Cerita Masa, Rakan-rakan dan Dugaan

By Mysara Newrie - Monday, August 30, 2010



Salam. Buat masa ini aku macam terlebih rajin sangat-sangat nak pergi ke CC Kapas semata-mata nak buka FB dan blog, walhal aku boleh sangat lah nak buka FB melalui HP pakai Opera Mini. Kemudian aku tersedar satu perkara kenapa aku rajin sangat nak pergi CC Kapas.


Aku rindu dekat blog aku
T_____T



Sumpah weyh ~ Rindu sangat-sangat nak update blog macam lepas SPM hari tu dengan entry yang penuh dengan gambar-gambar, cerita mengarut dan cerita seharian aku, cerita kenangan lepas, cerita cinta, review lagu dan filem dan tak lupa jugak aku ada kongsikan tutorial kan?


Tapi sekarang ini masa sangat pantas berlalu. Tadi masa kelas Interactive Multimedia, lecturer aku ucapkan "Selamat Hari Raya", aku macam baru tersedar. Rasanya baru semalam je aku berpuasa untuk hari pertama tapi sekarang dah nak dekat raya dah. Ya Allah ~ Cepatnya masa berlalu


Sekarang ini, dah dekat nak cuti dah. Lepas cuti, aku ada masa dalam 3 minggu untuk belajar, satu minggu untuk presentation dan satu minggu untuk study week kemudian terus Final Exam. Eish ~ Betul ker? Rasanya baru minggu lepas aku jawab paper untuk midterm. Tup tup dah dekat dengan Final dah? Cepatnya masa berlalu ~


Malam ini aku ada kelas macam biasa. Kemungkinan malam merdeka ini aku sambut di Cafe Kapas je lah ~ Macam dah jadi kebiasaan bagi aku dan kawan-kawan sekelas aku untuk lepak di Cafe lepas habis kelas waktu malam. Duduk satu meja ramai-ramai kemudian bukak topik. Macam-macam kami semua borak kan. Dari isu semasa, lecturer-lecturer kami, hal cinta-cintun, raya, puasa, keluarga ~ Semuanya diluahkan dalam satu meja tersebut. Seronok ^.^


Tapi dalam masa yang sama aku sedar tentang tujuan utama datang sini. Aku kena score tinggi dan dapatkan AD untuk sem ini. Ya Allah ~ Harap-harap aku dapatlah AD. Insyallah ~


Oh ya ~ Bulan puasa ini memang betul-betul bagi cabaran, bukan sahaja kepada aku malah kepada kawan-kawan aku jugak. Boleh dikatakan setiap hari, pasti ada masalah yang timbul. Itu lah ~ Inilah ~ Tak cukup dengan masalah di kelas, bawak balik pulak ke bilik. Haih ~ Tapi aku yakin. Allah turunkan ujian dan dugaan ini sebab mungkin selepas ini Dia nak bagi yang lebih baik kepada kita. Insyallah ~


Raya pun dah nak dekat. Aku tak tahu lah raya kali ini macam mana sebab mama dan ayah aku pun tak bagitahu apa-apa lagi samada mereka mahu balik ke Terengganu ataupun tak. Takpelah ~ Baju raya pun mama aku dah belikan untuk aku. Hehe. Warna apa? Nanti lah ~ Mana boleh bagitahu. Haha :D


Dah masuk U ni, dapat ramai pulak member-member yang satu kepala dengan aku. Seronok. Baik lelaki atau perempuan, semuanya ada karakter masing-masing yang tersendiri. Kalau lepak dengan orang ini, macam ini jadinya. Kalau keluar dengan die ni, ini pulak yang terjadinya. Senang cakap, aku jumpa dengan macam-macam jenis orang dan Alhamdulillah ~ Semuanya sekepala dengan aku.


Aku rasa aku dah banyak membebel dah nie. Haih ~ Tak pelah ~ Kadang-kadang meluahkan perasaan itu ibarat satu perapi kepada masalah jiwa yang orang lain tak tahu. Aku bukannya sedih sekarang ini cuma jiwa sahaja yang rasa letih. Itu sahaja :) Aku baik-baik disini


Bloggers, I miss you all damn much ! <3


p/s : Do take note. I might be change my URL blog. So ada sesape yang nak bagi suggestion tak? Hehe :D Cadangan anda amat-amat diperlukan. Terima kasih ! :D

  • Share:

You Might Also Like

0 comments