[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Friday, July 27, 2012

"Dia Akan Datang Nanti, Insyallah"


 Assalamualaikum


"Mimpi ni sebenarnya bukan mainan tidur! Kadang-kadang mimpi ni adalah satu mesej yang nak disampaikan kepada kita" - Sir Adlan Bakri, Blok 7A5, Modul Finishing School


Terus aku tersenyap dan berfikir. Kawan-kawan aku yang lain semuanya sibuk bertanya tentang mimpi dan tak tahu kenapa aku ada keberanian nak bercerita tentang mimpi aku. Jujur aku cakap, meremang bulu roma aku bila Sir Adlan cakap macam tue


Dan sebaik sahaja aku habis bercerita tentang mimpi aku, dengan spontannya Sir Adlan cakap "Dia akan datang nanti"


Terus aku senyap dan tiba-tiba aku rasa sebak sangat. Dalam sibuk dan rancak kawan-kawan aku bertanya tentang mimpi masing-masing kepada Sir, aku dapat rasa pemandangan aku jadi makin kabur sebab mata aku dipenuhi dengan airmata.


Ya Allah, awak. Kat mana awak sekarang nie?




5 tahun yang lepas...



ada satu malam tu, aku just tidur macam biasa. Cuma malam tu tak macam malam yang lain sebab aku mimpi kan seseorang. Mimpi yang memberi kesan yang mendalam dalam diri aku sendiri, mungkin sampai ke hari nie. Barangkali...


Dalam mimpi aku tue, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Aku tak tahu langsung nama dia, asal dia ; semuanya pasal dia, aku memang tak tahu menahu langsung. Even kalau orang suruh aku describe kan muka dia pun, aku tak boleh nak bayangkan sebab aku memang tak kenal dia.


Tapi dalam mimpi tue, aku dengan dia macam baru berkenalan. Kami mulakan perhubungan kami dengan sebagai kawan dahulu. Dan aku dapat rasa yang aku dengan dia ada chemistry. Oh ya ~dalam mimpi tu kan, aku tak tahu pun apa yang aku dengan dia borakkan. Just ibarat aku sedang tengok satu wayang gambar dalam mimpi aku tue


Dan aku terjaga dari tidur tiba-tiba. Aku fikirkan mainan tidur lalu aku endahkan mimpi tue..



Malam kedua..

Aku mimpi dia lagi. Eh kenapa yer aku mimpikan dia? Takpelah ~ Kali ini aku mimpi dia, aku dan juga ya ~ family dia. Dalam mimpi tu, digambarkan aku dikelilingi dengan keluarga dia dan dia juga. Masa tu dekat rumah dia. Masa tu aku dapat rasa macam meriah sangat rumah dia tu sebab nak menyambut kehadiran aku


Dalam mimpi tu jugak, aku sempat berborak dengan ayah dia je. Tapi tak tahu lah benda apa yag diborakkan cuma dari apa yang aku tengok dalam mimpi tue, aku dapat rasa yang ayah dia memang boleh masuk kepala dengan aku. Punyalah aku dengan dia borak lama sangat sampaikan dia datang kepada aku dan ajak aku pergi dahulu


Dan aku terjaga lagi dari tidur



Malam ketiga dan mungkin yang terakhir...



jujur aku terkejut sebab aku mimpi orang yang sama 3 malam berturut-turut. Tak tahu kenapa tapi kali ini aku dapat rasa mimpi aku ni bukan macam mimpi yang dua malam sebelumnya


Mimpi untuk malam ketiga ini, ibarat macam aku dengan dia sudah ke arah satu perhubungan yang halal. Semua kawan-kawan dan keluarga kami sudah tahu tentang hubungan kami dan alhamdulillah, semuanya merestui hubungan aku dengan dia


Mimpi tu diteruskan lagi dengan satu majlis yang sangat-sangat meriah. Tapi kemeriahan majlis tu terganggu bila ada orang yang ketiga datang buat onar dalam majlis tue. Macam semuanya berlaku dalam sekelip mata. Semuanya di sebabkan orang ketiga tu yang sebenarnya tak suka tengok aku dengan dia bersama


Dan sejak dari peristiwa tue, hubungan aku dengan dia ada banyak sangat dugaan dan cabaran. Aku dengan dia sama-sama hadapi semua dugaan tu dan semuanya kami berjaya lalui. Masa tu aku memang stick together lah dengan dia. Tak ada langsung niat nak putuskan hubungan dengan dia


Tapi pada satu hari, akibat perbuatan orang ketiga tue, masalah jadi lagi teruk dan semuanya macam tak boleh nak dibaiki lagi. Teruk sangat-sangat sampaikan hubungan aku dengan kawan-kawan aku terjejas sekali. Aku terpaksa jelaskan balik semuanya kepada satu persatu kawan-kawan aku. Bukan aku sahaja, dia pun sama


Dan aku masih ingat lagi sampai ke hari nie. Dia berjalan pergi dari aku dan aku sempat kejar dia dan tarik tangan dia untuk menghadap dengan aku. Aku masih ingat lagi muka dia yang keruh dan juga ya ~ mata dia yang penuh dengan air mata. Dia menangis. Dan terus aku merayu dia jangan pergi


Katanya, demi kebaikkan semua orang, lebih baik dia pergi dulu. Katanya, dia tak mahu melihat aku menangis dan kawan-kawan aku mula menekan-nekan aku kerana perbuatan orang ketiga tue. Katanya, dia rela untuk berundur diri asalkan bibir aku mengukir senyuman lagi. Katanya, dia tak sanggup melihat aku begini lagi


Dan semua itu dikatakan kepada aku dengan linangan air mata. Dan dia hanya tunduk sahaja, tidak langsung memandang ke mata aku. Aku merayu kepada dia supaya jangan pergi. Aku yakinkan dia yang ini semua hanya perbuatan orang ketiga yang hanya nak kami berpisah


Lalu dia cakap, dia bukan tak sanggup nak menghadapi semua tue. Cuma dia rasa dia belum bersedia lagi. Katanya, dia akan datang untuk mencari aku pada satu masa nanti. Lalu dia hanya mengusap kepala aku dan cakap "Jaga diri awak baik-baik" sambil memaksa bibir dia untuk mengukir senyuman dan dia terus berjalan pergi dari aku.


Aku pulak masa tu terus terjatuh sebab tak mampu berdiri. Aku rasa kaki aku tak mampu nak menampung badan aku. Apa yang aku boleh buat masa tu adalah hanya melihat dia pergi jauh jauhhh jauhhhh dari aku. Mulut aku tak berhenti-henti panggil nama dia yang sampai sekarang aku sendiri tak tahu apa nama dia


Dan aku terus terjaga dari tidur. Terus aku sebut "awakk..." dan tak disangka, aku menangis teruk sangat lepas aku terjaga dari tidur tue


Aku tak tahu kenapa dan sampai sekarang aku sendiri tak dapat nak jawab pertanyaan aku tue. Aku menangis memang teruk sangat-sangat. Aku dapat rasa macam yang dia memang dah betul-betul pergi tinggalkan aku. Macam dia betul-betul sebenarnya ada dalam hidup aku cuma aku tak tahu siapa


Malam esoknya, aku tunggu dia, dia tak datang. Malam tulat, dia tak datang. Malam minggu depan, bulan depan, tahun depan dan sampai sekarang dia tak datang pun dalam mimpi aku. Sampaikan kadang-kadang aku lupa pasal dia


Tapi tak tahu kenapa, pada 1st Ramadhan baru-baru ini, aku teringat dekat dia dan bila teringat pasal dia, mesti aku rasa sedih dan akan menangis. Aku rasa macam dia dah tak ada dengan aku. Aku tunggu dia, seriously, aku memang tunggu dia


Dulu dulu, sebelum aku tidur mesti aku berdoa agar atleast dia datang dalam mimpi aku sebab aku sayang dia sangat-sangat. Memang aku bodoh sebab aku tak tahu siapa dia, nama dia, dia asal mana tapi takpelah ~ sebab aku yakin mesti Allah swt ada perancagan yang lebih baik untuk aku


Even dah bertahun-tahun aku tunggu dia untuk datang dalam mimpi atau dalam realiti aku sendiri, aku tak pernah lupakan dia. Kalau ceritakan pasal dia dekat kawan-kawan aku, mesti aku akan menangis. Aku akan menangis bila teringat dekat dia sebab aku rasa sedih dia terpaksa pergi


Walaupun dia hanya dalam mimpi aku, aku tetap rasakan yang dia ada sebenarnya dalam dunia ni cuma aku tak tahu siapa dia, kat mana dia. Mungkin dia ada jauh dari aku, mungkin dia ada dekat-dekat dengan aku. Entahlah ~ aku tak tahu semua tue.




Cuma apa yang aku harapkan, mimpi aku tu bukan mainan tidur. Biarlah dia betulbetul datang pada aku satu masa nanti. Aku akan tunggu dia. Aku akan pegang nasihat dia untuk jaga diri aku baik-baik. Aku akan sentiasa berdoa untuk dia agar dia datang untuk mencari aku. Aku akan ingat dia selalu


Memang pedih sebab macam orang bodoh je bila bercinta dengan orang dalam mimpi kita sendiri. Lantak lah ~ aku tak kisah pun. Sebab aku yakin sangat dalam hati aku yang dia memang untuk aku. Aku akan tunggu dia. Aku akan tunggu dia


"Dia akan datang nanti" - ayat ni masih tengiang-ngiang di telinga aku sampai ke hari nie. Aku akan pegang ayat nie. Kalau dia memang betul untuk aku, aku akan tunggu dia. Aku akan siapkan diri aku untuk dia dan aku pun berharap dia pun akan buat yang sama.


Sakitnya ya allah sebab aku menunggu dia dah bertahun-tahun dah. Aku memang tunggu dia untuk datang pada aku. Satu hari nanti, kalau betul-betul dia datang, biarlah Allah swt gerakkan dan bukakkan hati aku untuk menerima dia. Penantian ni sungguh menyeksakan aku


Biarlah dia hanya datang dalam mimpi aku. Takpelah, asalkan satu hari nanti dia akan betul-betul datang kepada aku, datang dalam realiti kehidupan aku. Sebab jauh dalam sudut hati aku, aku betul-betul nantikan dia.


Sudah bertahun-tahun aku nantikan dia. Jika dia bukan untuk aku, kenapa sampai sekarang aku masih teringatkan dia dan ternanti-nantikan dia? Apatah lagi sejak kebelakangan ini, aku selalu teringat dekat dia setiap malam. 


Ya Allah, aku yakin pada perancanganMu Ya Allah. Jika Kau makbulkan doaku sekarang, itu bererti Kau sayang kepadaku. Jika Kau tidak makbulkan doaku, mungkin Kau sedang mengujiku dengan kesabaran.  Jika Kau tak makbulkan doaku, mungkin Kau ada perancangan yang lebih baik untukku. 




p/s : Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts