[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Thursday, April 07, 2011

[Topik] Ada Apa Dengan Desktop Wallpaper?



My current desktop :)


Asal aku post kan benda alah nie? Entah lah ~ Aku pun tak taw. HAHA :D


Honestly, aku memang suke giler main-main tukar desktop wallpaper nie. Tak kisah lah ~ Selalunya lepas seminggu, aku akan tukar gambar yang baru. Ya Allah ~ memang dah jadi habit kot sejak dapat lappy baru nie. HAHA :D *Lappy lama memang malas sikit nak main-main macam nie. Haha :D


Aku tukar-tukar desktop ini ikut mood sebenarnya. Kalau dah bosan, tukar yang baru. Kalau dah bosan, tukar yang baru. Haha :D Kejap gambar ini, kejap gambar yang lain. Haha :D Tak taw lah nak ubat perangai aku ini macam mana -.-

Entahlah aku tak taw kenapa tapi aku suke tengok gambar eye shadow nie. Sumpah superb habis warna-warna die. Dah lah ada banyak pilihan warna. Sekali beli benda alah nie, banyak warna kau boleh dapat. Haha :) Ini dikatakan, pelaburan masa panjang. Haha :D


Kalau ada orang guna desktop ini, maknanya die suke kecantikkan. Yelah ~ Make up kan? Biasalah tue. Dah jadi lumrah semua manusia sukakan kecantikkan so termasuklah dengan aku. And aku rasa orang yang guna gambar-gambar yang macam ini adalah orang yang sukekan fashion. Hehe :)

Gambar ini Pekjah yang amik kan. Lepas kitorang lepak McD, kitorang pergi Taman Dungun yang kat tengah-tengah bandar tue. Kebetulan ada camera, so kitorang penuhkanlah memory camera tue :)


Kalau orang tu guna gambar sendiri, maksudnya orang tu yakin pada diri sendiri untuk menampilkan diri mereka sendiri. Dia seorang yang tak ragu-ragu dan tak mudah berputus asa dalam mencapai apa yang die nak. Heee ~ Konfem lepas ini ramai yang letak desktop gambar sendiri. Haha :D

Inilah Mojo aku ! :) Sayang giler dekat die. Haha :D Sebab die comel sangat-sangat. Teman tidur dan penunggu setia aku di atas meja study aku :) Kadang-kadang aku bawak die pergi jalan-jalan. Letak dalam beg aku je lah :) Kawan-kawan aku sumenya dah tahu dan aku tak kan bagi dorang main-main dengan Mojo aku nie. Haha ;D


Ehem ehem ~ Thanx to him


Kalau orang tu letak gambar-gambar yang macam kartun-kartun ini, die seorang yang happy go lucky dan ceria. Seorang yang sukakan benda-benda yang comal dan berjiwa lembut. Mungkin luaran die nampak macam tomboy ke, rock ke tapi selalunya mereka-mereka ini mempunya jiwa yang lembut macam jelly. Haha :D


Gambar ini macam suci je kan? Biasalah ~ Kalau aku dah serabut sangat otak aku ini, aku guna je gambar nie. Dan bawah gambar tu ada tulis 'When you smile, I smile' Eh ? dah macam lagu Justin Bieber pulak. Haha :D Sape minat Justin Bieber? Aku tak minat die. Haha :D


Kalau orang tu guna desktop warna cerah-cerah, maknanya die adalah seorang yang sukakan kesucian dan kebersihan. Suci ni maksudnya dia tak suke dengan keadaan yang serabut-serabut dan sukekan ketenangan. Lagipun putih kan memang warna yang sesuai untuk seorang wanita lembut so sepadanlah kan dengan karakter die dan warna yang dipilihnya :)

Gambar ini sumpah buat aku pening. Dah lah spiral dengan kepala aku nya duk pening duk buat assignment yang berlambak, lagi lah pening @_@ Cepat cepat aku tukar desktop yang baru :)


Kalau orang tu guna desktop warna gelap, maknanya die seorang yang suke bersendirian atau die mungkin perlukan masa sendiri tanpa ada orang lain. Mungkin orang ini perlukan masa mereka sendiri. Warna hitam jugak melambangkan kegelapan. Mungkin orang yang guna desktop warna gelap nie suka warna hitam kott. Haha ;D


Act ada banyak lagi desktop tapi malas aku aku print screen satu satu and upload. Dah lah line macam harammmmmm je. Ni pun aku duk kat Bilik Study sebab ada aircond. Haha :) Kalau tak, memang tak lah -.-


Korang pun mesti ada desktop favourite masing-masing kan?
Eh marilah share-share dengan aku ! ^.^




Eh jap jap jap !



Korang percaya ke dengan apa yang aku cakap pasal pemilihan desktop wallpaper dengan karakter diri orang tue? Weyh ! Aku reka-reka je lah ! Haha :D Aku main tulis je apa yang terlintas dalam otak aku ini. Kalau betul tu, mungkin kebetulan kott. Haha ;D



p/s : Malam esok ASCAPS Annual Dinner. Tema, A Memoribilia Retro Night. Konfem malam esok bilik aku jadi tumpuan. Haha :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts