[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Monday, September 18, 2017

Wedding Series by Mysara

Assalamualaikum wbt


Why its a wedding series? Because its mysaranewrie coming to their wedding!


So bila dah meningkat usia ini, makanya FB aku penuh dengan events dan invitations dari kawan-kawan aku untuk ke wedding mereka. Mana-mana yang rapat dan dekat aku akan usaha juga untuk pergi :) Selain dari meraikan majlis kawan-kawan, dapat jumpaaa dengan kawan-kawan pun ye jugak weyh! Hahahha


Kadang-kadang kan, aku pernah lepak dari jam 12 sampai 4 petang semata-mata nak tunggu kawan sampai dah bila dah sampai, weh berborak tak hengat dunia. Boleh pulak makan sampai 2 kali round weyh Y.Y Punyalah kann seronok jumpa kawan-kawan lama


Now I know kenapa orang tak ramai buat reunion. Sebab dah tahu boleh jumpa kawan-kawan dekat majlis kahwin! Hehehe


So lets recap on beberapa majlis perkahwinan kawan-kawan aku yang pernah aku pergi :)


1) Wedding Amey & Nuar

Amey ni kawan aku dari sekolah menengah lagi dekat Besut. Dia ni ada kembar, kembar dia tu lah yang rapat dengan aku. Selalu ajak jumpa tapi susah benor nak cari masa free hahah So bila dah wedding kembarnya, haruslah aku pergi :)


Diorang berdualah yang bertanggungjawab heret aku masuk pancaragam dan ajar aku main tenor saxesphone hhihihi weyh mana entah gambar zaman sekolah menengah dulu Y.Y Tak tahu dalam laptop yang mana huhu


Tahniah Amey dan Nuar :) Comel sangat korang tau! Hahaha

Aaaa backlight!

Kawan-kawan satu sekolah dulu ni :)

Ahahaha terima kasih untuk mereka berdua ni sebab teman!

Haa yang sebelah tu kembar Amey, Wiwin :) Actually ni semua nama panggilan je tahu haha
Tahniah Amey dan Nuar :)

Lepas wedding Amey, kita terus pergi rumah Kak Ayu sebab Kak Ayu ada buat
Open House Rayaaaaaaaa hehehe

2) Wedding Farah & Pejal

Alhamdulillah, inilah wedding paling aku nantikan dan terus macam "Okay aku kena pergi jugak wedding Farah Pejal!" Sebab dulu zaman Diploma, ada jugak aku meneman diorangp dating! Hahah lari dari pakguard sama-samalah dengan plastik Pok Eng Tin kiri kanan, duduk lepak bawah pokok tepi pantai lah hahah So haruslah kena pergi kan :)


So aku dengan Angie gigih laaaa naik LRT untuk ke TBS yang sebenarnyaaaaaaaaaa kitorang dah tersalah LRT HAHAHHA So haruslah berpatah balik dengan masa tu dah jam 9.30 and bas kitorang jam 10 malam. Wehhh ~ tapi sebenarnya bas sampai pukul 11 malam okay! Penat tau aku lari-lari dalam TBS cari makanan sebab lepas je habis kerja hari Jumaat, terus siap-siap nak naik bas pulak so mana sempat nak makan T.T


Naik bas? Yesss. Aku dengan Angie pergi wedding Farah and Pejal naik bas hahahha Gigih tak kitorang? :) Kitorang tumpang tidur rumah pakcik dan makcik Angie dekat Felda Keratong tue :)

Hmm syok berborak dalam LRT akhirnya melepas stesen! hahha
Pakai mask dalam bas HAHAHHAHA
Acah-acah nak muka berseri sebelum p wedding Farah lah katakannnnnnn hahaha

The bridesmaids!
Pengantin baru nak makan tue hehe
So kami bergambar dulu! hahhha
Selfie ramai-ramai bersama arwah Ashrool 
Selamat Pengantin Baru Farah & Pejal :)
Sayang Farah! hahahha Pejal? Farah je lah yang tolong sayangkan HAHAHA



3) Wedding Fatin Liyana & Hilmi


Bortakk Ayerm Fatin saya dah kahwin! Dengan pasangan dia yang sebenarnyaaa classmates dia :) Aku dengan dia dah berkawan since kitorang Form 3 tanpa kitorang sedar. Bila dah jumpa and exchange our Facebook, baru macam laaaaaaaaaaa dah kawan rupanya kita nie haha


Walaupun wedding dia dekat Kemaman, aku gigihkan jugak datang dengan parents aku :) Dapat jumpa kawan-kawan lagi! Hahaha

Pemanggil setia Mak Jemah

Reunion classmates Diploma dulu :)
 
Kacau aa Didi!
Apa-apa pun, tahniah dekat Fatin dan Hilmi! hihih

4) Wedding Shafiq Baywatch dan Atiyahh

Shafiq ni sebenarnyaaa junior aku masa belajar tapi bila dah kerja, eh eh barulah rapat hahaha Mana dapat Baywatch? Adalahh. Tu sebenarnya nama gelaran tapi dah melekat dah sampai sekarangg hahaha

Terima kasih princess Faralizza sebab sudi amik saya di rumah :D

My junior masa belajar dulu turns out to be bestman for the groom 

Senyummm!

Geng-Geng ULC

With our instructor, Monaa :D

Tahniah Shafiq dan Atiyahh!

Nasib tak runtih pelamin weh haha

Pengantin tenggelam! hahahha


5) Wedding Pian dan Etin

Hahahhahahahah Pian ni sebenarnya classrep kitorang masa dekat Diploma dulu. Ya Allah dulu kitorang memang selalu bergaduh dalam kelas. Alaa bukan gaduh yang memang gaduh. Gaduh gaduh mulut, lepas tu gelak-gelak hahahhaaha Ada jeeeeeeee benda nak kacau si Pian nie dan Pian ni menyabor je layan tapi membebel dalam slang Terengganu dia yang pekat tue hahhahah

Tahniah Pian dan Etin 

Pengantin ajak selfie haha

Batch DPA UITM Dungun :)

Selfie di luar

Bersama goodies

Lepas lepak di mamak hehe

Lepas wedding Pian, macam biasaaa -- kitorang lepak mamak. Ya Allah weyhhhh -- aku rasa macam dah lamaa betul tak gelak yang sampai keluar air mata tau! Hahahhahaa kitorang borak-borak je tapi macam borak yang mengenakan kawan-kawan, bercakap pasal hal-hal lepas masa di Dungun dulu sambil update perkembangan masing-masing hahahhaha Memang kelakar. 


Aku rasa mamak Shaaz tu lega je lepas kitorang dah nak balik hahhahaha


So buat masa ini, itu sahajaaa wedding series yang aku boleh update. Insha Allah coming soon nanti! :D


Seronok jugak datang wedding sebenarnyaa. Makan tak adalah beria sangat sebab yang penting nak jumpa kawan-kawan :) 


Wedding aku? Tu lah ~ either Sabtu atau Ahad, tahun taktahu bila 


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / begkite
Twitter : @mysaranewrie



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, September 14, 2017

Bortie Takes Melaka

Assalamualaikum wbt


So yeahh -- after the Makan-Makan at Newries ni telah berlangsung, we've planned a holiday trip! Alaaa just a weekend getaway je pun! Sebab masa jumpa haritue, tak puas nak spend time and we didnt talk too much like always hahahah So kitorang pun plan laaa this trip

Borties Smarties hahahha
  
Hanya Allah swt je yang tahu betapaaaa susahnya nak plan trip ni sebab ada 5 orang yang mempunyai tarikh free yang berbeza-beza. Aim kami -- Hani dengan Yusof kena follow sebab dah banyak kali Hani miss trip so kena follow tarikh dia


But - the problem is Hani is wont sure when she is free as she depends on her visa. Dapat visa, byebye Malaysia and Hello Russia! So she just said "tak kisah bila asalkan cepat" Okay okay so masing-masing cek tarikh and tarikh yang paling cepat boleh dapat adalah pada 19 Ogos sedangkan masa plan tu adalah pada 15 July. Sebab tarikh-tarikh sebelum 19 Ogos, semua orang tak free


So okaylah. We book 19 th August so we went to The Shore Hotel at Melaka. As usual, Im the one who looking for the place to stay hehehehe


So pagi Sabtu tu, jumpa Faizah di LRT Puchong Prima and we go to Melaka. Actually ada cerita kelakar semasa nak pergi jumpa Faizah. Aku Angie and Hani dah semangat nak tunggu Faizah dekat LRT Glenmarie tapi instead of that -- Faizah tunggu kami dekat LRT Puchong Prima. 


Yang si Angie pulak -- tanpa apa-apa, terus pergi naik LRT meninggalkan aku dengan Hani hahhahahaha Amenda entah perangai weyhh! Miscommunication betul lah ~ Lepas tu gelak macam hareyyy hahahhahaha


Sampai je dekat Melaka, amik Lisda then we went to Mahkota Parade sebab Lisda nak makan Boat Noddle. BOLEH? Hahahahhahaha macam-macam weh kitorang order, macam apa jee sebab memang lapar teruk masa tue

Sementara tunggu Lisda kunci-kunci pintu, kita bergambar dulu!
Nampak tu tangan memasing? HAHAHHA
Dah tak fokus dah, nak makan je semua orang!

Then we went to kedai-kedai kraftangan dan belilah something untuk bawak balik hehe

Sempat lagi bergambar dalam kedai hehehe
Hehehe

Lepas tu check in hotel. Okay my review for the hotel --


Its not a hotel actually. Its like an apartment okay, but with limited access of utensils. Hanya ada pinggan mangkuk dan sudu garfu. Tu je. Pisau tak ada. Jag tak ada. Cawannn ada heheh And its quite hard actually to find their lobby sebab tertukar. Pening sebab ada 3 building and one of it is The Shore. The other two is Swiss Garden, if I'm not mistaken and the other one --  tak ingat. So aku tersalah pergi lobby Swiss Garden pulekkk. Parking pun agak pening sebab once kau dah salah masuk bahagian parking, kau kena jalan jauh untuk pergi ke hotel kau. Yang penting -- ianya pening for the 1st time macam kitorang nie

But apa yang bestnya adalah apartment dia sangat besar dan mewah. Ada 3 bilik and kitorang share dua dua dua hahahah Best dan besar! Sangat selesa borts so kalau nak gathering dengan kawan-kawan, boleh dipersilakan :) Harga? Masa tu aku dapat The Shore Hotel masa tengah special price at Booking.com so dapat RM 500 for one night including GST

Okay thats my review hehehehe

Ruang dapur kitorang :)

Lepas check in, kitorang makan Samyang dan terus pergi swimming! Oh My God weyh -- swimming pool dia memang terbaik! Cantik gilos dengan keadaan berangin. Sejukkkkkkkkkkk! Tapi tak ada gambar langsung sebab masing-masing nak mandi, so tak nak pegang HP. Kang HP hilang kang, sape nak menjawab? So yeah -- no pictures of us at all during swimming even that was the best part of our trip hehehe


Malam tu kami pergi makan asam laksa dekat Kota Laksamana. Bagi aku, asam pedas dia sedap hahah tapi bagi kawan-kawan aku, diorang tak kurenggg. Ahh tak kisah asalkan aku dapat makan! Aku tak cerewet bab-bab makan ni :p


Then lepas makan, kitorang pergi Jonker Walk. Haruslah okayy sebab tu tempat wajib time hujung minggu di Melaka kot ~ even kau dah tahu apa benda yang dijual dekat sana hahahhahaha

Sementara tunggu lif hehe

Gambar dulu hehehe
"Berapa satu nie?"
Acah-acah usha beca tapi sebenarnya nak bergambar je hahaha
Yasss
Hahhaha

Balik je dekat hotel, terus mandi dan lepak depan TV tapi tak lama pun sebab lepas tu masing-masing tertidur sebab penat hahahha


Lepas je Subuh, terus masing-masing tak boleh tidur. So sambung borak, kes tertunggak yang tertidur tue hahaha Satu benda je yang aku perasan. Kalau aku dengan diorang nie, mesti kitorang punya session untuk berborak adalah selepas Subuh hahahahhaha Kalau aku keluar holiday dengan kawan-kawan yang lain. sampai ke Subuh berborak. Kan terbalik tue hahaha

Our morning view :)

Hmm bila dah berborak, masing-masing lapar. You know what we had for our breakfast? Maggi Samyang yang pedas tu! You know when your stomach is empty and suddenly benda pedas giler masuk, haaaaaaaaaaaaaaaaa ~ menjadilah diaaa kan? 


Marilah kita memasak Samyang di jam 7 pagi!
Bakal isteri ini mihmihmih ~
Bakal-bakal isteri jugak nie hahahhaha

Then siap-siap untuk checkout -- Kitorang macam sempatlah buat suprise untuk Faizah sebab dia bakal berkahwin bulan Oktober nie hahahhaha Hello ~ its the thoughts that counts okay? Hahaha Menangis Faizah masa kitorang menjerit suprise dekat dia siap menyanyi lagu Happy Birthday dekat dia tapi kami tukarkan lirik jadi "Selamat Pengantin Baruuu! Selamat Pengantin Baruu!" HAHAHAHAH

Faizah ; had known this girl since 2010 :)
Pesanan penaja
Amboi sukee nak kahwin lah tu hahaha

HAHAHAH comel je Yusof tengok aunties dia kecoh giler ahhaha
What the hell lah weyh yang kitorang cuba lakukan ni? Hahahha

Eh actually kan -- ada dua kali tau kitorang macam ternampak Yusof tutup telingaaaaa sebab kitorang bising sangat! Weh yelah weyhh -- masing-masing bising macam apaa sebab cakap sambil menjerit dan gelak-gelak tak hengat duniaaaaaa hahahhaha Dengan situ sana sini duk cakap "Bortakk! Bortakk! Bortakk!" Habis tu, manalah tahan si Yusof yang baru setahun lebih tue? Hahahha tak pernah senyap weh kitorang nie hahahha


Before balik tue, sempat lagi nak p amik gambar dekat roorftop dia, err actually bukan rooftop pun tapi macam ala-ala rooftop, which is quite nice okay? So kitorang melagah dekat situ dengan perut yang memang lapar macam apa -.-

Bersiap nak check out!

Gambar lagi :)

Selepas tunggu lif dia yang super sumpah lama giler, kitorang pun checkout keluar dan teruskan misi kami untuk makan tengahari. Kitorang makan nasi kukus dekat mana entah tapi area UITM Bandaraya Melaka tue. The taste is quite good and very reasonable :) Actually masa ni kitorang dah lapar teruk sangat dah sampai tak kisah dah kedai apa, asalkan dapat makan! Haha


Then aku dengan Angie gigih pulak turun untuk beratur beli kuih keria antarabangsa tue! Hahah Dekat sejam weh kitorang beratur and the taste was so good! Memang patut lah orang ramai beratur untuk beli! Memang sedap!


Ingatkan nak beratur untuk beli coconut shake Klebang tapi macam tak sempat T.T So end up balik. Hantar Lisda dekat rumah sewa dia dan kitorang pun balik ke KL


Sampai je dekat KL, Faizah bawak kitorang pergi pasar malam mana entah hahahahah Masa ni memang perut lapar giloss so kitorang beli makanan then makan dalam kereta hahahhaa Makan murtabak panas-panas pulak tue, memang masyuk betullah! Faizah drop kami di LRT Puchong Prima then kami selamat sampai ke rumah masing-masing sejam lepas tue :)

Olololo -- kesian Yusof penat sampai tertidur yee

Alhamdulillah, it was a nice trip sebab finallyyyyyyyyyyyy we can gather five all of us! Selalunyaaa mesti tak cukup sorang and it was not complete at all T.T So bila ada peluang macam ni, rasa seronok tau sebab dapat kumpul balik dengan kawan-kawan. Dan kecohnyaa masha Allah masih tetap sama! Tak berubah pun walaupun sorang dah jadi bakal isteri, sorang dah jadi mak dan sorang akan bakal berkahwin! (ura-uranyalahh hahahha)


I love these girls so much xoxo!


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / begkite
Twitter : @mysaranewrie



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts