Saya Tahu Saya Tak Cantik

Monday, September 02, 2013


Saya tahu saya tidak cantik
Tapi, walaupun saya tidak cantik
saya tetap ada kelebihan


Kerana saya tidak cantik,
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik,
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki
yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik,
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik,
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik,
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.


Dan kerana saya tidak cantik,
akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.


Kerana saya tahu
Saya tidak cantik pada pandangan manusia
Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada Allah


Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar
Tapi kecantikkan di akhirat kelak,
Insyallah amin :)

 

You Might Also Like

0 comments