Majlis Pertunangan Biey Razmi dan Getaway at Kota Bharu!

by - Thursday, February 20, 2014

Assalamualaikum


Sebenarnya macam tak plan langsung nak tulis tapi tetiba fikir macam eh eh patut tulislah hehe :)


Day 1
Aku bertolak dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu pukul 10 pagi. Naik je atas bas, hmm apa lagi, kerja aku tidurlah hehe Pukul 1 lebih aku sampai dan there she is, Teha picked me up :)


Sampai dekat rumah dia, aku sambung tidur lagi. Ya Allah, kerja aku tidur je haha :D Lepas tu dalam pukul 8 malam macam tu, Miza pun sampai. Sempatlah aku, Teha, Miza dan Amir borakborak kejap dan lepas tu Amir balik rumah dia


Day 2
Awal pagi Teha dah kejutkan kitorang padahal sebenarnya dah bangun awal dah, tak boleh tidur langsung malam tu sebab results exam dah keluar HAHA Pasal results exam, nanti kita story later okay hehehe. After Zohor, Amir datang amik kitorang dan pergi ke rumah Biey Razmi :)

Hai korangsss!
Sebenarnya, tujuan kitorang datang Kelantan ni sebab kawan kitorang masa Diploma dulu dah bertunang. Kebetulan, aku dengan Miza ni memang planning nak turun KB masa cuti sem so alang-alang tu, pergilah majlis pertunangan Biey ni hehe


Sampai je rumah Biey, rupa-rupanya ada lagi kawan-kawan kitorang masa Diploma dekat Dungun haha Memang tak sangka dapat jumpa dengan kawan-kawan masa Diploma dulu. Even though tak rapat tapi rasa happy sangat-sangat dapat jumpa. Atleast macam mini reunion lah kejap hehehe :)

From left ; me, Teha and Miza
Bak kata Amir ; simple tapi fabulous je majlis pertunangan Biey nie hehe

Ex DPA Dungun :)
HAHA masih tetap macam dulu ; meriah dan kecoh je

From left ; Juaini Jue, me, Far Aziz, Teha, Biey, Miza, Linda, Kak Cah dan Bazi
Tahniah Biey Razmi dan Khairul Izwan aka Samba :)

Tahniah aku ucapkan kepada Biey Razmi dan tunangnya, Khairul Izwan aka Samba. Ehem ehem ~ Samba ni kan adalah tweet famous dekat Twitter tau? Kalau aku sebut tweethandle Sulaiman Akhalakhen aka Juhunrajalawak, korang kenal tak? HAHA Dialah orangnya :) Kawan-kawan kitorang jugak ni masa dekat UiTM Dungun dulu hehe


Then, kitorang pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Okay masa ni, aku dah start call si Lisda dan Akma ; both of them are my classmates masa dekat Dungun dulu. Aku memang dah lama tak jumpa Lisda sejak dia pergi meninggalkan kami ke SPA dan after dia jatuh bangunan dulu. Ingat lagi tak? Baca dekat SINI

My laughing gas ; Lisda & Akma :)
Bila dapat jumpa diorang, perghhhhhhhhhhhh ~ kerjanya memang tak berhenti gelak lah. Aku ni asyik gelak je memanjang sampai aku rasa cramp perut aku. Ada je benda yang Akma dengan Lisda buat lawak esp Lisda lah, masih tak berubah walaupun aku rasa dah dekat 2 tahun aku tak jumpa dia hahhaha
From left ; Akma, Teha, Miza, me and Lisda :)
Lepak tepi pantai, atas batu sambil makan sate ikan, air cincau dan kelapa dan jagung bakar dan ditemani kawan-kawan sambil gelak tak hengat dunia ; memang satu perasaan yang paling best dalam dunia hahaha


Lisda pulak ajak kitorang singgah di rumah dia sebab PCB tu dah dekat sangat dengan rumah dia, Kebetulan kitorang nak sembahyang Maghrib sekali. So sempatlah singgah rumah dia dengan meriah sebab si Lisda ni buat lawak tak kering gusi. Hadoi ~

Bajet macam gambar Hari Raya je kan? Hahaha :D
After Maghrib, kitorang semua berpecah ; aku, Lisda dan Akma ke Wakaf Che Yeh. Teha, Amir dan Miza pergi ke rumah Izzati ; kawan kitorang masa dekat Dungun jugak.


Sampai je dekat Wakaf Che Yeh, kitorang dinner dan shopping around situ HAHA Tak adalah shopping sangat cuma adalah aku beli itu ini. Kalau yang tak tahu, Wakaf Che Yeh ni macam Uptown jugak lah ~ Barang-barang masih sama je cuma maybe lagi murah. Memang sangat murah :) Kalau baju NERD yang dibeli online harganya dalam RM40 lebih, aku boleh dapat dalam RM25 jeeeeeeee hehehe

Shopping sakan nohhhhh ~ hahahha
After shopping, Lisda hantar aku balik ke rumah Teha dan terus kami tidur sebab penat sangat berjalan HAHA

Day 3

Hai! Kami nak berjalan-jalan hari ini! 
After Zohor, aku, Teha dan Miza pergi ke Bazar Tok Guru. Kepada yang nak cari kain sembahyang murah, tudung bawal murah, kain-kain murah, baju kurung yang murah ; disinilah tempatnyaaaaaaa! Hoyeah! Aku boleh katakan yang Bazar Tok Guru ni macam Pasar Payang Kuala Terengganu lah sikit sikit hehe :)

Memilih kain sembahyang :)
Aku beli kain sembahyang baruu, yeayyy! Murah sangat dan kain sangat-sangat sedap. Aku beli jenis Vietnam punya kain sebab bahagian muka adalah yang jenis kemas dan memang takkan nampak rambut hehe. Tercapai jugak hasrat aku, Alhamdulilah ~


Maka dengan itu, aku dengan Miza lah yang shopping sakan dengan kain sembahyang. Tudung bawal yang jenis Kanggaroo tu boleh dapat RM5 jeeeeee Mana lagi kau nak beli murah macam nie? Hahah haruslah beli tapi aku tak tahu nak beli warna apa sebab semua warna dah ada, kott ~ hahahah

Syurga bagi gadis bertudung bawal hahaha
Okay. Lepas je shopping dekat Bazar Tok Guru, kami ke rumah Amir HAHA Yeazaaaaaaaa masa ni memang perut lapar sangat dan kami pun sempatlah beli keropok lekor dan pisang goreng, buat makan dalam kereta hahaha Amir pulak terpaksa amik kitorang sebab kami tak tahu jalan nak ke rumah Amir


Rumah Amir lawa sangat-sangat. Parents Amir pun baik. Petang tu, kami dapat makan nasi ayam, akak Amir buat. Pergh ~ memang sedap. Mak Amir suruh tambah pun kami memang tak larat hahaha Syukur Alhamdulillah, rezeki kami petang tu nak makan nasi ayam

Hai nasi ayam rumah Amir yang sedap haha
On the way nak balik rumah, kitorang singgah dekat rumah kakak Teha sebab nak sembahyang Maghrib dan finally, dapat jugak jumpa Kak Nini dan Alisha, anak buah Teha yang super duper comel dan kecoh. Rasa meriah sangat satu rumah bila dengar dia pot pet pot pet. 


Masa nak byebye dekat Kak Nini, aku jadi sebak tiba-tiba sebab aku rasa walaupun aku dapat jumpa dia kurang dari dua jam, tapi aku rasa macam hilang semua masalah aku dan benda yang menghantui aku sepanjang cuti sem nie. Seronoknya kalau ada budak kecik macam tue, yang dapat gembirakan kita :')

Day 4

Mari ke Rantau Panjang!
Yezaaaaaaa. Awal pagi dah bangun sebab kami nak ke Rantau Panjang! Aku ni tak pernah pergi ke sana sebab selalunya turun ke Pengkalan Kubur je HAHA Dalam pukul 10 pagi macam tu, kitorang berempat bertolak ke sana ; aku, Teha, Amir dan Miza. Dalam pukul 11 lebih macam tu dah sampai dan apa lagi, kami meronda ke semua kedai dekat sana hehehe

Beli dan makan sate ikan lagi! Haha
Okay, salah satu benda yang aku memang nak sangat makan bila aku datang Kelantan adalah sate ikan! Ya Allah, memang aku suka giler makan benda ni masa kecik-kecik dulu dan wajib beli kalau terjumpa motor sate ikan okay? 


Sate ikan ni diperbuat dari ikan dan tepung, bakar kasi garing atau kasi nampak hangus sikit dan makan dengan sos manis or pedas atau campurkan kedua-duanya sekali. Makan panas-panas memang tak boleh berhenti! Aku rasa dekat Kelantan dan Terengganu je yang ada sate ikan ni hehehehhe

Dah penat jalan dengan cuaca yang panas, haruslah
mendapatkan cendol yang sejuk lagi nyaman, pergh~
Lepas dah tawaf satu Rantau Panjang tu, kitorang balik rumah terus tapi masa ni memang perut lapar so apa lagi, drive thru KFC dan Mcd. Haha sejak duduk rumah nie, memang jaranglah yer dapat makan makanan macam ni so bila dah gathering dengan kawan-kawan macam nie, haruslah ya dapatkan makanan fast food macam ni sebab dah lamaaaaaaaaa tak makan! 

Nikmat makanan!
Malam tu, aku dengan Miza memang tidur lewat giler sebab movie marathon! HAHA Lepas tu terus terbongkang tidur

Day 5
Its time to go home U.U Sedih sangat you uolls sebab dah kena balik after berkampung di rumah Teha beberapa hari. Masa on the way Teha nak hantar kami ke stesen bas, kitorang sama-sama mengiakan bahawa "nak jumpa korang, nak lepak sama-sama tapi tak nak belajar ; macam ni lah!" HAHA yelah, rasa happy je nak buat pape, nak jalan situ sana sini tanpa fikirkan pasal study hehehe

Masa utk bergirang sudah tamat!
Singgah Tesco kejap sebab nak beli roti dan terus naik bas untuk kami pulang ke Kuala Terengganu dan Kuantan. Pukul 5 lebih aku dah sampai dan mama amik aku dekat stesen bas heheh 


Terima kasih banyak-banyak untuk Fatihah Sulaiman dan keluarganya yang memang layan aku dengan Miza tahap superb 5 star hotel! Sumpah kitorang memang enjoy sangat turun Kelantan dan dapat jumpa dengan family kau. Terima kasih sebab masak dan ya, aku akui memang makan banyak giler sejak duduk rumah kau hahahah


Terima kasih jugak untuk Amir dan keluarganya yang sediakan nasi ayam, sanggup datang amik kitorang sebab tak tahu jalan hahaha Terima kasih Amir sebab banyak jugak keluarkan duit masa dengan kitorang, belanja itu ini, tolong belikan tiket, air dan macam-macam lagilah! Terima kasih banyak-banyak Amir!

To be honest, I really really have a good time with them, jalanjalan dekat Kelantan that made me remember my childhood times when I stayed at Besut long time ago. Semasa bersama dengan diorang, aku dapat lupakan sekejap apa yang berlaku dalam otak dan hati aku yang sedang bergolak ni. Atleast dapat lupakan kejap dan gelak ketawa dengan diorang pun jadilah


Terima kasih untuk kenangan ini :)

     

You May Also Like

0 comments