[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, April 02, 2017

Kerja & Kahwin Kawan-Kawan

Assalamualaikum wbt


Well hello semua orang! Alamak, macam dah lama je tulis dekat blog nie kann!? Hahah actually mana adalahh ~ aku masih okay dan Alhamdulillah masih sihat cuma there's a few times Ive got flu. maybe sebab cuaca kot masa tue

Miss me?

Okay malas nak cakap banyak cuma nak update pasal diri sendiri. Kalau pasal kerja, well Alhamdulillah so far so good :) I'm so enjoy doing my work right now. Banyak benda yang aku belajar dan ianya sangat-sangatlah berbeza dengan apa yang aku belajar di UITM dulu. Hmm harap-harap ada rezeki aku dekat sini atau rezeki di tempat lain yang lebih baik, Insha Allah

Meeting meeting kkekeke

Organizing 50th Anniversary Dinner wowowoow!

Bila dah kerja, baru rasa nikmat tibanya hari Jumaat haahhahha

Kalau pasal love life -- ehemm! Amboi amboiii ~ mata tu yang bulat semacam dah kenapa? Hahahahhahah okaylah ~ theres nothing too much to talk about my love life, yet! Sebab belum tiba masa atau belum sampai calonnya? Cis, soalan nak laser jeee -.-

This is my 'love' right now -- doing business!
Shop this clutches at IG @begkite okay! :D

Well ~ lately Ive been busy with attending my friend's wedding je :) Boleh dikatakan almost every weekend ada je benda yang aku nak buat dan salah satunya untuk datang ke majlis perkahwinan kawan-kawan. TBH im so happy sebab finally, diorang dah jumpa jodoh diorang, dah halal hubungannya. So aku doakan rumah tangga korang kekal sampai ke akhir hayat, Insha Allah :)

Wedding pertama -- Alia dan Omar

TBH, wedding dialah yang paling aku rasa memang aku kena datang!
Alhamdulillah, nasib baik dapat datang :)

When the bride loves you more hihihi HAHAHHA

Wedding kedua -- Hamidin & Iffah

Tahniah Midin dan Iffah :D

Dan majlis perkahwinan selalu menjadi platform terbaik untuk jumpa balik dengan
kawan-kawan semasa kau belajar dulu :)
Dan mereka juga :)

Wedding ketiga -- Athina (Mok) & Amir

Tahniah Mok dan Amir. Masa belajar dulu, Mok selalu bawak aku p makan hahahh
Seronok dapat jumpa balik dengan diorang semua nie..


Sebab perangai masing-masing masih tak berubah! HAHAHAHHA

Wedding seterunsya? Insha Allah kalau tak ada aral melintang, akan sampailah mysaranewrie ke majlis perkahwinan anda :)


So thats it! So far, semuanya okay :) Doakan aku untuk setiap langkah selepas ini, dalam mencari kerja, mencari suami, mencari cinta, mencari cinta Allah swt, mencari sinar bahagia dan ketenangan -- hahahhaha


 Facebook : Mysara Newrie

Instagram : mysaranewrie / begkite
Twitter : @mysaranewrie

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, February 18, 2017

Sakit Kepala Fikir Nak Bagi Hadiah Apa? Let Me Help You!

Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang I faham semua orang macam buntu dan pening kepala nak fikir bagi hadiah apa dekat kawan-kawan kan? Atau ada yang nak kahwin tapi tak tahu nak bagi hadiah hantaran apa? Atau kalau ada yang si boyfriend/girlfriend nak bagi hadiah dekat pasangan, hmm adoiii ~ sakit kepala nak fikir hadiah apa. Kalau ada yang nak bagi hadiah, tapi benda tu macam ermm too common? Senang je orang nak detect benda tu beli dekat mana dan mana, macam you know what I mean? Macam senang nak dapat hmm ~


Tapi kan best kan kalau ada barang yang kita boleh personalized dengan peribadi kita such as kita boleh letak nama atau initials nama kita di beg?! *muka excited* Wah wah! Tambah pulak dengan design bag yang lawa-lawa dan unik? wowowoowow Nak beli dekat mana?

Perspex Clutch, design Ivory Garden

Okay gambar di atas adalah salah satu jenis beg yang I jual :) Menarik tak? Nak lagi gambar-gambar bag yang lain untuk you tengok? Just scroll dekat bawah

Front : Multi function pouch
Back : Sling bag

Mini Clutch @ Tilly Clutch. Sesuai untuk lelaki!
A picture from one of our customer -- Clutch that personalized with his name :)
Limited Edition Glossy Tote Bag in Blue :)
A picture from our customers hehehe

Limited Edition Glossy Tote Bag in Cream :D

HOT ITEMS WEH!
Perspex Clutch 3D design in Rose Gold

Perspex Clutch in Design Tropical Leafy
Oh ya -- ada gold chain sekali tau!

Perspex Clutch in Summer Leaves
Sesuai bawak p jalan-jalan hihihi

Another designs for perspex Clutch :D

Okaylah ~ sesiapa yang ada masalah nak bagi hadiah dekat pasangan, nak hadiah hantaran -- boleh direct contact I di IG @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite @begkite 


Sepanjang I jual bags dan clutch ni, mostly customers I adalah mereka-mereka yang baru planning nak kahwin sebab mereka nak jadikan clutch 3D design tu sebagai salah satu hadiah hantaran. Diorang nak customize dengan letakkan nama diorang :) So sweet ~ dah lah lawa kan? Hihi nampak exclusive tau! :D


Lepas tu ada juga yang beli bags dan clutches dengan I sebab nak bagi hadiah dekat mak, kawan-kawan dan girlfriend/boyfriend mereka. Eh eh jangan tak tahu ~ untuk lelaki pun I ada jual okay? So apalahh salahnyaa kalau dapatkan satu clutch for them yang ada initials nama diorang kan? Mesti diorang akan rasa happy sebab dihargaii auwwww hahahha


Dan yang paling sweet of course laaa ~ kalau ada girlfriends yang sanggup nak beli hadiah harijadi untuk sahabat mereka :) This is what a meaning of friendship for! No ~ I didnt said that kalau nak jadi kawan baik, kena selalu bagi hadiah! No no ~ thats not my point okayy


My point is tak salah okay nak bagi hadiah dekat kawan-kawan as tanda penghargaan untuk persahabatan yang terjalin lamanyaaa, maybe dari sejak sekolah ke kan? Bila mereka ada time kita susah dan senang, apalah salahnyaa kalau kita happykan mereka dengan beg yang cantik dan unik sebab ada nama mereka? :)


Nak tengok designs yang lain lagi? Boleh cek dekat IG @begkite. IG personal @mysaranewrie Hahahha nyempatt ~ 



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, February 05, 2017

Apa Nak Buat Kalau HP Kau Hilang?

Assalamualaikum wbt

Hanya orang yang pernah hilang handphone sahaja mengerti perasaan orang yang hilang handphone


Gitoh kauu  ~ ayat pembukaan edisi entry kali ni hahhaa


Al kisahnya, aku ni dah dua kali handphone hilang. 1st sebab hp masuk jamban dan 2nd hp memang betul-betul kena curi. Tapi yang paling perit masa 1st time hilang tu lah ~ Dah lah first time kena, hp masuk jamban sebab salah sendiri pulak tue so nak marah dekat sapeee kalau bukan dekat diri sendiri kan?


Yang paling perit pulak, kes hp hilang masuk jamban tu berlaku lagi 2 hari nak final exam Ethics -.- Dah lah masa tu aku cerita dekat kawan-kawan aku, pakat semua gelakkan aku hahhahaha yelah ~ benda ni kelakar sebenarnya hahahha Masa 2nd time hp hilang pulak berlaku kurang dari 24 jam nak VIVA untuk Master aku. Kau ghassseeee? Malam tu aku memang paksa otak aku untuk fokus dengan VIVA je dan tidak berfikir langsung pasal hp aku -.- Dah lah hp aku tu kena curi dalam masa kurang 6 bulan dari kes pertama aku yang hp masuk jamban tu.

Nasib baik HP hilang masa tengah study -- so tak adalah fikir sangat pasal
kehilangan HP tue hahahhaha
Dalam gambar -- kenangan HP yang kena curi tue Y.Y

Okay, pape pun ; benda dah nak jadi kan? So kena redha. Yang penting nyawa kau terselamat, tu je. Okay back to the topic! What to do when you lost your phone?



1st . Dont panic

Bila kau panik, kau mula gelabah ayam which is tak elok sebab masa tu otak kau memang tengah serabut. Cuba duduk diam, jangan gelabah dan tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Masa tu kau paksa otak kau untuk bertenang dan cuba fikir dengan baik


Cuba cari betul-betul hp kau tu. Kot kot terselit celah beg ke, seluar ke, kereta ke. Kita mana tahu kan? Kadang-kadang hp tu ada jeeee tapi disebabkan kau tengah panik, kau akan tend untuk takkan jumpa. Minda kau tengah tak sedar. Nopeee, you shouldnt okay?


Kalau dah jumpa, yaa Alhamdulillah. Kalau tak jumpa, sila baca yang seterusnya



2nd. Cuba ingat balik tempat-tempat yang anda dah pergi sebelum ni

Kadang-kadang tempat yang pernah kita pergi before kita sedar hp kita hilang ada tendency untuk hp kita ada. Tapi tak tinggi peratusnya, around dalam 30% je so kau jangan nak mengharap sangat. Kalau nasib kau baik, mungkin ada orang yang tolong simpankan hp kau "Akak, tadi akak tertinggal hp akak. Saya simpan dulu. Nasib baik akak datang balik" Well ~ mari kita berdoa agar kita dipertemukan manusia-manusia murni yang macam ni :)

Tapiiiiiiii kalau tak jumpa, kau kena buat step di bawah nie



3rd. Redha dalam keterpaksaan

Bukan nak cakap la, tapi selalunya bila melibatkan kes-kes hp hilang nie esp kalau macam dekat shopping mall ke, memang sorry to say ; youve to let it go *efek guruh*. Susah nak detect dengan keadaan orang yang ramai dan entah sesape entah yang kau dah jumpa. Lainlah kalau kau yakin hp tu hilang di restoran ke, itu boleh bincang baik-baik dengan owner kedai tue kan. Kita mana tahu, wallahualam


Habis tu bila dah redha nak buat apa? Takkan nangis?


Bangun. Kau ada kerja nak kena buat kalau kau sedar hp kau dah hilang



4rd. Block everything

Untuk Samsung, aku rasa hp jenis ni memang dah auto untuk jadikan Android Device Manager sebagai admin hp kita. Kalau hp kau hilang, cepat cepat kau p Google dan taip 'Android Devive Manager' dan tekan dekat 1st link yang keluar tue


Kalau nasib kau baik, hp kau masih di on oleh pencuri, kau boleh detect hp kau dekat mana, dengan syarat hp kau tue kena turn on location laa. Kalau tak, memang tak dapat detect. So dari sini, kau boleh cek dekat mana hp kau dah di bawa and maybeee sempat kau kejar? Hihihi


Dalam masa yang sama, kau boleh tekan butang 'Ring' . Hp kau akan ringinggg jeeee tanpa henti. Pencuri hp mana tahu so dia akan panik lah kot kalau dah hp duk ringing  tapi dia tak reti nak off kan hahahahha Padan muka kau pencuri!


Lepas tu, kalau semuanya yang aku dah cakap dekat atas nie kau dah buat tapi masih tak berjaya ; please cepat cepat kau tekan butang 'Erase' iaitu dia akan buang semua data-data dalam hp kau. Kita mana tahu kann kot kot kalau kita tersave num pin atm ke, password cimbclicks ke kann so benda-benda ni haruslah kita padamkan cepat-cepat


Lepas dah 'Erase', kau pun boleh terus 'Lock' hp kau dengan tekan je butanggg dekat website tue. Bila dah lock, habis hp kau kena format baru. Masa ni kau tak payah nak risau dah pasal gambar selfiee free hair kau ke, password FB ke apa sebab masa ni hp kau dah memang kosong.


Ingat, data-data yang kita simpan dalam hp tu penting so kita seboleh-bolehnyaa elakkan ianya jadi viral lepas nie, okay?


Kalau untuk Apple pulak, kau boleh p mana-mana Machines atau buat sendiri dekat rumah dengan log in iTunes kau dengan guna lappy and sign in AppleID kau dan tekan butang 'Find Iphone' eyh? Lupa entah tapi tekan butang yang ada gambar radar warna hijau tueee. Alaa p lah cek iphone korang sekarang hahahhaha


Masa ni, kau tekan butang apa entah ; aku lupa sebenarnyaaa tapi yang pasti ada butang 'Lost' and kau boleh masukkan phone number sesape yang terdekat dengan kau untuk senang kot-kot sesapeee terjumpa so boleh hubungi number tu and pulangkan hp


Dalam masa yang sama, kau boleh jugak 'Lock' hp kau dan pencuri tu takkan dapat buat apa-apa pun. Sebab kalau hp tu dah di lock dan dia bawak hp tu ke Machines atau mana-mana Apple Store untuk bukak, konfemm orang Apple akan tahu tu hp curi sebab pencuri tak tahu AppleID kau kann?


Well ~ thanks to me



5th. Buat simcard baru

Sekarang ni tak macam dulu tau. Kau boleh dapatkan simcard yang baru dengan nombor yang sama. Yes, senang kan? Hahahha So tak payahlah nak whatsapp semua orang and cakap "Hai saya guna nombor ni. Nombor lama tak guna sebab dah kena curi, lol!"


Kalau Celcom, kau pergi je mana-mana Celcom Centre, bagi IC and kena bayar RM 10 and there it goes, your new simcard with old number! Kalau selain celcom, aku tak tahu heheheh



Extra Tips untuk semua!

Tolonglah rajin backup whatsapp kau, atleast dalam seminggu sekali ke. Kita tak tahu apa akan jadi kann so bila dah backup, atleast kita boleh selamatkan conversation kita, esp kalau melibatkan hal-hal kerja. Kalau whatsapp dengan buah hati boleh save, apatah lagi whatsapp dengan kawan-kawan kan, gitohh ~


Kalau dah backup whatsapp, kau masih akan dapat number kawan-kawan kau sebab whatsapp akan automatik keluar semua group yang kau ada dengan number kau tue. So dah kira senang lah kerja kau dekat situ sebab takpayah nak mintak balik number semua orang kan?


Tolonglah link kan hp anda dengan email, Dropbox, iTunes atau apa-apa je lah. Sebab ini demi keselamatan kau. Walaupun hp kau dah hilang, tapi data-data, gambar etc kau masih selamat sebab kau dah backup. Please, back up tau! Biar hp hilang asalkan data penting tu masih selamat lagi.


Yeah ~ aku rasa tu je lah kot yang boleh aku share dengan korang :) Sebenarnyaaa aku tak tahu nak tulis apa di blog so why not aku tulis pasal pengalaman aku sendiri masa kes HP aku hilang kan? Mana tahu ~ dapat tolong korang kan? Hehehe


Sharelah entry ni kalau rasanya ia bermanfaat untuk kau dan orang lain! :D


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, January 22, 2017

My 25th Birthday Celebration #makintuamakincantik

Assalamualaikum wbt


Okaylah dah dua minggu sudah berlalu sebenarnyaaa tapi tak kisah lah sebab yang penting nak update -- untuk kenangan zaman hadapan hokkayy ~


Alhamdulillah ~ pada 8 January 2017 baru-baru ni -- genaplah sudah aku berusia 25 tahun. Hihi #makintuamakincantik okayyy ~ jangan nak nafikan sebab kawan aku yang cakap macam ni dan aku mengiyakan je lah :) hehehhehe

Alhamdulillah :)

Al kisahnya pada hari kejadian, Iman dan Anas ajak keluar, jumpa di KL Sentral. Mula-mula jumpa dari jauh diorang dah sengih macam apa. Diorang tak ada pun nak wish ke apa so aku pun buat dunno.


Tapi bila aku nak beli Booster, aku tanya "tak dapat free air ke sebab harini birthday saya?" Sekali si Iman dengan Anas yang gelak-gelak and cakap "Alaaaaaa Mai! Spoil lah! Baru ingat nak buat suprise!" Hahha


So diorang belikan aku cake and kitorang pergi karaokeeeeeeee. Macam biasa -- aktiviti wajib. Sebenarnya aku nak tengok wayang cerita Allied tu tapi tak sempat. Habis je karaoke, aku cakap dengan diorang aku nak pakai sash dengan crown HAHAHHAHAHAHHAHAHAH Yeah kau gelakkan je lah sebab yelah ~ aku saje-saje nak pakai hahahhaa Alaa biarlah ~ ni kan birthday aku :)

Thank you Iman and Anas! :D

So pergilah cari kedai birthday-birthday dekat Mid Valley tu tapi ya Allah ~ tak cantik dan mahal. Macam tak berbaloi je sebab tak puas hati. So end up tak beli pun. Tak tipulah tapi aku rasa sedih jugak sebenarnya tak dapat beli tapi memang tak lawa pun sebenarnya hahahah Aku pun balik terus ke rumah lepas tu sebab aku ada dinner birthday celebratio (katanyaa..) dengan parents aku


Malam tu kitorang dinner dekat Hotel Renaissance KL. Superbbb weyh makanan dia! Sedap! Paling best, kitorang makan buffet so lagilah banyak kali aku ulang alik makannnnnnnnn je hahahah

yeay makan lagiiii! wohoooo!

thankyou mama ayah! <3 br="">

makan cakee!

10 January pulak -- officemates aku pulak ajak p celebrate birthday so aku pun follow je. Alia nak belanjaaa, hihihihihi happy aku orang nak belanja makan! Ajeera hadiahkan aku makeup organizer, yessss! Memang saat memerlukan alat-alat macam tue :) Hehehe


So masa tengah duduk order dekat Nandos, sekali Jay, Mia dan Soleh datanggg. Wehhh happynyaaaaaaaaaaaa! Hahahah sebab tetiba macam semua orang datang dan makan-makan. Fathi whatsapp malam tu tak dapat datang sebab ada meeting, Iman pulak kena stayback dekat office. So takpelah :) Kita celebrate mana yang ada jee


Lepas order makan tue -- tetiba aku dengar Alia cakap dekat Ajeera "Jeera, keluarkan cepat benda tue" Aku macam dalam hati "Amenda lagi diorang nie?" Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Ajeerah keluarkann crown dan sash!! Weyh! Bertambah-tambah happy aku masa tue! Hahah Finally weyhh dapat jugak pakai! HAHAHAHA

Hahaha yeayy ! dapat pakai HAHHAHAHA
Dinner malam itu bertemankan dengan mereka hahaha thank you, thank youuu

From left - Mia (thankyou sebab datang dari jauhhh!), Jay, me
and Aliaa (thankyou belanja makan!)
My officemates - me, Alia, Soleh and Ajeera
Thank you so much korang! 
Seronok jugak sekali sekala dapat pakai crown and sash hihi
So sepanjang malam tu -- aku KENA pakai hahaha

Ajeerah cakap dia belikan crown and sash tu sebab "I kesian dengar cerita you tak dapat beli sash dan crown tu so I belikan lah untuk you" Alaaaaaaaaaaaa so sweet lah Jeera ni! Hahahhaha Yang penting -- aku dah memang terhappy sangat-sangat dah sebab finallyyyyyyyy  ~ on my 25th years old, baru dapat pakai crown and sash! hahaha


Masa dah nak balik tu -- tetiba pulak Mia and Jay keluarkan cakee -- dua-dua pulak tu favourite aku! Hahahha ya Allah ~ terharunyaaa akuuu hahahha Eh dah lah dua cake weyh! Siap nyanyi lagu happy birthday dekat aku hahahhaha weyh happy betul aku malam tue hahahha

From Alia's insta stories hihihi
Balik naik LRT tu -- semua tak bagi aku cabutkan crown and sash tu. Adoii ~ So memanglah kena pakai weyh hahahahah. Siap kena send bukti lagi dekat diorang semua. Cis hahaha. Malu jugak sebenarnyaaa tapi lama-lama tu dah okay :) 

Balik naik LRT pun kena pakai hahhaha

Balik balik rumah -- my parents pun gelak tengok aku hahhahaha Yang penting aku happy haritue :)


Thank you so much kepada semua orang yang sudi wish dan doakan yang baik-baik. Insha Allah semoga Allah swt perkenankan semua doa-doanyaa. Macam biasa -- doa dan harapan untuk tengok aku berkahwin adalah yang mendapat rating tertinggi setakat ini hahahhaha Aku aminkan je!

gambar aku 7 tahun lepas
sekarang dah percaya tak #makintuamakincantik?
muahahhahahhha

Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts