[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Tuesday, November 30, 2010

Gunung Kinabalu





Ouh Gunung Kinabalu, bila kita berdating lagi erk? -.-
Sejak aku balik Sabah ini, macam tak ada masa je nak pergi ke sana. Sobsssss Y___Y



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, November 29, 2010

Awak Sudah Tua ! :p






HAPPY BIRTHDAY TO YOU !





Semoga awak diberkati oleh Allah swt, urusan dan kerja awak berjalan dengan lancar, semua cita-cita dan impian awak akan tercapai dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt, Insyallah ~ :)


Semoga Allah memberkati kita berdua dan orang-orang di sekeliling kita. Amin
Oh ya ~ Nanti saya temanlah awak sepanjang trip 365 hari tu yer :p Hehe


Sayang awak :p
Haha :D


NBTB


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

[Tutorial] Macam Mana Nak Buat Calendar Archive?



Salam. Yeah ~ Hari ini aku nak buat tutorial. Haha :D Wow wow wow ~ When did the last time I made tutorial? Haha :D


Petang tadi masa godek-godek blog orang lain, aku terjumpalah tutorial ini. Aku rasa macam ada faedah je buat benda alah ni. So aku pun buat lah ~ Hehe :D Faedah die? Argh ~ Korang fikirlah sendiri. Haha :D


Nampak tak gambar dalam kotak merah tu? Haaaaaaaaaaaa ~ yang tu yang aku nak ajar dekat korang. Hehe :D Btw aku dah try edit nak bagi zoom baik punya dekat calendar tu supaya korang dapat tengok dengan baik tapi aku tak tahu lah apa kena dengan Paint aku ni. Hailoh =.="


  • Pergi dekat website ini
  • Tekan butang English tu ok? Kang tak pasal-pasal berpinar-pinar biji mata nak faham Bahasa Cina. Haha :D
  • Masukkan URL blog korang tue. Just tulis URL blog korang tanpa ada http:// Contoh macam aku punya blog, just masukkan macam ini jer, sayabudakcomel.blogspot.com
  • Dekat GMT ++ tu, korang pilih yang GMT + 08.00
  • Dekat bahagian style pulak, kornag pilihlah yang mana-mana berkenan di hati. Yang aku punya? Korang tekalah sendiri. Haha :D
  • Dah puas hati, korang tekan lah butang Install to blog.
  • Kemudian akan ada satu window keluar. Korang just tekan Add Widget tu jer
  • Then korang tengok lah blog tu jadi macam mana. Hehe :)

Kalau pergi dekat mana-mana tarikh kat calendar tu, ada keluar satu tooltips yang kecik yang cakap tarikh tu korang buat apa dengan blog ni. Contohnya korang ada taip entry baru ker. Hehe :D


Puas hati? Haha :D
Yeah ~ credit to this GURL sebab aku belajar dari die :)


p/s ; Baca dan fahami betul-betul. Buatlah dengan bersungguh-sungguh ! Yeah ! Haha :D


More tutorial for you :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, November 28, 2010

A Day At Pulau Manukan ^.^



Salam. Yeah ~ Bertemu kita kembali dalam blog saya pada kali ini. Haha :D Ok fineeee ~ Aku mengaku aku tengah happy nie. Haha ;D Jadi sesape yang baca entry aku ni, korang pun mesti happy jugak. Sesape yang tak happy, meh sini aku tarik pipi korang supaya dapat senyum macam aku. Haha ;D


Pagi-pagi lagi mak dengan ayah aku dah kejut suruh bangun. Ya Allah ~ Tolonglah ~ Aku dah lah penat giler sebab sehari sebelum tu kitorang ada Family Day kat Tanjung Aru. Ok cerita pasal tu aku postpon dulu sebab aku tengah excited nak cerita pasal Pulau Manukan.


Bila ayah tengok aku dengan adik aku macam malasssssssssssss giler nak bangun dari tidur, ayah aku cakap "Tak nak pergi pun takpe. Kita rest lah dulu kat rumah" Then tetiba aku terfikir. Eh mesti bapak bosan duk kat rumah. Argh ~ Bangun je lah ~ Haha :D Yeah ~ Mandi-mandi dan terus je jeti :)


Ok. Nak pergi ke Pulau Manukan, korang boleh pergi ke Jesselton dulu sebab Jesselton ini adalah jeti yang menghubungkan bandar Kota Kinabalu dengan pulau-pulau di sekitarnya. Nak pergi ke Labuan pun boleh jugak tapi orang ramai lebih prefer pergi ke Labuan naik di jeti Menumbok :)


Naik speed bot, dalam 15 minit pun dah sampai ke Pulau Manukan. Pergh ~ Masa dah dekat-dekat sampai dengan pulau tu kan, dah dapat dah rasa udara yang bersih, tak tercemar, segar, wangi ~ ok fine, ni penjelasan hiperbola namanya. Haha :D Tapi serius weyh ~ Kalau lah aku dapat bagi udara bersih tu kat korang supaya dapat rasakan pengalaman aku ni kan best. Wakakakaka ~ =.=" *Mai dah start mengarut dah ni !



Sampai-sampai je kat jeti, tak silap aku kena bayar dalam RM3 sorang rasanya untuk masuk. Kat dalam tu, kawasan dia memang bersih giler. Kau nak bergolek-golek nak buat drama Hindustan kat situ pun takpe sebab bersih. Haha :D


Lepas tu kitorang cari satu port baekkkkkkkkk punya. Kat sini tak payah bawak tikar pun takpe sebab dah disediakan kerusi meja dan sebagainya yang berkaitan. Semua meja dan kerusi tu pulak terletak betul-betul bawah pokok. Pergh ~ Memang heaven lah kan? Hehe



Then kitorang satu family snorkeling. Weyh weyh ~ Sumpah best taw tak?!!! Haha ;D Dapat tengok ikan secara live depan mata. Ada macam-macam jenis ikan. Ikan yang macam Finding Nemo tu pun ada jugak. Haha :D Lepas tu kitorang pun bagi makan ikan tu dengan roti. Eh eh ~ Masa ni memang best giler sebab semua ikan datang dekat dengan kita.


Lepas tu yang paling aku rasa best sekali ialah apabila ada sekor ikan tu datang dekat aku dan gigit-gigit manja jari telunjuk kanan aku nie. Haha :D Wah ~ Maka dengan ini secara rasminya, ikan yang gigit jari aku tadi adalah hak milik aku ok?


Tapi disebabkan aku ni berperikemanusiaan banyak, maka aku lepaslah die dalam laut. Pergilah engkau dengan teman-teman engkau. Haha :D





Haha :D Yeah ~ Aku tahu pemandangan die sangat lawak lawa kan? Haha :D Sesape yang minat dalam bidang photographer, boleh lah datang ke Pulau Manukan :) Pemandangan yang cantik menjamin kepuasan hati anda ketika mengambil gambar. Haha :D


Aku ni boleh jadi pemandu pelancong kan? Bab-bab nak promote benda, bercerita, berpot pet pot pet, boleh je bagi dekat aku. Haha :D


Tukar-tukar baju dan pergi makan sebab perut lapar. Haha ;D Kitorang just makan sikit je kat Jesselton tadi. Hehe :) Tapi kalau nak makan dekat pulau, sebaik-baiknya sediakan duit yang mencukupi yer akak-akak abang-abang. Haha ;D Istilah 'mencukupi' tu aku pun tak taw berapa RM kena bawak. Haha ;D


Haaaaaaaaaaaaa ~ Tadi kan aku ada cakap pasal ikan-ikan yang datang kat kita kalau kita bagi makan kan? Ini lah contohnya. Haha ;D Memang best giler bila tengok ikan-ikan tu makan. Weyh ~ Ikan-ikan tu semuanya comel-comel belaka macam barbie doll. Ya Allah ~ Aku tak tipu. Comel-comel belaka. Sebab ikan-ikan tu kecik tenonet jer. Haha :D


Sementara tunggu speed boat dan ketika berada dalam speed boat, ayah aku adalah snap gambar-gambar di sekeliling pulau tue. Pergh ~ Memang lawa giler ^.^






Ehem ehem ~ Aku suggest korang datang lah ke Pulau Manukan ini. Memang tak rugilah habis duet korang kat sini sebab kepuasan hati memang dapat dijamin 100%. Kalau tak puas hati, duet tu memang dijamin tak boleh dipulangkan balik lah. Haha :D Kiranya berbaloilah pergi Pulau Manukan ini sebab

Jauh perjalanan luas pengalaman ! :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, November 27, 2010

Radio






TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, November 26, 2010

[Song Review] Dadali - Disaat Aku Mencintaimu






Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta




p/s : He gave this song to me :') and I listen to it everyday



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, November 25, 2010

Apa Aku Rasa Sekarang Ini?



Aku tak faham kenapa dengan aku sekarang ini


Buku Harry Potter and Deathly Hollows tak jumpa-jumpa lagi

HP aku yang tak sokong fonts dan tema yang baru aku download

Line internet macam kentut busuk, nak keluar tapi tersekat-sekat

Facebook aku yang dah tak meriah macam dulu

Semua game yang ada dalam laptop dah habis main

Movie-movie dekat HBO pun macam tak menarik perhatian langsung

Lagu-lagu yang bermain di radio macam menyakitkan hati jer

Mata aku yang macam bagi petanda suruh pakai spekkkkkkkk jer

Perut aku yang selalu mintak makanan sedap-sedap

Bila keluar shopping, tak taw nak beli apa @ tak ada benda yang berkenan di hati






=.="


eh eh ~ tak baik mengeluh nanti cepat tua :p







Weyh ! Bila masuk U untuk sem 2 hah?
Rindu kawang-kawang weyh ! :D




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, November 20, 2010

Apa Yang Istimewa Pada Dinner ASCAPS - Masquerade Night?




*ENTRY PANJANG & BANYAK DENGAN GAMBAR*


Salam. Yeah ! Disebabkan line internet yang MAHALAJU ini, aku nak gunakan kesempatan dengan update cerita pasal dinner kos aku sebulan lebih yang lepas =.=" Haha :D Jangan marah dekat aku yer kalau aku lambat cerita sebab aku kan buzy dan line internet pulak macam cemburu je dengan aku =.=


Dinner Public Administration UiTM Dungun pada sem ini bertemakan Masquerade Night. Masa aku dapat tahu tema die yang kena pakai topeng-topeng ini, aku dah buntu dah duk fikir pasal gaun. Yelah ~ Tema macam ini kenalah pakai gaun kan? Hehe :D Lagipun masa Form 5 aku dah pernah menghadiri dinner bertemakan benda yang sama :)

Petang before dinner, raptai duluuu ~ :D

Makanya, 101010 menjadi malam yang paling manisssssss dalam hidup aku :) Bukan hidup aku sahaja, malah boleh dikatakan semua budak-budak DPA. Sebab apa? Sebab malam tu best sangat-sangat ! Kitorang memang enjoy giler dengan apa yang berlaku pada malam tue.

Meja pendaftaran :) Bagi invitation card with your names dan dapat pin bunga setiap seorang :) Tapi aku dengan geng-geng aku rata-ratanya terlibat dengan pementasan Cinderella. So kitorang tak payah daftar pun takpe :) Haha :D

Dewan Aspirasi :) Malam tu, dewan ini macam best sangat-sangat walaupun sebelum ini aku cakap dewan tu macam ngok ngek sikit sebab aircond sejukkkk sangat :) Haha ;D Kitorang beruntung sebab semua orang dapat masuk dalam dewan. Ada sesetengah budak kos lain, kena duduk luar dewan bawah khemah sebab diorang ramai sangat. Hehe


Appetizer - Satay ! Haha :D Err ~ Ni bukan meja aku ok? Ni meja clazmate aku yang lain. Satu meja boleh muat dalam 12 orang tak silap aku. Ada yang campur lelaki perempuan, ada yang kaum sejenis jer. Terpulanglah pada masing-masing. Macam meja aku, kitorang campur lelaki perempuan sebab satu meja tu dah reserved untuk budak-budak Cinderella :) Nak buat macam mana kan? Senior dah tetapkan :)

Pembukaan persembahan - marching band ! Kos kitorang sangat-sangat beruntung sebab Drum Major U kitorang ni budak DPA, kitorang panggil dia DM jer :) So dia boleh request untuk budak-budak band buat persembahan malam tue. Sedangkan untuk kos lain, tak ada pun taww ~ Hehe :D

Yeah ! Our Cinderella ! Act aku tak nak join pementasan nie sebab masa ni dah dekat final tak silap aku. Tapi budak-budak kelas aku asyikk duk pujuk aku kan? So aku pun TERjoinlah jugak. Haha :D Kitorang tak guna skrip betul pun. Just tahu apa yang nak kena buat then cakap jer :) Lagipun kitorang berlatih Cinderella ni 3 hari sebelum dinner nie. Haha :D


Setiap part kena sediakan satu persembahan. Kitorang yang part 1 ni ada 2 persembahan rasanya, Cinderella dengan nyanyi. Yang nyanyi tu clazzmate aku jugak ! Haha :D Habis semua persembahan malam tu, budak-budak kelas aku yang conquer sebab kitorang punya Exco Part 1 adalah budak kelas aku ! Haha :D Drum roll please to Mr CasPIAN !! Haha :D


Kemudian, ada senior tu nyanyi lagu Munajat Cinta dan Madu Tiga by Dewa19. Pergh ~ Memang best giler lah sebab boleh dikatakan semua orang nyanyi sama lagu tue. Haha :D Dan sekarang, tiap kali aku dengar lagu tu, mesti aku akan teringat balik Dinner kitorang nie :) Yang tak boleh blahnya masa nyanyi lagu Madu Tiga tu sebab boleh dikatakan semua budak laki bersemangat giler nak nyanyi lagu tue. Haha :D


Lepas je kitorang habis buat persembahan Cinderella, kitorang kena pergi ke meja kitorang sebab tak nak bagi crowded sangat dekat backstage tue. Ya Allah ~ Sumpah sempit giler kot kat belakang tue. Dah lah kitorang ramai. Huhu. Masa kitorang berlari tue, yang lelaki takpelah sebab dorang punya kasut flattttt jer kan? Tapi kitorang yang perempuan ni, berlari macam kena kejar dengan anjing. Dah lah dengan kasut tinggi 3 4 inci. Haha ;D Memang the best lah kan? Hehe


Backstage :) Before Cinderella. Act ni sebenarnya tandas lelaki taw. Tapi disebabkan dalam tandas ni ada aircond (!) dan kawasannya yang agak luas dan ada tempat duduk, makanya kitorang duduk je dalam tandas nie. Haha :D

Let me introduce to you, this is Nabilah Hani Azali. Haha :D Dia lah Cinderella kitorang. Haha :D Tapi kitorang punya version lain. Selalunya Cinderella ada yang tertinggal kasut lah, iPod lah, HP lah kan? Kitorang punya version, tertanggal gigi palsu ! Haha :D Sumpah lawak giler ok? Yang chewing gum act as gigi palsu lah ~ Haha :D

This is the trio, Fitri, Fahmi @ Alex Evans dan Khalis :) Diorang memang minat music. Malam tu diorang buat pesembahan nyanyi lagu Pergi by Aizat. Fitri dan Khalis tu pandai giler maen gitar. Fahmi pulak pandai nyanyi, suara sedaplah katakan ~ Haha :D Masalahnya sedap kerrr? Haha :D

My clazzmate :)

Glamourous :D

Hot stuffffffff ! Haha :D
From left ; Pian, Na, Ariff dan Mimi :)

The Girlssss ~
From left ; Pkah, Faizah, Fara, Lisda dan Hani

Azwan, Akma dan ehem ehem ~ Aku lah tu weyh ! Haha :D


Malam tu, Akma memang kelakar gilerr. Kitorang asyik gelak dengan perangai dia dan mengenakan die puas-puas hati. Haha :D Even though masa petang raptai tu pun, dia dah buat lawak die. Boleh dikatakan, malam tu, Akma menjadi penyeri dalam dinner kitorang ~ Haha :D

Nak kawan dengan Akma? Search kat Facebook, Jack Ackles. Haha :D


Yeah ~ Our main food for that night ! Haha :D Chicken Black Pepper with Mushroom Soup. Pergghhh ! Sedap giler taw tak? Berbaloi kitorang bayar RM30 untuk dinner nie sebab makanan memang best dan sedap giler. Layanan yang diberikan memang superb giler sebab yang layan kitorang ini pun senior-senior kos Hotal Management. Hehe ;p

Err ~ Hoi ! Sape die pulak lah amik gambar aku tengah makan nie?! Ni mesti kerja si Faizah tu. Haha :D Kuang ajaaaa!! Ok fina ~ Aku ngaku yang aku betul-betul makan masa malam tu ok? Aku lapar taw tak? Dah lah makanan die sedap giler ~ Haha :D


Lepas tu, ada persembahan dari Part 6. Yelah ~ Sem ini kan sem diorang yang terakhir. So dorang nyanyi lagu apa entah, siap dengan lilin lagi sebab masa tu semua lampu dewan ditutup. Memang syahdu jer masa tue. Lepas tu dorang ada bagi cake. Besar giler cake tue. Haha :D


Lepas tu dapat lilin sorang satu. Lilin tu macam sebagai tanda malam dinner kitorang lah ~ Memang cantikkkk giler lilin tue. Hehe. Aku simpan je lilin tu sebagai kenangan aku dengan dinner nie. Tak kan nak bakar kot? Hailoh =.="

Ouh ya ~ Semua persembahan itu sebenarnya adalah pertandingan taw. Kitorang tak expect pape pun sebab kitorang punya preparation for Cinderella tak adalah daboomm macam orang lain. Tapi entah macam mana entah, nasib kitorang kot, kitorang menang ! Dapat 1st place ! Haha :D

Masa die umumkan kitorang menang, kitorang yang duduk satu meja ni semuanya bangun dan menjerit macam orang giler. Haha :D Semua orang dalam dewan tu pandang je kat kitorang. Argh ~ Lantak lah kan? Malam ni aku nak enjoy so suka hati aku nak buat apa lah kan? Haha :D


Then habis sudah dinner kitorang. Masa ini apalagi, bergambar lah kan ! Haha :D Memang best sebab semuanya sibuk nak bergambar dengan orang tu, orang ni lah ~ Kebetulan senior yang handle dinner ni sediakan lighting yang baeekkk punya ala-ala red carpet so semua gambar nampak cantik jer :)


The Boyss ~

My clazzmate except for Adi, yang duduk sebelah kanannnn sekali :) Tapi die tu dah kitorang anggap macam clazzmate kitorang dah :) Even dia pun nak join kelas kitorang sem depan tapi tak boleh lah ~ Huhu


The Girlsss ~


Aku sayang giler dengan clazzmate aku :) Diorang memang superb gilerrrrr! Walaupun perangai lain-lain, latar belakang tak sama, gaya yang berbeza tapi kitorang semuanya boleh ngam. Boleh masuk kepala. Weyh ~ Sayang giler dekat korang :') Sem depan kita jumpa lagi tawww ~ :)


Lepas tu kat luar dewan ada terhidangnya cake yang Part 6 bagi tu kan? Mula-mula sorang sikit dapat rasa lah ~ Tapi bila dah mula kena krim cake, apa lagiiiiiiiiii ~ Haha :D Masa ni memang kecoh nak mampus sebab masing-masing sibuk amik krim cake dan calitkan kat muka orang lain.


Well ~ Budak clazz aku pun tak terkecuali lah kan? Dorang semuanya pakat duk kenakan antara satu sama lain. Haha :D Mula-mula aku tak nak main taw. Aku duduk jauh jer dari dorang semua. Tapi nampaknya tak berjaya sebab last-last aku pun kena jugak. Haha :D Kuang asam ! Haha :D


Masa ini baru je kitorang start maen calit-calit krim cake. Lepas tu, makin menjadi-jadi pulak! Masing-masing duk berlari macam budak kecik sambil menjerit-jerit dan gelak-gelak. Kebanyakkannya, budak kelas aku lah yang main. Budak kelas lain tak perasan pulak aku. Haha :D


Kitorang maen benda alah ni hampir sejam jugaklah ~ Pukul 1 baru balik dan aku lah antara orang yang terakhir meninggalkan dewan. Haha :D Memang best sangat-sangat masa tue. Enjoy giler weyh ! :D


This is the most exciting dinner I ever had in my life ! :DDD




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts