My Class Trip to Kuala Terengganu. Kuala Terengganu Pun Boleyy! :D

Thursday, July 26, 2012


 Assalamualaikum


Okaylah ~ Kali ni mari kita bercakap pasal on the spot punya trip. Mueheheh :p


Hari Isnin malam aku ada dapat calling dan texting dari budak-budak kelas aku. Semua tanya aku "Mai esok kita ada trip ker?" Aku yang masa tu tengah serabut duk melukis untuk assignment video Law aku dengan Khalis dan Hani, bertambah-tambahlah serabut sebab aku tak tahu menahu


Rupa-rupanya, under kelas Development Administration aka DA dengan Sir Jazimin, ada trip ke Kuala Ibai sebab ada ceramah khas pasal apa entah. Memandangkan aku dah amik subjek DA masa intersession, of courselah aku tak tahu menahu kan?


Tapi bila aku tahu dorang dapat pergi ke KT, of courselah aku nak pergi sebab kebetulan aku nak jumpa dengan mak aku sebab nak amik surat PTPTN. Pasal apa entah tapi macam pasal surat pengesahan yang kita dah terima duit PTPTN tu. Gitulah ~


Aku pun dah start fikir. Bestnya kalau dapat pergi. HAHA :D So hari Selasa pagi, lepas Subuh aku terus call classrep aku, Pian dan suruh dia hulurkan telefon dekat Sir Jazimin. Sir cakap datang je lah. Kalau bas tak penuh, awak boleh ikut. Aku pun apa lagi! Bersiap zass zass zass tau ~ HAHA :D


Sampai je dekat bus stop depan Pos A, aku tengok budak-budak kelas aku dah sampai dah. Dorang pun bisinglah kenapa aku ikut sekali memandangkan aku kan dah amik DA. HAHA :D Biarlah ~ aku memang gamble je pergi sana. Dapat ikut, aku pergi. Tak dapat, aku sambung je tidur sebab kelas aku hari tu start pukul 12. Mueheh

Janji pukul 7.30 pagi tapi alih-alih dekat pukul 9 kitorang gerak sebab ada masalah dengan bas. So last-last kitorag naik van je. Dua van dengan satu kereta Naza Ria UiTM. Dalam van aku, semua budak perempuan sekali dengan Sir Jazimin. Masuk je dalam van, pakat masing-masing duk tidur belaka. Aku je yang tak tidur sebab aku tak mengantuk.


Oh btw ~ bila dah naik van tu maknanya aku dapat lah ikut pergi trip DA ni! HAHA :D Yeayy! :D

Kitorang menghadiri ceramah ni lah :)

Orang ramai :)
 Sampai-sampai je dekat Kuala Ibai, tulis nama dan masuk ke dalam auditorium tu. Ceramah tu dah start lama dah so tempat macam dah almost full. Pergh ~ aku rasa kan, kitorang je yang muda bergetah dalam auditorium tu sebab mostly yang datang ceramah tu semuanya macam orang yang dah bekerja bertahun-tahun huhu


Aku, Hani dengan Khails duduk kejap je sebab lepas tu kitorang pergi cari makanan HAHA :D Yelah weyh! Dari pagi tak makan pape so of courselah lapar kan? HAHA :D Kitorang makan mee hoon goreng dan keropok lepas tu bawak balik sikit kuih-muih HAHA :D


Lepas tu, boleh pulak aku dengan Hani pergi dekat kawan-kawan aku yang lain yang baru nak makan dekat kedai makan yang berdekatan dengan kitorang tue HAHA :D tapi tak makan lah ~ just tengok je dorang makan.


Lepas tu baru lah budak-budak lelaki dan Sir Jazimin datang. Kitorang nak main boling! HAHA :D Masa tu baru pukul 11 pagi tak silap aku. So pergilah dekat sebelah bangunan ceramah tu. Alaa yang dekat Terengganu Trade Center tuuu aka TER. Sesiapa budak Terengganu, memang tahulah TER nie :)

From left ; Pkah, Hani, Farah and obviously its me -__-

Ze girlfriends with Harris and Pian :)

Masing-masing semangat betul nak main boling. Tapi tup tupp full! Hello? Pukul 11 pagi pun full ker? -__- Act sebab dah ada orang booking so hmm ~ harapan tinggal impian je lah. So lepak-lepak kejap. Masa ni aku pun jumpa mak aku kejap sebab nak pergi amik surat PTPTN tue. Sempat borak dalam 10 minit je

Berborak-borak dengan abang yg tgh practise boling
Muka orang happy dapat pergi Astaka -__-

Last-last, kitorang semua gerak pergi ke Astaka. Sebab nak main boling punya pasal HAHA :D Nak karaoke, macam just nyanyi je. Baik kita pergi boling. Aku pun on je lah ~ Ikut je lah suara majoriti :)


Sampai je dekat Astaka, aku jalan-jalan dulu dengan Hani dekat satu Astaka. Tapi faham-faham je lah apalah yang ada dekat Astaka tu kan? Huhu ~ So lepas dah puas jalan-jalan, aku dengan Hani pun naik atas sekali dan tengok dorang semua duk main boling.


Korang bayangkanlah, kitorang je yang conquer semua lane dekat boling Astaka tu sebab masa tu baru pukul 11 lebih kot ~ dah lah hari orang bekerja. Of courselah kitorang je yang ada. Hehe :)

Amik gambar dulu! :D

Mulakan permainan! 
Kecoh, stress, bising, kelakar ; semua ada :)
Kebetulan ada promotion waktu tu. Sebelum pukul 12 dapat 3 game untuk berapa RM entah ~ Aku dah tak ingat dah. So aku rasa semua budak kelas aku main. Semua okay? Yang tak mainnya ; aku Hani Ina dan Farah. Mula-mula aku sibuk amik gambar je dan sorak gitu gitu jer ~


Last-last, aku ajak Hani dengan Farah pun main jugak HAHA :D Tak tahan aku tengok dorang main sedangkan aku just tengok je. Hehe :) So aku pun main lah ~ tapi aku dapat dua game je sebab masa tu dah pukul 1 lebih dah. Huhu ~

Sebenarnya, aku tak reti sangat pun main boling -__-
Macik yang pakai baju kurung ni terror main boling HAHA :D
Eh mana aku? Tak aci ni -___-
Yeay tu aku :) Walaupun nampak macam kena penyet -__-
Sekali masa tengah syok-syok main, bammmmmmmmmmmm ~ bunyi orang jatuh. Ya Allah ~ Akma rupanya yang jatuh. Aku ingatkan dia okay je sekali nampak macam dia tengah sakit giler. 


Rupanya masa dia jatuh tu, dia tertekan pergelangan tangan dia, macam dia tahan badan dia guna pergelangan tangan dia dan haruslaaaaaaa untuk dia rasa sakit sebab semua berat badan dia tertumpu pada pergelangan tangan dia. Fuh ~ ayat macam nak kasi explaination dalam Fizik je -___-


Sekejap je, tangan dia dah macam bengkak sikit. Aku try urut sikit tapi Atyn larang aku sebab takut salah urut kang, lagi bahayoo ~ So aku biarkan lah ~ Eh eh ~ alihalih dia yang amik alih tempat aku urut tangan Akma HAHA :D Ambui Atynnnnnnnnnn ~ Pandai tau :p

Sakit yer? Sabar ye sayang :)
Tapi kejatuhan Akma (asal doeeeeeee ayat kau macam nie Sara weyh?) tak mematahkan semangat kami untuk terus bermain HAHA :D Main je selagi yang boleh. Yang takboleh blahnya, Akma punya turn untuk main boling, aku Hani dengan Farah yang tolong mainkan HAHA :D Terus tak pasal-pasal markah Akma dalam main boling jadi tinggi HAHA :D


Weyh! Kitorang yang tak jatuh ni pun rasa macam nak patah tangan sebab duk baling boling tue -__- Nasiblah aku main dua game je. Kawan-kawan aku yang main tiga game tu, tak tahu lah aku -__- Seriously, boling is my last choice lah kalau aku nak hangout pun. Aku tak tahu lah kenapa aku tak gemar sangat main boling. Huhu


Lepas dah main, kitorang pergi Sembahyang Zohor kejap dan makanggggggggggggg! Ingat nak pergi Pasar Payang tapi tak boleh sebab tak sempat sebab petang tu pukul 4.30 Sir Jazimin ada kelas. So hmm tak boleh lah ~ Takpe, nanti kita pergi lain kali yer kawan-kawan? Mueheheh :D


So kitorang pun pergi makan. Kebetulan kitorang port betul-betul bawah pokok dan tepi pantai dan ditemani dengan angin sepoi-sepoi bahasa. HAHA :D Weyhhhh ~ macam dah lama giler tak guna perkataan sepoi-sepoi bahasa! Dulu masa buat karangan SPM selalu guna. Bajet dah sasterawan lah tu guna ayat sepoi sepoi bahasa dalam karangan kau? -__- Fine lah 


Makan makan :)


My classmates :) Sayanglah semua orang <3 :D

So after makan, pukul 3 petang kitorang pun gerak balik. Mimi pulak beli pisang goreng, keropok lekor. Tapi Masyallah ~ sekali aku gigit pisang goreng tu, hoiiiiiiiiiii macam gigit span yang dah direndam dalam minyak lah weyh! Berminyak betul dan terus stop makan. Tak tahan aku -__-


Naik van dan masing-masing bammmmm terus tidur HAHA :D Penat betul masa tue. Aku ingat aku bolehlah tahan tak tidur dalam van tapi alih-alih aku tertidur jugak. Hailoh -___-


Sampai Dungun pukul 4 petang dan pukul 4.30 aku pergi kelas Financial Administration sebab aku tak dapat pengecualian kuliah sebab aku bukannya amik subjek DA kan? Huhu so pergilah ~ 


Tapi bila dah nampak macam kosong je kelas, Madam Munirah pun tak buat kelas HAHA :D


p/s : Dua tiga hari lepas main boling tu, masing-masing pakat duk mengadu sakit tangan HAHA :D

 

You Might Also Like

2 comments