[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, December 31, 2016

Tahun 2016 -- Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, malam ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2016 sebelum kita melangkah ke tahun 2017 :) Alhamdulillah untuk 12 bulan yang penuh dengan benda-benda baru yang aku belajar, yang semestinya mematangkan aku, yang mengajar aku untuk lebih tabah dan kuat

Katanyaaa..

Overall aku rasa tahun ni semuanya baik-baik sahaja bagi aku. Tipulah tak ada benda yang sedih tapi aku rasa tahun ni aku macam aku more kepada happy je, tak ada sedih-sedih and yes ; aku memang happy dengan keadaan aku sekarang nie dan bersyukur dengan apa yang berlaku :)


So yeah ~ lets recap on what had happened to me in 2016!


  • HP hilang masuk lubang jamban

Awal tahun 2016 aku yang tak berapa nak okay sebab HP aku hilang masuk jamban hahaha The worst is HP tu hilang dalam 2 hari before aku nak final so memang agak emosi jugak aku masa tue. Cerita selanjutnya DI SINI


  • ChaYaNunAlifBa Vacation

I must admit zaman aku belajar tahun ni dan tahun lepas adalah yang paling best pernah aku hadap! Sebab ada satu geng kawan-kawan yang sekepala, yang gila-gila tapi yang penting -- time belajar kitorang perform! Hahahah :D So bila dah stress belajar, haruslah kami semua pergi bercuti ramai-ramai di Port Dickson. Ceritanya DI SINI

Rindu

  • ViVA dah lepas

Alhamdulillah ~ dari penghujung tahun lepas sampai awal tahun ni, aku memang struggle betul dengan research aku, boleh baca dekat SINI SINI SINI Hahahaha Masa tu memang blog je lah tempat aku nak bercerita. Dalam duk sibuk-sibuk nak ViVa ; tak tidur malam, dengan HP (untuk kali kedua) hilang kena curi 24 jam before ViVA dan kesuntukkan masa nak siapkan research aku, Alhamdulillah ~ akhirnya dapat jugak aku lepas ViVA dengan berjaya :) Boleh baca ceritanya dekat SINI dan masa ni aku baru sedar aku dah nak habis belajar dah selepas enam tahun di UITM :) Oh ya, kalau ada yang nak tanya dan tahu pasal Master di UITM, boleh baca dekat SINI. Aku dah sharekan semuanyaaaaaaaaaa pasal benda-benda yang korang perlu tahu 

Last day belajar :)

  • Cameron Highland, lagi dan lagi

Aku rasa tahun ni banyak kali betul aku pergi Cameron hahhaha Semuanya sebab nak pergi holiday dekat tempat-tempat yang sejukkkkkkkk je so memang Cameron je lah jadi pilihannya :) Ceritanya boleh baca dekat SINI . Disebabkan aku asyik p Cameron, so aku pun adalah sudi share beberapa tips kalau nak p sana, boleh baca dekat SINI

Bila nak vacation sama-sama lagi nieeeeeeeee

  • UEM Group welcomes you!

Alhamdulillah, lepas habis belajar ; adalah jugak aku pergi ke beberapa interview dan ditakdirkan aku dapat beberapa tempat. Selepas tolak terima beberapa kemungkinan, akhirnya aku masuk UEM Group :) Pengalaman training sebulan di ULC dan jumpa kawan-kawan yang sekepala memang takkan aku lupa! The best month ever kot! :D Boleh baca dekat SINI Psst ~ doakan aku dapat absorb ye! :)

Batchmates aku :D

My officemates <3 td="">

  • New business, new challenges!

Kalau sebelum ni aku jual serum, sekarang aku jual beg! Yang paling bestnyaaa adalah beg aku ni boleh ditulis nama! Korang boleh request untuk letak initials nama korang. Memang lain dari yang lain dan memang cantik! Nak tengok? Boleh tengok dekat IG @begkite :)

#perspexbyBK

#totesbyBK

  • Al Fatihah untuk Miss Fisha

Dalam aku duk sibuk-sibuk dengan kerja, aku dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang lecturer yang banyak beri impak kepada aku ; untuk sentiasa fikir positif dengan apa yang berlaku pada kita, untuk sentiasa berfikir di luar kotak dan selalu paksa diri untuk buat dan keluar dari comfort zone. Al Fatihah untuk Miss Fisha ; lecturer aku semasa zaman Diploma. Semoga roh miss dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat-tempat orang yang solehah




So thats it! Itulah antara perkara-perkara yang penting yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun nie. So far alhamdulillah, semuanya baik-baik dan aku mengharapkan tahun 2017 dan seterusnya ada perkara yang lebih baik berlaku pada aku, Insha Allah :)



p/s : masih berlawan dengan anasir-anasir jahat yang sentiasa mencuri peluang untuk melalaikan diri



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, December 26, 2016

Al Fatihah Untuk Miss Fisha

Assalamualaikum wbt


Dah lama jugak aku tak update dekat blog. Hari ni macam rajin pulak tapi sebenarnyaaa, cuma nak luahkan apa yang dirasakan je


Baru-baru ni ; to be exact - 24 Disember 2016 - masa aku, Faizah, Angie dan Lisda siap-siap nak keluar pergi keluar makan -- aku terkejut bila dapat whatsapp dari kawan aku


"Miss Fisha dah kembali ke rahmatullah. Miss Marina bagitau tado. Sama-sama la kita doakan untuk miss"


Gulp! Aku terus bagitau dekat diorang -- Faizah paling terkesan sekali. Terus aku bukak FB Miss Marina -- dan ya, ternyata berita itu benar. Bukak pulak FB Miss Fisha -- ramaiii ucapkan salam takziah dan sedekahkan Al Fatihah



Masa kami berempat dalam kereta -- masing-masing diam je, tak terkata sebab terkejut dengan pemergian Miss. Faizah siap amik henfon aku sekali sebab nak bukak FB Miss Marina dan Miss Fisha. Kepada kawan-kawan yang kenal Miss Fisha, aku khabarkan sekali di group whatsapp dan Twitter. Hujan renyai-renyai petang tu pulak macam faham-faham je dengan situasi yang kami berempat lalui


Miss Fisha

Miss Fisha dalam salah satu kelas kami ; menanti kami untuk memberi
jawapan kepada persoalan yang beliau berikan

Aku ingat lagi masa mula-mula nak masuk kelas dia enam tahun lepas dekat UITM Dungun untuk subjek Political Science (PAD 120), semua cakap Miss garang, tegas. Susah nak score subjek dengan dia. Ramai seniors yang kecundang dengan dia. Adoii ~ belum masuk kelas dia lagi, aku dah disogokkan dengan berita-berita yang macam nie. Macam mana ni? Tapi aku cubaa bertenang dulu dan masuk kelas dia


Ya, dia memang garang dan tegas. Tapi aku tak dapat nak nafikan yang belajar dengan Miss Fisha memang best! Semua info dan cerita dia akan sharekan dengan kami. Semuaa benda yang kami tak faham, dia akan explainkan dengan seterang-terangnyaaa sampai kami semua faham. Kadang-kadang dia akan buat test atau quiz sebab nak uji tahap kefahaman kami


Aku ingat lagi -- sebelum dia datang, kelas riuh macam dekat pasar malam. Tapi bila dapat tengok kelibat dia je -- semua orang akan lari lintang-pukang pergi ke meja masing-masing dan senyap. Dia akan masuk dalam kelas, bagi salam dan mulakan pembelajaran. Miss memang tak pernah bagi kami slides, kami hanya salin je dan lepas salin -- dia akan terangkan satu-persatu

Masa dalam kelas Miss Fisha, Miss buat debat hihihi

Suasana dalam kelas before Miss Fisha masuk mengajar hihihi

Satu perkara yang paling aku suka pasal Miss adalah miss memang suka kalau kami tanya soalan. Mula-mula memang takut nak tanya -- tapi lepas dah beberapa kali aku tanya dalam kelas dan miss jawab dan explainkan dengan bagus -- makin banyak pulak soalan yang aku tanya hahhaha sampaikan kadang-kadang aku tolong tanyakan untuk kawan-kawan aku. Makin lama, aku jadi makin berani nak tanya dan miss tak pernah jemu nak jawab soalan-soalan aku :)


Masuk semester kedua. Miss masih mengajar kelas aku dan yes, masa tu akulah orang yang paling happy. Sebab aku tahu Miss mengajar memang best! Memang akan faham. Dia ajar kita untuk push diri kita untuk menjadi lebih bagus dan keluar dari comfort zone. Dia ajar kita untuk cuba explore benda baru dan cari inisiatif untuk berjaya. Sebab tu masa dapat tahu dia takkan mengajar batch aku sebab ada kes -- akulah antara orang yang paling sedih :(


Miss Fisha selalu bagi peluang untuk aku push diri aku untuk jadi yang terbaik. Aku ingat lagi -- ada one day, dia panggil aku untuk pergi ke office dia. Punyalah takut kann ingatkan aku ada buat salah ke apa T.T  Rupa-rupanya dia nak bagitau yang aku terpilih untuk pergi ke Persidangan Mahasiswa FSPPP dekat Kedah dulu :) Itulah peluang yang paling manis pernah aku dapat dan aku banyak belajar dari persidangan tu, dan yaa ~ aku kenal ramai orang dan Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih contact dengan orang-orang yang aku kenal di persidangan tue. 


Aku pun takkan lupa yang ada satu hari tue, dia PM aku dekat Facebook. Ingatkan sebab apa, hahhaha tapi rupanya sebab aku terpilih untuk jadi best student award nomination hahhaha



Bila aku dah masuk Degree -- aku selalu cakap aku macam tak boleh nak cope dengan keadaan UITM Shah Alam yang busy, panas etc dan keadaan belajar yang sumpah lahai tak sama dengan UITM Dungun. Masa aku duk kalut-kalut tu lah, Miss Fisha pesan jangan fikirkan sangat, fokus dengan nak berjaya etc dan Alhamdulillah ~ berjaya jugak aku harungii :)


Kadang-kadang ada jugak dengar keadaan Miss yang tak sihat dari kawan-kawan aku yang masih di Dungun. Kesian dekat Miss. Selalu jugak tengok update dia dekat FB. Dulu kerap dia post ; status dia, pasal buku-buku dia. Miss pun pernah ajak pergi rumah dan office dia untuk amik mana-mana buku yang aku nak tapi aku je yang tak sempat..


Sampailah pada petang dia pergi meninggalkan kita semua


Miss, thank you so much for everything. Hanya Allah swt je yang dapat balas budi baik Miss, yang selalu ajar kami semua. Tak semua orang boleh tengok dan rasa niat ikhlas miss yang nak bantu kami semua ; students miss tapi percayalah ~ dengan setiap ilmu yang miss berikan kepada kami semua dan ramai yang rata-ratanya dah berjaya, saya percaya banyak pahala yang diberikan untuk miss. Nota-nota dari kelas miss enam tahun lepas pun saya masih lagi simpan miss, sayang nak buanggg


Semoga Allah swt ampunkan semua dosa-dosa miss, semoga miss ditempatkan di tempat orang-orang yang solehah, semoga miss baik-baik dan tenang di sana. 

From left ; Hani, Miss Fisha, me and Midin
Satu-satunya gambar dengan Miss, tahun 2011


"The best are now rest" - Gman



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts