Ceritanya Begini

Friday, April 29, 2016

Assalamualaikum


Curi masa kejap update blog :)


Fuh, sekarang ni aku dah mula rasa tekanan sikit la ~ Banyak kerja nak kena buat dalam masa terdekat ni. Tapi aku akan tetap cuba untuk maintan okay dan cool sebab aku rasa macam kalau serabut-serabut sangat pun takut nanti jadi kerja tak betul pulak kan? So macam kejar satu-satu dan berdoa semuanya okay :)


Bukan aku sorang je, even kawan-kawan aku pun sama. Pantang ada masa, masing-masing nak buat kerja atau hanya duduk di rumah dan settlekan kerja yang patut. In case macam aku, kerja dan assignment berjalan seiringan. Research aku dah settle bab pilot study, cuma nak tunggu key in dan analyze results. Ya Allah harapharap lah sempat. Dalam masa terdekat ini pun aku rasa akan balik rumah sebab nak kutip real data dekat IJN pulak. Belum masuk lagi dengan kerja subjek lain, subjek lain. Presentation lagiiiii, oh ya Tuhan kuuu hahahha


Takpelah mysara. Kejap je lagi nie. Selama ni kau boleh bertahan, kenapa tak boleh kan? Hihihihi sabar yeee :) Mana tahu esok lusa Allah swt akan bagi balik someting yang sangat bernilai yang tak pernah kau bayangkan dalam hidup kan? Doa banyak-banyak :)


Teringat dekat arwah Wan. Hari ini genap setahun dah dia pergi. Manalah dia ya? Harap-harap Wan sentiasa ade sebab setiap kali balik rumah, aku mesti akan cium bau baju-baju dia. Bau tu makin lama makin dah hilang pulak :/ Kadang-kadang jugak aku baca diari arwah Tok. Terharu betul bila dia cakap "mainan untuk Sarah dan Hakim" Ingat jugak arwah Tok dekat aku and adik bila dia keluar p beli makanan :')


Teringat jugak dekat Mimi. Mimi ni kucing dekat fakulti aku yang aku dan kawan-kawan aku bawak dia p klinik haiwan sebab kaki dia bengkak dan bernanah. Kesian dia. Pagi tadi masa mandi aku jadi sedih pulak tetiba sebab fikir dah makan ke belum dia tue. Kaki pulak macam tu. So aku decide aku akan jaga dia dalam seminggu dua ni dulu. Tengok dulu dia macam mana. Harapharap esok masa aku p cari dia dekat fakulti, dia adalah dekat situ :)

Kesian Mimi :(

Dah tak ada pape lagi kot nak tulis. Aku nak buat assignments ni. Selasa ni aku ada presentation pulak. Oh Khamis pun ada presentation jugak. Yes, presentation is everywhereeeeeeeeeeeeeee 

PUT YOUR SEAT BELTS GUYS!
KERJA-KERJA MENANTI
SELEPAS INI


 

You Might Also Like

0 comments