[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, March 31, 2010

Lagenda Budak Setan :)


Salam. Sape die suka membaca kat sini?! Angkat tangan ! Meh meh meh geng dengan aku sebab aku suke membaca jugak.

Aku ni kalau pergi jalan-jalan, WAJIB masuk kedai buku. Expecially Popular and MH Bookstore. Kalau ada pesta buku, pergh ~ Lagi lah masyuk aku rasakan ! Akan aku buang masa dekat kedai buku berjam-jam lamanya tapi belinya tak. Haha. Sebab aku ni cerewet sikit kalau nak beli buku. Hehe

Tapi aku agak terkilan lah sebab masa pesta buku kat KL baru-baru ini aku tak dapat nak pergi. Yelah ~ Jauh kan? Dari Kuala Terengganu ke KL. Aku rasa jeles sangat-sangat bila tengok status FB budak-budak KL cakap "..Bestnya pergi pesta buku tadi.." Aku nak pergi jugak !

Ok lah ~ Tadi masa aku tengah blogwalking, aku ternampak sorang blogger ni post kan entry pasal 'Trailer Lagenda Budak Setan'. OMG ! OMG ! OMG ! Berbunga-bunga perasaan aku masa tu sebab aku memang minat novel ini !







Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu.

Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta.

Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia.

Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak


credit : Sinema Malaysia


Ok. Dan ini pulak senarai pelakon dalam cerita Lagenda Budak Setan ni. Pengarah dia Sharan Sharad dan bakal ditayangkan pada 3 Jun 2010

Kasyah : Farid Kamil
Ayu : Lisa Surihani
Suzana : Raja Farah
Katerina : Fazura
Azmi : Que Haidar
Mak Leha : Sheila Mambo

Hehe. Amacam? Tak terasa teruja ke nak tengok? Hehe. Aku rasa teruja sangat-sangat sebab aku nak tahu macam mana pihak penerbit filem ini nak buat cerita ini. Hehe. Memanglah susah sebab nak adaptasikan dari buku ke cerita sebab tak semua babak akan dilakonkan.

Novel ini setahu aku popular sekitar 90-an. Sebab itulah ramai budak-budak remaja seusia dengan aku tak tahu sangat pasal novel ini. Yang tahu pun maybe akak-akak dan abang-abang yang dah berumur 20-an ke atas. Aku dengar ramai yang bagi feedback pasal cerita ini. Yelah ~ Novel ini pernah menjadi novel terlaris di Malaysia satu ketika dulu.

Maka dengan ini, aku rasa aku nak pergi cari novel ini di mana-mana kedai buku ! Yeah ~ Sebab aku nak refresh balik memori aku ini. Hehe.

p/s : 1st time guna kotak dalam entry. Kotak aku tak ada lah secantik dan sekemas Kak Ynn kita. Hehe



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, March 30, 2010

Dah Ada Lesen Tapi ~


Salam. Aku dah try dah nak cakap macam ala-ala orang puteh gitu di entry ini tapi Cik Hel cakap tak suke. Haha. Sejujurnya aku pun tak suke jugak sebab rasa berbelit-belit tangan aku nak menaip. Haha. Aku teruskan seperti biasa ok? ;DDD

Ok. Baru-baru ini masa Epy datang Kuala Terengganu, dia cakap "..Kenapa kau tak cerita pasal lesen P kau kat blog hah? Kau selalu cakap bilalah nak dapat P jadi aku ingatkan bila kau dah ada P kau akan cerita lah kat blog tapi aku tengok tak ada pulak.."


Ololololo ~ Kesian nya kat Cik Epy kita ni. Haha. Ternanti-nanti cerita pasal lesen P aku rupa-rupanya. Hehe. Ok lah ~ Sebenarnya aku dah ada lesen P dah. Cuma aku tak cerita pasal lesen P aku tu kat blog.


Bukannya apa. Masa aku test dengan JPJ untuk dapatkan lesen P aku tengah demam. Hah ~ Terror tak aku? Bawak kereta dengan JPJ sedangkan masa tu aku demam taw ~ Haha. Bawak kereta pun macam tak betul. Aku dah agak dah aku tak kan lulus sebab signal tak ingat nak bagi, kereta termengundur sikit masa dekat simpang 3 tapi sapa tahu? Aku lulus ! ;DDD


Tapi sebenarnya aku dah bagitahu awal-awal kat Encik JPJ tu. "..Encik, sebenarnya saya demam hari ini. Saya harap encik faham dengan keadaan saya. Tak nak datang test JPJ tak boleh dah. Sebab tu saya paksa jugak saya datang hari ini walaupun saya demam.." Hehe

Owh hooo ~ Tinggalkan dulu pasal Encik JPJ dulu. Buat apa aku cerita pasal die. Die bukannya nak bagi aku duit kalau aku cerita pasal die. Hehe.

Mula-mula dapat lesen P suka lah ~ Rasa nak bawak kereta jer. Tapi bila dah bawak kereta di tengah-tengah bandar, baru aku tahu perasaannya.

Menakutkan !
Mendebarkan !
Mengerunkan !

1st time bawak kereta. Mula-mula happy jer ~ Tapi lepas tu +_+

Ok. Aku admit yang aku takut nak bawak kereta sekarang ini. Aku takut dengan keretanya yang banyak, motor-motor, penjalan kaki, lori-lori. Hish ~ Kalau nak cerita apa yang terjadi dekat aku sepanjang aku bawak kereta, sampai esok pun belum tentu sudah habis ke belum cerita aku ini.

Setakat ini dah 4 kali aku bawak kereta. Tu pun dengan bertemankan mama di sebelah. Hish ~ Takutlah bawak kereta T____T


Kawan-kawan, ada tak jual pil keberanian bawak kereta? Aku nak beli 10 peket :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tukar Header ! :)


Salam. I dah start rasa bosan dengan blog I. Hihi. I ni memang macam tu. Cepat bosan dengan benda-benda tapi dengan orang tak ok? I setia taw ~ Insyallah :)

I nak tukar layout blog. I cari and search *bukan sama je ke maksudnya? mana-mana layout yang comey-comey dan menepati citarasa I tapi harammmm ~ Tak ada satu pun yang melekat di hati. Huhu T___T

So I decide biarlah dulu. I nak pakai layout ni. Sebab ada bunga-bunga dan warna-warni lagik! Hehe. Ceria kan? Hehe

I decide nak tukar header je. Hehe.

Yang ini yang lama. Di ambil di Quiksilver, 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah :)) Alkisah pasal gambar ni boleh klik kat sini

Dan dan dan ini adalah header terbaru I ! Hehe. Act gambar ini diambil semasa jalan-jalang di Kuala Terengganu :) Sila klik sini untuk cerita selanjutnya

Perasan tak I pakai baju yang sama? Haha. Bukan bermakna I dah tak ada baju lain tapi sebenarnya bila I pakai baju kotak-kotak tu, I rasa cam ceria sangat-sangat ! Lepas tu bila amik gambar, gambar jadi cantik. Hehe. Maybe sebab warna-warni kot ~


Ok lah tue ~ Tak da benda nak tulis lagi. Hehe


Oh ya ! Semalam I cek Nuffnag I. Alhamdulillah ~ Thanx kepada sesape yang klik Nuff I. Hehe. Traffic pun makin lama makin naik. Hehe. Terima kasih kepada semua ! Love you all ! :)



p/s : Ya Allah ~ Berbelit-belit tangan aku ni nak menaip I You I You nie. Haha ;DDD


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Gambar ; Broken




"..Sometimes I wish I were a little kid again, skinned knees are easier to fix than broken hearts.."



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, March 28, 2010

Jalang-Jalang di Kuala Terengganu :)


Salam. Disebabkan kenduri yang berlangsung di entry ini, maka dengan ini, HARUS untuk semua sedara-mara terdekat untuk datang. Maka bila datang, kami akan berkumpul ramai-ramai. Dan bila kami berkumpul ramai-ramai, mula lah otak kami merencana ke mana kami harus pergi untuk menghabiskan masa bersama-sama *ayat semua tak boleh blah! Haha

Selepas kenduri, aku, Epy, Cik Mimi dan mama berlepak-lepak di Waterfront! Yeah ~ Menikmati fish and chips yang memang tak sedap langsung memanglah satu pembaziran yang sia-sia tapi mujurlah ada kentang goreng dan keropok lekor. Haha.

Sebelum tu pergi jalan-jalan di Muzium Losong dan Masjid Kristal. Tapi sayang, waktu malam so tak nampaklah ~ Huhu T___T Lepak-lepak di Waterfront sampai pukul 1 pagi. Macam-macam cerita yang keluar. Dari cerita masa depan, perangai anak-anak sehinggalah cerita hantu. Haha.

Maka, program diteruskan pada keesokkan harinya. Dalam pukul 11 lebih, pergi ke Pasar Payang sebab Cik Mimi nak beli benda-benda sikit untuk dibawa ke Kuantan. So aku, Epy, Cik Mimi dan mama je lah yang pergi.

Masuk-masuk je kat Pasar Payang, aku dah start berpeluh dah. Panasnya Ya Allah ~ Dah lah masa tu mama dan Cik Mimi sibuk-sibuk duk tengok kaften, tudung dan segala macam jenis kain.

Ini ialah kaften. Sangat-sangat best dipakai ketika tidur :) Haha

Aku dengan Epy duk berpeluh-peluh dah ni. Maka kami mengambil keputusan untuk keluar dari Pasar Payang! Haha. Aku rasa aku bertahan dalam Pasar Payang tu hanya setengah jam. Tak tahan panas sangat! T___T
Salah satu contoh rupa kedai dalam Pasar Payang. Macam mana tak panas?

Kebetulan kat Shahbandar, ada road tour THR.fm dan ada ekspo-ekspo. Alah ~ yang jual-jual kasut-kasut bundle, baju-baju, tudung-tudung dan segala macam benda lagi lah ~ So aku decide nak pergi sana. Hish ~ Panas betul Kuala Terengganu hari tu!

Masa aku dan Epy lalu dekat belakang THR.fm punya khemah, aku ada nampaklah orang-orang tempatan sibuk nak bergambar dengan sorang mamat nie. Epy tanya aku "..Kau kenal ke die tue?.." Aku jawab lah "..Tak.."

Kemudian aku baru terfikir, mungkin mamat yang diorang sibuk nak bergambar tu DJ THR kan? Haha. Nampak sangat lah tak dengar radio THR Gegar Pantai Timur ~ Haha

Pusing-pusing dekat ekspo tue. Kemudian ternampaklah bangunan Astaka yang megah berdiri. Epy ajak aku pergi sana pulak sebab nak aircond ~ Haha. Panas giler masa tue!

Masa nak masuk Astaka, guard tu tahan aku sebab handbag aku besar. Cilake kau ~ Orang lain aku tengok lagi besar dari aku tak da pulak kau nak tahan! Yang aku punya kau nak tahan pulak! Mentang-mentanglah aku ni macam budak-budak remaja yang nakal ~ Hish ~ Tak boleh blah betul.

Setelah berdebat dengan guard tu dengan idea-idea bernas aku yang keluar mencurah-curah masa tu untuk membidas die, akhirnya aku dapat masuk jugak. Ditambah dengan kelicikan aku berfikir membuatkan aku dapat 'kalahkan' guard muda tue. Haha. Nasib baik muka kau tak handsome. Kalau tak, aku dah lama kalah dengan kau. Haha

Tengok-tengok barang kat Astaka. Dari hp, baju, gelang, tali kasut :p semuanya aku bedal! Haha. Beli nya tak sebab niat utama nak sejukkan badan jer ~ Hehe. Hajat nak main boling kat Astaka tu tapi tak jumpa cari. Haha

Balik semula ke Shahbandar. Pergi Tandas Eksklusif Shahbandar. Sekali masuk RM0.50 woo ~ Aku pun tak tahu apa yang best nya tandas itu. Sebab bayar RM0.20 pun, buat benda yang sama jugak dalam tandas. :)

Kemudian mama call aku, suruh aku masuk kan duit syiling lagi dalam tiang parking tue. Bermakna lama lagi lah kena tunggu. Last-last aku dengan Epy duduk kat pangkin depan Pasar Payang tue jer sambil tunggu-tunggu mak-mak kitorang

Sibuknya die mesej-mesej dengan awek die. Sampai tersenyum-senyum :) Haha

Kamera pun jadi blurr sebab amik gambar aku banyak sangat. Haha :)

Lepas menunggu dalam sejam lebih macam tu, pergi makan tengahari dan petang di Restoran Chilada. Pergh ~ Heaven woo dapat makan. Haha. Dah lah masakan die sedap-sedap belaka. Hehe.

Yang aku nak gelaknya ialah makan 4 orang je tapi gelas ada 11 ! Haha. Bayangkan ~ 11 gelas dan yang minumnya hanya 4 orang jer. Haha. Tapi semuanya air ais kosong jer. Haha. Sebab air tu je yang dapat hilangkan dahaga kitorang nie

Lepas makan, pergi Muzium Losong pulak.

Tapi dan sekejap je jalan-jalan dalam muzium tu sebab muzium tutup pukul 5. Kitorang pergi pukul 4. Haha. Macam tak berbaloi je bayar RM5 sorang. Haha. Tapi boleh lah ~ Demi ilmu pengetahuan :)

Dah nak balik dah ~


Lepas pergi muzium, pergi ke Masjid Kristal sebab si Epy merengek-rengek nak tengok masjid tue. Yelah, tengok waktu malam mana nak nampak apa-apa kan? Hehe. So mama pun bawaklah kami semua pergi Masjid Kristal.

Kemudian pergi beli keropok lekor sebab Cik Mimi nak bawak balik Kuantan sikit. Kebetulan Azrul nak balik ke Kuantan. Ingatkan lama beli keropok tue tapi rupa-rupanya sekejap jer ~ Haha

Cik Mimi dan mama :)


Kitorang terus pergi ke Teluk Ketapang pulak! Hehe. Pergi makan ICT iaitu ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Hehe. Makan lagi padahal makanan yang makan kat Restoran Chilada ada lagi dalam perut. Haha

Lepas makan, pergi tengok stadium runtuh. Alah ~ Stadium Terengganu yang runtuh tue ~ Stadium yang buat majlis SUKMA baru-baru nie. Hehe. Stadium tu tak dibaiki lagi. Lamanya nak tunggu stadium tu kena baiki. Huhu T____T

Lepas tu pergi Lapangan Terbang Kuala Terengganu pulak. Saja-saja je jalan-jalan kat dalam airport tue. Aku dengan Epy dah start suka-suka dah masa tu sebab dalam airport tu sejuuuuukkkk sangat-sangat! Haha. Pergi airport tapi beli majalah jer ~ Haha. Tak boleh blah betul

Kemudian jam dah menunjukkan pukul 6.30. Maka dengan itu kami pun beransur-ansur pulang. Haha. Tapi malam itu kitorang keluar lagi. Tapi pergi rumah pak sedara aku jer. Pak saudara aku ajak makan malam. Hehe.

Sebenarnya malam tu aku ada plan nak pergi main boling kat TER tapi terbantut pulak rancangan aku tue sebab tengok mak-mak masing-masing dah penat jer ~ Aku dengan Epy boleh sangat lah nak bawak kereta sebab dah ada lesen P tapi tak berani nak bawak kereta. Hehe

Kesimpulannya, hari tu sahaja kitorang dapat round-round Kuala Terengganu nie. Rasa macam pelancong asing pulak! Haha. Hari yang betul-betul memenatkan tapi menyeronokkan ! :)

Muka orang ceria sebab dapat jalang-jalang di Kuala Terengganu :)

p/s : Orang Terengganu kalau cakap suke bunyi huruf G di akhir perkataan. Sebab tu aku letak tajuk entry ini 'Jalang-jalang di Kuala Terengganu'. Paham? Hehe


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Kenduri untuk Tok ! :')


Salam. Hari Jumaat baru-baru ini family aku ada buat sedikit bacaan yassin untuk arwah tok aku, Haji Yatim bin Haji Abdul Manan. Walaweh ~ Rindu giler kat tok!

Arwah tok aku meninggal semasa aku Form 3. Sekarang aku dah umur 18 tahun. Bermakna sudah 3 tahun arwah tok aku pergi meninggalkan kami semua. Sedih lah jugak sebab tok aku ni sporting sangat-sangat. Aku tengok kartun kat TV, die pun join jugak. Aku tengok AF, die join jugak. Aku tengok wrestling ~ Err ~ Yang tu bukan aku sebab tengok wrestling arwah tok aku jer. Aku tak ~ Tapi aku belajar tengok wrestling dari dia lah ~ Hehe :p

So baru -baru ini kitorang buatlah baca yassin sikit. Lagipun dah lama tak buat untuk arwah tok aku tue. Jemputlah jiran-jiran terdekat dengan sedara-sedara semua. Alhamdulillah ~ Semuanya berjalan dengan lancar :)

Tengah bersiap-siap ! WAJIB untuk sentiasa kelihatan comel dan cantik ! Haha

Bacaan yassin sedang berlangsung

Sessi makan-makan. Kitorang tempah nasi putih, gulai ayam, daging, ikan kering bertemankan ulam-ulam dan sambal belacan ! Pergh ~ Sedap giler !

Sibuk duk tengok gambar anak masing-masing. Yelah, sekarang ini kan anak-anak dah mula study jauh-jauh. Jumpa pun sekali-sekala jer.
From left ; Kak Yong, Cik Mimi dan mak aku :)

Muka serius je masing-masing. Tapi lepas aku amik gambar nie, berdekah-dekah duk ketawa. Ketawa pasal apa entah. Tak dan aku nak amik gambar masa tue

Sejak keputusan SPM itu hari sampailah sekarang, kawan baik kazen aku tdo rumah kazen aku, Baby. Die duduk lama jugak lah sebab family die semuanya stay kat KL. Dan die balik Terengganu pun sebab nak amik keputusan SPM. Lepas tu nak balik KL pun tak guna dah sebab sekolah diorang ada buat Hari Graduasi. Baru buat?!

Aku terbayangkan, kan best kalau sekolah aku buat Hari Graduasi lepas dapat keputusan SPM. Maksudnya waktu-waktu macam ini lah ~ Bila jumpa, semuanya macam ok jer ~ Lepas tu masing-masing boleh bertukar-tukar maklumat pasal kerjaya ker, biasiswa ker.

Ini tidak. Buat Hari Graduasi selepas trial. Dah lah masa tu jumpa tiap-tiap hari dah. Rasa macam tak seronok jer. Huhu.

Ini lah gambar kawan baik kazen aku tue. Nama dia Jannah. Dia baik sangat-sangat. Boleh buat kawan lah time susah dan senang. Ehem ehem ~ Dia dah berpunya ok? Terkejut beruk aku bila dia cakap dia dah couple dengan boyfie die selama 6 tahun dah ~ Giler, lama tueeee ~


Dah nak tulis apa lagi? Tak ada dah ~ :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tunngu Aku Ok?


Salam. Wua ~ Aku rasa dah lama dah tak update blog ini. Hehe. Maksud aku tak update blog tu ialah tak cerita pasal aku lah ~ Hehe.

Aku memang update selalu. Tiap-tiap hari dengan gambar-gambar dan qoutes yang aku jumpa. Kadang-kadang rasa macam best jugak buat benda tue. Haha. So lepas-lepas ni kalau aku buat benda-benda macam tu, terima aje lah yer? Hehe :)

Insyaallah ~ Mungkin jika tiada halangan dan sifat malas ni tak ada, aku akan update blog dan cerita pasal apa yang terjadi dekat aku semalam. Hehe. Penat tapi menyeronokkan ! :)

Ok guys ~ Toodles ~
Tunggu aku update blog yer :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Gambar ; Couple Fight




"..The couple that fights the most is the one most in love. It shows they care enough to notice the other one screwed up and care enough to mention it to the person so they can fix it. When you stop fighting it means you stopped caring.."


p/s : lepas ni kena bergaduh selalu lah dgn pakwe :p



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, March 27, 2010

Gambar ; In Love



"..I love you, not for what you are, but for what I am when I am with you.."



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, March 25, 2010

Gambar ; Menunggu




"..sometimes you just need to be with the person who makes you smile even if it means waiting.."




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Yeah ! Bebas Denggi! :)


Salam. Awal pagi lagi aku dah dikejutkan oleh mama untuk pergi ke hospital. Huhu.

Sampai dekat-dekat pukul 8. Orang dah ramai dah. Bagi IC dan tengok nombor angka giliran 0039! Padahal masa tu baru 0014. So pergi lah breakfast dulu kat belakang hospital tue. Pergh ~ Ramai giler orang.

Pergi masuk balik kat kaunter. Baru nombor 0019. Haha. So kena tunggu lagi lah nampaknya. Sampai angka aku, pergi amik darah di bilik 12. Aku pun mengadulah kat makcik yang amik darah tue. Tangan aku dah lebam-lebam sebab masa dia amik darah aku tempoh hari ganas sangat. Sampai lebam-lebam tangan aku. Huhu T____T

Amik darah dan hantar darah tu dekat bilik 7. Pergh ~ Aku tengok darah aku tu pekat giler ~ Sepanjang darah tu ada dengan aku, tak habis-habis aku tengok sampai tak ingat nak amik gambar. Hehe

Tunggu sekejap dan dapatlah keputusan nya. Yeah ~ Im free from denggi! :)) Darah aku hari ini 192. Banyak tu. Sure lepas dari penahanan di wad nie. Hehe

Masuk bilik 1 dan cakap-cakap dengan doktor. Doktor cakap ok dah aku ini tapi kena minum air banyak-banyak lagi. Hehe. Entah bila lah aku nak laksanakan permintaan doktor tue. Hehe

Maka dengan ini aku bebas dari denggi ! :)

Oh ya ~ Esok ada satu event di rumah tok aku ini. Hehe. Tak sabar-sabar rasanya nak kumpul ramai-ramai dan makan-makan :)

Bila Geng Blogger nak pulih balik erk? Dah lama sangat nie. GB tak tahu ke yang semua blogger di Malaysia ini dah tak keruan dah hidup tanpa GB. Huhu T___T

Sebenarnya aku tak tahu nak update apa. Aku dapat rasa blog aku semakin tidak berguna. Huhu.


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, March 24, 2010

Takut



Esok nak pergi cek darah lagi dekat hospital. Huhu

TAKUT WEYHHHH !!!

TAKUT WEYHHHH !!!

TAKUT WEYHHHH !!!


wish me luck :)




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Disahkan! Anda Kena Denggi!


Salam. Di entry ini aku ada cakap kan demam aku bertambah-tambah teruk. Disebabkan aku tak tahan sangat, aku dengan mama pergilah ke hospital.

Selepas amik keterangan aku dan macam-macam soalan yang keluar dari doktor tue, akhirnya die cakap "..Ok. Kita amik darah awak sikit dan kita akan cek darah awak.." Hey, tahu tak perasaan aku masa tue? Huhu

Mula-mula die amik darah kat tangan sebelah kiri aku. Aku betul-betul lega lepas doktor tu dah amik darah aku sebab bermakna aku hanya tunggu keputusan die je lah ~


Tunggu punya tunggu. Then ada sorang misi tu panggil aku, masuk dalam bilik. Aku pun dengan beria-rianya masuk lah ke bilik doktor *Eh jap jap. Tak macam orang sakit pun kan aku ni? Huhu

Aku terus tanya doktor tu macam mana dengan keputusan darah aku tu. Dengan slumbernya doktor tu cakap "..Oh, awak kena amik darah sekali lagi sebab darah tadi dah beku.." Hey, WTFreak betul lah ~ Aku dah tak sanggup dah nak kena cucuk dengan benda besi tajam tue. Huhu

Mula-mula nak amik darah sebelah kanan tapi die kata saluran darah aku kecik sangat. Susah nak amik darah. So die amik dekat pergelangan tangan aku nie. Act bukan kat pergelangan tangan. Kat depan tangan aku nie. Pergh ~ Sakitnya ya allah ~

Hah. Kat situ lah ~ Dan keputusan darah aku ialah 114. Die cakap rendah sangat darah aku nie. Kebiasaannya, orang yang kena denggi, darah die bawah 100. So darah aku tu dikategorikan rendah lah ~

"..Awak datang 23hb pulak. Kita amik darah sekali lagi, nak tengok macam mana. Kalau turun, kita terpaksa tahan awak.." Pergh ~ Ayat die bisa menggugurkan anak tekak aku. Haih ~ Kena cucuk jarum lagi lah nampaknya ~

Act masa Form4 pun aku demam macam ni jugak. Bila pergi cek di hospital, aku suspek denggi jugak. Makanya, maksud kali ini, dah 2 kali aku suspek denggi. So dah terbiasa dengan jarum-jarum yang amik darah aku ni. Huhu. Memang lah dah biasa tapi aku tak biasa dengan kesakitan tue. Huhu


Keesokkan harinya, tangan-tangan aku yang putih melepak nie *ehem ehem putih ker? bertukar menjadi bintik-bintik merah. Act bukannya ada keluar bintink-bintik pun tapi bertukar menjadi merah-merah. Ala-ala humaira macam tue. Yelah ~ Humaira kan maksudnya putih kemerah-merahan. Hehe

Haha. Seram tak? Seram tak? Seram tak?!
Jawab lah ya ~ Hehe

Dan pada 23hb pagi aku pergilah ke hospital. Daftar itu ini. Tunggu ini dan itu. Siap boleh tertdo lagi. Haha. Mengantuk weh ~ Amik darah lagi dan keputusannya ialah 115. Naik satu jer.

Walaubagaimanapun, doktor tu suruh aku datang jugak Khamis nie *iaitu esok untuk cek lagi darah ini. Dia kata aku ni suspek denggi tapi masih under control lagi. Hehe. Nasib baik. Kalau tak, kena tahan wad lah aku nampaknya.

Tengok! Hasil dari makcik yang amik darah aku. Aku perhatikan kerja die senang jer. Amik darah orang jer. Giler ~ Macam drakula pulak aku tengok makcik tue. Haha. By the way, makcik tu amik darah aku ganas sangat lah ~ Sakit tangan aku nie

Selepas amik darah tue, aku ingat nak cabut lah kapas tue. Bila aku buka, rupa-rupanya tengah berdarah lagi. Hish ~ Padanlah aku rasa berdenyut-denyut je tempat kena cucuk tue. Makcik tu ganas sangat kot. Aku rasa die guna jarum yang paling besar lah sebab aku rasa sakit sangat-sangat masa die cucuk tue. Huhu

Makanya ~ Esok aku kena amik darah lagi. Huhu. Macam mana lah dengan keputusan darah aku? Dan macam mana lah rasanya kena amik darah banyak-banyak kali? Tak sanggup dah aku kena amik darah lagi. Huhu


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts