Orang Yang Berjaya Dimulakan Dengan Vandalisme. Eh? :O

Monday, July 30, 2012

 

 Assalamualaikum


Baru habis kelas Sir Asri. Ya Allah ~ Tiap kelas ada Sir Asri untuk subjek Current Affairs in Southest Asian mesti aku akan gelak sakan sebab Sir suka sangat buat lawak HAHA :D



Macam tadi lah ~ aku tertarik dengan satu cerita lah yang Sir bagi tahu dalam kelas tapi of courselah kan aku akan gelak dulu 


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA



Okay dah cukup -__-


Masa Sir tengah nak buat kesimpulan based on our presentation, ehemmm ~ Sir suka presentation kitorang *Alhamdulillah* :) Sir nak padamkan dekat whiteboard tu yang penuh dengan main-main points yang aku dengan budak-budak lain duk tulis masa kitorang present sebab dia nak tulis


Sekali masa dia amik duster tue, duster tu rosakkk HAHA :D Macam dia punya tapak untuk memadam tu dah tertanggal dah, dah tercabut dah. Yang tinggal hanyalah pemegang duster tu je. Dia pun buat muka dan kitorang satu kelas pun gelak je lah :) HAHA :D

Duster yang asal :)
Duster yang rosak -__-


Lepas tu die senyum dan dia pun ceritalah.. (Sir cakap dalam English tapi aku translate kan ikut BM lah yer?)


"Awak tahu tak, bila ada orang buat vandalisme, saya tak marah pun. Sebab bila ada orang vandalisme, contoh macam ada barang rosak ke kan, pihak pengurusan akan telefon kontraktor. Pihak pengurusan tu akan bayar kontrator tu untuk beli barang-barang yang dah rosak. Awak sedar tak, bila kontraktor tu dapat duit, dia akan bagi duit tu dekat anak bini dia. Sedar tak? Awak dah bagi rezeki dekat kontraktor tue"


Masa ni kelas aku dah ada yang start gelak, aku apatah lagi. Sir sambung lagi..


"Lepas tu, bila kontraktor tu dah bagi duit dekat anak bini dia, anak dia akan belajar bersungguh-sungguh dan lepas tu amik SPM dan dengan duit yang pihak pengurusan tu bagi dekat kontraktor tu, kontraktor tu dapat masukkan anak dia dekat UiTM. Anak dia tu akan belajar dan jadi orang yang berguna. Awak sedar tak, nak dapatkan seorang yang berjaya hendaklah dimulakan dengan..."


"VANDALISME!" - classmates aku sambung ayat Sir sambil kitorang dah gelak macam hape dah HAHA :D


Ya Allah ~ masa ni aku dah gelak macam hape dah HAHA :D Weyhhhhhh Sir Asri suka sangat buat lawak dalam kelas. Untuk sem ni kan, aku pernah ponteng sekali je kelas dia sebab aku oversleep sebab malam sebelum tu aku tengok Final Euro. Final Euro habis pukul 5, kelas dia hari Isnin start pukul 8.

Aku & Shiro while watching the Final Euro 2012. Kitorang support Spain tau! :D

Haaaaa ~ cakap pasal Final Euro tu kan, sebelum game final tu, classmates aku adalah update dekat status FB tanya, Sir Asri tak nak cancel kan kelas ke sebab yelah ~ konfem konfem lah ramai yang tak datang sebab oversleep tengok Euro kan? Korang tahu apa Sir cakap?


"Awak dibenarkan tak datang tak lebih dari 3 kali. So gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya" HAHA :D Masa tu dalam hati aku cakap "Konfem lah aku tak datang kelas" HAHA :D


Dan memang betul, aku memang tak datang kelas pun padahal aku dah bangun dah masa Subuh tue HAHAH :D


Sir Asri, you are the best lecturer. Sir memang memahami jiwa kami sebagai anak remaja nie :D


p/s : Actually ada banyak lagi cerita lawak yang Sir Asri bagitau dalam kelas tapi nantilah aku cerita balik :)


 

You Might Also Like

6 comments