[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Tuesday, January 29, 2013

Hilang Momentum :/


Assalamualaikum


Bila last aku update entry? Cu habaq mai ~ aku dah tak ingat. 


Mintak maaf sangat-sangat. Aku rasa bersalah giler sebab di saat followers yang semakin lama tengah rancak membaca blog aku, tetiba boleh pulak aku menghilangkan diri. Sorry sangat!


Aku rasa bersalah sebab korang follow blog aku tapi there no entry from me. Please! Janganlah unfollow blog aku sebab aku sayang dekat korang :( Cuma buat masa nie, aku ada masalah dengan lappy aku dan line internet pulak macam ada problem sikit sebab broadband aku buat hal sikit. Sorry sangat-sangat!


So bagi melepaskan rindu dekat blog, aku banyak upload gambar dekat IG dan tulis caption panjang-panjang. Sebab aku nak lepas rindu nak tulis dekat blog. FYI, aku ada banyak giler benda nak tulis. Macam-macam benda nak aku tulis dan bincangkan dekat sini dan nak bagi korang baca, tapi tu lah ~ tak ada rezeki :(


Those who want to follow me, bolehlah follow aku dekat Instagram aku, Seach je mysaranewrie. Insyallah nanti aku akan approve korang :) Aku pun boleh dikatakan rajin jugak upload gambar tapi bukan gambar aku dengan duckface! Jarang lah aku upload gambar muka aku sendiri hehe



Entahlah ~ aku taktahu nak tulis apa sebab terlalu banyak sampai tak tahu nak menulis yg mana satu :/ 


Makan-makan MT & Exco ASCAPS :)

Just a random photo yang aku jumpa. HAHA :D Gambar ni semasa makan-makan KFC dengan diorang dekat Karah as it was our last meeting as MT & Exco ASCAPS :) Yang helmet merah tu, aku lah tue -__- Entah apa dosa aku dekat diorang sampai begini hah jadinya kena buli dengan mereka HAHA :D 


Ya Allah ~ rindu semua :')

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, January 12, 2013

Resipi - Ayam Masak Merah

Alhamdulillah. 1st time aku masak ayam masak merah dan ianya menjadi! Haha

Actually aku rasa macam nak sangat-sangat makan ayam merah. Tengok bahan-bahan pun semua ada so hapeeeeee lagi! Siaran langsung dari Dapur Kak Mai HAHAHAHA

Bahan-bahan :
Ayam yang dipotong sederhana besar
1 sudu halia (diblend)
1 sudu bawang putih (diblend)
1 sudu bawang merah (diblend)
2 sudu cili boh / cili giling
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Cili merah (dipotong halus)
1/2 bawang besar (dipotong halus)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
Mula-mula korang goreng ayam tu. Goreng tu janganlah garing sangat, ala-ala biasa je. Lepas tu, toskan kasi ayam tu rehat. Kang mulut dia bising sebab panas HAHA :D

Then tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia tadi yg dah siap kita blendkan sekali. Tumiskan sampai naik bau. Masa blend tu, masukkan sikit airlah dalam bahan yg kita nak blend tadi.

Bika tumisan dah naik bau, masukkan cili boh tadi. Dependslah banyak mana yg korang nak. Kalau macam aku tadi, aku masukkan 2 sudu besar. Okaylah tu. Masukkan sedikit air supaya tak nak ianya melekat sangat nanti

Lepas tu masukkan ayam goreng yang kita asingkan awal-awal tadi. Biar dorang merendidih sekejap. Huiiii - dulu masa amk ERT dekat sekolah, selalu sebut perkataan merendidih nie haha

Lepas tu masukkan sos cili dan sos tomato. Tak payah banyak sangat sebab just nak bagi sedap rasa je.

Aippp - tak siap lagi. Lepas tu masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa. Kalau korang rasa dah sedap dan okay, dah boleh angkat. Kalau tak, tambahkan je lah yang mana perlu

Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul gaul sikit dan wallah! Siap sudahhh ayam masak merah kita!

Sedap tak? Haha ni sebenarnya resipi ayam masak merah yang simple je. Bahan-bahan pun tak adalah complicated sangat so macam okaylah hehe

Heheeee ingat aku duduk rumah aku goyang kaki sahaja ke? Haha


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, January 08, 2013

Its My 21st Birthday!

Alhamdulillah. Its 8th January 2013 dan itu bermaknaaaaaaaa
Haha happy birthday to me :) Ya Allah rasa bersyukur sangat-sangat sebab dah umur 21 tahun. Haha.
Ramai betul wish birthday aku. Even though just tulis "happy birthday Mai" tapi aku rasa macam happy sangat-sangat. Even though tak ada hadiah, tapi sebenarnya aku terharu sangat-sangat dengan setiap ucapan and birthday wish yg semua orang bagi dekat aku. A very simple and sweet wish yet very meaningful to me. Terima kasih semuaa :')
Aku dah 21 tahun tapi aku rasa macam dah risau dah dengan masa depan aku. Aku taktahu apa yg bakal aku hadapi esok, lusa dan hari-hari yg mendatang. Aku risau apakah dugaan yg bakal aku hadapi. Aku risau apa akan jadi dengan aku. Yup, aku risau tentang semuanya
Or its just I'm overthinking? Never mind
Dalam masa yg sama jugak, aku risau jugak dengan blog aku nie. Makin lama macam makinnn malas nak update. Adakah ini bakal penamat kepada dunia blogging aku? Aku harap tak lah sebab blog = diari aku :) Semua susah senang dan luahan hati aku, aku tulis dekat sini.
Eh eh sedar tak sedar dah masuk 4 tahun aku berblogging :') Terima kasih semua sebab support blog aku haha perasan femes jappp :p
Well, I'm 21 years old today. Ramai cakap aku dah tua. Haha okay cuba korang tengok Rozita Che Wan. Umur dah meningkat tapi masih lawa kan? Haha so applykan benda yg sama dekat aku haha
Okay. Once again, terima kasih kpd semua yg wish birthday aku hari ni. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah swt murahkan rezeki awak semua :)
Happy birthday to me :)

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, January 07, 2013

Terukir di Bintang :)

"jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu,
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu". - Yuna

Tahniah Yunalis Zarai and Aizat also. Such a beautiful song and the show was very simple yet very sweet :) #AJL27


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, January 02, 2013

Wajib Ke Untuk Buat Azam Setiap Tahun Baru?


Assalamualaikum

Hai kawan-kawan. Ni entry pertama aku untuk tahun 2013 :)


Kalau direnung balik, tahun 2012 adalah bukan tahun cemerlang aku dalam berblogging sebab aku jarangggggggggg giler update blog! HAHA :D Kejap rancak, kejap macam hilang dari pandangan. Eceh ~ ayatt ~


Tapi kadang-kadang aku hilang tu sebab aku busy, line broadband buat hal ke. Macam tu je. Kalau aku rancak tue, maknanya aku free lah. Hehe :) Tapi kalau dekat Instagram, perghh ~ aku memang aktif betul duk upload gambar. Macam-macam gambarlah aku duk upload. Hehe


Okay sekarang ni aku nak bercakap pasal azam sebenarnya. Tiapppppppppppp kali masuk tahun baru, mesti buat azam baru. Mesti! Wajib! Dude, sape cakap benda ni wajib bro buat tiap kali tahun baru? :O


Bagi aku lah, azam ni sepatutnya dibuat setiap hari! Yess! Setiap hari! Bukan sekali dalam setahun okay? Azam kena buat setiap hari! Get it? Okay faham tak murid-murid? Krik krik kriikkkkk


Kalau buat azam tiap kali tahun baru, mestilah macam sekali setahun je kau berazam. Kalau kena pada orang yang macam cepat mudah putus asa, baru bulan Feb dah azam tinggal dalam kenangan. Dah tak semangat. Dah tak ada tujuan dan azam yang di hebah-hebahkan tak dapatttt nak ditunaikan. Kesian kan?


Kalau azam tu dibuat setiap hari, Insyallah kita akan macam lebih bersemangat! Sebab kita macam didorong oleh satu kuasa untuk mengubah diri kita dari sehari ke sehari. Lepas tu, bila kita berazam untuk mengubah diri kita, slow slow ianya akan effect diri kita. Aku tak cakap terus berubah okay? Tapi slow slow


Okay lets take this for example. "Esok pagi aku nak bangun awal. Lepas Subuh, aku nak pergi jogging" kata Mamat. Lalu dia akan cuba untuk bangun awal dari tidur dan pergi jogging. See? Dia atleasttttttttt ingat apa yang dia nak buat. Dia dah plan dari awal sehari sebelum tu, apa kerja yang dia nak buat sebaik sahaja dia bangun dari tidur


In case lah kan, kalau macam esoknya Mamat tak bangun tidur dan dia cakap benda yang sama everyday, Insyallah satu hari nanti, mesti dia akan berkesan dalam diri dia, dia akan cakap "Uish aku ni berazam tiap-tiap hari tapi tak pernah buat pun. Esok aku try lah" See? Nampak tak? Atleasttt kita ada effort untuk menuju ke arah jalan yang benar! Pergh ~ dah macam gaya ustazah dah nie hehe


Berbanding Ali, yang berazam pada malam tahun baru "Tahun ni aku nak bangun awal dan jogging tiap-tiap pagi" Lepas tu dahh. Esoknya, lusanya, tulatnya ; dia tak ada pun nak berazam dan buat benda yang dia cakapkan. Sebab dalam fikiran dia "Ouh takpe. Azam tahun 2013, masih panjang lagi. Kalau tak buat bulan 1, bulan 2 ada, bulan 3 ada, bulan 4 ada dan seterusnyaa". End up, malam tahun baru 2014 nanti, dia akan berazam untuk tunaikan azam 2013 yang tak tercapai dan begitulah seterusnya pada tahun-tahun yang akan mendatanggggggg ~ Sebenarnya benda ni bergantung kepada mind set!


Okay nampak tak apa yang aku cuba sampaikan dekat sini?


Sebab tu, bagi aku ; no need to beria-ria azam tahun baru for this, for that kalau tak ada usahanya. Unless, kalau kau berazam "Tahun ni aku nak kahwin" Okay yang ni boleh masuk akal lah sebab tak kan kau nak berazam hari-hari kau nak kahwin?! HAHA :D Kalau azam macam "Tahun ni aku nak beli kereta, nak bawak mama ayah pergi Haji, nak beli rumah" Okay, azam yang macam ni boleh diterima pakai lah :)


Apa yang aku nak cuba sampaikan dekat sini, azam tu boleh tapi tengok kepada keadaanya. Kalau azam benda yang amik jangka masa panjang, then its good for you BUT make sure lah kita kena ikut plan yang kita dah rancang dan cuba untuk capai azam tu no matter what happens. Eh speaking pulekk ~ hehe


Tapi kalau azam tu just untuk benda yang macam "aku nak jogging hari-hari" aku rasa macam benda ni macam sukar dicapai. Sebab kita macam tak didorong oleh satu kuasa dan diri kita sendiri untuk buat semua benda tue. Sebab apa? Sebab diri kita yang sambil lewa dan amik mudah tentang sesuatu perkara :)


Sebab tu atleastt before aku tidur atau after Subuh, aku akan plan, amendaaaaaaaaaaaaa aku nak buat hari nie. Nak settle kerja ker? Nak jumpa kawan ker? Nak pergi shopping ker? Sebab benda ni semua penting untuk kita plan apa tindakan kita seterusnya dan kita tak kan bazirkan 24 jam yang kita ada :)


Benda ni just my opinion je. Terpulanglah kepada korang untuk azam tahun baru atau azam hari-hari. Tak kisahlah yang mana satu cuma yang penting sekali, kita kena renung diri kita sendir ; apa effort yang kita amik untuk make sure azam kita tu tercapaii :)


Sebelum aku undurkan diri, aku rasa tak terlambatkan aku nak ucap Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua yang membaca blog aku nie :) Terima kasih semua, eh eh ~ dah nak masuk 4 tahun dah aku berblogging! :O Syukur Alhamdulillah ~


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts