Uji Minat Kerjaya Anda ; Penting Ker? :O

Tuesday, March 27, 2012

 

 Assalamualaikum


Yeahhhhhhhh ~ Balik je dari amik adik aku dari tempat kerja dia, terus aku dengan adik aku menghadap laptop. Huhu


Yelah ~ Adik aku sekarang ni baru habis SPM. Oh by the way ~ results SPM dia, sama macam aku 4A jugakk :) Tapi A dia semua subjek yang aku rasa strong lah ~ Even Kimia dia pun boleh B+. Aku punya dulu B je. HAHA :D


Mak aku cakap "Dulu awak pun dapat 4A. Hakim pun dapat 4A. Hmm yelah ~ dari rahim yang sama, anak mama belaka"


Ololooooo sweetnya mak aku nie :)


After Paper Law 309 hari tue :)
Masalahnya sekarang ni, dalam 8 pilihan dalam UPU tu, yang sesuai dengan results adik aku hanyalah 5 pilihan sahaja sebab dah tak boleh nak kemaskini dah sebab adik aku dah kemaskini lebih dari 3 kali dah. Kan UPU tak boleh nak update lebih dari 3 kali kan? So takpelah ~ Atleast dia dah masukkan UPNM dalam 8 pilihan dia tue :)


Adik aku nak masuk UPNM. Tolong doakan adik aku dapat masuk UPNM yer? :)


Lepas tu aku pun suruh lah adik aku buat Uji Minat Kerjaya. Well ~ Apakah itu Uji Minat Kerjaya? Apakah pentingnya? :O Wah wah ~ sabar dik sabar ~ :)


Uji Minat Kerjaya adalah lebih kurang soalan yang bertanyakan minat korang, kesukaan korang dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Hasil dari jawapan korang, akan ditentukan kemana arahnya minat korang dan akan diberikan contoh-contoh kerjaya yang sesuai dengan jawapan minat korang. Contoh soalannya macam nie


Adakah anda suka mempengaruhi orang lain?                            JAWAPAN : Minat / Kurang Minat


Haaa gituuuu ~ :)


Untuk lepasan SPM sekarang nie, Uji Minat Kerjaya ini penting sebab kita nak tahu kita ini ke arah mana dan apa yang kita minat. So dari keputusan yang kita dapat tu, atleast boleh lah dijadikan panduan kepada adik-adik lepasan SPM untuk isi borang UPU nanti :) Okay? Hehe


Tapiiiiiiiiii untuk akak-akak dan abang-abang yang sekarang ni tengah study kat IPTA atau Matrix atau kat mana-mana sahajalah ~ boleh je nak buat. Cikgu kaunseling aku, Cikgu Nurlina cakap, Uji Minat Kerjaya ini memang kena selalu buat sebab kadang-kadang kita tak sedar minat kita berubah mengikut peredaran masa :)


So lepas adik buat Uji Minat Kerjaya tu, aku pulak yang buat. Hehe :) Dah lama gilerrrrrrrrrrr kot aku tak buat ! Last sekali, masa lepasan SPM ari tue kot? Yelah kot -.- Tak ingat dah aku. HAHA :D


Aku malas nak tulis panjang-panjang so aku ringkaskan dengan buat macam kat bawah nie. Faham tak? :)


Dalam Uji Minat Kerjaya ada 6 bidang yang aku dah tuliskan dekat atas gambar nie. Dan jawapan dari soalan-soalan yang korang buat tu, akan bagitau mana satu yang paling tinggi. 3 bidang yang paling tinggi dalam jawapan korang tu adalah menunjukkan korang punya minat ke arah mana sebenarnya :)


Oh btw ~ abaikan yang Entrepreneurship (ENT/ETR 300) tu sebab masa sem 4 kitorang study pasal ENT nie. Haha :D Boleh bikin gaduh woooooooooo dengan member buat projek tu sebab kes masing-masing amik kesempatan atas masing-masing. Tetttttt! :p


Bear in your mind, setiap orang memiliki Top 3 yang berlainan so jangan nak cuak sangatlah kalau korang punya jawapan tu lain dari kawan korang okay? HAHA :D


So this is my results :)


Blur lah pulak -.-
 

1st - Social
2nd - Entrepreneuship. 
3rd Artistics :) 

SO JADI LAH 

S.E.A



Eh eh ~ dari masa aku Form 2 sampai sekarang, Social tetap num 1 :) I love you forever lah Social. Sebab tu aku active bab-bab social network nie. HAHA :D Okay okaay dah cukup -.-


So apa yang dikatakan tentang SEA :)







Okay dah tak payah baca pun takpe sebab blurr ~ menyampahnya aku -.- Padahal sebenarnya aku just guna snipping tools je. HAHA :D Lepas tu bajet nak marahmarah sebab gambar blurr -.- Tak senonoh betul Mysara Newrie nie -..-


So korang nak buat ker? Nah nah ~ Klik dekat link bawah ni dan isi lah pape yang patut :)





Selamat menjawab soalan ! :D



p/s : Ramai budak-budak lepasan SPM pm aku, nak tahu lebih lanjut tentang kos Pentadbiran Awam nie :) Hehe ~ Insyallah sabar yer adik-adik sekalian :) Nanti akak bagitahu dekat blog nanti ehh? Hehe 


 

You Might Also Like

6 comments