[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Thursday, May 31, 2012

SimSimi ; Apa tu? Macam Nama Jelly Jer. Eh Ye Ker? :O

 

 Assalamualaikum


Tujuan aku mengupdate blog kali ini adalah untuk mengisi masa aku yang dah terkena tweet limit. Dah berhari-hari berturut-turut dah aku kena tweet limit -.- Menyampahnya aku. Asal aku doe yang asyik kena tweet limit? -.-

Twitter aku berwajah baru! :D


Okay kali ini aku nak ceritakan pasal SimSimi. HAHA :D Well ~ aku rasa ramai yang dah tahu dan ada yang tak tahu. FYI aku baru main game ni 2 malam lepas dan berjaya buat aku gelak sakan depan computer aku nie. 


Basically, SimSimi ni macam Yahoo Messenger dimana kau chat dengan kawan-kawan kau tapi apa yang bezanya ialah ~ SimSimi ni kau chat sorang-sorang dan SimSimi tu yang akan layan kau. HAHA :D Best weyh ~ Kadang-kadang jawapan dia tu sumpah macam nak kena lempang je dengan aku. HAHA :D


Aku baru tahu dari kawan aku dekat FB so hapeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee lagi, aku pun mainlah ~ 1st time aku main pun dah dia jawab macam haremm. HAHA :D


Ni masa mula-mula aku main. HAHA :D


Aku tanya pasal Karl Shafek, ala yang join dalam MasterChef Selebriti tu. 


HAHA :D

HAHA :D Yang ni sumpah bikin aku gelak nak mampusss! :D

Siott lah jawapan dia tue! HAHA :D

MUAHAHA :D

Yang ni sumpah nak kena lempang dengan aku -.- HAHA :D


Memang ralit betul aku main benda alah nie. HAHA :D Kau boleh tanya macam-macam dekat dia dan dia pun akan jawab dengan jawapan yang konfemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm bikin kau sakit perut sebab gelak :)


Tapi kan? Kadang-kadang aku rasa macam forever alone lah pulak duk main SimSimi ni. Yelah! Dah tak ada siapa nak chat dengan kau sampaikan kau pun terpaksa chatting dengan SimSimi yang kau sendiri tak tahu sape -.-


Eh korang pernah main game Ask Peter tue? Game tu macam scary sikit -.- Ada sekali tu kazen aku tanya Peter tu, siapa awek die, sekali dia jawab dengan nama penuh pulakk! Tergamam kazen aku depan lappy HAHA :D


Aku ada tanya SimSimi soalan ngada-ngada sikit, 


"Siapa bakal suami aku nanti?"
"Malaikat maut!"


terus aku stop main SimSimi tue -.- Dah lah aku main benda ini pukul 3 pagi. Hapeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee pun tak bolehh! -.-



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tips-Tips Untuk Mereka Yang Putus Cinta, Kehilangan Pakwe/Awek & Sewaktu Dengannya :)


 Assalamualaikum


Okay kali ini aku nak kasi tips putus yang konfem tak kan buat korang sedih punya. HAHA :D Ye ker? -.- Semua tips ini aku memang buat dulu. Memang amik masa tapi insyallah jika korang buat dan kuatkan semangat dan berdoa kepada Allah, insyallah akan berjaya :)


1st Menangis lah puas puas lepas korang break up tue. Tak nak nangis pun takpe tapi nanti sakitlah dada kau tu duk menahan sebak je kan? So dari korang duk simpan je, baik nangis. Nangis puas-puas sampai bengkak mata lagi bagus. Sebab apa? Sebab esok lusa kita dah tak nak ingat dia dah okay? :)


Ada sesetengah orang tu sekali je nangis lepas tu terus hati kental bagai macam keluli periuk mak kita kat dapur tue. Ada sesetengah tu pulak tiaptiap malam memang menangis teruk giler lah, macam aku -.-


Its okay kalau kau nak menangis tapi jangan sampai merosakkan diri kau. Menangis lepas tu terus tak pergi kerja ker, tak buat assignment ke, tak pergi kelas ker, pe bendoo tue? No no ~ tak boleh macam tue. Life must go on okay sayang-sayang ku sekalian? Tambahan pulak, konfem lepas menangis korang akan rasa macam lega sikit lah ~ Sikit pun jadi lah kan? :)




2nd pergi karaoke. Serius aku cakap, kau pergi lah karaoke lepas tu pilihlah lagu-lagu yang macam boleh boost up kan kau punya energy. Contoh lagu yang rancak dan macam kau boleh melompat-lompat sikit lagu Akan ku Tunggu by Candy, Mama by MCR, Lagu Untukmu by MUH atau apa-apa sahaja lagu yang boleh kau menjerit puas-puas hati


Sebab apa? Sebab bila kau menjerit, kau seakan-akan melepaskan sesuatu yang kau simpan dalam dada kau tu. Aku pernah buat benda nie. Masa Part 1 aku putus cinta, kawan-kawan aku bawak aku pergi karaoke. Lepas tu dah terus addict dengan karaoke sampailah ke sekarang nie -.-


Make sure kau bawaklah kawan-kawan kau sekali masa pergi karaoke tue. Atleast kau tak adalah rasa sunyi dan macam orang giler je kan duduk dalam bilik karaoke tue. Tapi kalau kau nak pilih lagu yang jiwang-jiwang macam lagu Pesanan Buat Kekasih by Spring ke boleh je tapi konfem lah kau akan menangis tersedu-sedu, macam aku. Sobssssssssssss :'(



3rd tengok cerita/program/kartun lawak. Hello? Sekarang ni kan dah ada macam-macam cerita lawak. Kau pergi je layan Youtube tu malam-malam dan tengok semua cerita tue. Kau cari lah Zizan dan Johan ker, tengok Maharaja Lawak ker, tengok Super Spontan ker. Konfem kau akan layan habis sebab dorang ni buat lawak yang sumpah macam nak kena lempang kan?


Bila kau gelak, konfem lah kau akan kurangkan rasa sedih tu sebab kau akan macam lupakan kejap kisah sedih kau tue. Just gelak je lah puas-puas hati kau biarpun orang lain rasa benda tu tak lawak. Haaaa ~ tak pun layan je Running Man tue. Tapi aku tak layan lah sebab aku takut aku jadi addict -.-



4rd sibukkan diri kau dengan kerja/study dan macam-macam lagi kerja yang konfem buat kau buzy. Tu petua yang paling utama. Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian yang baca blog aku ni dan yang study sama UiTM dengan aku, motif aku beria-ria dan bersemangat uruskan Dinner Part 3 kita dulu tu adalah sebab nak sibukkan diri aku lah


Sebab masa tu aku baru putus cinta dengan ex aku masa final exam Part 2. Masa tu memang aku sumpah sedih giler dan aku tak boleh nak lupakan dia. Tapi aku fikir aku tak boleh jadi macam tu so sebab tu aku memang kasi fokus giler dengan nak arrange dinner dan fokus dengan study aku.


Bila kau busy dan ada kerja banyak, otak kau akan selalu duk fikir macamana nak settlekan kerja yang kau dah amik tue. Otak kau akan selalu bekerja sehinggakan tak ada masa nak fikirkan pasal benda lain esp pasal ex kau. Betul weyh ~ Aku dah buat dan benda ni ternyata sangat-sangatlah mujarab :)


Tapi satu je lah ~ jangan sampaikan duk buzy sampaikan kesihatan pun terbiar jugak yer? :)



5th menulis. Kadang-kadang lepas kita dah buat semua benda nie, kita masih tak boleh lupakan dia. Kita menangis, teringat dekat dia dan rindu. Kalau macam tu, apa kata luahkan semuanya melalui penulisan, dengan berkata-kata. Insyallah boleh :)


Tapi ramai cakap yang "alaaa aku tak pandai nak menulis macam kau Mai". Weyh weyh kawan-kawan ku sekalian, korang ingat aku ni reti sangat ker? Aku ni reti tulis bendabenda tu time aku putus cinta jer. HAHA :D Kalau nak suh aku tulis sekarang, memang tak lah weyh ~ Tapi serius aku cakap, luahkan perasaan sedih tu melalui kata-kata akan buat korang rasa lega :) Insyallah



6th menjerit. Haaaaaaaaaaa ~ tips yang ni lebih kurang sama je macam tips yang atas tadi tapi kali ini cara die macam berbeza sikit. Kau pergi naik satu tempat yang tinggi ; bukit contohnya, tarik nafas dalam-dalam, sedut semua kesedihan kau dan menjeritlah puas-puas sampaikan kau rasa macam lega. Aku tak tipulah weyh sebab aku pernah buat dekat atas Bukit Bauk dulu masa study week. See? Orang lain belajar, aku sibuk layan perasaan -.-


Lepas dah menjerit, mesti rasa macam lega sikit. Kadang-kadang lepas kau menjerit, mesti kau akan menangis. Betul lah weyh ~ Aku tak tipu sebab kawan-kawan aku semuanya menangis tapi aku je yang tak. HAHA :D Insyallah ~ akan pergilah kesedihan korang tue :)


7th bersukan/jogging. Okay yang ni aku tengah on the way nak praktikkan. Aku putus cinta ker? Eh tak lah ~ Aku cuma rasa sunyi je sekarang nie so aku nak jogginglah. Kot kotlah boleh kurus kan? HAHA :D Tapi kasut jogging pulak tertinggal dekat kampung. Hadoiiiiiiiiiiii -.-


Bila korang berjogging, korang akan rasa lebih segar dan semua kuman-kuman bercinta korang akan keluar. HAHA :D Ada ke pulak dah? Lantok lah ~ Tapi memang betul sebab lepas korang jogging, korang akan rasa macam mengalami satu keadaan yang macam dah bertukar. Aku tak tahu nak cakap macam mana sebab korang kena rasa sendiri okay? :)


Kalau korang main sukan pulak, konfem lah korang akan begitu fokus dengan game yang korang main sampaikan macam korang boleh lupa kejap benda-benda sedih :) Betul weyh :) Aku tak tipu



8th luahkan kepada kawan-kawan yang korang percaya. Tipulah kalau dalam hidup korang tak ada kawan yang koran percaya kan? Berceritalah dengan dia, luahkan segala-galanya sebab insyallah beban tu akan rasa berkurang. Dan kawan-kawan korang pasti akan tolong dan bagi nasihat dekat korang


Tapi janganlah pilih kawan-kawan yang merosakkan korang. Mentang-mentanglah nak lupakan benda-benda sedih, diajaknya kau buat benda tak elok. Nauzibillah ~ Fikir secara waras tau? Jangan disebabkan dah putus cinta, bajet boleh buat semua benda dengan alasan nak happykan diri. Jangan begitu yer adik-adik, abang-abang dan akak-akak ye? :) Saya sayang awak semua. HAHA :D



9th mengaji al-Quran. Yang ni memang mujarab sebab bila korang mengaji korang akan rasa tenang je. Lagipun kita kan akan dapat pahala. Satu huruf yang kita sebut dalam al-Quran tu bersamaan dengan 10 pahala tau? Masyallah ~ begitu pemurah Allah swt. Jadi apa lagi? Rebutlah peluang nie :)


Tapi janganlah sebab putus cinta je baru nak mengaji kan? Hehe :) Kalau dah gembira dan dapat lupakan cerita-cerita sedih tu, apakata teruskan mengaji al-Quran tue. Allah swt lagi suka. Malaikat pun akan lagi suka kalau tengok kita macam nie :) Ingat ; al-Quran bukan dijadikan untuk hiasan semata-mata :)


10th dan yang terakhir sembahyang. Subhanallah ~ kawan-kawan, kalau kita sedih, bersembahyanglah. Sebab dengan sembahyang, kita dapat berkomunikasi dengan Allah swt. Paling best, bila semua orang dah tidur dan suasana senyap je. Kau amik wudhuk dan bersembahyanglah dengan cahaya malap.


Masa tu kau nak menangis teresak-esak pun, menangislah ~ Sebab Allah swt Maha Mendengar rintihan hamba-hambNya. Lagi kita mintak tolong dengan Allah swt, lagi Dia suka. So jangan segan-segan, nak malu-malu. Sembahyang dan luahkan segala-galanya dekat Allah swt sebab Dia Maha Mengetahui segala-galanya


Ingat ; Allah swt tak kan turunkan dugaan kepada kita kalau Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya. Ingat tu! :D



yeahhhhhhhhhhhh ~ itulah dia 10 tips untuk putus cinta dan macamana nak elakkan dari rasa sedih sebab baru putus cinta. Aku bagi ni pun sebab aku tak tahu nak tulis apa dan kebetulan benda ni sebenarnya dah jadi draft aku masa aku final exam sem 4 lagi -.-


Ingat yer kawan-kawan? Benda yang aku bagi ini sebenarnya mengambil masa bukannya zapp zapp zapp terus kau boleh happy dan cari pakwe/awek baru -.- Hampeh lah kalau macam tue. Nak melupakan seseoarang tu memang mengambil masa, maybe sampai berbulan-bulan dan bertahun-tahun jugak lah kan? Yang penting, hati mau kuat :)


Sapa yang tengah putus cinta? Harap tips ini dapat tolong korang :) Hehe


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, May 29, 2012

Jumpa Kawan Lama Lagi :) Muehehe :p

 

 Assalamualaikum  


Petang semalam pukul 2 aku bertolak ke 1Borneo dengan parents aku. Tapi aku singgah dekat UMS dulu sebelum ke 1B. Sebab apa? Sebab aku nak jemput Fyra Ruslannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn :D

Fyra Ruslan & Me :)


Muehehe :p Fyra Ruslan ni kiranya macam best friends aku lah masa aku sekolah SESTER dulu. Masa Form 4 aku just rapat je dengan dia. Tiap-tiap malam je aku selalu lepak bilik dia sebab bilik dia selang dua bilik je dari bilik aku. Haaaaaaaaaaaaa ~ Tu yang selalu aku tidur lewat tu -.-


Naik Fomr 5, aku sekelas dengan dia. Muehehe ~ Dia duduk depan aku. Waktu rehat ke, lepak ke, study ke, aku mesti dengan dia. Kitorang berdua, Zarah Hayatie, Shah ataupun dengan Mekna. Macam tu lah :)

So memandangkan aku dekat Sabah dan Fyra pulak study dekat UMS, konfem lah aku nak jumpa dengan dia :) Pagi Ahad tu aku call dia, tak dapat sebab aku baru teringat dia dah tukar nom HP. Haish ~ kacau betul lah ~


Aku pun online lah FB dan tweet aku dan tanya dekat semua orang yang kenal Fyra kotkot sesapa ada num baru dia tue. Nasib baiklah Nik ada dan bagi num Fyra :) Aku call dia dan set petang Ahad tu aku nak keluar dengan dia


Lepas amik dia dekat UMS terus gerak pergi 1B. Perghhhhhhhhhhhhh ~ sumpah ramai giler orang. Yelah ~ weekend kan? Dan kebetulan Pesta Kaamatan pun hujung bulan nie. Konfem lah ramai orang :)


Aku rasa kitorang berdua ni tak menyempat-nyempat nak bercerita. HAHA :D Dalam kereta pun aku dengan dia dah bising semacam dah duk berborak-borak. HAHA :D Aku lagi lah ~ macam-macam aku nak cerita dekat dia. HAHA :D


Last time kitorang jumpa masa tu tahun lepas ~ masa tu aku dia dengan Mekna pergi majlis kahwin superrrrr senior kitorang. Haaaaaaaa ~ dah berbulanbulan jugak lah tu kan? Hehe :)


Masa aku dengan Fyra decide nak makan apa, aku dengan dia dah macam tak sabar-sabar nak bercerita. Tak menyempat! HAHA :D Mula-mula nak makan dekat Chicken Rice Shop tapi orang ramai giler lagipun macam tak sesuai je aku dengan Fyra nak makan dekat situ sebab konfem lah kitorang nak melepak

Blur. Ada aku kisah? -.-


So last-last pergi McDonalds je sebab ada tempat yang sesuai aku dengan Fyra nak lepak. Kitorang order Chicken Foldover tapi aku tak makan pun sebab aku dah kenyang dengan makan kentang dengan minum Coke


Hamikkkkkkkkkkkkkkk ~ berjam-jam lah lamanya aku dengan Fyra duk berborak dekat McD tue. HAHA :D Fyra dah berapa kali duk sound aku suruh slow sikit suara sebab meja kitorang tu macam berhadapan dengan meja besar yang of courselah family besar yang duduk. HAHA :D Tapi aku slowkan suara aku kejap je tapi last-last kuat balik. Aku rasa Fyra pun macam dah malas nak tegur aku HAHA :D


Dah nama perempuan kan, macam-macam lah aku dengan Fyra duk berborak. Mula-mula pasal kawan kitorang yang ada masalah dalaman yang aku rasa semua orang tahu dan aku lah orang yang terakhir tahu pasal nie, pasal reunion SESTER kitorang yang tengah dalam perancangan sedangkan aku sendiri tak plan pape untuk aktiviti masa reuinion tu, pasal study Fyra dan aku, pasal kolej kediaman dan macam-macam lagilah! HAHA :D

Amik gambar lagi :)


Lepas dah duduk dekat McD tu dalam 2 jam lebih kot aku rasa, aku dengan Fyra pun jalan-jalan lah dalam 1B tu lepas sembahyang Zohor. Masa ni mak ayah aku dah call dah duk tanya dah sudah ke belum tapi aku cakap tak sudah lagi. HAHA :D


Aku dengan Fyra jalan-jalan dan aku sempat lah beli sehelai baju dekat Brands Outlet. Aku rasa baju Brands Outlet memang sempoi lah :) SUPERB! Aku rembat sehelai je sebab nak save cost masa nie HAHA :D 

Simple and nice :)


Lepas tu kitorang pun balik sebab masa tu dah pukul 6.30 petang. Hello? Dekat Sabah pukul 6.30 dah gelap macam dah pukul 7.30 malam dekat Semenanjung Malaysia okay? HAHA :D


Hantar Fyra dekat kolej dia dekat UMS. Aku pun macam teringin lah nak masuk kolej UMS sebab nak tengok keadaan bilik. Pergh weyhhhhhhhhhhhhhh! Sumpah besar giler bilik UMS! Aku rasa lagi besar dari Kolej Duyung dekat UiTM Dungun tu. Haaaaaaaaaaaaa ~ 

Meja study


Untunglah ada mini kitchen dalam bilik -.- Boleh bawak rice cooker pulak tue -.-


Fyra cakap kolej dia tu asalnya untuk 6 orang duduk tapi sebab student complain sesak sangat so dikurangkan kepada hanya 4 orang je satu bilik. Weyh aku rasa 5 orang pun boleh tahu tak? Besar sangatsangat weyh! Siap boleh main futsal dalam bilik tue. Okay tipu -.- Aku rasa dalam 10 orang buat bulatan besar pun boleh muat dalam bilik Fyra tue


Dan yang paling bestnya, bilik Fyra tu boleh nampak satu banda Kota Kinabalu. Fyra pun ajak aku naik tingkat 3 dan tengok pemandangan. Aah lah weyh ~ memang nampak satu bandar Kota Kinabalu tapi disebabkan dah gelap so aku hanya nampak lampu-lampu neon sahaja. Kalau waktu siang, mesti cantik giler


Fyra cakap, masa malam tahun baru tu, lagilah best sebab memang ada banyak giler bunga api duk meletop. Macam bunga api tu disusun dan memang lawalah. Wah bestnya :O

Kota Kinabalu. Nampak tak apa yang paling bercahaya tue? Itulah masjid :)


So lepas tu aku pun balik sebab mak ayah aku dah tunggu dalam kereta. Lepas dah hug and kisses, aku pun balik. Aku rasa best sangat petang semalam sebab dapat jumpa Fyra dan bertukar-tukar cerita. Mueheh :)


Lepas ni aku nak jumpa dia lagi tapi dia ada final exam 5hb ni dan kebetulan dia ada banyak giler lab report nak kena buat dan kena submit minggu ini. Aku pulak maybe akan pergi mengikut ayah aku ronda satu Sabah (ambuiiii HAHA ~) so aku rasa lepas ni macam aku tak tahu la bila aku free


Aku ada cakap dengan Fyra nanti kalau jumpa, bolehlah aku lepak dekat library UMS, teman Fyra study tapi kau tahu Fyra cakap apa? "Haa boleh jugak. Eh eh ~ tak boleh. Kalau kau ada, konfem lah aku tak study" 


Hampeh punya ayat -.- HAHA :D

Fyra dan meja study dia


Kepada Fyra dan meja studynya. selamatlah serasi bersama sepanjang minggu ini dan minggu depan untuk menghadapi final exam yer? HAHA :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, May 27, 2012

Dating Petang Ini Guna Gelang Baru. HAHA :D

 

 Assalamualaikum


Selamat pagi semua :) Sebenarnya pukul 6.30 lagi aku dah bangun pagi nie sebab ayah aku ajak pergi Pasar Gaya dekat Kota Kinabalu nie. Pasar Gaya ini macam pasar minggun yang ada jual macam-macam. Bila aku dah sebut macam-macam, aku betul-betul maksudkanya yer? 


Dan hari nie saje aku dah berbelanja hanpir berapa puluh erk sebab aku ada beli bangle dengan gelang baru. Lawa lah ~ Kebetulan pulak hujung bulan ni kan ada Pesta Kaamatan dekat Sabah ni kan? So semua memang jual murah lah berbanding harga asal. 


Contoh gelang yang aku beli tu, harga asal RM26 tapi sebab dah nak dekat dengan Pesta Kaamatan, dapat RM15. Hapeeeeeeeeeeeee lagi! Beli lah weyh! :D HAHA :D Pesta Kaamatan ni macam Hari Raya kita lah dekat Semenanjung, meriah je. Time time nak raya, semua barang pun jadi murah :) Hehe ~ untung bukit beruntung aku datang Sabah timetime dorang nak raya nie. Muehe :)

Cantik tak?

Haaaaaaaaaaaaaaa ~ yang bangle atas tu pulak aku selalu tengok dekat Semenanjung, standard harga dia dalam RM20. Aku ada beli satu tapi jenis yang silver lah ~ tapi jarang pakai. Jenis aku nie, suka membeli tapi jarang memakai -.-


Tapi yang bangle tu murah giler lah weyh ~ Adalah harganya tapi lebih murah dari dekat Semenanjung. So aku pun beli lah! :D Muehehehehe :p Sape nak? Beli sendiri lah ~ HAHA :D


Petang ini nak pergi 1Borneo. Insyallah ~ Sebab aku ada double date dengan kawan aku yang study dekat UMS dekat sini. Kawan masa aku sekolah SESTER dulu :) Kawan baik :) Muehehe ~

From left ; Fyra Aku dan Mekna

Selalunya kalau kitorang berjumpa, mesti ada Mekna. Tapi sekarang ni aku dengan Fyra je jumpa. Hehe ;) Sorry Mekna. Aku tepong mung pagi tadi, mu dok angkat teponnnnnnnnnn! Soheh doh mek tu duk tidur lagi. HAHA :D

Sekarang ni Fyra dah cuak macamana aku dapat num tepon baru dia. HAHA :D Rasakannnnnnnnnnn! :D
 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, May 26, 2012

Layakkah Aku Untuk Disayangi Setelah Ini Yang Terjadi Pada Aku?

 

 Assalamualaikum



Aku rasa aku dah lama tak bercerita tentang aku kan? Maksud aku macam, tulis entry jiwang lah ~ yelah selama ini tak ada masa pun huhu 


Petang tadi, tertengok satu cerita entah hape entah tajuk dia. Tapi dah nak habis dah. Ending cerita tu buat aku rasa sebak sangat tapi tak boleh nak nangis sebab mak ayah aku ada. Malu lah weyh nak nangis depan mak ayah sebab tengok cerita -.- So tahan je lah ~



Aku mengaku, aku dah banyak kali putus cinta ataupun makan hati bab-bab sayang menyayangi nie. Banyak kali sampaikan satu tahap tu aku rasa macam dah malas dah. Rasa nak berserah kepada Allah swt je untuk uruskan semuanya. Tapi dalam Semanis Kurma baru-baru ini, Ustaz tu cakap, kita kena cari dan berusaha untuk cari jodoh kita sendiri kan?


Aku bingung. Aku memanglah sangat slumber dan kadang-kadang macam giler sikit (ouh sikit ker? :O) otaknya bila dengan kawan-kawan aku. Kadang-kadang tu aku terfikir ada ke orang nak sayang dan cintakan aku, dengan keadaan dan perangai aku yang macam nie sebagaimana aku sayang dan cintakan orang tue? Sebab aku mengaku, kalau aku sayang, aku memang sayang betul-betul


Aku sangat rendah diri bab-bab macam nie. Sebab aku tahu setakat mana kemampuan aku, setakat mana kelayakkan aku. Aku tak berani nak demand macam-macam untuk bakal suami aku nanti sebab aku tahu aku tak layak. Cuma aku selalu berdoa, aku nak bakal suami aku nanti adalah orang yang mampu bimbing aku ke jalan yang diredhai Allah swt, yang boleh lindungi aku



1st love aku. Tak payah mention namalah yer? Aku sayang dia. Entah macamana entah aku dengan dia boleh tangkap cintun. Kitorang on off selama 3 tahun. Pada yang last kitorang couple, aku dah berjanji aku akan jaga hubungan aku dengan dia nie. 


Tapi sampai satu saat, akhirnya dia pergi tanpa memberi kata putus kepada aku yang setia menunggu dia. Dan yang paling aku sakit ialah dia pergi dari aku kerana orang lain. Berbulan-bulan lamanya aku makan hati kerana dia. Tiap-tiap malam, aku menangis kerana dia, menunggu dia, tiada siapa yang tahu. Tiap-tiap malam selimut dan bantal aku pasti basah dengan air mata aku. Bertahun-tahun aku cuba baiki hati aku ini


Dan sekarang, aku dengan dia, jadi kawan rapat teramat-amat sangat. Dan guess what? Makwe dia sekarang ini adalah kawan aku jugak. Dan makwe dia tu lah orang yang dia pergi ketika meninggalkan aku. Dan percaya lagi tak, kitorang pernah hangout sesama selama sehari suntuk?


Dalam aku duk sedihsedih tu, datang seorang kawan sekelas aku. Dia cakap dia dah lama suka dekat aku sebab perangai aku yang giler-giler dalam kelas. Aku tak tahu nak cakap apa tapi yang pasti aku pun terima je dia dengan harapan aku dapat lupakan kisah lama aku dulu. 


Aku akui, dia memang betul-betul sayangkan aku. Aku nampak kesungguhan dia dan keikhlasan dia. Dia suka buat something yang aku tak expect dan buat suprise depan aku sambil tersenyum lebar :) Aku masih ingat lagi senyuman dia tue. Kalau aku tak balas mesej dia, mulalah dia resah gelisah. Kalau aku tak ada kredit, sanggup topupkan aku dulu


Tapi lama-lama aku sedar, aku tak boleh go on dengan dia. Aku rasa aku hanya berpura-pura je dengan dia. Aku masih dibayangi dengan kisah lama aku. Jujur aku cakap, masa tu aku masih berharap dengan ex aku dulu. Dan akhirnya, aku lepaskan dia yang betul-betul sayang aku tue


Aku masih ingat lagi, hari di mana aku putuskan segala-galanya dengan dia. Dia menangis. Yup ~ dia menangis depan aku. Dia sebak sangat ketika tu dan tak mampu nak cakap apa-apa. Dan kejamnya aku ketika itu sebab lepas je aku cakap aku nak putus, aku terus tinggalkan dia tanpa menoleh ke belakang dan memujuk dia



Dan dalam aku dengan dia sibuk makan hati, tup tup aku dapat tahu dia dah couple dengan budak batch aku jugak masa tue. Dan yang paling maha hebat, makwe dia tu sekelas dengan aku dan of course lah ~ tiap kali waktu rehat, konfem dorang date dalam kelas. Dan yang lagi bestnya, makwe dia tu jadi senior aku dalam pancaragam sekolah aku dan dari situ aku dengan makwe dia tu jadi rapat, sampai sekarang. Dan dia pulak ~ aku masih berkawan sampai sekarang


Dalam aku duk melalui cerita sedih masa tu, dalam masa yang sama, datang seorang lelaki, budak kelas aku jugak. Hmm ~ aku tak tahu macam mana starting ceritanya tapi entah macamana aku dengan dia jadi rapat. Jadi rapat, waktu rehat je mesti nak berborakborak dalam kelas. Sebelum balik mesti nak lepak-lepak dulu


Then couple. Hmm ~ kejap je. Sebab aku dapat tahu dia bukan sayang aku dengan betul-betul. Dia hanya nak dengan aku sebab nak 'sesuatu' dari aku. Memang tak lah aku nak layan orang-orang yang macam ni kan? So aku say byebye je dengan dia. Aku ada harga diri yang aku simpan untuk yang halal sahaja nanti


Dan tak disangka-sangka, dia pun satu UiTM Dungun dengan aku, kos apa entah ~ Dan hari tu, dia ada bagi hadiah dekat aku. Hadiah tag nama warna kuning yang bertulis 'SARAH' yang aku letakkan dekat pencil box aku tue. Siapa cam?


Dan dalam masa aku duk praktikkan tagline 'hati keras jiwa kental' tiba-tiba ada satu mamat datang dan muncul dalam hidup aku. Semuanya kerana blog yang telah membawa aku dengan dia sama-sama jatuh cinta. Masa ini macam dah matang sikit lah ~ dah besar


Di saat-saat aku jatuh dan lemah semasa menghadapi hari-hari aku di UiTM, dialah semangat aku yang membawa aku ke atas. Dan tanpa aku sedar, aku dah sayang dekat dia bila dia mula nak dekat dengan aku. Dan dari situ, aku dengan dia mula rapat dan sayang menyayangi. 


Aku salah pada saat ini. Sebab masa tu dia sudah berpunya. Aku dah cuba untuk jauhkan diri aku sebab aku tak nak jadi penyebab kepada dia dan makwe dia putus. Tapi kuasa hati ~ aku tak mampu nak tolak. Akhirnya dia dan makwe dia putus disebabkan aku. 


