Bangkit Semula

by - Saturday, March 05, 2016

Assalamualaikum


Hai korang! Hehehe tetiba rasa macam super excited pulak nak update entry :) Takpe, its better this way kan? 


Well, aku dah lepas pun habis minggu pertama untuk Semester 3 ni. Weyh ni dah final semester dah sebenarnya! Alhamdulillah. Aku maintain dengan UiTM dari tahun 2010 lagi hahaha Bukan tak nak move on dari comfort zone tapi entahlah ~ saje nak stay sebab senang dengan banyak benda dan perkara :)


To be honest, masuk hari ketiga aku dah down sangat-sangat sampai malam tu aku terus bercerita dari A sampai Z dengan roomate aku. Okay terus rasa lega bila dengar nasihat dia. Well ~ kalau kau stress, pergi je cerita dengan kawan-kawan or orang yang boleh kau percaya. Konfem rasa lega :)


Dan dalam masa yang sama jugak, cuba dengar ayat-ayat Al Quran. Aku rasa ianya sangat-sangat membantu apatah lagi bila dalam keadaan hati kita yang tengah tak tenang, tengah down, tengah serabut. Ya Allah, ianya sangat membantu. Give it a try :) Memanglah kita boleh cerita dekat kawan-kawan tapi nikmat tu tak sama dengan cerita dengan Dia


Dan dalam masa yang sama jugak, supervisor aku sangat sangat membantu aku dan banyak nasihat aku itu ini. Dia tau aku ada masalah dan dia nasihat aku. Katanya "Doa je Maisarah yang dapat kita buat kalau kita dalam keadaan tak tentu hala. Doa sebab Allah tu Maha Mendengar. Jaga hubungan baik dengan mak ayah, dengan kawan-kawan. Awak jangan pernah putus asa dan teruskan mencuba. Kalau saya boleh, kenapa awak tak boleh? Awak muda lagi" dan macam-macam lagi nasihat yang dia beri. You know what, sedikit sebanyak benda ni buat aku jadi alive again :) Alhamdulillah


Aku dah jadi down dah lama tapi aku sendiri rasa aku tak ada effort untuk aku bangun semula. Kenapa jadi macam nie? Sebab aku duk layan perasaan sangat dan tak fokus. Yea aku tau salah aku tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa aku kena bangun semula. Ingat mama ayah buat aku jadi lagi kuat untuk cuba lagi. Adik aku pun banyak nasihat aku :) 


Being surrounding with a bunch of people who you know loves you make you feel alive and happy. 

Semoga semasa hari terakhir semester 3 berakhir dengan senyuman seperti
hari pertama semester 3 juga :)

 

You May Also Like

0 comments