semua berlari-lari nak masuk dalam gambar hahaha
With Chris. Thank you Chris for everything!
The funny thing happened to him is that when he realized that 'pishang' is not
really a 'pisang' hahhahaha
With Claire and Brenda. Always have gave us a lot of ideas and games to
played with hahahah Thank you Claire and Brenda for everything and I wont forget
the advice that you did told me last Friday :)

With Mona, photobomb by Amm and Nina
She's like a mother to us during the training session, always gave us advices and willing
to help us if we need anything.
Mona, thank you so much for everything!

My groupmates dengan trainer kitorang,
Brenda, Claire and Ron :)
Separuh dari diorang p makan cendol lepas habis trainingg

Lepas tu diorang p main bowling. Siapalah menang agaknya tueeeeeeee hahhaha

Masa last day jugak, habis je solat Asar, kitorang shoot pergi Chilis dan lepak-lepak dekat sana. Saje nak makan-makan dan spend time together hihihihi Lamaaaaaaaaaaa kot kitorang dekat Chilis ni, sambil makan sambil cerita itu iniii before Syafiq tetiba bagi idea nak buat sessi tukar-tukar hadiah hahahahaha

Makan-makan di Chilis sementara tunggu Syafiq and Ekmal untuk datang

Yang paling best, semua hadiah yang kitorang randomly dapat, sesuai dengan kehendak memasing masa tue. Macam aku, handphone aku dah nak habis battery, sekali dapat hadiah powerbank dari Alia hahahhaha. Syaimaa pulak dapat hadiah plasticine so bolehlah Mariam, anaknya main-mainn :D Macam kebetulan sangat tauu ~ hihihi

Masa sessi tukar-tukar hadiah hahahha
Masa nak balik, sedih je memasing. Yelah ~ macam-macam kot share everything and lepas ni semuanyaa dah berjauhan. Aku di KL Sentral, diorang pulak mostly akan ke Bahau dan balik ke Johor balik. Ada yang di Publika dan Bangsar. Nak kumpul semua orang memang susah. Tapi insha Allah, kalau ada masa, kita gathering sama-sama nanti :)


Nah, ni antara kawan-kawan baru yang aku dapat di ULC :D


Masa ni p tengok wayang dengan diorang tapi..hahhaha
Nanti plan next date hokkayy ~

Last night at Petaling Jaya with them :)
Waiting for others to join us for late night dinner hahaha

Geng datang awal ke ULC lepas tu tertidur kejap sementara tunggu jam 8.30 pagi hihihi


My group dengan Nazri hahhaha

Ni geng-geng Sha dan Mai nieee
Them with Mona, our coach.
Mona yang pakai baju purple tue :)
She is so kind!

The boys with Mona




Before balik, sempat lagi nak selfie hihih
Dekat ULC ada court futsal, so after training ; the boys selalu stay sebab
nak main futsal sama-sama


Before balik, kita selfieeeeeeeeee dulu!

Our formal picture :)
Guys, (baca dalam nada Emir dan Jay okayy!), thank you so much for this one whole month together. Aku takkan lupaaaa kenangan kita bersama, gelak ketawa kita bersama, untuk segala jenis gula-gula dan makanan yang kita share, untuk segala cerita-cerita dan gossip yang kita share, untuk segala lawak yang kita saling kenakan sesama sendiri hahahhaa sikit pun aku takkan lupa sebab masa bersama dengan korang adalah salah satu kenangan yang paling indah dalam hidup aku


Im truly sorry if there's anything wrong from me. Kadang-kadang aku tak sedar dan kadang-kadang mungkin aku melampui batas so aku minta maaf kalau ada salah dan silap ye :)


Good luck kepada semua orang! Insha Allah semoga masa depan kita cerah di UEM atau di tempat lain. Semoga kita dapat jumpa lagi di masa yang akan datang di majlis perkahwinan sesiapa atau kita jeee plan nak buat reunion di mana-mana nanti hahahhha Sekali kita berkawan, biarlah sampai bila-bila ye kita berkawan :) Nanti add aku di FB, IG atau Twitter ye hihihihihih

My groupmates since Day 3

Kepada groupmates aku, aku sayang korang sangat-sangat. Sebab korang lah penceria hidup aku selama sebulan ni dengan macam-macam cerita, lawak dan pickup lines yang korang buat. Tak pernah aku rasa penat gelak dengan korang, sampai rasa keluar air mata gelak dengan lawak korang. Terima kasih sudi terima aku seadanya especially masa minggu terakhir kita, aku dah mula tunjukkan perangai masuk air aku hahhahahaah Thank you korang! Aku pun rasa happy bila korang punn gelak gelak hihihihi


Minta maaf yer kalau ada salah silap. Insha Allah kita akan jumpa lagi di masa yang akan datang. Jaga diri baik-baik. Semoga ada rezeki untuk kita di masa yang akan datang!


"Kita bukan berpisah, cuma berjauhan" (Mia, 2016)


Love you guys xoxo



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts