Lagenda Budak Setan :)

By Mysara Newrie - Wednesday, March 31, 2010


Salam. Sape die suka membaca kat sini?! Angkat tangan ! Meh meh meh geng dengan aku sebab aku suke membaca jugak.

Aku ni kalau pergi jalan-jalan, WAJIB masuk kedai buku. Expecially Popular and MH Bookstore. Kalau ada pesta buku, pergh ~ Lagi lah masyuk aku rasakan ! Akan aku buang masa dekat kedai buku berjam-jam lamanya tapi belinya tak. Haha. Sebab aku ni cerewet sikit kalau nak beli buku. Hehe

Tapi aku agak terkilan lah sebab masa pesta buku kat KL baru-baru ini aku tak dapat nak pergi. Yelah ~ Jauh kan? Dari Kuala Terengganu ke KL. Aku rasa jeles sangat-sangat bila tengok status FB budak-budak KL cakap "..Bestnya pergi pesta buku tadi.." Aku nak pergi jugak !

Ok lah ~ Tadi masa aku tengah blogwalking, aku ternampak sorang blogger ni post kan entry pasal 'Trailer Lagenda Budak Setan'. OMG ! OMG ! OMG ! Berbunga-bunga perasaan aku masa tu sebab aku memang minat novel ini !







Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu.

Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta.

Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia.

Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak


credit : Sinema Malaysia


Ok. Dan ini pulak senarai pelakon dalam cerita Lagenda Budak Setan ni. Pengarah dia Sharan Sharad dan bakal ditayangkan pada 3 Jun 2010

Kasyah : Farid Kamil
Ayu : Lisa Surihani
Suzana : Raja Farah
Katerina : Fazura
Azmi : Que Haidar
Mak Leha : Sheila Mambo

Hehe. Amacam? Tak terasa teruja ke nak tengok? Hehe. Aku rasa teruja sangat-sangat sebab aku nak tahu macam mana pihak penerbit filem ini nak buat cerita ini. Hehe. Memanglah susah sebab nak adaptasikan dari buku ke cerita sebab tak semua babak akan dilakonkan.

Novel ini setahu aku popular sekitar 90-an. Sebab itulah ramai budak-budak remaja seusia dengan aku tak tahu sangat pasal novel ini. Yang tahu pun maybe akak-akak dan abang-abang yang dah berumur 20-an ke atas. Aku dengar ramai yang bagi feedback pasal cerita ini. Yelah ~ Novel ini pernah menjadi novel terlaris di Malaysia satu ketika dulu.

Maka dengan ini, aku rasa aku nak pergi cari novel ini di mana-mana kedai buku ! Yeah ~ Sebab aku nak refresh balik memori aku ini. Hehe.

p/s : 1st time guna kotak dalam entry. Kotak aku tak ada lah secantik dan sekemas Kak Ynn kita. Hehe


  • Share:

You Might Also Like

12 comments