5 Sebab Untuk Anda Tengok Gegar Vaganza!

Sunday, November 05, 2017

Assalamualaikum wbt


Selepas ini, setiap hari Ahad malam mesti semua orang akan duduk depan TV dengan keluarga sebab nak tengok Gegar Vaganza musim ke empat!

Musim Ke Empat!

Dekat sini aku nak senaraikan beberapa sebab yang boleh buat korang akan stay depan TV setiap Ahad malam sebab nak tengok GV. Actually untuk musim pertama aku tak pernah tengok pun sebab aku macam "malas aaa nak tengok nyanyi-nyanyi ni" Tapi lepas musim kedua start, aku rasa "eh eh macam best jugak!" Hahahhaha 


Dan untuk GV musim ke empat ni, aku memang tak sabar betul nak tengok! Hahahah always looking forward!


So untuk korang yang tak pernah tengok, ini ada beberapa sebab aku akan listkan untuk buat korang boleh start tengok GV hihihi


  1. Pengacara yang best!
Tak perlu lah kot aku nak kenalkan Nabil dan Jihan yang memang satu gandingan yang memang tak boleh nak dipertikaikan lagi hahahhaa Ada je benda-benda kelakar yang diorang nak cakap yang memang boleh buat aku gelak terbahak-bahak depan TV

Gambar credit to Google

Dah lah mengacara pun boleh, menyanyi pun boleh! Sedap ke tak, tu soalan number dua lah hahahhaha Sesuatu majlis tu akan dikira berjaya jika pengacara majlisnya pandai nak kawal crowd dan buat majlis tu happened. Well, aku rasa Nabil dan Jihan memang berjaya buat semua nie :)

Haha selit kejap sekeping gambar dengan Nabil masa
GLC Explorace 2017 baru-baru ni kekekeke

2.  Juri 

Hahahahhahahahha salah satu sebab orang nak tengok GV ni adalah sebab Dato Ramli MS atau lebih dikenali dengan Tok Ram. Untuk GV ni kan, first time kita boleh tengok Tok Ram ni macam sangatsangat sporing dan kelakar. Aku ingat lagi masa kenal Tok Ram masa Konsert Akademi Fantasia (AF) yang final, aku macam "eh eh sape ni, asal serius sangat?" Hahhahaha 

Siapa tak kenal Tok Ram? Hihihi

Tapi untuk GV ni, Tok Ram macam rileks rileks jeee. Yang si Nabil dan Jihan pulak suka bebenor duk mengusik Tok Ram hahahahha Memang kadang-kadang pergaduhan mulut diorang tu jadi kelakar dan buat GV memang tak bosan! Buat orang tertunggu-tunggu jeeee untuk next konsert GV


Untuk kali GV musim ke empat ni, Hetty Koes Endang telah di lantik untuk jadi juri tetap untuk menggantikan Khadijah Ibrahim yang dah pernah jadi juri tetap untuk musim-musim yang sebelum ni. Eh ibu Hetty okay whatt! Sangat bagus dalam memberi komen kepada penyanyi baru :) Aku suka dengar Ibu Hetty bagi komen pada peserta sebab bagi aku, komen-komen dia memang sangat membina!

Ibu Hetty

3. Lagu yang evergreen!

Okay siapa setuju dengan aku kalau aku cakap semua lagu-lagu yang dinyanyikan dalam GV semua best-best? I mean, semua lagu-lagu diorang adalah semua lagu evergreen, lagu yang kita dah biasa dengar dan lagu yang boleh menggamit memori kita? Heheheheh 


Kadang-kadang, orang nak tengok konsert sebab kerana lagu dia yang best! Boleh menyanyi sekali dekat stadium or dekat rumah. Memang best tauu bila dapat dengar lagu lama yang dah jarang nak dengar dekat radio ni heheheh So bila dah dapat dengar, memang best!


Cuma aku rasa kann, lagi best kalau arrangement lagu tak diubah, betul tak? Kekalkan pada arrangement lagu yang asal, baru best! Hihihi


4. Peserta peserta dia

Yang ni kan, boleh jadi satu sebab kenapa orang memang nak tengok GV sebab nak lepaskan rindu dengan artis kegemaran masing-masing. Boleh dikatakann, semuanya masih setia dengan artis ni even mereka dah lama tak muncul dekat TV or radio. Wow! Sebab apa? Mostly of them memang berbakat! Memang boleh menyanyi dan versatil dengan cara yang tersendiri

Peserta GV musim ke empat

Untuk musim keempat ni ada 12 orang peserta, boleh rujuk dekat gambar atas ni yeee untuk tengok siapa yang bertanding musim kali ni hehehehe Semuanya hebat-hebat belakaa and of coursee lah ramai nak tengok Aishah dan Liza Hanim, antara artis yang memang diramal akan buat comeback nanti! Aku percaya masih ramai lagi yang rindukan suara merekaaa kan :)


As for me, aku ada beberapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa artis yang personal favourite! Antaranyaa ialah ;

Aishah - siapa tak suka kan?
Selalu karaoke lagu dia hihihihi

Elyana - yang ni memang ultimate favourite!
Satu-satunya artis di Malaysia yang aku sanggup beli album full dia sebab minat sangat dekat dia hahahha

Hazami

Lan Kristal - sebab selalu gak nyanyi lagu-lagu dia time Diploma dulu hahahha #kantoi 

Liza Hanim - sebab suara dia :)

So siapa artis GV favourite korang? Comment down below!


5. Dato Vida

HAHAHHAHAHAH YASSS! Yang ni tak perlu lah aku nak perkenalkan lagi kan? Even budak kecik pun kenal dia dan dah mula buat trademark dia "Qu Puteh! Qu Puteh! Barulah putehh!" Hahhahaha


Dato Vida kan penaja untuk GV kali ni so of course lah bayangan dia pasti ada, macam musim-musim GV yang dulu hahahhaah Kadang-kadang aku rasa kan GV ni meriah sebab kehadiran Dato Vida jugak sebab orang suka tengok keletah dia yang kelakar dan comel tu, nak-nak masa dia berebut nak bercakap dengan Nabil dan Jihan hahahaha

Dato Vida 

Musim kali ni lagi best Dato Vida dah ada lagu sendiri! Even kena kutuk ke apa, lagu I Am Me tu sedap apaa! Especially kalau mengantuk time driving ke, time nak zumba ke - lagu tu memang best apa nak menari-nari dan goyangkan badan kejap hahahah




So yeahh -- itulah antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan korang kena tengok GV musim kali ni. GV is one of my personal favourite show jugaklah sebenarnyaaa sebab menghiburkan hati aku hahahhaha


Untuk yang nak tengok, GV musim ni akan disiarkan pada setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 29 Oktober 2017 dan bersiaran langsung di Astro Ria 104 dan Ria HD 123


Haa, apa lagi? Jom tengok Gegar Vaganzaaaaaaaaaaaa!



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / maiserum
Twitter : @mysaranewrie

You Might Also Like

0 comments

Follow my Instagram @mysaranewrie

Subscribe