Dia Teman Saya

Tuesday, January 26, 2010


Aku sayang dekat kau! Betul! Aku tak boleh hidup tanpa dengar suara kau. Kita dah kenal since kita kecik-kecik lagi. Tapi sapa sangka kan? Kita dah jadi macam orang lain. Pergi hangout sama-sama, kau belanja aku makan dan kau bawak aku pergi bersiar-siar. Aku rasa happy sangat-sangat sebab kau buat macam ini dekat aku. Dah lama aku tak rasa macam yang aku rasa sekarang ini. Aku harap kau tak kan lupakan aku bila kau dah balik Penang ok? Aku sayang giler-giler dekat kau. Kau kena ingat tau!

.
.

.

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



****************************************************


Apa tanggapan pertama korang bila baca perenggan dekat atas tadi? dan ditambah pulak dengan tajuk entry aku kali ini. Mesti korang ingat ada apa-apa lan? Ok. Memang aku ada hubungan dengan die.


Sebenarnya dia ini Dua Pupu aku! Haha. Err ~ tak terkejut ker? Hurm ~ Tak pe lah. Sebenarnya lepas aku balik dari kerja, mak aku dapat call dari saudara aku dari Kuantan cakap diorang dah ada kat rumah tok aku. Bila balik rumah jer, aku jumpalah dengan diorang tapi tak berapa nak meriah sangatlah sebab yang datang hanya 3 orang jer termasuk lah mamat dalam gambar kat atas tadi. Hehe

Oh! Dua pupu aku 2 nama Azrul, sekarang study kat UiTM Penang. So petang semalam, kitorang cakap-cakaplah, bertukar-tukar cerita. Pasal lesen memandu aku, ujian teori aku yang failed pada 1st time, cerita dier accdient, cerita dier dengan kereta Kancil dier yang telah di modified sesuka hati. Best jugaklah sebab die ni peramah sikit. Senang nak bawak berborak.


Tapi yang aku tak tahan ialah dia cakap "..Sara, kau dah gemOklah.." Dush dush dush! Nak buat macam mana ni? Kena masuk The Biggest Loser nie *oh ya! I'm addict with that program now! Hehe


Kitorang keluar pergi tempat kerja aku, die nak jumpa dengan kazen aku. Gamat sekejap sebab diorang dah lama tak jumpa. So kitorang tinggalkan kazen aku 2 dengan janji nak amik dier habis kerja dan nak pergi keluar makan. Hehe

Kazen aku, Intan tapi aku panggil die Baby. Hehe. Manja sikit kan?? Nak kenal aku? Aku yang buat peace 2. Hehe


Kitorang geraklah pergi Astaka sebab die nak beli sticker nak letak kat kereta parents dier. Lantak lah ~ Then pergi amik angin laut dekat Pantai Batu Burok. Sambil-sambil itu pergi hantar kereta dekat car wash. Sementara tunggu kereta siap basuh, pergilah minum-minum kat kedai makan area 2.

Entah macam mana entah mak aku call suruh balik *dengan kadar segera sebab nak makan. Aiseyman, habis rosak kitorang punya plan. So cakap dengan kazen aku 2 tak jadi amik dier dan kitorang pun balik lah. Azrul memang giler! Bawak kereta 100 km/jam kat jalan raya. Aku kecut perut giler masa 2.

Lepas makan, kitorang keluar balik. Hehe. Tapi kali ini bukan aku dan Azrul jer. Tapi sekali dengan mak aku dan atOk dan nenek Azrul ini. Jalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu. Pergi Masjid Kristal, Stadium Terengganu yang runtuh 2, Airport Kuala Terengganu. Lepas 2 berhenti makan dekat Batu Burok. Makan steak lagi! Haha. Macam mana tak gemOk??


Overall memang enjoy giler-giler hangout dengan diorang. Balik rumah dekat pukul 2 pagi! Haha. 1st time ar keluar ke bandar Kuala Terengganu sampai begitu lewat. Kalau dekat Kuantan, dah biasa dah.


Tapi yang paling aku naik 'menyampah' dengan Azrul ni bila die tanya macam-macam soalan "..Kat Terengganu ni boleh pakai short pants tak??.. "..Sara kat Terengganu nie boleh hisap rokok tak??.." Kadang-kadang nak tergelak pun ada tapi aku layan lah jugak dengan peel perangai dier.


Yang paling best die cakap dia nak jual Nokia E71 die kat aku dengan harga RM 600 sebab aku ni kiranya pangkat kazen dengan die. Aku just "..oh ye ker?? Ok!.." dengan muka yang tak ada perasaan sebab die selalu cakap macam 2 sejak aku Form 1 tapi tak pernah ditunaikan pun! Owh sungguh mendukacitakan!!
Then pagi tadi diorang pun balik ke Kuantan semula sebab esok [Selasa] diorang nak pergi Penang sebab Azrul ada kelas pada keesokkan harinya. Macam itulah ~
Rasa best dapat keluar dengan diorang tapi lagi best kalau cukup semua family. Huhu. Agak-agaknya bilalah dapat spend time sama-sama dengan semuaaaaa family. Hurm ~


You Might Also Like

5 comments