Salam semuaaaa ! :D Semalam dan hari ini ada Extreme Kokurikulum di UiTM Dungun. Ada macam-macam aktiviti sukan yang diadakan. And semua acara konfem kau nak masuk dan tidak terkecualilah aku :)
Aku masuk apa? Archering ! :D
Walaupun group aku kalah tapi takpe sebab atleast terubat rindu aku nak memanah ! Haha :D Yeahh ! Aku memang pernah masuk pertandingan memanah tapi sejak masuk U ni aku stop main memanah. Hehe :)
Err ~ Actually, bukan tu sebenarnya aku nak cerita. Haha :D
Masa aku tengah tunggu turn nak archering, ring ring ringgg ! Oh mak aku yang call :)
Aku : Hello mama !
Mama : Hello Sara! Awak kat mana tue?
Aku : Sara kat padang ni
Mama : Buat apa kat padang tue?
Aku : Sara tengah tunggu turn nak main memanah nie maa. Jap lagi turn group Sara lah nie. Mama doakan lah supaya kitorang menang
Mama : Haaa ~ yelah yelah. Semoga berjaya. Ni haaa ~ Mama nak tanya, duit belanja cukup tak?
Aku : Oh ~ Sara tak withdraw lagi duit ni. Tapi kalau mama dengan ayah nak masukkan lagi duit, takpe, Dialu-alukan. Haha ;D
Mama : Yelah yelah.
Kemudian terdengar lah di belakang mama aku, suara ayah aku. Rumah aku tu jenis suara melantun bila bercakap. So bila ayah aku cakap pun aku still dengar semuanya apa yang ayah aku cakap.
Kau tahu apa yang ayah aku cakap?
Deganggg ! Jatuh jantung aku masa tue ! Sumpah aku terkejut. Weyhhh T____T Kemudian, telefon pun bertukar tangannn...
Ayah : Hello Sara!
Aku : Hello Ayah ! Ayah betul ke Sara dapat PLKN?
Ayah : Haaa ~ Aah. Sara dapat PLKN
Aku : Mana ayah tahu ini? *Suara aku masa tu dah nak menangis dah T___T
Ayah : Ayah cek kat internet lahh. Sara dapat Siri 2
Aku : Eh ayahhh ~ Biar betul? Alaaa ~ Tak nak pergi
Ayah : Kenapa pulak tak nak pergi?
Aku : Kalau Sara pergi, nanti Sara kena tanggu pengajian. Tak nak lah macam tue. Sara nak habiskan study cepat-cepat. Nanti boleh kerja cepat. Tak nak lah pergi PLKN ayahhh *Masa ini sumpah rasa sebak giler-giler
Ayah : Konfem ke tak nak pergi ni?
Aku : Sara tak nak lah ayahhh
Ayah : Kalau tak nak pergi tak pelahhh
Aku : Eh tak pe ke kalau tak pergi?
Tetiba terlintas di fikiran aku yang PLKN kan wajib untuk semua orang pergi dan hanya diberi pengecualian kepada yang sakit sahaja kan? Habis tu tak kan lah senang-senang je aku tak nak pergi walaupun aku ini sebenarnya anak kepada Komander PLKN? Kemudian aku dengar suara mama dan ayah aku duk gelak-gelak dekat tepon
AYAHHHHHHHHHHH ! Ayah tipuuuuuuuuu !!!!!!!!!!!!
Lagi kuat lah mama dan ayah aku duk gelakkan aku. Fuhh ~ Sumpah aku lega giler-giler bila aku tahu tu hanya lah gurauan semata-mata. Haha ;D Kalau lah betul-betul aku kena pergi PLKN, sumpah aku rasa nak menangis
Sebab apa? Sebab aku dah ada plan aku sendiri untuk masa depan. Dan aku tak nak plan aku ini tergendala disebabkan PLKN atau apa-apa sahaja. Insyallah ~ Aku harap Allah akan makbulkan segala rancangan masa depan aku :)
Kepada mama dan ayah, tahniah kepada kalian berdua kerana telah berjaya mengenakan anakmu ini dengan jayanyaaa ! Yeah ! Mari tepuk tangan kepada mama dan ayah aku. Haha :D
p/s : And yess ~ Aku mudah percaya dengan apa yang orang cakap :)
19 comments