Top 5 Vlogger Yang Perlu Anda Tonton!

By Mysara Newrie - Saturday, July 30, 2016

Assalamualaikum wbt


Hai korangg! Sementara aku tengah rajin nak berblogging ni kannnn, aku rasa nak sharekan dekat korang antara top vlogger yang selaluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu aku takkan miss atau mesti akan habiskan berjam-jam lamanya tengok diorang dekat youtube hihihi


Yelah ~ bila dah duduk rumah je, so haruslah layan youtube kann?


1) Belinda Selene

Belinda Selene
Weyh weyhh ~ dia ni lah yang paling aku sukaaaaaa dan paling tak miss. Sebab dulu dia rajin giler buat dan hias planner dia, lepas tu sekarang dia sibuk duk buat decor and hias hias rumah dia. Lepas tu sekarang ni sibuk pulak duk ajar orang untuk make up dengan betul. Jeles pulak tengok dia ada banyak betul benda-benda yang cantik, make up yang lawa. Lepas tu dia pun pandai fashion jugak tauu hehehe


Aku rasa yang buat dia best adalah sifat dia dan karakter dia yang happy go lucky kott ~ Kalau tengok Snapchat dia, selalu dia up video pasal dia dengan husband dia, pasal dia dengan kawan-kawan dia p vacation.


Dialah antara vlogger yang terawal aku jumpa masa Degree dulu yang aku terus macam okay tekann butang subscribeee! hahahaha



2) TheMakeUpChair

TheMakeUpChair
Okay yang ni aku pun suka tengokkk! Suka gileeeeeeeeeee okayyyyyyyy sebab dia banyak ajar kita macam mana nak cara make up dengan betul. Dia selalu share tips and tricks, hacks etc. Memang best sebab video dia padat and banyak info. Dia akan ajar basic make up dengan betul, bukan setakat tu je ; dia akan ceritakan pasal brush, pasal contour dengan betul, highlight muka dengan betul etc.


Pendek cakap, video-video dia memang bagus sebenarnya. Dia pun well-explained dengan semua benda and mudah nak faham. Aku suka dengan karakter dia yang calm and rileks je. Video dia direct pada tujuan yang dia nak.


Oh ya, dia ni pun antara top vlogger beauty dekat Ireland and tak silap aku ada dia ada terbitkan buku make up dia sendiri. Aku dah usha harga dia. Oh mak oiiiiiiii  ~ mahal noks. One day okayy? One dayy! Hahaha


Serius korang kena tengok video dia. Sebab kadang-kadang kita tak tahu kulit muka kita ni jenis warm ke cool, jenis dan bentuk muka kita ni bulat ke lonjong, warna lipstick apa yang sesuai dengan kita. Sebab kadang-kadang kita tengok cantik dengan orang lain, tapi sebenarnya tak pun dengan kita. So dari video dia ; aku banyaklah tau sikit sikit pasal make up and how to be more pretty with the make up hihihi


Aku ni tak adalah reti sangat make up tapi macam nak belajar make up and lately ni pun asyik suka beli make up jeeeeeee padahal bukan reti guna pun hahahah dasar pembaziran betul!



3) AlexandrasGirlyTalk

AlexandrasGirlyTalk
This one girl haaaaaaa I tell you, memang best! Hahahaha Alahai of courselah semua best! Sebab tu aku recommend dekat korang kan? Hahahhaha


Dia ni pun sama macam vlogger yang lain, sebab share life hacks, tips and tricks etc. Tapi yang aku suka pasal dia and membezakan dia dengan vlogger yang lain adalah sebab dia ni straight forward terus apa yang dia nak buat. Pendek cakap , dia tak banyak bebel macam orang lain -.-


Vlogger yang lain, video lama giler and 4 minit pertama duk bebel sorang-sorang bagai -.- Oh myy lambat aku nak tunggu. Tapi berbeza denga dia sebab dia jenis terus buat dan cakap apa yang dia nak buat. Lepas tu dia explain pun nicely and mudah faham so sebab tu aku tak teragak-agak nak subscribe channel dia :)



4) Tess Christine

Tess Christine

Dia ni antara vlogger yang aku baru jumpa so tak sempat lagi laaaaaaaaa nak go through semua video dia hahahah Tapi aku suka dia sebab dia cantiik. Daaaaaaaaa ~ hahhaa


Dia ni pun sama macam vlogger yang lain ; update pasal fashion, cara nak tiru macam mana artis berpakaian (oh myy gigihnyaa dia hahahh) lepas tu yang buat dia different sikit dari vlogger yang aku mentioned before this adalah sebab dia selalu upload video dia p vacation dekat Bali, Mexico etc So macam okay laaa ~ hehehe


TBH, aku baru follow dia okay? So tak banyak benda aku boleh citerkan pasal dia tapi okay lah ~ highly recommend sebab dia cantik hahahahha



5) Adrienne Finch


Yang ni aku baru jumpa channel dia. Dia ni lain dari yang lain sikit sebab dia banyak share pasal hacks dekat social media hahahah weyhhhhh banyak benda rupanyaaaa kita boleh buat and tips and tracks dekat social media macam IG and Snapchat yang kita sendiri tak tahu hahahha


Kalau korang jenis yang macam social media, yang sikit sikit nak upload or update ; seriously high recommended dengan dia nie. Memang best sebab dia pun bagus, tak meleret sangat videonya hehehe So boleh lah layan :)


Lepas tu dia ni pun rajin jugak macam ala-ala terjah orang dekat street and tanya apa-apa soalan and just randomly je pilih orang. Ala-ala macam wartawan lah kann? Hahaha aku rasa macam okay lahh ~ cuba kalau buat dekat Malaysia, tak ramai yang nak supporting sangat macam tue hewhewhewhewh #.#






So yeahh ~ tu je lah antara top 5 vlogger dalam list aku yang aku selalu tengok kalau bosan-bosan kann? Heheheh Actually banyak lagi okayyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Termasuk dengan video zumba, video lawak-lawak, video education (oh my godd paling best sebab tau pasal banyak benda!), video masak-masak (tak boleh tengok sangat nanti asyiik lapar)


Tapi nak letak kan semuanya dalam satu entry kang macam panjang sangat so yeahh ~ kali ni kita letak 5 je okay? Heheh kalau nak lagi, give it a comment and I will considered about itt :) Hehehhe


p/s : Actually dah siap entry yang ni before this tapi entah macam mana terdelete anddddddd tak save! So macam paksa kan diri untuk buat jugak entry yang samaaaa so macam excitement tu dah berkurang -.-





  • Share:

You Might Also Like

0 comments