
Ketika anda membaca entry ini, tuan empunya blog ini sedang dalam perjalanan ke Kedah, untuk Persidangan Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPP) dan aku terpilih untuk wakil batch aku, Part 2
Doakan keselamatan dan kejayaan aku di sana :)
Salam. Hari ini aku ceritakan sedikit pasal apa dah jadi dengan aku. Eh eh ~ Jangan bimbang. Aku cuma pergi menghiburkan hati sebentar, bukannya buat apa-apa pun :) Aku masih waras
Tengahari bertolak ke Dungun. Jumpa dengan adik aku, Hakim. Mak aku dah nak balik ke Sabah, hujung minggu ini. Sebab tu mak aku pergi Dungun hari ini. Dan adik aku pulak mintak mak aku masak Laksa Johor untuk die. Katanya, rindu nak makan Laksa Johor mak aku buat :)
Demi kasihkan anak, mak aku pun buat :) Masakan mak aku adalah yang paling sedap sekali kat dunia nie
Mak aku bawak Laksa Johor banyak giler sebab adik aku cakap die nak makan sekali dengan kawan-kawan die. Pergh ~ Mau dekat berbelas-belas jugak lah kawan-kawan adik aku tadi. Lepas tu, kitorang lepak-lepak sambil berborak-borak. Seronok jugak berborak-borak dengan kawan-kawan adik aku :)
Lepas tu rush to Mesra Mall. Sebab apa? Sebab nak jumpa Cik Mimi, Epy and Aiman ! :D Kebetulan dorang turun MM sebab nak jalan-jalan. So pergilah kitorang. Hehe
Sampai-sampai je, aku pergi amik duit dan jalan-jalan dalam MM sorang-sorang sebab mak aku dan adik aku pergi beli barang-barang sikit. Aku malas lah nak follow sebab aku nak hiburkan hati nie. Hehe
Lepas tu masuk Popular. Memang dah jadi habit aku mesti WAJIB singgah ke kedai buku walaupun tak beli apa-apa pun. Haha :D
Masuk je Popular, mata aku terus ternampak buku ini hah,
terus aku teringat cakap salah seorang akak di group Cinta Hati Sang Pelaut, die suggest dekat aku buku ini best. Soooo hmm aku belek-belek je lah ~ Yang aku jumpa tu yang BM punya version. Akak kat Popular cakap, yang BI punya dah habis -.-
Aku pun macam tak nak beli sebenarnya. Lepas tu bila dah TERbaca isi kandungan die, aku macam "eh eh ~ best jugak nie" aku pun beli lah ~ Lagipun dah lama dah aku tak beli buku-buku yang boleh aku baca :)
Then makan dengan mama, Cik Mimi, Hakim, Epy dan Aiman. Aku just makan Sausage Set yang orang makan time breakfast masa tengahari buta sebab aku tak ada selera -.-
Lepas tu masuklah bahagian boling kat MM tu kan? Tengok-tengok orang main boling, sekali adik aku nak main pool. Eh eh ~ Macam best je kan? Sebab aku tak pernah main pool sebelum ini so aku rasa macam nak try lah jugak kan main pool tue. Hehe

So aku, Epy, Hakim dan Aiman mainlah. Mula-mula nak main satu game je. Satu game RM 3 je. Aku try lah main. Diorang semua ajar aku main sebab diorang dah terror dah main ! Aku ni 1st time try dan main. Haha ;D So macam excited lebih sikit nak main. Haha ;D
Mula-mula nak main satu game tapi entah entah macam mana entah, dah terlanjak sampai dua game padahal nak kena hantar adik aku masuk hostel sebelum pukul 6 sedangkan masa tu dah pukul 5.45 petang. Haha ;D Best jugak main pool tadi :)
1st game Aiman menang dengan 5 bola dia dapat masuk and 2nd game Epy menang dengan 6 bola dapat masuk. Aku? Aku dapat DUA je untuk kedua-dua game. Haha ;D Eh kira ok lah tue kan? Hehe ;pLepas tu kitorang berpisah dan balik. Cik Mimi, Epy dan Aiman balik Kuantan dan kitorang balik ke Dungun sebab nak hantar Hakim. Sedih je sebab terpisah kat tengah-tengah jalan raya. Haha :D
Lepas je hantar Hakim, aku yang drive ke KT. 1st tima drive waktu malam. Ok scary gilerrrrrrr -.- Dah lah keadaan mata aku yang macam tak berapa nak nampak nie dengan lampu-lampu kereta dari arah bertentangan lagi -.-
Dan sekarang baru aku tahu kenapa parents aku tak suka travel malam dan sekarang aku tertanya-tanya macam mana lah orang yang drive malam bawak kereta? Tak silau mata ke cik abang, cik kak oiii? -.-
Dah lah ~ Aku nak baca Men are from Mars, Women are from Venus :)
Sedih lagi. Sedih sedih dan sedih
Ya Allah ~ Bagilah aku kekuatan
Ya Allah ~ Bagilah aku kekuatan

Menggigil tangan aku ketika aku menaip entry ini. Sakit di dada ni, rasa macam ditoreh-toreh pisau yang tajam. Pedih dan ngilu
Korang rasa tak apa aku rasa? Meh sini datang dekat kepada aku. Aku akan toreh dada korang, aku akan tikam hati dan jantung korang. Nah ~ sakit bukan?
Aku tahu aku salah. Aku lah yang bodoh lagi bengong kerana terfikirkan benda bodoh tu. Aah ~ benda bodoh kan? Selalunya orang-orang yang tak berfikir panjang macam aku je akan buat benda bodoh macam tue
Dan jika tak kerana benda bodoh tue, aku yakin, kita masih bersama lagi. Haih ~ Takdir Allah. Takdir Allah yang nak kita bertemu, bercinta, bergurau senda, bergelak ketawa, berkongsi tangisan dan akhirnya...kita berpisah juaa. Takdir Allah tak ada sape mampu lawan
Bila aku sakit, aku tutup mata dan cuba untuk hilangkan semua bayangan kau dari ingatan aku. Tapi kau kejam. Kau masih tetap subur bersemadi dalam jiwa dan hati aku. Apa yang dah kau lakukan pada aku?
Tiap-tiap malam aku menangis. Menangis kerana kau. Pernah tak cuba kau bayangkan betapa sakitnya mata aku mengeluarkan air mata, sakitnya dada aku menahan sebak, sakitnya hati bila kau pergi, sakitnya hidung menahan hingus dan sakitnya jiwa bila kepingan yang terakhir hancur berkecai dan kepingan terakhir itu adalah kau
*mengelap air mata
Selepas ini, aku akan bersendirian. Aku akan biasakan diri aku untuk bersendirian kerana aku yakin, kau tak kan datang kembali kepada aku. Kau hanya datang ibarat mimpi indah kemudian menjadi mimpi ngeri kepada aku bila kau pergi. Sedarkah kau, peninggalan kau itu meninggalkan satu kesan yang bertahun-tahun lamanya untuk sembuh?
Aku ingin kau tahu, aku manusia biasa, yang selalu buat kesalahan. Apatah lagi aku, seorang gadis yang sangat-sangat nakal, suka buat perkara yang tak semua perempuan buat dan sangat giler-giler otaknya. Aku selalu buat salah dan setiap kesalahan aku tersebut, pasti aku akan belajar sesuatu darinya, insyallah
Cuma aku percaya, manusia di atas muka bumi ini pasti diberi peluang kedua. Peluang kedua yang akan digunakan sebaik-baiknya oleh orang tersebut. Kau? Ketika kau tinggalkan aku, aku beri kau peluang untuk kau betulkan semula. Tapi aku? Aku tak diberi peluang untuk betulkan kesalahan aku
Mungkin aku perlu ingatkan dalam fikiran aku bahawa aku memang tak pernah diberi peluang untuk betulkan kesalahan aku
Kalau begitu, aku akan pastikan aku tak kan buat kesalahan dalam hidup aku kerana aku tahu, aku tak pernah diberi peluang untuk memperbetulkan kesalahan aku
Atau mungkin tidak. Kerana aku manusia biasa yang sentiasa buat kesalahan
*mengeluh
Ya Allah~ Kau lah Maha Agung. Kau Maha Mendengar rintihan hamba-hambaMu ini. Kau salurkan lah kekuatan yang Kau beri kepada Nabi Muhammad saw dan para sahabat kepada aku sedikit agar aku masih mampu lagi bernafas pada esok hari
Kau berikan lah aku kesempatan untuk merasakan cahaya kegembiraan dan kebahagian kepada aku walaupun mungkin aku akan mendapat cahaya tersebut ketika saat-saat terakhir aku di muka bumi ini.
Kau berikan lah aku kesempatan untuk merasakan cahaya kegembiraan dan kebahagian kepada aku walaupun mungkin aku akan mendapat cahaya tersebut ketika saat-saat terakhir aku di muka bumi ini.
Biarkan aku disini. Biarkan aku sendirian sekejap. Biarkan aku berfikir sebentar. Biarkan aku menangis sepuas-puas hati aku

Maaf. Mungkin kamu semua perlu tahu, Mysara Newrie yang kamu kenal ini mempunyai hati yang sangat-sangat rapuh
*menangis lagi
Salam. Mari lah kita baca entry sedih lagi suram aku lagi hari ini
Pernah tak rasa sayang sangat-sangat dekat seseorang itu sampaikan susah rasa nak lepaskan dia? Macam tu lah yang aku rasa sekarang ini
Sakit kan? Rasa macam ada lubang besar giler dalam dada nie. Rasa lemah satu badan kita nie. Dan masa tu, kita tak mampu nak fikir dengan baik. Itu yang aku pernah rasa dulu
Susah kan? Rasa macam kita dah tak boleh bernafas. Rasa macam kita dah tak tahu nak buat apa bila dia dah tak ada. Habis tu, macam mana kita nak hidup kalau nak bernafas pun susah? Baik mati je lahh
Tapi Allah dah bagi kita hidup dan nyawa dengan percuma. Tak kan kita nak sia-siakan macam tue. Berdosa bersar kalau kita fikir macam tue. Astagfirullahalazim. Tak baik. Allah tu Maha Pemurah, die bagi semua kenikmatan kepada kita tanpa mengenakan bayaran apa-apa. Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah ~
Habis tu macam mana dengan perasaan ni? Kita kenalah sabar. Allah nak bagi kita susah supaya bila kita senang nanti, kita tak kan lupakan Dia. Allah tu Maha Pengadil. Bila dia bagi kita sakit, esok lusa dia bagi kita senang
Takpe. Sabar lah duhai hati. Allah sedang menguji kamu :')

