We Are The Green Vengers!

By Mysara Newrie - Sunday, May 11, 2014

Assalamualaikum


Jujur aku cakap, makin dah nak habis Degree, makin banyak kerja kena buat dan ianya bukan kerja dalam kelas semata-mata tapi kerja luar kelas pun ada U.U Penatnya Ya Allah. Tambahan pulak kann, aku demam after pergi Jeram Toi hari tue, memang dugaan besar lah dengan keadaan badan tak sihat sangat dengan timbunan kerja


Aku akui, minggu lepas aku rasa macam penat sangat. Hari Isnin ada dua presentation. Then Selasa dan Rabu sibuk dengan itu ini sebab Khamis ada event! yeayy! Event apa?

Event Ku Lihat Hijau tapi kami gelarkan diri kami 'Green Vengers'!

Yaaaaaaa! Sebenarnya event Ku Lihat Hijau. Event ni diadakan sebab nak memenuhi 5% carrymarks kami untuk subjek Environment kami. Semuanya macam last minute jugak lah tapi alhamdulillah, aku rasa macam okay je semuanya. Alaaa, tak student lah kan kalau tak buat kerja last minute! hahah


Oh ya, kitorang gelarkan diri kami sebagai 'Green Vengers' Konon-konon macam Avengers lahh tapi Green Vengers. HAHAHA pun boley kan? Dapat baju lagi cantik pulak tu yeahh ~ suka tau memasing hahaha


Dalam masa yang sama, aku terlibat jugak dengan event IPD Talk ; The Do's & The Donts. Yang ni pulak event under Bacas Committee dan aku terlibat jugak secara langsung. Well semua event pada hari Khamis minggu lepas adalah disebabkan adanya Polisi Fiesta dekat kampus Seremban 3 nie. So dalam satu hari, ada banyaklah event


Bayangkan satu hari aku ada dua event. Agak terkejar kejar lah jugak sebenarnya. Dah lah aku tengah demam masa tue, memang larat tak larat memang kena kuatkan kan jelah diri ini

Inilah dia! Heyy ~ poster ni aku buat sendiri tau! *flip hair*

Awal pagi aku sampai terus tolong diorang apa yang patut lah. Tolong tengok pun ada jugak hahaha Untuk kelas aku, kitorang dapat handle Explorace dengan budak sekolah. Budak sekolah Form 1 tapi kitorang ingatkan budak sekolah rendah! HAHA Sebab comel dan kecik sangat diorang semua tue


Dalam pukul 10 lebih baru budak kelas aku take over dengan budakbudak tue sebab sebelum tu diorang ada talk pasal environment. Aku jaga check point dan aku buat Kotak Beracun. So macam okaylah ~ Pukul 12 tengah malam baru buat soalan Kotak Beracun HAHAH memang dah biasa buat kerja last minute macam nie -.-


Dalam pukul 11 pagi lebih dengan matahari terpacak, kitorang berpanas dekat padang tue. Subhanallah, memang panas. Kitorang yang lelaki ke, yang perempuan ke masing masing sibuk berebut payung dan sunglass sebab memang panas giler hahaha tapi alhamdulillah masa budakbudak main game Explorace, jadi teduh je :) Alhamdulillah ~

Me and Wan Mahirah :)

My classmates ; Alif, Wan, Paan dan Alira

On the way nak pergi padang :)
Tapi before tu kita gelak gelak dulu mihmihmih ~

Seronok jugaklah sebenarnya sebab dapat tengok budakbudak sekolah yang berlainan bangsa ; Melayu, Cina dan India sama-sama boleh main dan gerak sama-sama. Diorang gelak ketawa macam tak ada apa-apa which is so touched my heart sebab diorang tak ada pun nak gunakan perbezaan yang ada pada mereka sebab halangan untuk mereka berkawan. Aku harap mereka tu semua akan jadi kawan sampai bila-bila :)


Game pulak macam-macam jenis hahaha Yang last minute punya game pun ada sebab kitorang gunakan barang-barang yang sedia ada untuk jadikan game. Bayangkan pukul 11 nak main, pukul 7 duk fikir game apa yang nak dimainkan hahaha memang hebat kawankawan aku nie hahahha


Tapi jujur aku cakap, aku sangat bersyukur sebab masa Explorace berlangsung, memang semuanya going smoothly dan semuanya macam enjoy. Aku rasa bukan sahaja budakbudak enjoy, kami yang jaga checkpoint dan jadi fasilitator pun enjoy macam apa. Siap berlari-lari lagi dengan budakbudak dekat tengah padang hahah :D


Atleast kami jadi budakbudak kejaplah masa tue :)

Di checkpoint aku :)
Cari gulagula dalam tepung 
Checkpoint Faiz - skipping sambil buat bunyi haiwan

Dalam banyak banyak checkpoint, aku rasa checkpoint Faiz palinglah the havoc sekali sebab budakbudak kena skipping sambil buat bunyi haiwan. Masalahnya bukan budakbudak yang buat bunyi, dengan Faiz sekali buat bunyi. Budak budak sukalah dengan Faiz dengan perangai kelakar dia tue hahaha Masuk je dalam dewan, semua budakbudak cheers untuk Faiz hahahha


Lepas tu bila dah habis Explorace, kami semua macam rehat dekat tepi padang tu sebab memang penatnya tak dapat nak cakap apa lah. Aku, Alira, Wan dan Faiz siap pergi ke 7E sebab nak beli air yang betulbetul sejuk. Dah lah pakai baju sama, dengan muka penat ; masuk masuk ke ke 7E terus serbu dengan bahagian air hahahah

Habis explorace, kami bergambar!
Muka penat handle Explorace

Oh ya ~ selain dari ada Explorace, ada jugak booth-booth jualan. Ada jual macam-macam. Ada makanan, ada dari Bacas Committee yang jual (Terima kasih dengan Carrina and Ummu sebab tolong jagakan booth kami!) . Dan yang paling seronok, ada jugak kawankawan kami dari Shah Alam yang sanggup turun ke Seremban sebab nak jual jual dan dapat jugaklah jumpa dengan mereka dan borakborak. Lepas rinduuuuuuuuu!

Bergambar di booth Environment kami!

Apa yang Midin buat tue?! Hahahaha

"Kau tengok tu! Ada ke patut?!" - Midin
"Pedulikan mereka yang penting gambar kita tetap ada!" Faiz dan Faris hahaha

Team yang jaga hadiah tapiii hmm hahaha

Overall aku rasa enjoy giler dengan handle Explorace dengan budakbudak ni dan budak kelas aku. Sebab memang having fun dan gelak ketawa je. Even terpaksa berpanas dan fikirkan game apa yang nak dimainkan, tapi kami memang enjoy je sebab masing-masing kelakar, ada je lawa dan benda yang buat kami semua gelak sesama sendiri hahaha


Terima kasih korang untuk kenangan Environment ni! Terima kasih untuk semua kerja dan usaha yang kita semua buat pada hari tue! Insyallah semoga esok lusa kita akan tetap bekerjasama lagi! You all are the best! :D

Dan semoga kita semua dapat 5% carrymarks Environment tue! mihmihmihh ~ Harap Sir Fajil baca blog aku nie hahah :D

They hung this at my tudung -.-

p/s : Beli kelawar tu sebab comel sangat 


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments