[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, February 12, 2014

Kenapa Orang Mudah Jatuh Cinta?

Assalamualaikum


Someone brings up this questions masa aku tengah tak boleh tidur malam tadi. Well ~ sekarang ni waktu tidur semua dah berubah. Hmm ~


"Aku pelik how come certain people can easily to fall in love. How cheap the love they offered and what's the price of that person who accept it actually?"


Tu diaaaaaaa ~ speaking London nohh ~ HAHA Okaylah, ini yang member aku updatelah. So tengah borak dan fikir-fikir pertanyaan dia ni, aku rasa macam eh eh macam best ni nak update dekat blog haha


Okay macam nie. Bagi pendapat aku lah, certain people yang senang jatuh cinta adalah mereka yang berasa sunyi, kekurangan kasih sayang dan nak diberikan perhatian. Seeker attention. Dia maybe rasa dia telah terlalu banyak memberi dalam kehidupan dia dan dia dah penat dengan pemberian yang diberikan tanpa dia dapat rasakan yang dia dapat menerima


Maksudnya macam nie. Dia asyik memberi kasih sayang kepada orang sekeliling dia tapi dia tak pernah rasa nak terima kasih sayang orang terhadap dia. Maybe dia tak sedar yang sebenarnya orang dah beri kasih sayang tu tapi dia rasa tak cukup. Dia perlukan lebih dari tue. At certain point, dia rasa penat dan letih dengan semua ini 


So bila dia sunyi dan tibatiba pulak ada orang yang datang, esp kalau orang yang baru dia kenal, yang berikan perhatian kepada dia, yang bagi attention dekat dia, tanya itu ini ; mestilah dia rasa fall in love kan? Okay, sebelum tu aku nak bagi pembetulan sikit. Fall in love dan suka adalah benda yang berbeza. Suka adalah suka which is kita rasa selesa dengan dia dan fall in love adalah beyond that which is kita nak dengan dia selalu, sanggup berkorban demi dia dan sebagainya yang korang rasa boleh fikir sendiri kan?


Dia cepat fall in love sebab dia rasa dihargai, macam ahh finally, ada pun yang sedar dengan kehadiran dia. Dia rasa happy dan mula nak dekatkan diri dia dengan orang tue. Oh ya, aku dengar fall in love adalah bila kita sayangkan dekat dia melebihi 4 bulan. So start counting your days!


Orang yang cepat fall in love ni sebenarnya aku rasalah kan, jujur sebenarnya. Sebab yelah, dia sedar yang tak ada siapa dapat faham dengan keadaan dia tapi bila ada orang datang berikan dia apa yang dia nak, dia akan sebaik-baiknya jaga hubungan dan perasaan yang telah timbul tu. Dia rasa macam tu sebab dia sedar, selama dia asyik memberikan kasih sayang kepada orang lain, orang lain tu seolah-olah tak hargai dia, tak ada siapa yang mengerti apa yang dia rasa dan pendam. 


So bila ada orang yang memberikan apa yang dia nak, dia rasa sudah pasti dia akan berlaku jujur sebab dia nak jaga hubungan tue. Dia nak cuba kekalkan hubungan tue. Tapi kadangkadang ada jugak orang yang fall in love cepat sangat ni sebenarya akan tend akan berubah perasan cepat jugak kan? yada yada yada

Bukan nak cakap orang yang cepat jatuh cinta ni adalah orang yang murah cinta hatinya, cuma korang fikirlah ~ bila dia nak lepak dengan kawan-kawan, semua kawan-kawan pakat nak date dengan pakwe/makwe masing-masing. Bila lepak dengan kawan-kawan, masingmasing duk cakap pasal pakwe/makwe masing-masing. Bila nak buat pape, kena mintak kebenaran dulu dengan pakwe/makwe. Bila lepak pulak, sibuk pulak bercerita masalah dekat si single nie. Kadang-kadang aku rasalah, persahabatan tu boleh terjejas tau sebab kes makan hati. Bahaya tau, makan hati ni boleh bawak dendam atau bawak diri tau? 


So bila dah jadi macam ni, si kawan yang single ni akan rasa sunyi. Sebab masingmasing duk bergayut tepon, duk dengan pakwe/makwe 24 jam, duk cakap pasal cinta hatinya. Siapa yang tak rasa bengang? Siapa yang tak rasa sunyi? Siapa yang tak rasa sedih kan? Bagi aku, single tu seronok kalau semua kawan-kawan kau pun single atau pakwe/makwe duduk jauh hahahhahahaha Barulah masyuk kalau nak ajak lepak kan?


Siapa yang tahan kalau asyik kena hadap macam nie kan? Tengah dalam duk sunyi tu, tetiba pulak ada orang datang tunjukkan perhatian dekat dia. See? Nampak tak permainan dia dekat sini? So of courselah dia akan mudah jatuh cinta. Teng teng teng teng teng *bunyi duit syiling masuk sebab dapat jawab soalan dengan betul*


As for orang yang menerima cinta tue, aku tak rasa akan ada orang yang menerima. Sebab yelah ~ dalam sebulan atau dua bulan kan, perhubungan tu masih awal lagi. So mesti amik masa atauuuu kena reject terus! Pergh lagi perit! Dah lah sunyi, lepas tu tetiba dapat perhatian dan bila mula harapan tu dah bercambah, ditinggalkan orang tu macam tu je. Ya Allah, tak baik tau?


Aku pernah baca, jangan lukakan hati orang, jangan sakitkan hati dia. Kalau nak, cakap nak. Kalau tak nak, cakap tak nak dan jangan sesekali biarkan ianya tergantung macam tue je. Sebab ianya akan buat orang tu akan letakkan harapan. Walaupuan harapan tu sikit je tapi cuba fikirlah, siapa yang takkan rasa sakit kan kalau harapan yang mungkin sekecil semut tu hancur macam tu je kan?



Bila orang tu dah sakit hati, dah sedih, dah kecik hati ; dia ni boleh kita katakan sebagai orang yang teraniaya. So bila dia teraniaya, dia akan berdoa dan mengadu kepada Allah swt. Mestilah, dah rasa sedih kan? Allah swt lah tempat kita nak mengadu. Dan pernah dengar kan ; Allah swt akan makbulkan doa orang-orang yagn teraniaya ni


Tapi apa yang aku cakap ni adalah perspektif yang baik. Yang tak baik adalah bila cepat jatuh cinta dan cepat pulak berubah perasaan. Yang ni aku tak tahulah kenapa. Maybe dia tak puas dan tak bersyukur dengan apa yang dia ada so dia mesti nak lebih dengan apa yang dia dapat


Ini pendapat aku lah. Kalau korang ada pendapat korang sendiri, boleh je nak share dengan aku. Kita borak dan bincang dengan baik. Nak cari gaduh pergi dekat Thailan, main Muay Thai tue. Aku tak layan 


So kepada semua yang sudah ada pakwe/makwe, jangan masyuk sangat bercinta tu. Control sikit sebab bila korang tengah happy, sebenarnya ada kawan korang yang tengah makan hati dengan perbuatan korang. Bukannya nak diberikan perhatian 100% tapi kenalah pandai seimbangkan bila masa dengan pakwe/makwe dan kawan-kawan. Ingat sikit, dengan siapa kau nak hang out, bercerita semua cerita, share everything bila kau single kalau bukan dengan kawan kau kan?



Kenapa aku tahu pasal ni? Sebab akulah orangnya tue :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts