[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Monday, April 28, 2014

Ini Salah Satu Cara Aku Release Stress

Assalamualaikum


Haaa ~ tak menjadi langsung kempen 'Satu Hari Satu Entry' aku tue. Takpelah, kita proceed je lah berapa entry dalam setahun untuk tahun ini -.-


So alkisahnya, aku balik secara mengejut untuk minggu ini atas sebab sebab tertentu. Sampai je dekat KL, aku terus ke AEON Setiawangsa sebab ada benda nak cari dekat situ. Tapi barang yang aku nak cari tak ada so pusing pusing je lah dalam tu. Window shopping lah katakann ~ tapi aku rasa happylah sikit sebab dapat tengok benda-benda cantik, cuci-cuci mata :)

Rasa hilang stress tengok benda comel, seperti ini contohnya hehe :)


Sekalikannnnnnn, aku ternampak lah kawasan games yang kena bayar guna token tu. Pergh ~ penuh dengan budak budak je tapi aku pedulikk hapeee. Masuk je dalam tu dan tengok budak budak tue main kekekek ~ Bayangkan akak yang berumur 20-an ni bagi sokongan dekat budakbudak lelaki yang main game tembak-tembak


Ya you olss, percayalah. Aku suh diorang tembak tepat kena sasaran tapi haram nak kena sebab diorang main randomly tembak je lepas tu mati. Aish ~ sakit pulak hati aku -.- Main tu biarlah betul betul dikk!

Game ni lah diorang main tak betul -.- Sakit hati pulak aku tengok 

Budak ni memang enjoy himself lah main sorang sorang

Macam nak main game kereta tapii tak syok lah kot ~

So end up, aku pergi beli token RM20 hahahah hamik kauu ~ lepas tu aku terus aim satu game tembak-tembak nie. Ya Allah, aku rasa seronok sangat dapat main game tembak tembak tue! Macam lepas stress aku. Hello, mau dah sampai stage 3 kot aku lepas main game tembak tembak tue! Satu stage ada 3 arena. So korang fikirlah sendiri betapa banyaknya level aku dah lepas heheh :)


Sekali bila aku nak proceed sebab dah mati, token aku dah habis padahal aku ada 2 arena lagi nak complete full main game tue. Stress pulak aku tapi aku rasa puas dah lah sebab dapat main game tembak tembak tue. 


Paling kelakar, bila aku duk main ada budak budak kecik yang ralit tengok aku main game tembak tembak. Hahaha comel je awak ni semua tengok akak main game ye? Haha mesti pelik aku perempuan, dah besar duk asyik main game tembak tembak diorang hahaha siap cakap "hah kak, tembak tu! Belakang tu kak!" Dah lah semuanya tinggi takat takat pinggang aku je hahahah comel lah awak semua ni!


Tapi on the top of that, aku rasa happy sangat sebab dapat spend time dengan budak budak kecik tue. Tak tahulah kenapa tapi rasa macam happy yang tak dapat diungkapkan. Tengok diorang main game, bagi support dekat diorang and bagi jeles dekat diorang sebab aku take over game diorang kekekek ~


Dipendekkan cerita, semalam aku pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebab kebetulan aku kena stay rumah sorang sorang, so aku mintak Fatin Liyana drop aku dekat situ. Parents aku pulak tak ada sebab pergi keluar. Jadinya, dari pukul 12 tengahari sampai pukul 6 aku duduk dekat PWTC tue


So ceritanya, aku bahagia lah dapat tengok buku buku, cuci mata kenn ~ paling best tengok orang ramai dengan keluarga, karenah anak anak, dengan pakwe makwe masing-masing. Ambui ~ bahagia tau. Aku? Aku sorang sorang je lah jalan dekat PWTC tu and I'm okay jee hehehe


And on the top of that, setelah aku pergi ke Pesta Buku setiap tahun dan tak jumpa writer, finally tadi aku jumpa jugak dengan Adi Wafi! Yeayy ~ dia ni penulis puisi dan aku baca puisi dia dah lama dah. Dia ada release buku puisi baru dia, #SampaiWaktu after publishkan buku #Rahsia2Pria dengan Mosyuki Borhan. 


Err ~ motif hashtag? Suka hati lah ~

Bersama Adi Wafi. I'm the first person yang mintak autograph dia hehe :)
Tak sampai rumah lagi, dah baca dah -.-
So ini buku yang aku rembat.. Buku-buku yang lain aku dah ada kekeke ~
Opss ~ untuk lihat sahaja, bukan untuk pinjam! cause I've OCD with books.
Apa tu OCD? Baca SINI

So puas hati lah jugak. Sementara tunggu parents aku amik aku, aku lepak dan borak borak dengan budak sekolah yang kebetulan buat trip ke Pesta Buku nie. Masing masing sibuk tanya life dekat U macam mana so aku pun apa lagi, ceritalah itu ini based on pengalaman aku sendiri :)


Masing masing seronok dan semangat nak masuk U. Hehe ;) Seronok pulak aku tengok dan cikgu diorang perhatikan aku je bila aku cerita pasal U hehehe. Before diorang nak balik, diorang salam aku. Haihlah adik adik semua, jaga diri baik baik dan belajar rajin rajin ye! Adik adik tu dari Sek Men Keb Agama Slim River :)


I dont know why. Aku boleh dikatakan dalam level stress dan risau sekarang ni tapi bila aku buat apa yang aku suka ; tengok barang barang comel, layan budakbudak, main games, pergi tengok dan beli buku-buku, cerita dekat budakbudak - aku jadi sangat happy. Yup, aku sangat happy dan aku rasa aku dah release stress sikit 


Sebab apa ni kak stress stress nie?


Nah ~ ni sebabnya, midterm test minggu lepas yang study last minute. Tahniah untuk diri sendiri

Berpinor-pinor mata aku @.@


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, April 25, 2014

Kempen Satu Hari Satu Entry ; Mampu Ke Tidak?

Assalamualaikum

Hai semuaaa! Tetiba macam rasa insaf untuk update blog. Semuanya sebab semalam, kawan aku, Faizah MPP lah semalam! Dia cakap pasal blog aku then suddenly dia tanya aku, 


"Mai tak update blog ke sekarang?"
"Hmm jarang jarang je lah sebab dah busy kan sejak masuk Degree nie"
"Update lah Mai. Kesian dekat followers. Atleast satu hari satu entry pun okay"


Pergh ~ sentap mak jemah kauu ~ terus aku laju menaip wuwuwuwu ~ sedihnya rasa sebab macam dah terabai sangat dah blog aku nie kekekek ~ sorry ye semua :) Tapi aku memang busy punn. Banyak kerjalah kena buat untuk #finalyearDegree nie hmm


So marilah kita semua ; para bloggers sekian untuk jalankan kempen 'Satu Hari Satu Entry' HAHAH Macam hapeeeeeeeeeeeeee je tapi heyy ~ try lah kan? Aku pun tak tahu menjadi ke tak tapi lets give it a try kan :) hehehe


Ni pun sebenarnya aku baru habis midterm test. Pergh pergh ~ midterm test dekat sini memang rasa macam final exam kauu ~ Tak memasal midterm test dah stress macam final hahah :D Tapi yang baiknya midterm adalah masa midterm baru kau faham apa yang dah kau study and atleast kau dah dapat rentak nak study kann ~


Cuba bayangkan kalau tak ada midterm test, terus final? Pergh ~ harunya nak study semua chapter dalam satu malam U.U Tu lah ~ study last minute sangat kannnnn ~

Serabut serabut -.-
Walaupun aku dah habis midterm test, tak bermakna aku boleh bersenang lenang hokkay ~ aku ada kerja, eh eh lagi banyak kerja nak kena buat! Fuh ~ baru nak berseronok-seronok weekend ni, sekaliii kawan aku mengingatkan aku pasal kitorang punya presetation, 2 presentation hokkay ~ Lepas tu dengan research lagi ~ wuwuwuwu 


Sebab tu aku jarang sangat nak update blog. Sebab masa yang ada aku hanya dapat scroll taimline dekat tweet ataupun upload gambar dekat Insta. Eh eh follow lah aku dekat Insta HAHAH

Penat handle event, sampaikan opss tertidur
Dalam aku duk sibuk dengan kerja-kerja dalam kelas, aku pun aktif jugak di luar kelas dengan macam macam event dan kerja kena buat. Buat masa ni, aku adalah JPK Kolej di UiTM Seremban 3 dan juga Exco Bacas iaitu di fakulti aku, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). Semuanya aku pegang Exco Publisiti & Multimedia mihmihmihhh ~


So bila dah ada kerja dalam kelas dan luar kelas, ceritanya memang kadang kadang tak menang tangan jugak lah ~ Sebab tu aku tak larat nak update blog sebab macam macam malas dan penat lah ceritanya U.U Kasihanilah diriku ini hahahaha


Hmm tu je lah kot nak update. Memang aku ada banyak cerita nak tulis tapi tu lah ~ kekanganan masa melebihi segalanya. Sebab bila aku dah banyak kerja ni, aku kena utamakan mana yang perlu. Mana yang sampingan tu, aku hold on dulu. Gituuu ~ 


Okay bubye semua! Malam ni nak pergi Pertandingan Tilawah Al-Quran dekat Paroi, Negeri Sembilan pulak! Jomlah! Kita jumpa dekat Paroi ye! Papehal, tweet i olss dulu hahaha. Ambui bajet retis betul kau nie -.-


p/s : kita tengok je lah menjadi ke tak kempen 'Satu Hari Satu Entry' tu -.-

There is someone out there who loves to see you smile :)

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, April 15, 2014

Apa Aku Dapat Bila Tolong Dia?

Assalamualaikum


Di kala orang lain tengah sibuk study for our midterm test selepas midterm break nie, aku pulak sesenang je nak update blog. Nah ~ amik masa kejap ye :)


Oh ya, I'm in the middle of midterm right now and currently I'm at home. I thought I'm gonna update my blog more since Im at home kan? Tapi sebaliknya yang berlaku sebab I'm become too lazy to type. Not because I dont have idea to write. Well hello ~ aku ada banyak benda nak cerita dekat korang hokkayy tapi tu lah ~ it seems to be like laziness had come to be the maximum hehehe


Baru baru ni aku ada tertengok satu video. Video pasal macam mana seorang lelaki yang miskin, yang sedang sedang sahaja hidupnya dan bujang kekekekeke ~ Tapi lelaki ni sangatlah membantu orang lain. Walaupun dia dah lewat pergi kerja, dia tolong anjing lintas jalan, tolong siram pokok bunga, tolong makcik angkat motor dia yang berat dengan pelbagai barang. Walaupun dia miskin, dia tetap bagi duit dekat seorang mak dan anak di tepi jalan sebab anak tu nak duit untuk belajar. 


So apa yang dia dapat dari buat nie?


Dia sedar dia akan marah sebab lewat pergi kerja. Dia tahu dia tak da duit nak makan. Dia tahu nanti dia akan penat sebab tolong makcik tue. Dan dia sendiri sedar dan tahu dia TAKKAN dapat apa-apa dari orang yang dia tolong. Dia sangatlah sedar akan semuanya tapi dia tetap buat tanpa jemu malah hari hari dia buat benda yang sama


DIA DAPAT KEGEMBIRAAN


Yes. Kau pernah tak berada dalam satu situasi di mana kau tolong orang yang dalam kesusahan? Macam orang depan kau tak cukup duit nak bayar and tercari cari 20 sen tapi kau dengan cepatnya bagi duit tu and just cakap "Amiklah kak" Pernah tak? Pernah tak kau hulurkan RM1 dekat abang depan kau yang nak bayar parking ticket tapi duit yang abang tu tak nak terima dengan alasan duit tu dah buruk? Biasalah, mesin parking ticket kan banyak karenah kannn ~ 


Dan macam macam lagi benda yang pernah kau tolong yang dalam kesusahan? Aku tak bolehlah nak ceritakan semuanya sebab kang sampai esok aku tak habis kann ~ hehehe



Apa yang aku nak sampaikan dekat sini adalah, its such a great feeling that cannot describe into words when you've done and help some strangers out there. Kau rasa macam happy, satu perasaan yang hanya orang orang yang pernah buat sahaja akan tahu pasal nie. Alaa kalau tolong kawan kawan tu lain kira. Apa yang aku nak sampaikan dekat sini adalah apabila kau tolong strangers, yang kau tak kenal dan yeah ~ kau baik je nak tolong diorang


Sekarang ni manusia which is KITA SEMUA dah kekurangan (Baca : TAK ADA) hati dan perasaan. Trust me. Nampak kayu or pape sahaja yang halang jalan raya, bukan nak tolong berhenti and tolong alihkan. Nampak orang tu tengah susah payah, kau bukan nak tolong. Nampak perempuan mengandung atau orang tua berdiri dalam LRT, kau bukan nak berdiri dan kasi duduk dekat orang tu. See? 



Hidup ni macam roda. Hari ini kau tolong orang, esok lusa mana tahu kau perlukan pertolongan dan ada orang yang baik hati hulurkan bantuan. Life is karma. Allah swt akan bantu dan tolong kita sebenarnya cuma kita tak nampak. Allah swt hantarkan seseorang untuk tolong kita dan gerakkan hati dia untuk tolong kitakan?


Dan kita tolong orang lain dengan ikhlas sebab Allah swt gerakkan hati kita untuk tolong dia. Percaya cakap aku, tak rugi pun tolong orang. Sangat seronok adalah esp kalau kita buat random act. Pergi dekat tol dan bayarkan tol untuk 10 orang ke, bagi makanan dekat kucing jalanan, bagi makanan dekat homeless people ke kan? Its such a simple thing that you can do but you can felt happy to the max


Marilah kita semua buat benda nie. Maybe kita boleh start dengan bagi tolong buat sampah yang kita nampak, memudahkan orang lain buat kerjanya, bagi makanan or pape sahaja yang tetiba kau fikir "Eh aku boleh buat nie" Bagi aku, bila kita mudahkan kerja orang lain, orang lain akan mudahkan kerja kita, Insyallah. Tak rugi lah weyh nak buat baik dekat orang! Jangan fikir asyik nak upah je. 


Kalau nak buat, buat je. Sebab kalau kita berfikir, end up takkan menjadilah ceritanya. Come on. Kita dibesarkan dengan nilai nilai murni kan malah agama sendiri menggalakkan kita bantu orang lain so lets people! Ajak kawan kawan sekali, baru rasa seronok kan? And slowly its become a habit :)


Bila kita tolong orang, kita akan jadi gembira. Dont think and just do it. Bila kita tolong orang, kita dapat pahala, Allah swt mudahkan urusan kita. Oh ya, maybe orang yang kita tolong tu akan doakan yang baik baik untuk kita, kita mana tahu kan? Sometimes we dont realize and know siapa yang akan doakan untuk kita :)


Yeahhh! Saya sangat gembira kerana awak berjaya habiskan entry ini! Bukan senang tauu Mysara Newrie nak tulis entry dekat blog nie LOL


just kidding! Have a nice day everybody :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts