[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, December 31, 2011

Apa Yang Aku Dah Buat Sepanjang Tahun 2011?


 Assalamualaikum


Tahun 2011 sudah hampir ke penghujungnya. Tahun ni mungkin ada kenangan manis dan kenangan pahit bagi setiap orang kan? Lain orang, lain ceritanya. Macam tu jugak dengan aku.


Tahun ni, bila aku imbas kembali banyak bendaaa yang aku belajar. Aku sakit, menangis, aku merana dan dari itu semua aku cuba melupakan perkara yang lepas dan cuba bangkit dan bangun dengan bantuan keluarga dan kawan-kawan. Hidup aku di U pulak begitu mencabar dari sehari ke sehari.


So entry kali ini aku just nak soroti balik apa yang aku dah buat dengan tahun 2011 nie :) Korang kena lalukan mouse korang tu kat setiap ayat tau dalam entry aku kali ini sebab setiap perkataan dan ayat, ada link yang merujuk kepada cerita yang aku maksudkan tue :) Link tu pulak ada yang warna pink dan ada yang warna kelabu :)


Maaflah kalau panjang sangat. Hehe :) Entry tak ada gambar sebab semua gambar boleh di lihat kat link yang aku dah bagi tue :)



**************************************



Januari 2011
Permulaan tahun ni aku mulakan seiring dengan permulaan semester kedua aku di UiTM Dungun dalam Diploma Pentadbiran Awam. Semester kedua aku letakkan aras yang tinggi untuk diri aku sehingga aku tak mampu nak mencapainya. Huhu ~

Sebab apa? Sebab orang lain sibuk belajar, aku sibukkkk duk beronggeng dengan kawan-kawan aku. HAHA :D Walaupun sekejap jer tapi itu sudah mencukupi untuk aku jadikan sebagai salah satu kenangan manis buat aku :)


Februari 2011
Akibat berfikir punya pasal, aku jatuh sakit penghujung bulan nie. HAHA :D Jatuh sakit mendanya? Tak adalah sakit teruk sangat cumaa suara aku jadi macam Mak Jemah punya abang lah kiranya. HAHA :D


March 2011
Jatuh sakit aku tu sebenarnya ada reasonnya. HAHA :D Sebab Family Day ASCAPS punya pasal lah. HAHA :D Aku dan batch aku bertungkus-lumus untuk buat Family Day dan Alhamdulillah ~ Semuanya berjalan dengan lancar dan perfecto! :D

Tapi sekejap je kegembiraan tu sebab masa ni Jepun dilanda Tsunami dan aku agak bimbangkan dengan keselamatan diri aku sebab UiTM Dungun kan berhampiran dengan pantai. Huhu ~ Alhamdulillah ~ Nasib baik tak ada apa-apa yang buruk berlaku :)


April 2011
1st April aku telah diprankkan oleh mak ayah sendiri sebab dorang buat April Fool. Sungguh comel betul mak ayah aku ni sebab buat April Fool untuk anak dia sendiri. HAHA :D Hampir menangis-nangis aku dibuatnya masa tue -.-

Bulan ni jugak ada Dinner ASCAPS tapi aku baru perasan aku tak update langsung cerita pasal Dinner tue. HAHA :D Just short entry dan gambar sekeping je. Sebab apa? Sebab masa ni final nak dekat dah! Huhu ~

Bulan ni jugak adalah bulan yang paling menduga hati aku sebab aku ada masalah dengan pencuri hati aku masa tue. Huhu ~ Aku fikirkan aku lah gadis yang paling beruntung tapi hakikatnya tidak bila akhirnya semuanya berakhir dalam satu malam yang sunyi. 

Selepas itu aku baru sedar, yang tak semua manusia ingin mendengar luahan hati kita kan? Cuba cakap dengan aku, siapa lah yang nak dengar apa yang kita cakap kan selain dari Allah swt yang Maha Mendengar rintihan-rintihan hambaNya

Dan yang paling menambahkan berat lagi aku pada ketika ini ialah saat itu aku sedang menghadapi final exam untuk semester kedua aku. Berat dan pedih sangat untuk aku lalui ketika itu. Terasa kekosongan dalam hati dan jiwa aku. Dan disinilah titik tolaknya di mana aku nekad untuk terlibat dengan pengurusan Dinner untuk diadakan pada semester ketiga


May 2011
Orang cakap shopping adalah terapi terbaik untuk perempuankan? Itulah yang aku buat masa aku tengah cuti sem semester kedua. Puas-puas hati aku shopping masa tu dengan duit PT yang aku simpan. Atleast dapatlah jugak aku gembirakan hati aku :)

Cuti sem masa ni jugak lah aku baru buat Tumblr :) Best gak Tumblr ni tapi aku dah lama tak update Tumblr aku sebab line aku tengah slow sekarang nie. HAHA :D

Cuti ni jugak aku bawak diri pergi ke Kuantan dan menghiburkan hati dengan kazen-kazen aku yang memang sejiwa dengan aku. Syukur aku masih ada mereka untuk terus bergelak ketawa :)

Tapi sapa yang mampu ubati rindu aku pada dia masa tue? Malam-malam aku menangis sebab teringat dekat dia. Tapi aku tak tahu nak buat apa dan semuanya aku telan sorang-sorang bertemankan bantal. Sakitnya aku masa tue menanggung kepedihan

Sampaikan pernah satu ketika, aku terfikir nak tutup blog aku dan berhenti berblogging untuk selama-lamanya sebab di blog aku ni lah, aku bertemu dan berkenalan dengan si dia. Aku tak sanggup nak baca semua entry-entry aku sebab semua tu mengingatkan aku pada dia dan macamana kami mula berkenalan -.-

Tapi Alhamdulillah ~ Aku tak jadi tutup sebab aku sayang blog aku nie. Di sinilah tempat aku mencurahkan isi hati aku. Dan aku percaya, Allah sedang menguji aku dengan cara nie dan aku tahu mungkin ada hikmahnya di sebalik semua nie

Di saat aku sedang berduka, aku pergi membawa diri ke Kedah bagi menghadiri Persidangan Mahasiswa FSPPP kali ke 3 di UiTM Merbok, Kedah. Aku rasa ini lah kenangan yang paling manis sebab aku berjumpa dengan semua abang-abang dan kakak-kakak aku dari seluruh Malaysia.

Dan kata-kata Abang Awang aku sematkan dalam hati sampai sekarang. Katanya "Dont give a damn on what people say about you"


June 2011
Permulaan semester ketiga aku. Hati aku masih teringatkan kepada si dia dan aku terfikir, kalaulah aku mati esok, adalah dia akan meratapi kepergiaan aku? Ahh ~ Jauh sekali aku berfikir ketika itu

Aku cuba untuk bangkit dari kesedihan dengan kawan-kawan. Semester ini aku nekad untuk perbaiki apa yang aku lemah sebelum ini. Berada di padang sambil menyaksikan perlawanan live Piala FA di UiTM Dungun bersama kawan-kawan menyebabkan aku semakin yakin untuk melangkah ke depan :)

Tapi di saat aku gembira dengan kawan-kawan aku, salah seorang sahabat yang paling rapat dengan aku, pergi meninggalkan kami semua. Ternyata, kehilangan itu sangat-sangat perit dan aku menangis meratapi pemergiaan dia. Dialah yang berjaya buat aku gelak ketawa selama ini

Namun, sampai bila aku harus ratapi dan menangis? Aku cuba melihat ke depan sebab masa ni banyak kerja yang perlu aku bereskan sehinggakan aku rasa aku perlukan seseorang untuk menolong aku dengan kehidupan aku. Bermula dengan proposal Dinner, aku begitu sibuk dengan semua urusan berkaitan dengan Dinner. Penat tapi aku puas :)


July 2011
Tak cukup dengan kehilangan kawan aku, aku pulak kehilangan kucing aku, Comel, pagi 16 July. Sedih betul aku masa tue. Menangis teresak-esak aku masa aku tutup badan dia dengan pasir. Dan sekali lagi, aku rasa kekosongan dalam hati aku bila Comel dah mati

Taip sedihnya tak lama pun. Masa ni pulak aku sibuk berayam merah dengan kawan-kawan aku sebab ada Family Day ASCAPS. HAHA :D Meriah betul masa nie dan yang paling best, main perang tepung. Haha :D

Dan disebabkan rasa cinta aku pada blog, tajuk untuk term paper aku, aku pilih The Advantages & Disadvantages of Blogging. Alhamdulillah ~ Term paper aku berjaya dengan lulusnya! HAHA :D Biasalah ~ Dah ada pengalaman kan? So just tulis je lah apa yang terlintas dalam hati dan jiwa :)

Dalam masa yang sama jugak, dalam duk sibuk-sibuk aku dan kawan-kawan aku menguruskan Dinner, ada sesetengah pihak yang melontarkan kata-kata yang agak tidak enak di pendengaran aku. Masa ni aku rasa macam nak quit dan lepaskan apa yang aku dah buat tapi seorang hamba Allah menyakinkan aku. "Kau berhenti Mai, kitorang semua berhenti" Terus aku tak jadi nak quit. HAHA :D Alhamdulillah ~ Hati aku masih kuat lagi untuk bertahan :)

Dan penghujung bulan ni jugak, akhirnya aku mengambil keputusan untuk lepaskan dia dan move on dengan hidup nie. Mula-mula memang sakit tapi akhirnya, aku berjaya lalui semua tue. Alhamdulillah ~ Terima kasih Ya Allah :')


August 2011
Bulan kita berpuasa :) Disebabkan Dinner yang ada beberapa hari lagi dan ditambah lagi dengan assignment yang superbanyak, menyebabkan aku betul-betul tak dapat tidur dengan lena kerana banyak berfikir itu ini.

Sebelum menyambut bulan puasa, tak ramai yang tahu, aku dan kawan-kawan aku pulak sibuk berperang tepung dan mayonis di Teluk Bidara. HAHA :D The best moment antara aku dengan kawan-kawan aku. Jujurlah aku cakap, merekalah yang membahagiakan aku dan menyokong aku

Bila nak dekat raya, aku perasan ramai betul yang buat kesalahan atas jalan raya dan bikin aku panas hati je dengan sesetengah orang. Haishh ~ Sabor je lah. Tahulah nak raya tak lama lagi, tapi tolonglah hormat sikit pemandu lain bang! HAHA :D

Kebetulan, raya tahun ni kita sambut sekali dengan Merdeka. Aku terfikir satu perkara, apa jasa dan pengorbanan aku untuk negara kita? Aku  tahu soalan ni macam susah nak jawab tapi tu lah realitinya. Kita sebenarnya lupa dengan betapa susahnya nak dapatkan merdeka pada zaman dahulu. Huhu


September 2011
Satu benda baru yang aku lakukan untuk blog aku bila akhirnya aku buat satu FanPage blog aku. Hehe :) Alhamdulillah ~ Bilangan likes pun dah makin bertambah. Hehe :)

Dalam keseronokkan itu, aku percaya dugaan dan cabaran yang datang dalam hidup aku, sebenarnya ada hikmahnya. Allah sengaja buat semua tu sebab ada reasonnya tersendiri dan kita sebagai hambaNya hendaklah menerima dengan redha :)

Balik UiTM, tengah syok syok nak tidur, sekali aku diganggu dengan suara yang nyaring, suruh aku siap-siap sebab nak pergi beraya. HAHA :D So pergilah sebab mood raya masih ada lagi. Aku mengaku, this is the best outing ever antara aku dan kawan-kawan aku di Kuala Terengganu. Dah lah tak plan langsung tauu! :D

Tapi lepas tu malangnyaaaaaaaaaaaaaa ~ aku tak boleh nak update cerita pasal outing tu sebab bagi aku entry cerita aku pasal outing tu tak menarik kalau tak ada gambar Y___Y Sedih betul masa tue

Masih dalam mood raya. Walaupun kitorang belajar di UiTM Dungun, tapi kitorang tetap rasa yang kitorang ni anak perantauan. HAHA :D Yelah ~ Family semuanya duduk jauh kan? Kitorang je yang masih di Dungun untuk menuntut ilmu :) Biarlah duduk dalam Malaysia pun, nak jugak rasa beraya macam perantauan :) Hehe

Dalam masa yang sama, ada sesetengah pihak yang bercakap belakang tentang keupayaan aku dan kawan-kawan aku dalam menguruskan Dinner kami. Ya Allah ~ Rasa macam nak menangis bila kata-kata yang tak baik itu sampai ke telinga aku. Tapi aku kuatkan semangat sebab aku tak nak mereka pandang rendah kepada kami semua. Aku percaya kawan-kawan aku mampu buat semua tu

Dan ternyata, semuanya terbukti pada satu malam sahaja. Malam yang penuh dengan kenangan manis kepada aku dan paling berjaya pernah aku handle :) Dan aku lah orang yang pertama sampai di dewan pada hari itu dan orang yang terakhir meninggalkan dewan itu. Dinner ASCAPS Corporate Colors Night 2011 the most wonderful thing happened in my life :')

Lepas Dinner, semua tak sihat dan demam! HAHA :D Tapi tak boleh nak ikutkan badan sangat sebab tak lama lepas tu, final exam sem tiga menantiii! Syukur Alhamdulillah ~ Teknik study aku menjadi walaupun aku tertukar dan blurr dan tak ingat! HAHA :D Tapi tension tension punn, aku sempat lagi merayap dengan orang baru. HAHA :D Sape orang baru tu? Jeng jeng jengg ~

Bulan ni jugaklah satu benda yang aku tak jangka berlaku. Followers aku dah ada angka 2 di depan. Alhamdulillah ~ Tak sangka ada jugak orang yang merelakan cerita aku masuk dalam hidup mereka. To all my followers, thank you so much :')

Tak lama lepas tu gempar satu UiTM Dungun bila kawan aku tak pasal-pasal menjadikan lagu mexico sebagai lagu tema kolej kitorang. Tapi sayangnya, benda tu hanya femes dalam kalangan kitorang je. Usaha lagi yer wahai sahabatku? HAHA :D


October 2011
Orang lain sibuk study Law, aku dengan kawan-kawan aku sempat lagi beronggeng malam-malam hari. HAHA :D Biasalah ~ release tension :) Tapi lagi 4 hari nak exam, baru sedar, kitorang sebenarnya dah boleh start study dari duk main-main je -.-

Lepas tu kitorang sibuk dengan post mortem dinner yang meriah giler. Walaupun umur dah nak 20 tahun tapi perangai masih tak berubah-ubah. But who cares? Aku sayang kawan-kawan aku dengan cara mereka :)

However, third semester comes to the end. Sedih giler. Tarikh 091011 adalah tarikh yang bermakna bagi aku :') Aku rasa semester tiga adalah yang terbaik pernah aku alami sepanjang aku kat U

Cuti sem bermula. Di kesempatan ini aku gunakan dengan sebaik-baiknya dengan menjelaskan kenapa aku susah sangat nak approve kawan-kawan aku di FB. Even blogger, tumblrs, tweeters dan ers ers ers ers yang lain add aku, tapi aku tetap tak approve. Sebab apa? Kliklah link yang akan membesar dalam perenggan nie :)

Bila dah cuti sem, waktu tidur aku pun dah tunggang terbalik -.- Tak tahu mana pagi, petang, siang dan malam. Dah terbalik dari semua orang. HAHA :D Disebabkan itulah aku jelaskan kenapa aku sangat pentingkan masa dan kenapa aku suka pakai tudung bawal. HAHA :D Mengarut sebenarnya aku nie -.-


November 2011
Bulan baru. Aku jelaskan lagi kenapa aku tak suka sangat pakai make up. Yelah ~ Orang lain suka pakai tapi aku macam kurenggggggg sikit. Hehe :) Aku jugak dah aktif dengan Twitter aku yang dah berabad lamanyaaaaaaaaaaaaa aku tak cara. HAHA :D Teruk aku kena usik dengan kawan-kawan aku -.-

Tapi tak lama lepas tu, ada orang yang nak kahwin tapi aku yang kena berkorban. Sedih aku tapi tu lah ~ Aku terpaksa buat sebab itu untuk kebaikkan aku jugak Y__Y Dalam duk sedih-sedih tu, aku dikejutkan dengan berita tentang results exam aku untuk semester tiga :) Hehe ;p

Dah dapat results baik, aku dapat tawaran untuk buat fast trex. Arghh sudaaa ~ dalam dilemma aku duk fikir pasal benda nie -.- Dalam duk dalam dilemma tu, sempat lagi aku pergi beli hadiah untuk diri aku sebagai balasan aku dapat results exam aku tue :) Hehe

Bulan ni pun aku hairan dengan sesetengah orang sebab disebabkan tarikah 11.11.11 ada orang nak bergaduh dalam FB. Ape ke hey nya tue?! Buat malu orang je -.- Tapi aku malas nak layan sangat lah -.- Baik aku pergi edit blog dan jeng jeng jengggggg ~ blog aku bertukar wajah lagi! :D

Dalam masa yang sama jugak, Along aku bertunang tapi sayangnya adik aku tak dapat nak ikut sebab die tengah sibuk nak amik SPM. Huhu ~

Dah puas bercuti sem, tibalah masa nya untuk check in UiTM Dungun untuk semester yang ke empat! Pergh ~ Kejap je masa kan? Aku rasa tahun lepas aku baru masuk UiTM tu untuk part 1 -.- Sem ni aku decide aku nak buat MUET tapiiiiiiiii aku tak study pape pun pasal MUET tue -.-

Permulaan sem aku yang ni bermula dengan agak susahlah bagi aku sebab aku rasa macam aku ni lemah dan ringan umpama jelly dan kapas Y___Y Hari hari aku menangis weyh! Tak pernah aku rasa macam tue. Huhu. Tapi lama-lama Alhamdulillah ~ aku dah okay dah :)

Di penghujung bulan ni jugak, aku baru sedar yang hati aku sebenarnya dicuri oleh dua watak utama yang ada dalam skrip kehidupan aku. Tapiiiiiiiiiiiiiiii...... *mengeluhh ~


Disember 2011
"Kept the past" itulah yang aku pegang dan Alhamdulillah ~ hati aku kuat untuk menghadapi semuanya sekali lagi :) Sem ini jugak aku ada banyak subjek yang melibatkan presentation dan bila dah ada presentation, macam-macamlah ragam kawan-kawan aku yang keluar -.- Nasib baik lecturer kitorang sporting! HAHA :D

Ombak Rindu punya pasal, pergilah tengok tapi tu adalah outing yang penuh dengan dugaan -.- Tapi masa tu, sebenarnya aku dapat tahu tentang sesuatu. Kebenaran yang buat aku sakit sendiri Y__Y Huhu ~

BTW aku berblog ni hanya untuk suka-suka tapiii tak sangka pulak yang orang lain kenal jugak dengan aku :) I mean, orang luar, yang bukan kawan aku :) Hehe :) Tapi tak boleh nak suka sangat sebab aku ada banyak sangat kerja nak kena buat tapi tak boleh nak buat sebabbbbbb sakit! Tapi apakan daya, nak tak nak, kenalah buat jugak -.- Sebab ini adalah realiti kehidupan yang aku perlu lalui :)

Dalam duk sibuk tu, sempatlah jugak aku dengan kawan-kawan aku duk berphotoshoot sesama sendiri di saat orang lain sibuk berCollege Attack. HAHA :D Mungkin disebabkan jadual kelas kitorang yang pack sangat-sangat kot? Tu yang jadi macam tue. HAHA :D

Dalam duk sibuk-sibuk tue, kitorang digemparkan dengan jalan runtuh dekat Dungun tue -.- Memang dahsyat lah sebab aku dah tengok dah dengan mata aku sendiri bila aku meronda-ronda di Dungun tue. Hehe :)



******************************************



Hari ini dah 31 Disember 2011. Bila aku soroti semua kisah-kisah aku untuk tahun ini sahaja, aku rasa banyak sangat yang aku belajar dari keadaan sekeliling aku. Buat aku sedar, buat aku fikir, buat aku termenung. Semua ada. Alhamdulillah ~ semua tu makin mematangkan fikiran aku dan aku semakin tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup nie :)


Apa-apa hal pun, aku harap tahun 2012 akan berlaku perkara-perkara yang baik kepada aku, Insyallah :) Azam tahun baru? Tak ada sebab buat apa nak berazam setiap kali tahun baru sedangkan kita boleh je berazam setiap kali bangun dari tidur kan? :)



ALHAMDULILLAH untuk tahun 2011
BISMILLAH & ASSALAMUALAIKUM untuk tahun 2012!


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Meronda-ronda Di Dungun :)

 

 Assalamualaikum


Petang tadi Akma, Fahmi dan Nik dari Kelantan datang amik aku di Kuala Terengganu dan shoottttttttt  terus ke Dungun! Sepanjang perjalanan kitorang, asyik hujan je -.- BTW aku balik dengan Akma ni sebab aku tak ada transport nak balik. Alang-alang si Akma ni offer untuk tumpang dengan dia, aku pun on je lah :)


Mula-mula aku yang drive lepas tu bila hujan dah makin lebat, aku suruh Akma je yang drive sebab aku ni sebenarnya mata ada rabun sikit. Muehehe ~ Sepatutnya aku dah kena pakai cermin mata tapiiiiiiiiii  aku tak pakai. Hehe :p


Sampai Dungun, hantar Fahmi dan terus pergi rumah Akma. Sempat jugak aku letak barang-barang aku dekat bilik aku dulu. Mak aihhhhhh ~ Bilik aku dah macam apa entah. Yelah ~ Sebab Dungun kan asyik hujan je dan bilik tu pulak dah seminggu tak ada orang yang nak tolong kasi angin luar masuk so macam hmm ~ bilik terperap lah -.-


Aku tak suka bilik yang terperap dan lembab je -.- Aku suka bilik yang ada aliran angin yang shuhhh shuhh ~ HAHA :D


Lepak rumah Akma kejapp. Lepas tu pergi keluar amik Gman dan Harris. Then pergi karaoke. HAHA :D Dorang je lah yang nyanyi. Aku tak ada mood nak nyanyi punn -.- Entahlah ~ Semalam beria-ria nak pergi karok tapi bila mic dah ada depan mata, terus tak ada mood -.- 


Sebab perut kenyang makan udang sambal tumis! So nak nyanyi pun perut rasa tak selesa -.-


Then pergi jalan-jalan kejap area Dungun sebab nak cari kedai yang ada TV dan Astro. Sebab nak tengok Final Maharaja Lawak Mega tapiiiiiiiiiiiii bila kitorang dah sampai kat kedai tue,  sekali AC Mizal pun cakap


"Yahhh ~ Dengan berakhirnya persembahan Syok tadi, maka berakhirlah semua peserta Maharaja Lawak Mega membuat persembahan"


Memang terbaik lahh Y________________________Y


Tahniah untuk Osbon yang menjadi juara Maharaja Lawak Mega. Dorang memang terbaik lah! :D *walaupun aku tak tengok pun dorang buat persembahan tadi -.-


By the way, sempat jugaklah kitorang pergi dekat tempat jalan runtuh kat Dungun tu. Angin dan ombak semuanya besar. Tapi kejap je lah kitorang pergi kat situ


Jalan-jalan area Dungun lagi, habiskan minyak kereta si Akma nie. HAHA :D Lalu depan jirat Cina, aku dengan Akma dah takut semacam dah -.- 


Dan lepas tak tahu nak pergi mana kat Dungun nie, makanya kitorang pun lepak kat McDonalds! :D

Gman and Akma


Aku dan Harris Jaffar


Aku dah bawak buku dan semua assignment nak buat. Tapiiiiiiiiiii bila dah ada dengan dorang nie, aku tak tahulah siap ke tak semua kerja aku tue. HAHA :D

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, December 29, 2011

Berita Sedih Tentang Seorang Yang Forever Alone

 

 Assalamualaikum



Sebenarnya kann ~ Aku dah siapkan satu entry untuk korang semua baca dan hayati. Ececeh ~ Ayat aku memang sengaja nak mengundang orang kasi tampar dengan aku. HAHA :D


Tapiiiiiiiii ~ Panjang sangatlah entry tue. Aku rasa macam takut pulak nak update sebab aku rasa macam tak ada orang pun yang akan baca cerita panjang-panjang -.- Hakikatnya, aku pun macam tue jugak. Aku susah nak membaca lately nie. Maksud aku, aku malas nak baca melalui softcopy. Entahlah ~ Aku pun tak tahu kenapa 



Even status kat FB pun aku tak baca sampai habis. Aku tengok orang ramai like, aku pun like sahaja. HAHA :D So kepada kawan-kawan aku, hang pa sume jangan ingatlah aku baca status korang yer? Aku like je :) HAHA :D


Kantoiiiiii! -.-


Apa aku nak tulis hari ini ehh? Oh yaa ~ Hari ini memang sumpah forever alone. HAHA :D Sebab aku pergi Giant sorang-sorang, beli barang dapur lagi, pergi TTC lagi, tengok promosi Kembali Ke Sekolah. Dan tidak disangka-sangka, berjumpa dengan kawan aku, Sarah Rosdi. HAHA :D Happy aku jumpa dengan dia. Dah 2 tahun tak berjumpa dengan dia :)


Ingatkan malam ni nak lepak dengan dia kat Tropix tapiiiiiiiiiiiii ~


"Mai sorry. Mu tahu ar umah aku kat Kuala Berang. Jauh ~ Lain kali boleh?"


T_____________________________T 


Tapi takpelah ~ Sebab masa tu pun aku tengah landing atas katil. HAHA :D Berat je nak bangun sebab penat berjalan dekat Giant. Dalam duk tak ada duit ni, aku beli tank top pulakkk dahh kat Giant tadi! 2 helai aku kebas. Bagus bagus ~ Duit dah sengkek sekarang nie -.-


Sebenarnyakan, masa aku tengah siap-siap nak pergi Giant, aku dah berdoa dah, "Ya Allah ~ Harap-haraplah dapat jumpa Sarah petang nie" HAHA :D Sebab aku tahu mesti dia akan turun Giant. Aku tahulah kawan aku tu macamana!


Dan Alhamdulillah ~ doa aku dimakbulkan oleh Allah swt :) Punyala lama tak jumpa dengan dia, kitorang borak-borak dekat kedai tudung tu hampir dekat 20 minit jugaklah ~ Makcik yang jual tudung tu pulak asyik duk jeling-jeling dekat aku dengan Sarah. HAHA :D


BTW aku rasa tak lepas rindu aku dekat Sarah tadi :') Lain kali kita jumpa ehh


Berita sedih (Tolong baca mengikut gaya baca pemberita kat TV tu) Seorang pelajar Diploma Pentadbiran Awam, Semester 4 akan pulang ke Dungun pada esok hari lantaran kerjanya yang tak siap kerana buku nota tak ingat bawak balik. Semoga kepulangan beliau yang awal dari kawan-kawan beliau akan berjaya menyiapkan segala assignment yang tertunggak



Dan dengan bangganya aku nak umumkan pelajar tu adalah
  AKU!


             

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, December 28, 2011

Makanan atau Cikides Masa Kita Kecik-Kecik Dulu!

 

 Assalamualaikum


Hari tu kan aku dah bercakap pasal permainan zaman kecik-kecik kan? Sekarang ni tetiba pulak datang terlintas makanan zaman kita kecik-kecik dulu atau lebih dikenali dengan cikidesssssssssss! HAHA :D


Okaylah ~ Dulu masa kecik-kecik, dah penat bermain, mestilah kita akan pergi kedai runcit kat depan rumah ataupun dekat Mak Jemah punya kedai kan? HAHA :D Tiap kali sebelum turun bermain, mesti nak bekalkan duit sikit dalam poket. Sebab masa on the way balik rumah nanti, boleh lah makan! HAHA :D Betul tak?


Atleast ada 20 sen pun cukuplah sebab dulu-dulu 20 sen tu dah beli macam-macam dah. HAHA :D Sekarang ni kalau 20 sen tu, tak tahu nak buat apa. Masuk tandas pun sekarang ni dah 30 sen tauu! -.-


So apa lagi! Cepat imbau kan zaman kanak-kanak korang sambil baca entry aku yang bercerita pasal makanan nie. HAHA :D Konfem korang pun akan sama jeeeeeeeee macam aku. Pernah makan benda-benda kat bawah ni ataupun cikides kat bawah ni macam familiar je masa zaman kita-kita dulu :)




Okay ~ Ni namanya Ding Dang. HAHA :D Satu kotak tak silap aku dalam 30 sen je kott? Dalam dia ada biskut bulat-bulat yang disaluti dengan coklat dan ada mainan kan? Ke tak ? Aku pun dah tak ingat dah tapi yang pasti biskut bulat-bulat die tu memang sedap. Kebetulan zaman kita tu kan tengah kecoh pasal Doremon. So secara tak langsung, Ding Dang ni memang agak femes lah masa tue. Hehe :)


Haaaaaaaaaaaa ~ Yang ni pulak aiskrim 20 sen! Aku panggil aiskrim 20 sen. HAHA :D Tak tahu lah orang  panggil apa tapi kawan-kawan aku panggil aiskrim pong. Aku pun tak tahu kenapa nama die macam tue -.-


Aiskrim ni sedap dimakan bila tengah sejuk beku tauu. Bila dah penat bermain, pekena aiskrim ni memang terbaik lahh ~ HAHA :D Makan sambil kunyah-kunyah ais yang berperisa tue. HAHA :D Lepas tu yang buat aiskrim ni best adalah dia boleh potong kan dekat tengah-tengah die tue. HAHA :D So boleh lah simpan satu lagi dalam rumahh. HAHA :D


Tapi bila dah sampai rumah, mak marah sebab beli cikides lagi -.- Eh korang ingat mak kita suka ke kita makan cikides nie? HAHA :D


Yang ni pulak macam keropok lah kot? Ke apa ehh? Tapi yang pasti benda ni diperbuat daripada jagung dan kemudian disaluti dengan perisa kari. Perghhhhhhhhhh ! Sedap kot benda nie. HAHA :D Satu batang dan 20 sen. So dapatlah beli banyak-banyak. Murah je dulu :)


Dulu kalau dapat hamper percuma dan ada benda nie, memang benda ni lah yang aku duk cari dulu dan berebutkan dengan semua orang. Sebab sedap kot! HAHA :D


Yang ni pulak Tora Amannnnnnnnnnn ~ Dulu-dulu kan selalu je ada iklan kat TV pasal cikides ni kan? Sambil ada iklan tu, sibuklah duk promote mainan yang ada dalam kotak tue. HAHA :D So esok pun pergi kedai Mak Jemah lepas tu beli. HAHA :D 


Tora Aman ni pun sama je macam Ding Dang. Ada biskut bulat-bulat tu tapi mainan je lah yang lainnya. Satu kotak 30 sen kot? FYI dulu-dulu kitorang mana lah nak makan sangat makanan yang dia bagi tue? Jangan haraplah nak makan. Dah beli, makanan free tu kitorang campak je sebab aim kita hanyalah nak mainan die je kan? Betul tak? HAHA :D


Haaaaaaaa ~ Yang ni kalau korang tak makan aku tak tahu lah apa yang korang makan masa zaman kecik-kecik korang. HAHA :D Nyam Nyam ni lah yang antara cikides yang paling femesssssssssss antara kita semua sebab Nyam Nyam kan macam mahal sikit dari Tora dengan Ding Dang. HAHA :D


Lagipun Nyam Nyam memang sedap tauu ~ Dalam dia ada biskut atau beras jagaung yang kecik-kecik tu yang dimakan dengan coklat die. Dulu-dulu, masa aku pulak, aku rela makan biskut atau beras jagung tu dulu walaupun tawar nak mampussss sebab nak ratah coklat yang die bagi tue. HAHA :D Sedap weyh! :D


Last sekali aku makan, setahun yang lepas masa aku holiday dengan family aku. Kitorang pergi area Tip Of Borneo Sabah dan masa on the way balik tu, aku terjumpa Nyam Nyam nie. HAHA :D So apa lagi, aku pun amiklah dua. Satu untuk adik aku. Masuk dalam kereta je, ayah aku gelak sebab kitorang masih makan benda ni lagi. HAHA :D


Yang ni pulak Nini Coklat Celup. Dulu-dulu kan ada iklan kat TV dengan lagu Nini ni kan? Dulu-dulu habis semua lagu iklan cikides kita hafal. Antaranya iklan Nini ni lah. HAHA :D Sapa ingat lagi? HAHA :D Kalau korang tak ingat, boleh pergi dekat SINI :D


HAHA :D Yang ni memang favourite aku masa kecik-kecik. Coklat payungg! Dah lah comel, kecik pulak tu. Kadang-kadang ada kedai yang jual 10 sen je tau coklat payung nie. HAHA :D Alaaaaaa ~ Basicly die coklat je tapi buat bentuk payung macam nie. Saje tauu kasi aku ketagih benda nie. HAHA :D


Dulu bila dah beli coklat ni, sayang tau nak makan. So bila dah bukak, kasi jilat-jilat je dulu coklat nie. HAHA :D Lepas dah puas jilat, baru lah makan. Perghhhhhhhh ~ Bila dah makan, memang sedap! HAHA  :D


Yang ni pulak aku tak tahu lah benda ni orang panggil apa tapi coklat ni pun femes jugak masa zaman kita-kita dulu. Die ada banyak perisa tapi aku kurengggggggggg sikit nak makan benda ni sebab coklat ni macam keras dan liat sikit. 


Kadang-kadang aku nak gigit sikit je tapi punya lah liat, aku pun gigitlah kuat-kuat sambil tarik coklat nie. Sekalii amik kauuuu ~ Habis coklat tu tertanggal dari batang dia yang putih tue. HAHA :D Sebab tu aku tak suka makan coklat nie. Menyusahkan aku je. HAHA :D


Yang ni pun zaman kita dulu-dulu selalu ada kan? HAHA :D Dalam dia ada coklat kecik-kecik yang ada disaluti dengan macam pasir warna putih kan? HAHA :D Selalu gak aku makan sebab mak aku pun suka coklat ni jugak. Coklat ni perisa buah-buahan, tu yang mak aku suke :)


Bila dah habis makan coklat nie, aku selalu simpan dulu sebab aku nak makan habuk-habuk yang warna putih tu kan? Sebab duludulu aku ingatkan tu adalah gula! HAHA :D Tapi bila makan, tawar je aku rasa -.-




Haaaaaaaaaaaa ~ Tu jelah yang aku mampu ingat dan gambarnya aku mampu nak cari buat setakat nie. HAHA :D Actually banyak lagi kan? Tapi malas aku nak tulis semua. HAHA :D Tapi aku bet mesti ramai yang tetiba duk teringat zaman kecik-kecik dulu kan bila aku tulis entry nie? HAHA :D


Dulu yelah ~ senang je nak dapat cikides nie. Sekarang? Dahlah iklan cikides pun dah tak ada dah kat TV. Harapkan Mak Jemah lah yang nak promote kan cikides ni kat kita. Haha :D


Tapi budak-budak zaman sekarang mana nak makan kan cikides murah-murah macam nie. Paling komangg pun, nak makan KFC. Fuhh ~ Dulu-dulu susah betul nak makan KFC kan? Kalau dapat maan KFC, perghh ~ satu kampung kita bagitau yang kita nak pergi makan KFC. Betul tak? Betul tak? Betul tak?


Back up lah aku weyhh! HAHA :D Iyakan sajeeee. HAHA :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Hoyeah! Mari Kita Guna Fibox Pulak! :D

 

 Assalamualaikum


Fuhhhhhhhhh ~ Letih aku! HAHA :D Sejak cuti midterm sampailah ke hari ini aku asyik duk clearkan shoutmix aku tue. Yelah ~ Dah berbulan-bulan lamanya aku tak berblogwalking so sekali amik kauu ~ banyak giler ~ Yang bulan 10 pun ada jugak -.-


Okay lah ~ Aku ni dah lama tak tau pape perkembangan pasal blog. Sekali aku dapat tau yang start tahun depan Shoutmix akan kenakan caj bayaran setelah 7 tahun memberikan khidmat Shoutmix yang free. Ahh sudahh ~ Aku dah naik bingung dah aku nak guna Shoutmix apa lepas nie?!



Sekali adalah seorang blogger ni buat review pasal Fibox. Hah? Apa itu Fibox? Okayylah ~ Fibox ni lebih kurang sama je dengan Shoutmix. Cuma maybe pembuatan Fibox ni masih baru lagi kan so tak adalah banyak features macam Shoutmix tue. 



Buat masa nie, Fibox just sediakan code dia sahaja. Korang sign in kan Fibox tu dan terus dapat code. So apa lagi?! Buang lah code Shoutmix korang tu dan masukkan code Fibox dan save! ;D

Home untuk Fibox

Aku dengar, Fibox ni adalah Buatan Malaysia which means Anak Malaysia yang buat! Wahh ~ Terbaik arr ~ Aku dapat tahu lah ~ Aku ada baca kat blog sape entah pasal Fibox nie. Menurut hasil temubual dia dengan tokey Fibox nie, Insyallah Fibox akan pertingkatkan lagi kemudahan-kemudahan untuk kita semua nie hah ~ So tunggu je lah yer? :)


Ada yang tanya aku, best ke tak guna Fibox nie? Aku just cakap, best lah sebab Fibox simple tapi menarik je sebab ada warna putih and oren  :) Lepas tu kalau kau sign in kan dengan Facebook korang, masa korang nak tinggalkan komen, akan ada keluar gambar Profile Picture korang. Wah wah ~ Menarik ni! HAHA :D

Tuu ~ gambar FB aku tue. HAHA :D


Macam mana nak daftar? Pergi link SINI dan sign in. Kalau nak ada gambar macam aku punya tue, korang sign in kan guna FB. Lepas tu try lah testing dekat Fibox korang, ada ke tak gambar korang keluar macam aku punya. Hehe :)


Tapi aku punya Fibox tu tak boleh nak tukar nama -.- Nak letak Mysara Newrie tapi end up, hanya Mysara je yang boleh keluar. Mana boleh! Mysara tak kan hidup tanpa Newrie!


So apa tunggu lagi? Marilah kita bertukar angin dan menggunakan Fibox! Hoyeahhhhhhh!


Nak Fibox korang tergantung macam yang aku punya nie? Korang just buangkan code Shoutmix yang lama tue dan gantikan dengan code Fibox korang yang baru tue :)


Tak faham? Boleh rujuk SINI


Selamat mencuba bloggersss ^^ ! :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, December 27, 2011

[Topik] Penting Ke Seorang Perempuan Pandai Memasak?


 Assalamualaikum


Hari ini akhirnyaaaaaaaaaaa ~ aku merajinkan diri aku untuk keluar! HAHA :D Ingat nak pergi Giant, celebrate birthday kawan aku pocoyo bobo (tetiba je kasi nama gelaran ni kat dia -.-) Fatin Shakirah. Hehe :) Tapi die cakap kat area Giant tu tengah hujan lebat. So aku pun "Takpelah ~ Aku pergi sorang-sorang"



Nak pergi Giant, aku ikut short cut lalu dekat Permint Jaya. Sekali ada pasar malam! HAHA :D Hoyeahh! Aku pun terus je berhenti kat pasar malam dan beli barang-barang basah untuk dapur. Aku beli udang 1/2 kilo, sayur sikit dan belilah makanan sikit untuk malam nie



Yang aku naik herannya adalah bila aku beli barang-barang basah macam udang and sayur tu, aku rasa semua duk tengok aku. Eh eh ~ Aku bukan perasan sorang-sorang ehh tapi aku memang aku perasan betul. HAHA :D Eh faham ke tak ayat aku nie? HAHA :D


Mula-mula aku sampai, dah ada dah orang duk tengok-tengok dekat aku sebab aku bawak payung. Alamak eyh ~ Salah ke bang saya bawak payung? Lagipun cuaca kat KT ni mendung jeee.  Tu pun nak pelik. Kang aku bawak naga pergi pasar kang, terbeliak biji mata baru tauu. HAHA :D


Lepas tu makcik-makcik sekalian, salah ke saya yang berumur 19 tahun 11 bulan 29 hari ini nak beli barang-barang basah? Makcik-makcik pun mestilah nak menantu yang pandai memasak, tak kekok pergi pasar, buat kerja dapur kan? So sekarang ni saya tengah berlatih lah. Makcik-makcik sekalian janganlah tengok saya macam tue, saya malu #.# HAHA :D


Aiseymannnnnn ~ dah terpanjang pulak dah mukadimah entry aku kali nie. HAHA :D Ok lah ~ cakap pasal makcik-makcik tu kan, aku terfikir lah sesuatu ; penting ke seseorang perempuan yang pandai memasak? Apa kalau perempuan tak tahu memasak tak boleh buat bini ker? -.-


Ada orang cakap, perempuan ni kena pandai memasak. Kita belajar lah setinggi mana pun, sampai ke PHD pun tapi last-last ke dapur jugak tempat kita. HAHA :D Ni ayat yang selalu aku dengar kat drama-drama Melayu lah. HAHA :D Terpengaruh sikit-sikit


Lepas tu kalau perempuan tak pandai memasak, susah. Yelah ~ Dah tu tak kan lah nak ajak suami kita pergi makan kat luar je tiap-tiap hari kan? Nayalah kalau macam tue. Huhu ~ Ada jugak yang cakap, air tangan seseorang perempuan ni dapat menawan perut suami. Sebab tu kalau kita tengok, lepas kahwin je, perut lelaki mesti ke depannnnn. HAHA :D Orang cakap! Bukan aku yang cakap. HAHA :D




 Ada jugak pulakk yang cakap, masakan isteri ni dapat mengikat suami kita. Yelah ~ Sebab masa kita memasak tue, mestilah kita ikhlas dan penuh dengan kasih sayang. Mestilah kita nak yang terbaik untuk masakan kita sebab kita nak hidangkan masakan tue kepada orang yang kita sayang. 


Sebab itu, datanglah macam-macam masakan depan mata kita, macam-macam masakan yang kita makan tapi masakan seorang ibu adalah yang paling sedap pernah kita makan. Masakan mamalah yang tak ada orang lain pun dapat lawan. Masakan mak lah yang paling kita tunggu-tunggu bila kita balik bercuti. Betul tak? :) Hehe


Bagi aku lah ~ Kalau dah jadi perempuan tu, atleast biarlah tahu nak masuk dapur dan sediakan makanan. Tak pandai takpe. Kita boleh belajar. Alangkah belakang parang diasah tajam, ni kan kita, manusia. Kita belajar lah slow-slow :) Jangan pulak tak tahu langsung. Malu tauu :)


Lagipun, bila aku buat research, aku rasa semua lelaki nak dapatkan bini dia yang pandai memasak. Yelah ~ Kau bayangkan, si lelaki dah penat-penat kerja, balik rumah mestilah perut lapar. Lepas tu mestilah nak makan masakan isteri yang terchentaaaaaaaaaaa kan? Dapat pulak nasi yang panas-panas, air sirap yang sejuk, kari ayam yang hangat dan sedap, tambah pulak dengan ikan masin yang masin. Auuww ~ Sedap tak? HAHA :D


Jujurlah aku cakap, aku tak pandai memasak. Betul nie. Aku tak pandai memasak. Tapi aku belajar. Aku cuba untuk buat semua kerja-kerja kat dapur tue. Bangun je dari tidur, aku masuk dapur. Siapkan makanan untuk diri aku, bibik dan nenek aku. Masak je lah pape yang patut pun asalkan ada jugak makanan :)


Lagipun salah satu reason kenapa aku cakap aku tak pandai memasak adalah kita tak tahu selera orang. Selera orang lain-lain. Kau fikir kau pandai masak spagetti, semua orang akan suka ke? Tak lah ~ Budak-budak baya kita ni memanglah suka tapi tak kan kau nak hidangkan spagetti dekat bakal mak mertua kan? Hehe :)


Alhamdulillah ~ Setakat aku tengah bercuti midterm nie, boleh dikatakan hari-hari aku memasak. HAHA :D Rasa semangat je nak masak. Hari-hari buat menu lain-lain. Lepas dah memasak, aku rasa macam happy sangat. HAHA :D Walaupun aku tak reti memasak tapi aku suke memasak. HAHA :D Lagipun, aku suka sangat tengok Asian Food Channel ataupun tengok rancangan memasak sebab kot-kotlah dapat idea dari situ kan? Hehe :)


Tapi yang peliknya, aku dah memasak tapi aku sendiri malas nak makan masakan aku. Aku pulak yang paksa bibik dan nenek aku makan masakan aku. HAHA :D Sebab aku rasa puas lah dapat memasak dan dapat kenyangkan perut orang lain :)


Sebelum ni aku asyik masak cupcakes, cookies dan masak masakan western je. Sekarang ni, aku nak try masak masakan Melayu pulak. HAHA :D Alhamdulillah ~ 1st time try, pass with flying colours! Err cuma tawar sikit je. Hehe :)


So korang pandai memasak? Yang lelaki pulak, penting ke tak bakal isteri korang pandai memasak? Hehe :) 


p/s : ni namanya hormon nak ke umur 20 tahun nie -________-


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, December 26, 2011

Permainan Zaman Kecik-Kecik Dahulu! :D


 Assalamualaikum


Hari ini memang aku bosan. Nak keluar tapiiiiiiiiiiiii macam malas je. Nak siap-siap bagai, dah lah rumah tok aku ni jauhhhhhhhhhh dari bandar Kuala Terengganu -.- Aku nak buat assignment Statistik pun tak syok sebab buku nota aku tak bawak. Bagus bagussss -.-


BTW hari ini aku nak bawak korang mengimbau kenangan masa kecik-kecik dahulu. Dah nama budak kecik, mestilah korang akan pernah main beberapa permainan yang akan aku bagitau kat bawah nie. Malangnya budak-budak sekarang ni sebab tak pernah nak main permainan macam kita main kan kan kan kannn? HAHA :D


Lawan Pemadam
HAHA :D Weyhhhhh ~ Game ni tak silap aku masa era 98 atau 99 an. Masa tu aku baru lepas tadika, Darjah 1 atau 2 atau 3 macam tu lah ~ Masa tu pemadam macam ni ada banyak jenis gambar. Gambar Sailormoon, Power Rangers, Ultraman, Superman. Macam-macam lagilah ~ Lepas tu harga pulak 20 sen. Aku rasa mau dekat hari-hari aku beli pemadam nie. HAHA :D

Lawan pemadam

Nak beli pemadam pulak, kena pilih gambar dulu sebab kalau gambar kartun, lembik, nanti kalah masa lawan pemadam. Kalau gambar Power Rangers, bajet macam menanglah. HAHA :D Mostly yang main game ni lelaki lah tapi aku pedulikk hapeeeeeee ~ Aku main je. HAHA :D Kalau cikgu tak ada je, mesti main nie. Pakat kumpul semua orang satu meja lepas tu main nie. HAHA :D


Lepas tu bila cikgu datang, cikgu rampas semua pemadam tue. HAHA :D Sampaikan masa aku sekolah rendah dulu, cikgu disiplin buat operasi nak rampas semua pemadam dan dibenarkan sorang murid ada satu pemadam je. HAHA :D Alaaa ~ Tapi nak heran apa, cikgu rampas, kita beli lagik! HAHA :D


Skipping Getah
Game ni aku selaluuuuuuuuu main pagi masa Darjah 4, tiap-tiap pagi sebelum loceng berbunyi. HAHA :D Kiranya macam exercise lah kan? HAHA :D Sebelum balik, masing-masing janji datang awal untuk ke sekolah esoknya. HAHA :D Getah tu pulak, simpan dalam bawah meja. So orang yang datang awal, boleh lah main



Masa kitorang main, habis semua orang duk berkumpul tengok kitorang main. HAHA :D Yang paling tak boleh blahhhhhhhhhnya adalah orang-orang yang main skipping getah ni adalah budak-budak pengawas je. HAHA :D Oklah ~ Aku jadi pengawas masa Darjah 3 lagi. So masa tu memang aku pun join jugaklah main skipping getah nie. Masa tu, budak-budak biasa je just tengok je kitorang, budak-budak pengawas main. HAHA :D


Lepas tu, bila loceng dah berbunyi, kitorang kena pergi jaga kelas masing-masing. Pakat basah berpeluh belaka sebab duk melompat-lompat main skipping getah nie. HAHA :D Aduayai ~ Best sangat-sangat masa tue :)


Lumba kereta
Game ni masa awal-awal aku Darjah 5 lah. Eh ni bukan game lawan kereta yang jenis kena control tu tauu. Ni jenis game yang kau seret kereta tu kat belakang lepas tu lepas. HAHA :D Kita tengok kereta sape yang paling jauh pergi. Masa ni memang giler-giler lah duk main dalam kelas


Aku pun ada jugak kereta ni masa aku Darjah 5. Asal cikgu tak ada je, mesti mainn. Hebat betul masa tu sebab masa tu aku dah lah pengawas, lepas tu join pulak main macam nie. Aku selalunya main dengan geng-geng aku. Hehe :)

From left behind ; Raimy Haidire, Fazrin, Afif and Arafat
From left front ; Helmy and Zul Azlan Hurey

Okay ~ Ni geng-geng aku yang lelaki. Tapi yang paling sekepala dengan aku Arafat dengan Helmy lah. Masa ni Darjah 5 Alamanda dekat Sekolah Kebangsaan Port Dickson tahun 2003. Ya Allah ~ rindunya kat dorang. Sesape yang kenal salah seorang dari mereka, pleaseeeeeeeee bagitahu aku! Sejak aku pindah ke Besut, terus aku lost contact dengan semua kawan-kawan aku kat PD tue Y___Y BTW tengok atas meja tue, sebelah Arafat. Berderet-deret kereta kitorang. HAHA :D


Back to our topic. Geng lelaki ni lah yang aku selalu jadi giler sikit bila dah bersama dengan dorang. Dorang pulak jenis papehal je mesti nak suruh aku join sekali. HAHA :D Pernah lah masa aku Darjah 2 ke Darjah 3 ehh ~ nama aku masuk dalam buku disiplin sebab hal-hal macam nie. Dah lah aku ni perempuan, pengawas pulak ~ Uish ~ nakal sungguh aku masa kecik-kecik dulu -.- Tapi mak ayah aku tak tahu pun nama aku masuk dalam buku disiplin. HAHA :D


Askar terbang
HAHA :D Game ni aku tak tahulah korang pernah main ke tak tapi aku pernah main. HAHA :D Ikat elok-elok payung terjun askar tue lepas tu pergi kat tempat tinggi dan lepaskan askar tue. HAHA :D Aku selalu main dengan arwah tok aku. HAHA :D Aku suruh arwah tok aku lepaskan dari tingkat atas rumah tok aku dan aku duduk kat bawah dan shuhhhhhhhhh ~ askar tu pun terbang

Askar terbang


Tak tahu lah kenapa tapi bila tengok askar tu terbang, rasa macam bahagia sangat-sangat. HAHA :D Alahaii ~ budak-budak kecik kan? Manalah tahu pape kan? HAHA :D Aduyaii ~


Patung kertas
Pernah tak main? Yang ni budak-budak perempuanlah yang selalu main. Aku ni boleh dikatakan agak balance jugak lah ~ Permainan laki perempuan, semua aku kebas. HAHA :D Beli satu kotak yang ada game nie, dalam RM 1.50 lepas tu ada patung yang besar dan cantik dengan koleksi baju-baju, kasut dan semuanya. Cantik-cantik pulak tue. HAHA :D


Aku main gak menda nie. Aku siap simpan tauu semua baju-baju kertas tue dalam sampul surat dan simpan elok-elok. Lepas tu main lah sorang-sorang. Tukar baju tu, tukar baju ni. Ahh ~ Forever Alonee! HAHA :D


Yang kelakarnya, kadang-kadang patung tu pendek tauu. Bila dah pakai baju, baju tu yang lebih panjang dari kaki patung kertas tue. HAHA :D Bila tengok depan, cantik je patung tu pakai baju tapi bila tengok belakang, kaki duk tergantung. HAHAHAHAHA :D


Pistol
Game ni tengah hot masa aku Darjah 6. Masa ni memang sumpah aku giler-giler dengan member-member aku kat Besut. Tak silap aku pistol yang diisi dengan manik-manik kecik tu dipakai sebab nak tembak cicak. Tapi kitorang dah salah guna, buat main tembak orang. HAHA :D


Masa Darjah 6, habis je kelas tambahan pukul 4 petang, semuanya stay dulu kat sekolah. Kebetulan masa Darjah 6 kitorang kat Sekolah Tengku Mahmud Besut baru pindah bangunan sekolah yang baru yang ada 4 tingkat. Hmm ~ Apa lagi! HAHA :D Satu blok tu kitorang conquer duk main benda nie


Aku pernah main tau ~ Dengan kawan-kawan lelaki aku masa Darjah 6. Kitorang buat team lepas tu main macam polis, serang hendap. Team baik dengan team jahat. HAHA :D Dah lah masa tu bangunan kosong je so apa lagi ~ kitorang main je lah ~ Menjerit puas-puas hati bila dah jumpa musuh. HAHA :D


Tapi bahaya tauu game nie. Sebab sekali kau dah terkena tembak, perghhhhh ~ boleh berdarah kau punya kulit sebab daya manik tu memang kuat giler. Aku pernah kena tembak and terkena dekat lengan. HAHA :D Sakit giler! Kawan aku pernah kena dekat pipi. Lagiiiiiiiiiii lah ! Berdarah-darah tauu? Tapi tu lah ~ Lagi banyak kita cedera masa main, lagi masyuk game tu kan? HAHA :D


Tapiiiiiiiiiiii cikgu-cikgu sekolah kitorang larang kitorang main game ni sebab bahaya. So semua pistol kena rampas. HAHA :D Tapi tu lah ~ Budak-budak kecik kan? Dah rampas, beli lagi. Aku pulak, bila aku punya dah kena rampas, aku pinjam member aku punya. Tak pun, aku amik yang adik aku punya. HAHA :D



Dah lah ~ Aku malas dah nak tulis panjang-panjang. Kalau ikutkan, ada banyak kan permainan dulu-dulu? Baling selipar, police and thief, rounders, main guli, main pistol, biji saga, batu seremban, kahwin-kahwin, main masak-masak, main tengteng dan banyak lagi permainan yang selalu kita main waktu petang-petang dulu


Dulu-dulu, kalau balik rumah tapi tak keluar peluh dan baju tak kotor, memang tak sah. Mesti nak kotor and mesti berpeluh-peluh dan bila balik, mak kita pun mesti akan bising. HAHA :D Alahaii ~ rindunya masa dulu-dulu. Kalau balik lewat, kenalah kurung dekat luar rumah kejap. Hehe :) Alahaii ~ tak kan korang tak pernah kena kan? HAHA :D


Bagi aku, kanak-kanak zaman dahulu lagi extreme, kreatif, lasak dan lagi ganas. Datanglah apa je permainan, kita redah je. Kalau tak caya, tengok lah badan korang sekarang, mesti ada parut-parut kan? HAHA :D Parut apa tue? Parut semasa bermainn :) Lepas tu kita sanggup buat apa sahaja asalkan kita bergembira dengan permainan yang kita main tue


Tapi kanak-kanak sekarang, fulamakkkkkkkkkkk ~ Dah tahu apa itu iPad, dah ada HP, duk main PSP. Perghh ~ Hebatnyaaa -.-


Adik, dulu zaman akak, tak main pun PSP tauu? Kitorang main congkak je. Eh tahu tak congkak tue? Tak tahu? 


Sungguh menyedihkan tapi tu lah realitinya -.-


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts