14 Info Pasal Master Di UITM Yang Perlu Anda Tahu

by - Friday, August 26, 2016

Assalamualaikum wbt



Playlist lagu You Dont Own Me -  Lesley Gore


Okay aku percayaaaaaa entry ini adalah yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang esp kawan-kawan aku! Sebab? Sebab ramaiiiiiii tau yang whatsapp dan DM aku dekat FB tanya pasal macam mana nak sambung Master nie. So untuk memudahkan rujukan masa depan, meh meh aku tulis dekat blog je lah, senang! :D

Suits up everyoneeeeeeeee! 

Marilah berbahagia semua haahha Oh ya, entry ini KHAS untuk mereka yang nak sambung Master di UITM bawah Faculty of Administrative Science and Policy Studies (FSPPP). Kalau sambung Master di bawah faculty lain, Im not sure it is same or not :) Tapi soalan-soalan basic tu adalah aku boleh tolong jawabkan



  • Macam mana nak sambung Master di UITM?
First thing first, korang kenaaaaaaaaaaaaaa selalu rujuk dekat website SINI okay! Di mana? DI SINI. Sebab ini adalah website khas untuk postgraduates students UITM. So dekat sini, diorang akan selalu update pasal intake bila, registration bila etc. So pendek kata, memang dekat website ni je lah okay? Offer letter pun diorang akan bagi dekat sini je, just masukkan IC korang je

Masa register Master tahun lepas

Based on experience aku, before study week final semester aku di UITM masa Degree, aku dah beli pin BSN sebanyakkkk RM 50 kot (lupa dah) untuk register Master dan ada kena isi borang dan kena mintak resource person. Korang boleh mintak majikan korang ke, lecturers ke. Kalau aku, masa tu aku kan dekat UITM Seremban so aku mintak lecturer lah :) Hihihii


Dalam masa yang sama, korang pun akan dapat offer letter dari UITM untuk sambung study Master tauu. Selalunyaa diorang akan offer untuk sambung kos Master in Administrative Science (MAS) iaitu master by research. Korang akan jadi students yang focus on research sahajaaa, tak payah nak pergi kelas. Okay now kita pergi satu persatu yee. Fuhh tetiba excitedddddddddd!



  • Nak amik mod pengajian apa?
Mod pengajian ni ada dua jenis ; korang nak full time atau part time. Full time adalah kelas selalunyaaaaaaa pada weekdays. Memang full time lah kan? Tak ada gap gap. Hailohh ~ hahahhaha Ibarat macam masa zaman kita Diploma dan Degree, hari-hari p kelas kan? Haa itulah full time! Same goes dengan masa Master nie. 


Kalau part time pulak, korang akan ada kelas pada weekend. Selalunya kelas weekend adalah orang yang bekerjaya pada weekdays. Kiranyaaa diorang bekerja sambil belajar laaa. Memang penat weyhh sebab aku pernah tengok kawan aku buat part timee. Isnin sampai Jumaat kerja. Sabtu Ahad kelas dari pagi sampai petang. Memang agakkk penat lah ~ tapi kalau dah determine nak sambung belajar, who cares kan?

Gelak di bibir bertalu-talu,
Gundah di hati tiada siapa yang tahu
HAHHAHAHAHA

Selalunyaa kelas part timee akan ada students yang lebih tuaaa dari kau. Yes, aku tak tipu. Kadang-kadang ada yang dah bekerjaaa sebagai PTD laah, police officer laaa, pegawai situ sana sini laaa tapi diorang buat part time Master. So bagi aku, memang best laaa sebab dapat kenal dengan orang yang dah berpengalaman, boleh share-share cerita kann?


Tips aku : fikir kemampuan kau. Nak datang kelas hari-hari, belajar macam biasa atau duduk rumah buat research yang aku yakin sangattttttttt takkan ada mood nak buat dan tulis dissertation sebab mood tak ada bila duduk rumah. Trust me, been through that before! :)



  • Nak sambung Master apa?
Master di bawah FSPPP ada beberapa jenis ; iaituu Master by Administrative Science (MAS) dan Executive Masters in Administrative Science (EMAS)Master in International Relation and Diplomacy (MIRAD) dan Master in Corporate Administration (MOCA). Berbezaa tau semua ni yeee! MIRAD dan MOCA aku tak tahu sangat so maaf, aku tak dapat nak jawab sangat lahh. Sorry!


EMAS ni adalah student master by coursework. Apa tue? Kita kenaaa p kelas hari-hari, study macam biasa. Dan dalam masa yang sama, kita akan ada kena buat research! Yass! Subjek yang paling digeruni kembali menghantui hahhaha Kena belajar SPSS balik semua etc laaa so simpan elok elok ye buku research Degree korang and pleaseeeeeeeeeeeee jangan pernah sekali pun kau tinggalkan kelas research yang mungkin di ajar oleh PM Rozali, best weyh kelas PM Rozali!


Kelas pulak adalah selama 3 jam setiap satu subjek and its on weekdays. Kelas selalunyaa satu hari satu kelas je so lepas jam 12 tengahari tue, dah boleh p tengok wayang hahahhaha (kantoi selalu buat!) Kelas pagi start jam 9 pagi dan kelas petang start jam 2 petang. So just nice laaa hehehhe Tapi ada jugak kadang-kadang kelas dari pagi sampai petang. Penat sikitlahh ~ tapi dont worry sebab lecturers mesti akan bagi take five kejap yang kadang-kadang akan bertukar jadi 20 minit sebab kami p cafe sebab makan. Otak penat belajar sama dengan perut cepat lapar. Okay hypothesis accepted! 


Menipu sangat take five makan cake SR hahahha

MAS pulak ada students master by research. The whole life of your master will be focus on buat research je sepanjang masa. Hahahhaha yang bestnya korang tak payah nak datang kelas, tak ada exam macam budak EMAS. Duduk rumah pun bolehhhhhhhhh buat research! Hahaha tapi mostly lecturers dekat UITM akan offer budak MAS untuk jadi Research Assistant (RA). RA ni ibarat buat dua kerja dalam satu masa ; dia akan buat research dia untuk grad dan juga bantu lecturers untuk buat research lecturers tersebut. Selalunyaa RA akan buat research tajuk yang sama dengan lecturers so senang, dua kerja siap dalam satu masa. 


Aku nak explain banyak-banyak pun tak tahu sangat pasal RA tapi inilah yang aku tau. RA ni ibarat korang akan bekerja dengan lecturers sambil belajar. Korang akan dibayar rasanya. Tak tahu pulak aku berapa bayarannya. Korang tak ada kelas untuk attend tapi kalau korang nak masuk kelas research yang budak EMAS ada, budak MAS pun akan dialu-alukannn. Sebab budak MAS kan fokus on research so haruslah research mereka kena gempakk hihihi Double the effort, triple the pressure you olss!

Masa ni tengah saat-saat genting nak siapkan research
Satu malam tak tidur!

Oh ya, budak MAS ni tak ada kelas sangattt tapi korang akan kena rajin attend seminar, conference etc yang kadang-kadang melibatkan level international. Ada je lecturers dari U dari oversea datang fac dan bagi talk, sessi presentation paper kau dekat hadapan students dari luar negara, depan kitorang, pre defend proposal, defend proposal. Its a step by step journey tau sebenarnya. Tak lulus yang ni, kena buat balik dari awal dan betulkan dan buat sekali lagi sampai kau berjaya. So you have to stay on the right track and ada milestones untuk research korang supaya korang dapat grad on time :)


Aku sambung EMAS sebab masa tu aku fikir aku nak belajar lagi dalam kelas. Aku rela. Dan dalam masa yang sama, aku tauu aku takkan buat kerja dan tulis research aku dengan betul dan baik kalau aku duduk rumah atau tak pergi kelas. Amik MAS memang kena disiplin tahap macam Cikgu Disiplin masa sekolah ; ikut rules dan tak boleh langgar satu pun pantang larang. Hahahha logik tak? Hahhaha kesahhh ~


Tips aku : fikir kemampuan kau. Nak amik EMAS atau MAS. Nak amik MIRAD dan MOCA pun depends pada korang okay.



  • Berapa yuran Master?
Ini soalan paling femes sebenarnya. Yuran Master UITM tak dinafikan memang paling murahhh sebab aku pernah tengok yuran di U lain, memang agak berbeza sebenarnya dengan di UITM. Yuran master di UITM berbeza-beza ikut kos tauu


Yuran EMAS adalah paling murah kott  ~ Yurannya antara RM 1700 - RM 2500. So korang boleh estimates lah sebenarnyaa. Yuran MOCA, MIRAD quite pricy lah jugak lah sebenarnya. Lagi mahal sikit dari kami budak EMAS nie. MAS pulak aku tak sure berapa bayarannnya tapi rasanya less than RM 1000 kott ~

Salah satu cara nak jimat, potluck! Hahahha

Dont worry gais. Korang boleh apply MyBrain, skim bantuan government yang diberikan untuk galakkan students untuk sambung master. Aku tak tahu sangat step step dia tapiiiiiiii selalunyaaa, masa register master dekat UITM, akan ada satu kaunter MyBrain dan korang boleh lah tanyakan macam-macam. Oh ya, lupa nak bagitau. MyBrain peruntukkan RM 10 000 untuk seorang tapi duit tu tak diberi kepada korang. Duit tu akan di invoice kan direct ke Bendahari UITM terus yee. So korang pun selalu kena rajin p update dekat Pejabat Bendahari pasal bayaran ni. 


Atau nak senang, korang p dekat Google dan taip MyBrain. Dalam masa yang sama, korang boleh start cari biasiswa MARA atau JPA. Unfortunately, aku tak layak untuk semua biasiswa nie. Kalau korang tak dapat jugak, korang boleh je nak apply PTPTN for master tapi aku tak amik


Oh ya, kepada budak-budak yang lahir di Terengganu, korang akan dapat bantuan persediaan dari Yayasan Terengganu sebanyak RM 1 000. Pergilah dekat website Yayasan Terengganu tu, prepare documents etc dan isi surat dan borang, make sure sediakan offer letter dan prepare documents yang ada cop pengesahan JKKK dan hantar ke Yayasan Terengganu tingkat 2. Kalau semuanya dah settle dalam satu hari, terus dapat duit cash on the spot! Hahahhaha


Tips aku : cuba cari sponsor. Master memang banyak guna duit ; duit print assignments, duit makan minum, duit naik bas Rapid p kelas, duit minyak dan tol kawan-kawan, duit berjimba hahahhaa OKay nexttt!



  • Kalau nak dapat dekan, kena berapa pointer dia?
Yasss. Ini adalah hakikat yang perit untuk diterima tapi inilah hakikatnya! Dekan Master UITM kena GPA above than 3.70. Paper failed akan dikira sekiranyaaaaaaaaa korang dapat gred B ke bawah. Maknanyaaa B- pun dah failed


Sebab tu, CGPA dan GPA budak-budak Master mostly memang tinggi-tinggi sebab semua aim tinggi. Kalau dapat grad on time tue, memang seratus juta ribu rahmattt sangat-sangat sebab bukan senang tauu?

Masa study week. Study group sangat-sangat membantu okay!

Master full time ni maximum kau boleh ada 4 semester je, untuk budak EMAS laaa ~ kalau lebih semester dari tu, dismiss rasanya. Rugi je tauu. So better tukar mod pengajian masa tue ke part timee sebab maximum semester part time 5 rasanya.


Tips aku : kejar carrymarks. Doa banyak-banyakk. Applied kan setiap apa yang kau belajar dalam exam nanti, bagi contoh yang real dan explain dengan details. Baru mantop!


Tips kedua : buat study group. Bahagikan nota-nota dan fotostatkan untuk kawan-kawan. Lepas tu sama-sama terangkan dan bincangkan. Buat past year sama-sama. Ya Allah ~ semua ini sangat membantu okay

Dengan dioranglah aku selalu study sama-sama hihihi


  • Sambung Master dapat kolej tak?
Unfortunately, memang takkan dapat. KECUALI kalau korang memamg rajin nak pergi Unit Kemudahan Kolej (UKK) dekat Menara SAAS every day untuk update ada tak bilik kosong atau terus pergi ke mana-mana pejabat kolej untuk tanyakan pasal bilik kosong. Selalunya bila diorang tau kau budak Master, diorang macam akan KIV dulu borangnya sebab diorang akan fokuskan dekat budak Degree dulu


Bila aku cakap diorang tunggu budak Degree, itu bermaknaaa paling kejap pun atleast akan amik masa sebulan lebih untuk tunggu update bilik kosong. Sementara nak tunggu tu, korang akan kena stay dulu lah mana-mana. Nasib baik, korang akan dapat bilik kosong. Nasib tak baik, korang kena cari rumah lain. Its 50 50 situation laaa


Aku pernah sekali tue, apply nak duduk kolej. Sementara tunggu tu, duduk rumah sewa. Tapi lamaaaaaaa gila keputusan nak keluar sebab tunggu budak second intake Degree masuk. Bila results dah keluar, masa tu aku dengan kawan-kawan aku dah start sibuk dengan assignments etc so end up kitorang decide nak stay je dekat rumah sewa sampai habis Master.


Tips aku : duduk rumah sewa. Cari dekat mudah.my rumah sewa atau p mana-mana bustop dekat Pusat Komersial Seksyen 7 dan dekat situ, berlambakk poster untuk cari housemates. Call dan tengok ruamh tu sendiri macam mana.



  • Banyak assignments tak Mai?
HAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH banyak weyh! Sebab tu aku gelak dulu sebab tetiba terkenangkan berapa jam je dapat tidur dan rehat bila dalam keadaan genting nak siapkan assignments. Tergelak sebab teringat karenah kawan-kawan yang stress dan macam-macam perangai keluar bila dah mood tak betul, otak tak cukup oxygen. Teringat betapa sakitnya tulang belikat aku sebab lenguh duduk menghadap laptop dari pagi sampai ke pagi hari esok Y.Y

Take five dengan selfie hihihi



Bayangkannnnnnn ~ satu subjek ada atleast 4 assignments kena buat. 4 subjek dalam satu sem darab dengan 4 assignmentss kau kena buat. 16 assignments babe. 16 16 16 16 16 16. Takut tak? Hahaha tak adalah ~ bukan nak takutkan korang tapi inilah realitinyaaa. Better korang prepare awal-awal dari korang terkejut nanti


Kadang-kadang aku rasa macam 'Ya Allah, dah habis kerja yang ni. Yang ni pulak menanti' Ibaratnya assignments dan kerja ni macam tunggu giliran nak kita belai dia. Macam doktor. Rawat patients sorang per sorang. Non stop. Haa ~ macam tu lah ceritanya dengan budak master nie hahhaha Kerja memang banyakkk! 


Kadang-kadang kann, bila ada kawan kitorang macam "Eh, korang tau tak kerjaaa.." dan kitorang terus potong cakap dia sambil hempas pen dan buku dan serentak cakap "Huaaa, apa lagiiiiiiiiiiiiii?" lepas tu semua orang gelak-gelak hahahha Kenangannyaa weyh! Sebab masa tu memang tahap dah tak larat dah.

Group policy, dengan diorang sama-sama betulkan assignment yang sama
sebanyak 3 kali hahaha

Tips aku : buatlah kerja dari awal hahaha aku ni yang sampai tak tidur dua hari sebab siapkan research Chapter 4 dan 5 sebab kes buat kerja lambat laa ~ duk tangguh-tangguh lepas tu dan lagi p tengok wayang sampai 4 malam berturut-turut apa kes? Okay ni tak valid sebab masa tu memang semua kerja dah siap sebenarnya hahahhaha



  • Guna buku ke untuk Master nie?
Yes and No. Sebab memang ada yang guna dan memang yang takada. Tapi aku perasan kan, memang masa master ni memang banyak giler guna journal. Tak kisah subjek apa pun, memang ada guna journal. Buku tu tak banyak sangat. Slides pun ada jugak tapi selalunya slides ni adalah ringkasan kepada journal jugak sebenarnya


Nota? Dont worry. Guna je journal! Hahahhaha kadang-kadang ada jugak lecturers bagi nota dekat students portal. So korang download dan print kan je lah. Even buat assignment atau research, memang depends on journal je. Tak payah nak p library rujuk buku sangat. Sebab semuanya di hujung jari anda

Aku banyak buat mind map je untuk cepat faham

Tips aku : kalau lectures suruh baca journal sekian sekian, SILA BACA. Sebab adalah tu hintnyaa. Serius tak tipu. Kisah benar : lectures kami suruh baca 8 journal dan kitorang buat study group. Tahu tak, berbaloi gile study group kitorang sebab semua journal yang kitorang baca tue, masuk dalam final exam weyhhhhhhhhhhhhh ! Alhamdulillah, semua orang dapat jawab! Yang tak baca journal, tak dapat jawab sangat. See? Told ya!



  • Susah tak Mai assignments dia?
Hmmm agak lahhh ~ actually depends pada otak korang jugak. Kalau dah memang pandai, memang akan dapat buat. Macam aku, kadang-kadang aku macam terdown jugak lah sebenarnya. Sebab aku rasa macam aku dah bagi yang dah tahap tip top jugakk tapi bila lecturers cek dan komen, eh rupanya tak cukup lagi? Aduii ~ stress mak nok.


Bila dah di master nie, memang kena fikir luar dari kotak, KBKK memang kena tahap lagi tinggi dari bangunan KLCC. Oh yaa ~ Aku pernah sekali tue. Assignments yang sama kena edit dan buat balik dekat 3 kali Y.Y Nangis weyh. Stress gilaaa masa tue sebab aku rasa aku dah bagi yang tahap terbaik betul-betul dahhh tapi bila lecturers cek, terus macam eh eh kenapa rasa aku ni bodoh sangat nie? Aku ingat lagi masa tue, aku dengan Echa sama-sama dekat Teh Tarik Place duduk termenung macam mana nak buat assigments tue hahahaha Hasilnya? Dapat markah 14 per 20. Fuhh ~ kau rasa?


Tips aku : banyakkan jumpa lecturers. Kena jugak selaluuu bincang dan tanya lecturers apa yang diorang nak, apa expectation diorang dan kita as students, kenalah cuba untuk capai KPI mereka. Sebab ada lectures aku pernah bagitau, kita ni dah di tahap master so takkan kerja nak cikai-cikai je kan? Logik gak tueee

Dengan supervisor research aku, Dr Azizan. Banyak dia tolong aku sepanjang
pengajian aku nak habiskan study nie


  • Kena buat proposal ke untuk register Master?
Nopeee. Once dah tahu bila korang kena interview, korang datang bawak document yang diperlukan. Rasanya kena bawak transkrip korang masa Degree, IC korang. Tu je lah kot. Interview nyaaa rileks rileks jeee, Macam borak-borak macam biasa dengan lecturers. Kejap jeee, tak lama pun



  • Macam mana nak cari tajuk research / dissertation?
Itu terpulang pada korang. Bincang dengan supervisor korang. Masa dalam kelas, please fokus dalam kelas esp kelas SPSS sebab tu semuaaaaaaaaaaaaaaaaa korang akan guna masa nak buat research dan present resultsnya masa VIVA nanti. Setiap assignment SPSS tu pleasseeeee buat sendiri sebab barulah korang faham okay!

Zaman stay up dekat MCD buat SPSS sama-sama hihih

Tetiba teringat masa zaman-zaman stay up dekat McD sebab penangan SPSS punya pasal -.- Oh ya, korang boleh refer dekat blog Othman Talib. Dia adalahh sifu bab-bab Master nie. Sangat bagus weyhhhhhh! Highly recommended laa untuk korang esp budak MAS untuk p seminar dia ke, p baca blog dia. Memang bagus. Aku ni pun baru jumpa blog dia masa dah start halfway buat research dah huhu



  • Boleh ke apply Tenaga Pengajar Muda (TPM) masa sambung Master?
Boleh tak ada masalah. Cuma tertakluk pada kekosongan dan ada tak open offer nyaa. Masa aku, memang tak ada TPM so tak adalah ~ kami tak boleh apply. Macam mana nak apply TPM tu? Sorry aku tak tahu sangat sebenarnya huhu Kena selalu cek dekat website kot ~ Serius, aku memang tak tahu langsung pasal TPM nie huhu



  • Banyak tak guna duit untuk sara diri?

Basically, depends pada orang jugak sebenarnya. Macam aku, RM 150 dah aku save awal-awal untuk sewa rumah. RM 80 untuk bil telefon. Dan yang lain-lain untuk makan, jimba (wayang, karaoke etc) dan shopping. Oh ya ~ save jugak yee duit untuk assignments. Sebab kena banyak print journal, assignments dan research lagi.

Dah stress belajar, mari tenangkan diri dengan menjerit sekuat hati dalam wayang
Masa ni tengah excited nak tengok The Conjuring 2 hahahah

Masa VIVA hari tue, aku buat 3 hardcover dan 2 CD dekat Print Expert Seksyen 7 Shah Alam. Recommended untuk korang pergi dekat sini. Sebab servis terbaik and murah. Satu lagi, p dekat Pandawaja, dekat area sebelah kedai BurgerByte dekat Seksyen 7. Aku dah bagitau awal-awal nie haaaa hahahah Kalau nak kedai printer yang 24 jam, boleh p dekat OKU Seksyen 7 Shah Alam. Pukul 4 pagi pun aku pergi menapak print assignments sebab jam 9 pagi dah nak kena submit hihihi



  • Macam mana nak p kelas?

To be honest, aku memang tak bawak transport. So aku naik bas je. Bas free UITM tu yang bas C atau bas Rapid number berapa entah. Aku lupa. Boleh je tunggu dekat bus stop dekat Seksyen 7 tu atau depan Flat PKNS tu.



So aku rasa aku dah jawab kot soalan-soalan yang kerap di tanya oleh kawan-kawan aku bila diorang nak sambung Master. So aku asyik ulang benda yang sama je so end up aku fikir tulis dekat blog je lah hihi Boleh korang rujuk bila-bila masa dan untuk orang lain jugak kan hihihi


Kalau orang tanya aku kenapa aku sambung Master? Sebab masa tu aku tak dapat offer kerja lagi, aku macam tak ready nak kerja lagi. Plus, masa tu memang aku dapat peluang untuk sambung. Dengan support dari family aku yang tak putus-putus so aku sambungkan je lah. Lagipun, berkat Allah swt tu datang bila ada nya berkat dari ibubapa. Wah gituuu ~


Mengikut pengalaman aku sendiri, Master ni memang a tough journey. Bukan setakat nak kena study semuanyaaa dengan lebih mendalam, tapi ianya macam agak stress jugak bila tengok kawan-kawan kau yang sebaya yang dah kerja, dah ada duit sendiri, dah p melancong p sana sini. Jealous gak sebenarnya, sebab yelah ~ orang lain dah huahuahahuhuaua bersuka-suki, kau pulak duduk dekat rumah, stress nak register course dekat student portal hahhahahahahahhaah


Dari segi kawan-kawan pulak, aku rasa kawan-kawan masa Master adalah paling best in terms of teamwork dalam buat assignments. Sebab semua nak habiskan kerja cepat-cepat dengan kualiti tip top. Lepas tu, aku sendiri dapat rasa yang kami sama-sama nak tolong sesama sendiri. Dah tak ada competition, nak tunjuk aku lah paling hebat, aku lah paling pandai. Tak ada langsung sentimen fikiran macam nie.

Classmates aku, paling best kalau dah berkumpul sebab semuanya kelakar

Kalau ada kawan kau yang down, yang lain akan macam cepat cepat berkumpul dan bagi semangat. Kalau ada kawan kau yang tetiba nak quit Master, yang lain akan macam "weyhhh" dan akan menyusul lah berjuta dozen sebab-sebab kenapa kau tak boleh quit Master hahahhaah Kalau ada kawan kau yang tak tahu nak buat assignment, tak faham ; maka akan ada kawan yang lain akan tolong terangkan "okay dia sebenarnya macam nie..." sampai kau faham. Tapi ada jugak kes yang macam tak faham nak buat assigment dan ada seorang hamba Allah akan cakap "bagi email kau, aku send assigments aku kasi kau tengok macamana, tapi jangan tiru! Tengok sahajaaa!" Weyh bersyukurnyaaa dapat kawan-kawan satu perjuangan yang best dan baik macam nie! Semua insiden yang aku cakap ni adalah kisah benar yang berlaku di antara kami hihihi


Memandangkan tak ramai sambung Master, aku boleh kenallah most of budak batch aku. Tapi lecturers aku cakap batch kami paling ramai sebab mampu hold sampai dua kelas, sedangkan senior-senior kami mampu cukup untuk satu kelas je. Best dapat kenal kawan-kawan baru and ada yang perangai memang masuk air.

Batchmates aku hihihi tak ramai pun tapi kecoh bila dah bergabung


Masa last day habis exam hari tue hehehhe

Sepanjang perjalanan Master ni jugak, ada je beberapa kawan-kawan kami yang tersungkur. Maksudnya, dia quit Master lah ~ sedih bila tauuu kawan sekelas, kawan satu batch yang cakap byebye dekat kami. Ada sebab-sebab tertentu kenapa diorang berhenti. Padahal masa Part 1 Master, penuh je satu kelas. Tapi lama-lama , makin kosong huhu


So yeahh ~ this is it. Aku rasa aku dah delievered my best untuk bagitau pasal Master dan info-info yang korang patut tahu kalau nak sambung Master di UITM. Aku bukan nak takutkan korang tau! Aku cuma nak bagi korang general view pasal Master so that korang boleh prepare awal-awal. Tak macam aku dulu-dulu, tercengang-cengang jugak lah ~


Kalau ada yang nak sambung, aku nasihatkan sambung je lah. Pedulikan apa yang orang nak cakap. Kuatkan semangat dan percaya pada diri sendiri. Usaha kena lebih, main-main pun kena lebih. Sebab kalau asyik belajar je tanpa rest, lama-lama gila jugak jadinya. Aku bersyukur sebab aku dapat kawan-kawan yang sama-sama kuat belajar, sama-sama kuat melagha. Always doa dan mintak diperkuatkan semangat dan dipermudahkan urusan. Banyak dugaan sebenarnya, esp dengan diri sendiri, okay? :)


Kalau korang ada nak tanya apa-apa dekat aku, yeahh ~ boleh je contact aku. Insha Allah aku akan tolong jawab semampu aku :)

  
Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie

You May Also Like

0 comments