Khas Untuk Awak

By Mysara Newrie - Wednesday, October 27, 2010



Tak tahu nak cakap apa -.-

Sumpah sakit dada ni tahan sebak
Sakit mata bila tahan air mata dari jatuh


Sunyi
Sunyi
Sunyi


Tiada lagi panggilan yang selalu dari kau
Tiada lagi mesej-mesej yang manis dari kau


Tiada
Makin lama ianya semakin tiada
Kenapa?


Mesej ku tak berbalas
Panggilan ku tak diangkat


Adakah aku yang seperti melukut di tepi gantang?
Adakah aku sahaja yang beria-ia selama ini?


Ya Allah ~
Inikah ujian dan dugaan yang perlu aku hadapi di saat-saat ini?
Jika benar, Kau kuatkanlah hati dan jiwa aku
agar menghadapi ini semua dengan hati yang tenang



Aku cuba untuk tahan dengan semua dugaan ini. Kenapa kau berkelakuan begitu. Ya ~ Salah aku barangkali. Salah aku yang menyebabkan kau berkelakuan begitu. Hati aku sedih.


Maaf. Maaf dan Maaf. Aku sedar banyak salah aku dengan kau. Aku cuba menjadi yang terbaik untuk tapi setiap kali itu ada sahaja yang halangannya dan terang-terang kesalahan aku dimata kau. Sekali lagi aku yang menjadi penyebabnya.


Maaf. Aku cuba untuk gembirakan kau tapi nampaknya aku gagal. Aku gagal dalam membuatkan kau tersenyum dan bergelak ketawa dengan aku. Haih ~


Ya Allah ~ Tolonglah hambaMu ini !
Berikanlah petunjuk kepada ku


  • Share:

You Might Also Like

4 comments