Tak lama lepas itu, dia memutuskan hubungan aku dengan dia kerana masih sayang dengan makwe dia tue. Sakitnya aku masa tu dan bertambah-tambah sakit bila peristiwa itu berlaku semasa aku sedang menduduki final exam part 1. 


Tapi tak lama lepas itu, dia datang kembali kepada aku. Aku terima dia balik sebab aku percaya "manusia pasti membuat kesalahan dan patut diberi peluang kedua" dan aku dengan dia gembira selepas itu. Malah, aku rasa mak ayah aku tahu pasal hubungan aku dengan dia


Tapi apa yang aku harapkan tak menjadi kenyataan. Aku dapat tahu sesuatu dan buat aku mula curiga dengan dia. Dan tanpa disedari, aku salah membuat perhitungan dan pada malam genap 10 bulan kami bersama dan pada malam first paper final exam part 2, dia meninggalkan aku kerana dia mengikut kata hati dan nafsunya.


Aku rasa macam orang bodoh sangat masa tue, seolah-olah mudahnya aku dinilai oleh orang lain tanpa memberi peluang kedua kepada aku. Aku rasa peluang kedua dalam hidup ini seolah-olah tak wujud sama sekali. Aku merayu kepada dia, menangis tapi semuanya sia-sia.


Dan lalu aku menangis. Aku ingat lagi, aku rasa satu kolej boleh dengar aku menangis masa tue. Esoknya, kawan-kawan aku semuanya datang dan tanya kepada aku. Ya Allah ~ aku rasa masa tu lubang besar ditebuk dalam dada aku. Sungguh aku rasa sakit masa tue. Aku rasa aku telah hilang sebahagian aku ketika itu. Tiap-tiap malam aku menangis. Lagu 'Rindu Separuh Mati' masa tu memang sesuai sangat dengan aku masa tue


Dan sekarang ini, aku dengan dia dah okay dan dia pun dah ada orang baru sekarang nie. Kadang-kadang kitorang on call dan dia selalu bercerita tentang awek baru dia. Aku? Aku hanya dengar je




Actually banyak lagi kisah yang berselang seli di sebalik semua cerita di atas nie. Ada yang datang mengetuk pintu hati aku ketika itu dan bila masanya aku sudah sayang, orang tu pergi buat bodoh dengan aku. Ada orang tu datang dan sayang dengan aku tapi mintak bukan-bukan dengan aku. Ada yang orang duk gosipkan aku dengan dia tapi end up tak ada pape pun. Hmm macam tu lah ~


Bila aku renung balik yang lepas-lepas, aku rasa Allah swt memang sayang dengan aku. Sebab Dia bagi dugaan dekat aku. Sebab Dia datangkan aku dengan lelaki-lelaki yang macam ni sebab nak kasi aku sedar yang ada orang yang jauh lebih baik untuk aku di luar sana


Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih, nak-nak sekarang nie. Lately nie, aku rasa sangat-sangatlah forever alone yang teramat sangat. Tak tahu lah cakap macamana. Kalau aku nampak ada couple or pasangan suami isteri depan aku, konfemm aku jadi sedih semacam. Agak-agak, kenapa yer aku berperasaan macam tue?


Aku selalu berdoa kepada Allah swt supaya di saat aku berjumpa dengan bakal suami aku nanti, biarlah dia bersedia dari segi dunia akhirat supaya nanti dia dapat jadikan aku yang halal untuk dia. Aku harap dia sedang menyiapkan diri dia sekarang ini untuk bertemu dengan aku. Sebab aku tak tahan dah dengan sakit yang sangat-sangatlah susah nak cakap dengan kata-kata. Hanya orang yang pernah alaminya, akan faham.


Ini just luahan hati aku je. Sebab dah lama aku duk simpan cuma tak ada masa nak tulis. Aku just kongsikan je apa yang aku rasa. Sebab bila aku kongsi, aku rasa lega sikit. Sikit pun jadilah dari aku duk simpan je tak kongsi. Kang meroyan pulak aku -.-


Aku belajar banyak sangat dari semua cerita di atas. Tak perlulah aku nak ceritakan apa dan kenapa semuanya, cukuplah biar aku sorang je yang tahu. Banyak salah dan silap aku. Mungkin inilah balasannya kan? Takpelah ~ aku redha je :') 


Kadang-kadang aku terfikir, layak ke aku untuk disayang dan dicintai macam orang lain? Sebab aku rasa macam tak ada je. Entahlah ~ aku susah nak cakap macammana. Setelah apa yang terjadi pada aku sebelum ini, buat aku rasa was was sangat. Hmmm ~


Kepada yang memang dah lama follow blog aku, mungkin tahu siapa orang di sebalik semua cerita ni. Aku sengaja tak nak letak link sebab aku tak nak baca kisah lama-lama tu. Siapa yang tahu tu, tahu lah dengan sendiri. Yang tak tahu, takpelah ~ tak penting pun :)


Kepada yang dah ada pakwe/makwe, tolonglah serius dan jaga dorang baik-baik. Tolonglah jangan main kayu tiga dengan dorang sebab life ini ada karma. Hari ini kau buat dekat orang lain, esok lusa orang lain akan buat sama je macam kau pernah buat tapi mungkin dua kali ganda lagi hebat. Percayalah ~ sebab aku pernah alaminya :)


Awak yang berada jauh dari saya, saya tunggu awak tau? Awak siapkan diri awak yer dan saya pun akan siapkan diri saya jugak sekarang nie. Insyallah ~ jika diizinkan oleh Allah swt kita akan berjumpa di satu tempat dan di satu masa yang kita sendiri tak tahu. Saya harap awak dapat terima saya dengan seadanya dan saya pun akan terima seadanya awak. 



 Ya Allah, berikan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Amin


 



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Hello Sabah! :D

 

 Assalamualaikum


Cuba teka aku ade dekat mana sekarang nie? Muehehe :p


Yeahh ~ Salah! HAHA :D Aku dekat Kota Kinabalu, Sabah sekarang nie :) Petang tadi sampai, pukul 5 petang. Alhamdulillah, finally safely arrived home, my real home :)


Flight aku pukul 2.15 petang macam tu lah ~ Dan pengalaman naik kapal terbang yang ni adalah yang paling best sebab dekat dalam flight tu ada TV depan seat kita. HAHA :D Memang aku puas-puas lah tengok movie apa dekat dalam flight tue :)


Antara cerita yang ada adalah Sherlock Holmes, Pirates of Carribean, The Queen, Get Married 2, Cars 2. Yang tu jelah yang aku ingat. Dan yang paling aku tabik cerita Ombak Rindu, Cicakman 2, Khurafat, Papa I Love You pun hadeeeeeeee juagk ooiii! Haaaaaaaaaa ~ hebat tak? HAHA :D


Tapi aku tengok cerita Scooby Doo -.- Sebab aku tengok Sherlock Holmes separuh je kemudian aku tak nak tengok dah sebab gambar gelap dan aku tak berapa faham dia cakap apa sebab tak ada english subtitle -.- So baik aku layan cerita kartun tue


Layan hapeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee nyaaaaaaaaaaaa! Layan separuh (tak sampai separuh pun sebenarnya -.-) lepas tu aku terus tidur tak hengat ke diri. Sedar-sedar je dah selamat sampai dekat Sabah dah -.- HAHA :D Bayangkan berapa lama aku tidur? -.-


Tak ingat pulak aku nak amik gambar TV seat tue -.-

Mas :)

Okay bayang-bayang aku tu bila nak jadi kecik ehh sebenarnya? Argh tidakkk ~ tak kan misi aku tu tak dapat dilaksanakan? -.-


p/s : Esok pergi Tambunan, Sabah. Lusa pergi Pasar Gaya dan insyallah akan berjumpa dengan my friend masa kitorang sama-sama kerja dulu lepas SPM. Dia study dekat UMS :)

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, May 24, 2012

Lepas Rindu Jumpa Dengan Mereka :')


 Assalamualaikum


Sekarang ni kan aku dekat Key Ell. Hampir seminggu dah aku dekat sini. Sebab hantar adik aku yang masuk UPNM dan kebetulan ayah aku ada kerja dekat KL. Dah alang-alang tu, baik aku dengan mak aku lepak dekat KL ni hah ~ Boleh gak jalan-jalan :)


So bila dah melepak dekat sini, aku pun plan lah nak keluar dengan Faezah, Angie dan Hani. Actually masa aku tengah intersession lagi aku dengan Hani duk plan lagi. Hajatnya nak pergi Kelantan sebab nak melawat kawan kitorang, Lisda yang tengah sakit tue. Tapi rasanya tak jadi kot. Dan kalau jadi, maybe Hani je kot yang pergi. Aku tak pergi.


So aku pun call lah budak bertiga tu. Aku tengok kepada jadual Pekjah lah, bila dia free sebab sekarang ni kan dia tengah degree dekat Shah Alama. Aku Hani dengan Angie tak kisah pun sebab kitorang kan tengah cuti sem. Cuma Hani je lah ~ ponteng kerja hari tue. HAHA :D


So hari Selasa baru-baru nie, pukul 11 pagi aku pergi ke Mid Valley dengan mak dan sepupu mak aku, CikMimi. Act ayah aku tak bagi aku lepas naik teksi sorang-sorang. Yelah, aku kan anak perempuan tunggal dia. Muehehe :p


Sampai je dekat Mid, dalam 20 minit lepas tu, Hani dengan Angie pun sampai. Dorang cakap nak tengok wayang. Aku pun onn je lah ~


Mula-mula nak tengok Mirror Mirror tapi sekali pukul 5.30 petang daaaaaa~ Memang tak lah sebab lewat sangat. So kitorang pun tengok What You Expect When You're Expecting. Basically, cerita ni pasal parentshood lah ~ Proses dorang nak jadi ke ibubapa, macamana dorang deal dengan morning sickness, mengandung. So macam tu lah :)


Sementara nak tunggu wayang pukul 1.30 kitorang pergi dekat kedai gitar ni sebab Angie nak beli hapeee entah. Ingat nak pergi situ kejap je tapi alih alih dah sampai berjam-jam. HAHA :D Sebab Angie main gitar dan abang yang dekat kedai gitar tu pulak ramah dan boleh masuk air dengan kitorang :)

Hani and Angie and Mubarak ; Angie tengok tag nama die

Angie :)

Hani bunny :)
Lepas dah lepak dengan abang tu yang sumpah sempoi giler, kitorang pun tengok wayang. Masa ni Pekjah memang membebel lah sebab beli tiket awal sangat sedangkan dia habis kelas pkul 12. HAHA :D So kitorang masuk dulu tengok cerita tu dan tinggalkan tiket Pekjah dekat kaunter


Perghhhhhh ~ Mau dekat pukul 3 petang baru Pekjah sampai! HAHA :D Kesian dekat dia. Rushing. Tapi nasib baiklah sempat dia nak tengok cerita tue :) Walaupun tak dapat tengok dari awal. HAHA :D Tapi cerita tu memang bikin aku sedih lah jugak sebab ada satu part tu, perempuan tu keguguran. Huhu ~ Sedihnya :(


Lepas tengok wayang, haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa belum sempat keluar lagi, kitorang dah mula bising dah. Masyaallah ~ aku rasa semua orang tengok kitorang -.- HAHA :D Pergi sembahyang Zohor dulu :)

Dah cukup! :D

Amik gambar dulu :)
After tu kitorang turun pergi makan rasanya, aku dah tak ingat dah -.- Hani bawak kitorang pergi dekat food court yang dekat bawah tu dan makan nasi lemak lauk rendang ayam. Ya Allah sedap betul nasi lemak die :) Sumpah sedap! :D Dari kitorang makan dengan sudu garfu, semuanya terus bertukar makan dengan tangan je sebab tak nikmat makan dengan suda garfu. HAHA :D


Lepas makan, kitorang pun borakborak lah ~ Masa ini lah Pekjah cerita life dekat Shah Alam dan macamana dengan Degree. Dia cakap degree ni tak adalah susah sangat kalau nak dibandingkan dengan diploma. Ececehh ~ kata-kata orang bijak pandai :) HAHA :D


Tapi yang paling obvious sekali semasa degree adalah mesti nak ponteng kelas. HAHA :D Dalam kelas Pekjah sendiri, dorang siap buat ranking lagi sape yang paling banyak ponteng kelas. HAHA :D Kalau Tasha (kawan kitorang dekat UiTM Dungun yang buat fast trex sekali dengan Pekjah) tak pergi kelas, Pekjah pun sama. HAHA :D


Tak lama pun kitorang lepak dekat food court tu sebab sebelah kitorang ada sekumpulan abang yang duk hisap rokok tak hentihenti dan asap rokok tu pulak kena dekat kitorang. Haish ~ Memang sesak nafas lah dibuatnya -.-

So kitorang pun decide nak pergi Carefour sebab Hani nak beli barang dapur sikit. Alang-alang dah pergi tu, sempatlah jalan-jalan. Dan yang paling wajib bagi kitorang adalah beli sushi. Mueheheee ~ sejak dah kawan dengan dorang ni, aku pun dah ketagih nak makan sushi. HAHA :D


Lepas tu mak aku call sebab dah nak balik dah. Huhu ~ Sedihlah pulak! So kitorang pergi dekat level bawah dan Hani bawak kitorang pergi Chocolate Fair. Wah wah ~ banyak betul coklat weyh! :O


Paling tak boleh blahnya ialah dekat Chocolate Fair tu ada banyak giler sampel coklat yang dia bagi. Kitorang pulak, asyik makan je coklat punya sampel tu tapi tak beli beli pun! HAHA :D Muka promoter tu macam bengang je. HAHA :D Sabor ye kak? HAHA :D


Lepas tu sessi bergambar. HAHA :D Pandai pandai ye kau nak buat sessi bergambar? HAHA :D Yelah ~ Bukannya senang nak jumpa. Hani Angie dan Pekjah senanglah nak jumpa sebab dorang duk Key Ell lepas tu Angie pulak team debat yang selalu ada aktiviti dengan Shah Alam so konfemkonfem lah dapat jumpa Pekjah. Aku nie? Lagi lah susah sebab aku kan jarang turun Key Ell -.-

1st pic
Ni gambar yang 1st tau. Tapi gambar gelap dan tak nampak muka. Aku je yang memandai edit kasi nampak cerah sikit. Mueheh ~ Lepas dah tangkap, bising pulak masing-masing sebab gelap. So kitorang pun masuklah dalam tandas Mid tu. HAHA :D Photoshoot dalam tandas. Biasa lerrr tue -.-

Angie? -.-
Dah amik gambar, tengok cantik ke tak. HAHA :D


Yeayy suka gambar nie! :D

Gambar ini pun suka tapi muka aku? -.-

Dalam duk sibuk duk bergambar, sekali mak aku datang dan masuk dalam tandas tu. HAHA :D Kantoi sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan mak aku. HAHA :D Mak aku pun cakap nak balik dah lah sebab masa tu dah pukul 6 petang dah. Huhu


So kitorang pun keluar dari tandas. Masa nak keluar tu, adalah satu bauuuuuuuuuuuuuuuuuuu busuk. HAHA :D Masing-masing buat muka macam "eh bau apa nie?" Dahi dah berkerut-kerut dah


Lepas tu Hani pulak dengan kuatnya cakap dalam tandas tu "Weyh busukk giler!" Aku pun gelak je lah sambil cakap "Weyh photoshoot dalam tandas. What do you expect? Of courselah bau busuk!" HAHA :D

Kami bersama Lisda :)


Okay gambar atas ni memang nak bikin orang lempang aku kan? HAHA :D Act macam ni ~ Masa kitorang duk syok bergambar, kitorang duk cakaplah konfem Lisda akan jeles sebab kitorang berempat berjumpa tapi tak ada dia. 


So untuk mengelakkan die terasa ke hape, so dorang amik gambar konon-kononnya Lisda ada jugak dengan kitorang. HAHA :D Dan semalam pulak, aku duk edit gambar Lisda dan letakkan dalam gambar atas nie. HAHA :D So Lisda, even though you are not here, we always remember you :) Buktinya? Gambar di atas ni lah! HAHA :D


Tapi Angie dengan Hani tak puas hati sebab asal gambar kitorang tak cerah tapi gambar Lisda nampak muka! HAHA :D Macam-macam -.-


So di atas ini adalah gambar last yang kitorang amik sebelum balik. Masa nak balik pun, kitorang sempat duk buat sengal dekat level bawah tu dekat bahagian tengah-tengah tue. HAHA :D Mak aku dengan Cik Mimi senyum je tengok kitorang sebab kau bayangkan, Mid Valley yang bising tu pun kitorang berempat boleh tandingi kebisingan dia. HAHA :D

Semua nampak gigi :)



So lepas dah hugs and kisses semua, kitorang pun balik. Masa on the way balik, Pekjah mesej aku yang Hani dengan Angie rushing nak naik bas sebab masa tu dah pukul 7 petang. Masa duk rushing-rushing tu, dorang main naik je bas yang lalu depan dorang tanpa (TANPA OKAY?) mengucapkan byebye dekat Pekjah sedangkan lepas ni konfem susah nak jumpa Pekjah. 


Tapi lepas tu, Hani dengan Angie pun turun dari bas tu sambil ketawa bagai nak rak sebab dorang salah bas! HAHA :D Homaigod ~ Kenapalah aku ada kawan-kawan yang sengal macam nie? HAHA :D


Its been a great day for me sebab dapat jumpa dan kita cukup 4 orang :) Rasa macam best sangat-sangat sebab dah hangout dan bertukar-tukar cerita. Eh eh ~ Dulu sebelum nak jumpa Pekjah, aku rasa aku ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk giler cerita nak story dekat Pekjah tapi bila jumpa, aku jadi tak tahu nak cerita apa. HAHA :D Even Pekjah pun cakap "Aku tahu Mai, kau ada cerita nak cerita dekat aku" HAHA :D


Lepas ni kita plan sama-sama ehh nak pergi serang Lisda dekat Kelantan tue. HAHA :D Siap lah kau Lisda! :D



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts