[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, February 07, 2016

Mysara & Overthinkingnya

Assalamualaikum


I cant sleep and thats why aku tulis entry nie. Tak tahu nak buat apa. 


Let be honest, aku asyik fikir pasal masa depan aku. HAHAHAH Yeahh, sampai kadang-kadang rasa macam moody pun ada sebab macam serba tak kena je dengan apa yang aku buat sekarang nie


Banyak benda yang duk bermain dalam kotak fikiran aku. Nak pergi satu persatu tak? Yeah meh meh sini


  • Results exam

Tak tahu bila keluar sebenarnya tapi macam hmm hmm risaunya. Aku sangat cuak bila fikir pasal nie. Harapharap lah lulus semua paper T.T Syarat lulus untuk UITM pulak kena B+ ke atas. Tu yang buat aku lagi cuak sebab ada satu paper tu aku macam hmm hmm tak boleh nak jawab. Risaunya hanya Allah swt je yang tahu

  • Thesis

Sem depan aku kena siapkan dua chapter thesis aku. Tapi before aku balik for cuti sem, aku ada jumpa SV aku untuk consult and nampaknya ada major perubahan yang aku kena buat sebenarnya. Bila aku fikir-fikir balik, macam kena buat balik pun ada sigh Dan aku tak buat pape lagi sekarang ni sebab yelaaaaaaaaaaa dah duduk rumah kan? So haruslah macam bersenang-lenang depan lappy sambil tengok movies online hihihih

  • Kerja

Aku selalu fikir bila dah habis belajar ni aku nak buat apa. Nak sambung PHD ke? Nak kerja ke? Tapi nak kerja apa? Majikan sekarnag ni pulak semuanya nak the best among the best kan? Layak ke aku nak sit dalam category tue? Ada ke peluang untuk aku masuk dalam dunia pekerjaan sekarang nie? Even sekarang pun ada je kawan-kawan aku yang tengah struggle dengna life masing-masing. Bila bayangkan life aku di tempat diorang, aku tak tahu macam mana nanti.

  • Life partner

Okay. Memang mengada sikit bunyinya tapi aku rasa aku dah kena fikir. Sebab aku dah 24 tahun dan aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang dah berkahwin dan bertunang hahah Even kawan baik aku pun dah bertunang so haruslah fikir :) Rasa happy tengok kawan-kawan dah jumpa jodoh mereka tapi tak happy bila sedar yang aku tak berpunya lagi hahhaha jap jap ~ bukan sounds desperate ke apa cuma yelah ~ kadang-kadang rasa macam terganggu jugak bila orang keep on asking pasal someone dalam hidup kita sedangkan kita tak ada lagi. Tambah-tambah pulak, semua orang macma berlumba-lumba nak kahwin hahahha hoi korang berjanji ke apa nie? So, sedikit sebanyak benda ni kacau aku jugak

  • Mati

Yes. Aku selalu fikir pasal ni. Kalau aku tak ada nanti, macam mana dengan parents aku and adik aku? Macam mana dengan life aku dekat sana sedangkan life aku sekarang ni pun masih terumbang-ambing lagi. Macam mana dengan amalan dan bekalan aku untuk ke sana nanti? Ada ke tempat untuk aku di sisi Dia? Insha Allah


Ramai orang cakap dengan aku, benda yang terbaik selalu datang lambat. Let be honest, adakah ayat tu dikatakan kepada aku hanya untuk sedapkan hati aku? Kadang-kadang rasa macam ya, kadang-kadang rasa macam tak. Hahah takbaiknya aku nie -.- Takpelah, mungkin Allah tahu kita tak bersedia lagi :) 


Kebetulan, aku tengah baca buku Remember Me by Sophie Kinsella. Bayangkan, dia baru baik dari accident dan life dia macam fast forward 3 years and she got everything what every girls would die for. Badan hot, muka cantik, gigi tersusun elok, director dalam company dia, dikelilingi kawan-kawan yang superhot, kaya-raya dan paling best dapat pulak husband yang handsome dan sayangkan dia sangat-sangat. Well ~ ini memang life yang semua orang nak kan? Best jugak sebenarnya :) Dan novel ni lah yang buat aku banyak duk fikir-fikir benda yang aku cakap before this sigh


Jap jap ~ ini semuanyaa dinamakan overthinking ke? Oh no, mysara buat hal lagi. Mysara dan overthinking berpisah tiada -.-


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts