Tahun 2016 -- Alhamdulillah

by - Saturday, December 31, 2016

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, malam ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2016 sebelum kita melangkah ke tahun 2017 :) Alhamdulillah untuk 12 bulan yang penuh dengan benda-benda baru yang aku belajar, yang semestinya mematangkan aku, yang mengajar aku untuk lebih tabah dan kuat

Katanyaaa..

Overall aku rasa tahun ni semuanya baik-baik sahaja bagi aku. Tipulah tak ada benda yang sedih tapi aku rasa tahun ni aku macam aku more kepada happy je, tak ada sedih-sedih and yes ; aku memang happy dengan keadaan aku sekarang nie dan bersyukur dengan apa yang berlaku :)


So yeah ~ lets recap on what had happened to me in 2016!


  • HP hilang masuk lubang jamban

Awal tahun 2016 aku yang tak berapa nak okay sebab HP aku hilang masuk jamban hahaha The worst is HP tu hilang dalam 2 hari before aku nak final so memang agak emosi jugak aku masa tue. Cerita selanjutnya DI SINI


  • ChaYaNunAlifBa Vacation

I must admit zaman aku belajar tahun ni dan tahun lepas adalah yang paling best pernah aku hadap! Sebab ada satu geng kawan-kawan yang sekepala, yang gila-gila tapi yang penting -- time belajar kitorang perform! Hahahah :D So bila dah stress belajar, haruslah kami semua pergi bercuti ramai-ramai di Port Dickson. Ceritanya DI SINI

Rindu

  • ViVA dah lepas

Alhamdulillah ~ dari penghujung tahun lepas sampai awal tahun ni, aku memang struggle betul dengan research aku, boleh baca dekat SINI SINI SINI Hahahaha Masa tu memang blog je lah tempat aku nak bercerita. Dalam duk sibuk-sibuk nak ViVa ; tak tidur malam, dengan HP (untuk kali kedua) hilang kena curi 24 jam before ViVA dan kesuntukkan masa nak siapkan research aku, Alhamdulillah ~ akhirnya dapat jugak aku lepas ViVA dengan berjaya :) Boleh baca ceritanya dekat SINI dan masa ni aku baru sedar aku dah nak habis belajar dah selepas enam tahun di UITM :) Oh ya, kalau ada yang nak tanya dan tahu pasal Master di UITM, boleh baca dekat SINI. Aku dah sharekan semuanyaaaaaaaaaa pasal benda-benda yang korang perlu tahu 

Last day belajar :)

  • Cameron Highland, lagi dan lagi

Aku rasa tahun ni banyak kali betul aku pergi Cameron hahhaha Semuanya sebab nak pergi holiday dekat tempat-tempat yang sejukkkkkkkk je so memang Cameron je lah jadi pilihannya :) Ceritanya boleh baca dekat SINI . Disebabkan aku asyik p Cameron, so aku pun adalah sudi share beberapa tips kalau nak p sana, boleh baca dekat SINI

Bila nak vacation sama-sama lagi nieeeeeeeee

  • UEM Group welcomes you!

Alhamdulillah, lepas habis belajar ; adalah jugak aku pergi ke beberapa interview dan ditakdirkan aku dapat beberapa tempat. Selepas tolak terima beberapa kemungkinan, akhirnya aku masuk UEM Group :) Pengalaman training sebulan di ULC dan jumpa kawan-kawan yang sekepala memang takkan aku lupa! The best month ever kot! :D Boleh baca dekat SINI Psst ~ doakan aku dapat absorb ye! :)

Batchmates aku :D

My officemates <3 td="">

  • New business, new challenges!

Kalau sebelum ni aku jual serum, sekarang aku jual beg! Yang paling bestnyaaa adalah beg aku ni boleh ditulis nama! Korang boleh request untuk letak initials nama korang. Memang lain dari yang lain dan memang cantik! Nak tengok? Boleh tengok dekat IG @begkite :)

#perspexbyBK

#totesbyBK

  • Al Fatihah untuk Miss Fisha

Dalam aku duk sibuk-sibuk dengan kerja, aku dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang lecturer yang banyak beri impak kepada aku ; untuk sentiasa fikir positif dengan apa yang berlaku pada kita, untuk sentiasa berfikir di luar kotak dan selalu paksa diri untuk buat dan keluar dari comfort zone. Al Fatihah untuk Miss Fisha ; lecturer aku semasa zaman Diploma. Semoga roh miss dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat-tempat orang yang solehah




So thats it! Itulah antara perkara-perkara yang penting yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun nie. So far alhamdulillah, semuanya baik-baik dan aku mengharapkan tahun 2017 dan seterusnya ada perkara yang lebih baik berlaku pada aku, Insha Allah :)



p/s : masih berlawan dengan anasir-anasir jahat yang sentiasa mencuri peluang untuk melalaikan diri



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie


You May Also Like

0 comments