[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, September 30, 2012

Terima Kasih Untuk Ini :)


 

 Assalamualaikum


Buat seorang teman, kawan aku yang paling aku sayang, ni entry khas untuk kau :)



Kau selalu tanyakan kau kenapa aku ni selalu sangat ucapkan "Thank you" dekat kau dan aku mesti akan cakap "Perlu ke sebab untuk ucapkan terima kasih?" dan kau pulak mesti macam bengang kan? HAHA :D Dan kali ini, kebengangan kau akan teruraii :)


Nak kata kita ni kawan satu sekolah, memang tak pernah pun satu sekolah. Kawan satu U? Lagilah tak pernah sebab kau kan budak hmm ~ budak laut mungkin? HAHA :D Okay okay jangan sekeh kepala aku! haha :D


Aku dengan dia kenal atas dasar kawan atas kawan je tapi hubungan aku dengan dia jadi rapat sejak aku dengan kawan aku tue macam dah jauh. Alih-alih aku dengan dia pulak yang duk berhubungan selalu, tak jumpa, msj. Tak msj, call. Tak call, chat. Haaaaa gituuu :) Tapi tak adalah selalu. dalam sebulan tu, sekali je kitorang berhubung


Tapi kalau dah contact dengan dia -___________- mau gegar kedai yang kitorang lepak sebab bising dengan mulut aku dengan dia :)


Okay okay ~ ni reason yang kenapa aku ucapkan terima kasih dekat kau :)



Masa aku break up dengan pakwe aku, kau call aku. Kau pujuk aku "jangan nangis Sara, jangan nangis" tapi aku tetap jugak menangis. Yelahhhhhh ~ sedih kot? Last-last kau cakap "kalau kau nangis, nanti dah tak comel dah" HAHA :D Pandai yer kau pujuk aku :')


Hujung minggu tu, masa aku tengah sedih-sedih lagi, kau sanggup turun Dungun dengan kawan-kawan kau sebab nak chill kan aku yang tengah sedih. Okay yang ni sumpah aku terharu tapi aku tak nak cakap je HAHA :D Terharu lah weyh sebab kau sanggup datang jumpa aku, nak gembirakan aku. Lepas tu kau sanggup tipu orang cakap kau ni sepupu aku sebab kau betul-betul nak lepak dengan aku. HAHA :D 


Lepas tu, kau keep on going texting and mesej aku, kasi kata-kata semangat :) Slowly aku dah pulih sebab kau ada untuk gembirakan aku dan lupakan cerita-cerita yang lama. 


This! Terima kasih untuk kehadiran kau yang sentiasa memberi aku semangat :)


Aku ingat lagi, hujung tahun lepas. Aku tengah syok syok tidur, kau pulak telefon aku ajak aku keluar makan McDonalds sebab masa tu kau baru sampai Dungun. Hadoiii! Dah lah malam sebelum tu aku dah overnite dekat McD dah. Tapi sebab aku fikir kau dah sampai Dungun, so fineeee lah ~ aku layankan je :)



Dan tak sangka pulak, kau belanja aku makan McD hari tue. HAHA :D Alhamdulillah ~ jimat duit aku :p Kita berborak lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa giler dekat McD tue. HAHA :D Macam-macam duk borakkan sampai aku rasa masa tu aku asyik gelak je. Kenapalah otak kita berdua ni sama hah? Apa yang aku fikir, kau punnnnnnnnnnnnnnn nak sekali dengan aku jugak HAHA :D



Dan yang paling tak boleh blah, masa aku geram dengan kau, aku pun baling tisu dekat kau TETAPI malangnya tisu tu terkena brother belakang kau. Bila brother tu berpaling ke belakang sebab nak tengok sape yang baling, aku pun dengan slumbernya bangun dari kerusi dan keluar dari McD HAHA :D


Tapi kauuuu. Kau dengan gentleman je cakap dengan brother tue "Maaf bang. Kawan saya baling tadi terkena dekat abang. Sorry eyh?" 


This! Terma kasih sebab back up kan untuk aku :)


Masa aku tengah dalam minggu nak final exam, kau mesti tahu tahu je aku tengah nak final exam dan akan wish good luck dekat aku :) Masa aku tengah stress study dan gigih buat nota last minute, kau call aku dan kasi aku gelak kuat giler sampaikan satu kolej boleh dengar aku cakap telefon -___-


Kau cakap kau baru topup tapi disebabkan kita on the phone lamaaaaaaaaaaaa sangat, tutttttttt ~ kredit kau habis


This! Terima kasih sebab habiskan topup kau untuk aku dan gembirakan aku


Ada one time tu, kita macam dah hanpir setahun dah tak berhubung dan tiba-tiba kau call dan mesej aku. Masa tu memang rancak giler berborak. Kau ajak lepak sebab kebetulan kau dekat Dungun tapi aku yang menolak sebab masa tu dah lewat malam dah. So kita just texting je sebab yelah ~ tak boleh nak jumpa kau kan? Huhu


Masa kau lepak tepi pantai Dungun, kau mesej aku dan tanya aku "Sara bilik kau menghadap pantai tak?" aku pun cakap "Takk ~ kenapa? Kau nak nyalakan api yang bertulis I MISS YOU ker? HAHAHAHA" dan kau cakap "Aah tapi dalam minda je lah ~ Tak mampu buat betul-betul"


This! Terima kasih sebab jujur menyatakan rindu kau kepada aku sebagai seorang kawan, ehemm masalahnya rindu ker??? HAHA :D


Nahhhhhhhhhhh ~ banyak lagi reason di mana aku perlu ucapkan terima kasih kepada kau tapi yang ini je yang mampu terlintas dalam kepala aku :) Terima kasih sebab ada di sisi aku bila aku sedih, suka, gembira dan macam-macam lagi lah! haha :D Asal lah dengan kau je mesti aku rasa nak gelak -___-


Hint ; 1779 :) HAHA :D Ingat aku lupa ker derrr?


p/s : Aku tak boleh nak upload gambar die sebab dia ni ramai peminat, kang teruk aku kena serbu dengan peminat-peminat dia :p HAHA :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts