"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"
Haritu aku lepak dengan kawan-kawan aku tau, so adalah one topic tu kitorang discuss pasal benda ni
Selama ni aku pernah je dengar qoutes tu tapi kalini aku rasa macam ayat tu strike straight to my heart
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"
Kita selalu ingat yang baik tu adalah dia dermawan, baik dengan parents, dengan kawan-kawan dia, tak marah orang sesenang hati atau apa-apa sahajalah yang bebaik sahaja kan
But actually, baik tu scope dia lagi luas sebenanrya. Baik? Baik dengan Allah, baik dengan orang yang dia kenal
Then kawan aku cakap "Baik tak semestinya baik yang kita nampak. Maybe dia buat dosa dengan Allah dan dia bertaubat sungguh-sungguh dan ikhlas. Kalau Allah dah nampak dia baik, maka baiklah dia"
Aku macam teringat-ingat kawan aku cakap macam tu
Then kita muhasabahlah diri sendiri sikit kann
Selama ni, aku baik ke? Baik ke aku dengan diri sendiri, dengan orang sekeliling aku? Ikhlas ke aku jadi baik? Baik yang macam mana yang orang determine "oh Mai ni baik orangnya" Faham tak?
Atau baik yang dari segi kita ni asyik bagi duit dekat orang atau baik yang kita selalu senyum dekat cleaner?
Faham tak apa yang aku sampaikan ni? Kadang-kadang kan, kita rasa kita dah baik tapi sebenarnya baik ke kita?
Bayangkan eh -- kita selama ni kita rasa baik je, buat benda-benda baik tapi sebenarnya orang rasa tak pun. Worst case scenario, orang anggap kebaikkan kita ni hanyalah semata-mata wayang sahaja. Lagi hebat, kalau baik kita ni orang anggap sebagai bodek je
Gila.
Baik ni memang luas. Contoh, kalau seorang pencuri yang bagi duit dekat anak dia every time anak dia nak pergi sekolah, anak dia masih anggap pencuri tu adalah ayah yang baik, walhal sebenarnyaaa ayah dia mencuri, which is perbuatan tu jahat. Faham tak?
Aku cari maksud baik ni apa yang Google define adalah "perbuatan yang tidak jahat" Hahaha helping much?
Whatever it is, bagi aku, baik tu adalah benda yang orang lain buat yang kita suka bila terjadi dekat kita. Cukup.
"Baiknya dia" bilaaa
dia bagi laluan dengan kereta yang nak masuk simpang
dia ucap terima kasih dekat cleaner yang bersihkan laluan
dia senyum dekat strangers dekat bus stand
dia usap belakang kawan dia yang tengah menangis
dia bayar hutang kawan dia dengan secepat mungkin
dia sedekahkan duit dan baju pada rumah anak yatim
Banyak definasi baik ni
So kalau qoute "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik", menurut kamu, bagaimana definasinya?