Teach Me How To Smile Again

Sunday, July 01, 2012

 

 Assalamualaikum


Sekarang ni, aku rasa nafas aku macam semakin lama semakin semput sangat 


This. Banyak dugaan dan masalah yang datang kepada aku secara langsung dan tidak langsung. Aku tak tahu macamana nak handle satu persatu. Lepas yang ni, yang tu pulak datang. Lepas yang tu, yang sini datang balik. Macam tak putus-putus


Kadang-kadang ada probs dengan member-member aku. Kadang-kadang ada probs dengan family aku. Kadang-kadang ada probs dengan masalah kewangan. Kadang-kadang ada probs dengan assignment aku. Benda ni semua yang aku sebut tadi, datang secara serentak tau?


Aku bukannya mengeluh cuma kadang-kadang aku perlukan sokongan dan bantuan. Tu je. Aku dah tak tahu nak percaya dekat sapa lagi untuk bantu aku sebab semakin lama, semakin aku bukak mata untuk melihat seorang demi seorang. dan ternyata, tanggapan aku kepada mereka adalah meleset sama sekali


Tiap-tiap malam aku lebih senang duk terperuk depan lappy aku dekat bilik dari meronda-ronda ke luar dan makan malam. Kalau in case aku lapar pun, aku just makan je apa yang aku ada dekat bilik. Seriusly, rasa macam malas giler nak menghadapi dunia luar


Bukan aku takut, cuma aku letih dan rasa aku perlukan kekuatan. Sebab sebenarnya aku dah penat menghadapi semua ini dan berpura-pura. Letih sangat. Hati aku ni macam disiat-siat seolah-olah aku ni tak ada perasaan sedangkan sebenarnya aku rasa macam aku dah tak ada hati dah sekarang nie


Aku pun rasa macam aku tak boleh nak gelak seindah dan sewenang-wenangnya macam aku gelak suatu ketika dulu. Sebab yelah ~ buat apa gelak kalau kau sebenarnya tak rasa kelakar pun? In case kalau aku gelak pun, dalam hati aku still rasa pedih dan sunyi jugak



Aku rasa aku tak gembira sekarang nie. Mana je aku pergi, mesti ada benda yang buruk akan berlaku dan aku akan rasa susah hati. Tak tahu dah aku nak describe macamana lagi :(



ya allah, hanya kepadaMu aku mengadu


 

You Might Also Like

8 comments