Gambar study week sem lepas dengan budak Pekjah. Sem ni pun masih setia study dengan die. Cuma kitorang lebih banyak lepak dan study dekat Bilik Bacaan dalam kolej. Senang sikit :)
Salam. Maaf ye. Dah lama aku tak update blog aku dengan cerita yang panjang-panjang dan yagn menarik perhatian. Hehe :) Sebab apa?
30 April 2011 - Introduction to Public Administration (PAD190)
See? Aku tengah sibuk dengan final lahh :)
So maaflah yer kalau aku selalu update pendek-pendek je. Ditambah line broadband yang macam kentut tak nak lepas, menyebabkan aku rasa baik aku study :)
Tapi setakat ini, paper ACC106 aka Akaun lah yang berjaya buat kitorang menangis teresak-esak sebab tak dapat nak buat. Soalan sumpah payah -.- Aku pun kecewa jugak sebab format die lain sangat-sangat dengan soalan-soalan past year sem-sem lepas. Hmm
Sekarang, tinggal 1 paper je lagi. Aku mengharapkan yang terbaik dan cemerlang untuk sem kali. Aku punya aim tinggi sem ini. Punyalah aku terfikirkan pasal exam ini sampaikan aku dah boleh mimpi dah results aku. HAHA :D BTW Aku harap Allah perkenankan doa aku. Aminn :)
Weyh ~ Amin kan cepat untuk aku ! HAHA :D
Tapi bila paper ACC dah macam tu, buat aku rasa down kejap. Hmm. Tapi takpelah. Setakat ini, paper-paper aku yang dah lepas, aku memang buat sehabis baik. Aku memang nak tebus balik sem lepas sebab sem lepas aku sikit lagi nak dekan -.- Hmm
Haaaaaaaaa ~ Tu diaaaaaaaaaaaaa ! Semangat nak final! HAHA :D Aku dengan Pekjah buat jadual study kitorang and Alhamdulillah ~ Kitorang ikut. Haha :D Ajaib betul sebab mampu ikut jadual study kitorang nie. Hehe :)
Memandangkan kitorang study dekat Bilik Bacaan, dekat dengan bilik sendiri, tandas dan lengkap dengan aircond, so memang konfemlah kan kitorang duduk kat Bilik Study tu dari pagi sehingga ke pagi keesokkanya. Paling lama pernah duduk hampir 24 jam lah~ Hehe :)
And and and kalau dah study, perut ini pun mesti nak makan. Asyik laparrrrrrrrrrrrr je -.- Sekarang bekalan maggi aku dah habis. Malam ini, mana aku nak cekau makanan hah? Haih ~
Nampak? Masa ini memang kenduri besar betul kat bilik aku sebab kawan kitorang tempah dekat kedai Mak Cik Misteri. Masa ini tak silap aku pukul 11 lebih dah.
Ya Allah ~ Sumpah heaven giler sebab dah lah sedap, nasi banyak pulak tu dengan air teh o ais lagi, perghhhhhh ! Nikmat hidup betul! HAHA :D Yelah ~ Sebab selama ini kan, asyik makan maggi je. Sekali sekala makan makanan berat, sumpah best :)
Final dah nak habis. Sem dua pun akan berakhir. Uish ~ tetiba rasa tak nak habis sem ini sebab sem ini memang best ~ Aku kenal ramai kawan-kawan baru dalam kalangan budak DPA sebab Family Day :) Memang best dan sporting giler betul dorang semua ini. Nanti cuti sebulan, konfem aku akan rindu giler dekat dorang semua, esp budak-budak kelas aku :)
Classmate aku lepas exam CTU hari tu. Haihh ~ Tak leh bayangkan hidup masa depan nanti kalau salah seorang dari kita akan pergi. Kita semua ibarat macam adik-beradik dah kan? :")
p/s ; Esok lepas paper last and meeting dinner, lepas Kapas ramai-ramai jom? :p
7 comments