Hari Pertama ke Kelas Dengan Perasaan Malu

by - Wednesday, September 11, 2013

Assalamualaikum


Semester 4 Degree in Bach in Admin Science! :D


Alhamdulillah, aku dapat jugak sambung ke part 4 degree ni walaupunnnnnnnnnnnn hati sebenarnya macam malas betul nak balik Shah Alam sebab dah syok duduk rumah HAHA :D


Tambahan pula aku kan baru balik dari camping di Gunung Ledang. Opsssssss ~ yang cerita pasal tu aku tak nak cerita lagi sebab aku tak ada gambar lagi haha :D So tunggu gambar then baru aku cerita, kot! hehe


Alkisahnya, hari ni adalah hari Rabu dan hari ini adalah hari pertama aku pergi ke kelas! Y.Y Sebab apa? Yaaaaaaaaa, sebab hari Isnin dan Selasa aku tak pergi kelas! HAHA :D Subhanallah, dahsyat lah aku ni. Awal-awal sem dah tak nak pergi kelas -.-


So bila dah dua hari tak pergi kelas sebab merayap situ sana sini dengan kawan-kawan, aku macam blur blur lah tak tahu jadual, subjek apa bagai, lecturer mana kan? So pagi tadi aku bangun awal pagi sebab aku expect aku ada kelas pukul 8. Okay okay, pukul 8 yer anak-anak?


Sekali bila aku dah lepak dalam kelas tu, aku dapat tau tu bukan kelas aku sebab aku tak amik subjek aku! HAHA :D Malu mak noksssssss! So aku pergi mencari-cari kelas aku. Okay jumpa. Subjek yang aku amik tapi masih bukan kelas aku! HAHA :D Kelas aku yang sebenar adalah pada pukul 10 pagi!




So aku malas nak fikir panjang, aku main masuk je kelas tu walaupunnnnnnnnnnnn bukan kelas aku. HAHA :D Nasib baik lecturer aku tu baik giler dan macam tak kisah pun aku nak masuk sebab lecturer aku tu mengajar jugak kelas aku yang sebenarnya. Err, faham tak? Tak faham sudahh haha :D


Lepas tu, msauk kelas yang kedua untuk hari ni. Yes, kali ni masuk kelas betul sebab kawan-kawan aku ada sekali (tadi aku sorang-sorang Y.Y) Masa dalam kelas ni pulak, masing-masing duk kecoh pasal reg course yang ada masalah sikit. Duk pung pang pung pang, aku pulak yang kecoh padahal aku sebenarnya tak ada masalah pun cuma aku serabut tengok kawan-kawan aku yang ada masalah so tolonglah yang mana patut


Dalam duk kecoh-kecoh tue, aku sempat pergi lunch dan tidur dalam kelas kosong sementara tunggu kelas pukul 2 HAHA :D Okay lepas tu, yang ni ada satu lagi hal -.-


Aku dengan penuh semangatnya masuk satu dewan kuliah ni sebab dari sem lepas lagi, kalau kelas tutor memang dalam kelas tue. Bila aku masuk kan, mata aku macam pelik sebab "pasal apa ramai budak-budak kelas ni muka macam aku tak familiar ke?" Yelah ~ bila dah kenal batch kita, kita kenallah sape budak batch kita kan? Tapi masa aku duk perhatikan tu, tak ada sape pun muka yang aku kenal


Dalam duk khusyuk-khusyuk duk tengok tu, sekali aku terdengar ada orang menjerit dekat belakang aku "Mai! Kau salah kelas lah!" dan diiringi dengan gelak ketawa yang dah macam setonn dah aku dengar. Tahu tak apa perasaan aku masa tue? HAHA :D


Sumpah malu lah weyh! Aku pun berlari keluar dan gelak dengan kawan-kawan aku. Aku ni dah kenapa nak asyik salah kelas je nie? HAHA :D Lepas tu baru nak tercari-cari jadual kelas yang sebenar mengikut aku punya kelas HAHA :D


Moral of the story ; datang kelas awal sem supaya tahu apa yang berlaku Y.Y 


 

You May Also Like

0 comments