[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, January 12, 2013

Resipi - Ayam Masak Merah

Alhamdulillah. 1st time aku masak ayam masak merah dan ianya menjadi! Haha

Actually aku rasa macam nak sangat-sangat makan ayam merah. Tengok bahan-bahan pun semua ada so hapeeeeee lagi! Siaran langsung dari Dapur Kak Mai HAHAHAHA

Bahan-bahan :
Ayam yang dipotong sederhana besar
1 sudu halia (diblend)
1 sudu bawang putih (diblend)
1 sudu bawang merah (diblend)
2 sudu cili boh / cili giling
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Cili merah (dipotong halus)
1/2 bawang besar (dipotong halus)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
Mula-mula korang goreng ayam tu. Goreng tu janganlah garing sangat, ala-ala biasa je. Lepas tu, toskan kasi ayam tu rehat. Kang mulut dia bising sebab panas HAHA :D

Then tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia tadi yg dah siap kita blendkan sekali. Tumiskan sampai naik bau. Masa blend tu, masukkan sikit airlah dalam bahan yg kita nak blend tadi.

Bika tumisan dah naik bau, masukkan cili boh tadi. Dependslah banyak mana yg korang nak. Kalau macam aku tadi, aku masukkan 2 sudu besar. Okaylah tu. Masukkan sedikit air supaya tak nak ianya melekat sangat nanti

Lepas tu masukkan ayam goreng yang kita asingkan awal-awal tadi. Biar dorang merendidih sekejap. Huiiii - dulu masa amk ERT dekat sekolah, selalu sebut perkataan merendidih nie haha

Lepas tu masukkan sos cili dan sos tomato. Tak payah banyak sangat sebab just nak bagi sedap rasa je.

Aippp - tak siap lagi. Lepas tu masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa. Kalau korang rasa dah sedap dan okay, dah boleh angkat. Kalau tak, tambahkan je lah yang mana perlu

Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul gaul sikit dan wallah! Siap sudahhh ayam masak merah kita!

Sedap tak? Haha ni sebenarnya resipi ayam masak merah yang simple je. Bahan-bahan pun tak adalah complicated sangat so macam okaylah hehe

Heheeee ingat aku duduk rumah aku goyang kaki sahaja ke? Haha


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts